Anda di halaman 1dari 29

sbssmkja

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN APAS Tawau, Sabah


GEOGRAFI - ALAM SEKITAR FIZIKAL BANK SOALAN STPM Sistem Bumi 1997 1. a) Mengapakah bumi hanya menerima sebahagian kecil sahaja (0.2 X 10-9) daripada seluruh tenaga matahari dan jumlahnya berubah-ubah mengikut masa? [5] b) Mengapakah jumlah bahang matahari yang diterima berbeza-beza mengikut bahagian dunia? [10] c) Bagaimanakah tenaga matahari mempengaruhi kegiatan pertanian di kawasan tropika lembap? [10] 1998 1. a) Mengapakah sesetengah tempat mengalami musim sejuk dan musim panas sementara tempat-tempat lain tidak? b) Jelaskan peranan tenaga suria terhadap kehidupan manusia.

[12] [13]

1999 1. a) Bagaimanakah tenaga haba dipindahkan dari matahari ke permukaan bumi? [5] b) Huraikan ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa terjadianya musim ekuinoks. [10] c) Jelaskan kesan bahangan matahari akibat penipisan lapisan ozon terhadap manusia. [10] 2000 1. a) Nyatakan jenis-jenis tenaga haba yang terdapat dalam sistem atmosfera-bumi. [5] b) Mengapakah terdapat perbezaan kadar penyerapan haba pada permukaan bumi? c) Bagaimanakah kadar penerimaan haba yang berbeza pada permukaan bumi mempengaruhi aktiviti manusia? [10] 2001 1. a) Huraikan secara ringkas tentang albedo.

[5]

b) Jelaskan proses-proses yang melibatkan bahangan matahari di kawasan laut, udara, dan tumbuh-tumbuhan. [10] c) Terangkan bagaimana manusia boleh menjana haba daripada sumber-sumber semula jadi. [10] 2002 1. a) `Pada musim tertentu sesetengah kawasan mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malam. Bincangkan pernyataan ini. [12] b) Terangkan kepentingan tenaga matahari terhadap kegiatan pertanian di kawasan tropika lembap. [13]

sbssmkja

2003 1. a) Huraikan secara ringkas tentang sistem. [5] b) `Walaupun jumlah tenaga matahari yang sampai ke system bumi sedikit tetapi sudah cukup untuk menggerakkan system-sistem bumi. Jelaskan. [12] c) Nyatakan peranan tenaga suria dalam mempengaruhi proses luluhawa. [8] 2006 1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem suria? [4] b) Huraikan empat sebab mengapa bumi mengalami empat musim yang berbeza. [12] c) Jelaskan tiga kesan peredaran bumi terhadap habitat haiwan. [9] 2007 1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan solstis musim sejuk? [5] b) Huraikan perbezaan jangka masa antara siang dengan malam di kawasan latitud yang berbeza semasa solstis musim sejuk di hemisfera utara. [8] c) Jelaskan kesan penerimaan intensiti bahangan suria yang rendah semasa solstis musim sejuk terhadap aktiviti manusia di kawasan beriklim sederhana. [12] 2009 1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem bumi? b) Huraikan bukti yang menunjukkan bahawa bumi adalah satu planet yang berbentuk sfera. c) Jelaskan peranan empat musim terhadap aktiviti manusia. [5] [8] [12]

2010
1. a) Takrifkan tenaga haba pendam. b) Jelaskan empat cara tenaga haba suria dipindahkan dari atmosfera ke permukaan bumi. c) Jelaskan pengaruh peningkatan haba bumi terhadap alam sekitar fizikal. [5] [8] [12]

sbssmkja

Sistem Geomorfologi
1997

2. Berdasarkan gambar rajah di atas, a) huraikan proses yang berlaku di kawasan yang bertanda X, [10] b) bagaimanakah kejadian seperti di X mempengaruhi proses lain di kawasan lembah sungai? [7] c) nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi pertambahan mendapan di dataran banjir. [8] 1997

3.

Berdasarkan peta di bawah, a) nyatakan dan tunjukkan kedudukan bentuk-bentuk bumi pemendapan di pesisir pantai, dengan menggunakan panduan grid, [5] b) huraikan bagaimana bentuk-bentuk bumi tersebut terbentuk, [10] c) jelaskan kepentingan bentuk-bentuk bumi tersebut kepada manusia. [10]
3

sbssmkja

1998 2. a) Apakah yang anda faham dengan luluhawa kimia? [5] b) Bagaimanakah proses luluhawa di kawasan tropika lembap boleh membantu proses pergerakan jisim? [8] c) Jelaskan faktor-faktor yang menggalakkan pergerakan jisim di kawasan tropika lembap, dan huraikan cara-cara yang biasa digunakan untuk mengelakkan berlakunya pergerakan jisim. [12] 3. Berdasarkan kajian luar tentang suatu kesan fenomena fizikal yang telah anda lakukan, a) terangkan bagaimana fenomena itu berlaku, b) jelaskan kesan-kesan fenomena tersebut terhadap kegiatan manusia, c) huraikan langkah-langkah untuk membendung kesan negatif fenomena itu terhadap kegiatan manusia.

[8] [7] [10]

1999

2. Rajah 1 menunjukkan relief sebuah lembangan saliran. a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan legeh? [3] (ii) Pada Rajah 1, lukiskan legeh lembangan saliran Sungai Tunggal dan lengkapkan petunjuk pada ruang yang disediakan. [2] b) Dengan menggunakan skala tegak 1:3 000, lukiskan keratan rentas dari A ke B. c) Andaikan sebuah empangan telah dibina di sepanjang garis XY di Sungai Tunggal Jelaskan kesan pembinaan empangan tersebut terhadap proses-proses sungai. [10] 3. a) Apakah yang dimaksudkan dengan hakisan? b) Nyatakan bentuk-bentuk hakisan permukaan di cerun-cerun bukit. c) Huraikan langkah-langkah untuk mengawal hakisan di cerun-cerun bukit. [5] [8]
4

sbssmkja

[12] 2000 2. a) Jelaskan perbezaan pembentukan batuan mendak dengan batuan metamorfik. [10] b) Huraikan perkaitan jenis-jenis batuan dengan pelbagai jenis aktiviti manusia. [15] 2000 3. Peta 1 menunjukkan kawasan Sungai Tunggal di Daerah Selatan.

Berdasarkan Peta 1 di atas, a) huraikan peranan arus pinggir pantai dan arus Sungai Tunggal terhadap proses pemendapan pinggir pantai di kawasan A. [8] b) selain daripada pembinaan struktur pemecah ombak, jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal hakisan di kawasan B, dan [7] c) huraikan kesan-kesan alam sekitar akibat pembinaan terusan dan takungan air di kawasan tersebut. [10] 2001 2. a) Pada peta dunia yang disediakan, labelkan satu kawasan aktiviti gunung berapi bagi setiap benua. [5] b) Terangkan kesan aktiviti gunung berapi terhadap pembentukan bentuk muka bumi. [8] c) Huraikan kepentingan bentuk-bentuk muka bumi akibat aktiviti gunung berapi terhadap kegiatan manusia. [12] 3. a) Apakah yang dimaksudkan dengan pantai? [5] b) Sesetengah pantai curam dan sesetengahnya landai. Mengapakah wujud keadaan sedemikian? [12] c) Jelaskan bagaimana manusia mempengaruhi hakisan pinggir pantai. [8]

sbssmkja

2001

5. Soalan-soalan yang berikut adalah berdasarkan Peta 1 yang berskala 1 : 50 000 a) Dengan menggunakan skala tegak 1 : 10 000, lukiskan keratan rentas dari Gunung Senym (panduan grid 310806) ke titik B (panduan grid 355828). Labelkan guna tanah dan ciri fizikal yang terdapat di sepanjang keratan rentas tersebut. [12] b) Huraikan bagaimana faktor bentuk muka bumi dan saliran mempengaruhi dua jenis kegiatan pertanian di kawasan tersebut. [6] c) Jelaskan kepentingan Empangan Indah (panduan grid 344829) kepada penduduk di kawasan tersebut. [7]

sbssmkja

2002 3. Rajah 1 pada halaman 5, menunjukkan titik ukur tinggi dalam meter di Lembangan Sungai Indera.

a) Berdasarkan Rajah 1, lukiskan isoplet dengan menggunakan sela kelas 100 meter, untuk menunjukkan topografi di Lembangan Sungai Indera. Lengkapkan rajah anda dengan petunjuk dan skim lorekan yang sesuai. [12] b) Terangkan impak alam sekitar fizikal akibat pembinaan empangan yang membentuk Tasik Damai. [8] c) Berikan cadangan anda tentang jenis guna tanah pertanian yang boleh dimajukan di kawasan topografi yang berbeza di Lembangan Sungai Indera. [5] 2002 8. Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di kawasan pantai a) tuliskan laporan ringkas tentang satu kaedah mengukur pemendapan dan hakisan pantai, [5] b) jelaskan factor-faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya pemendapan dan hakisan pantai, [10] c) huraikan kemerosotan persekitaran pinggir pantai akibat aktiviti manusia. [10]
7

sbssmkja

2003 2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan jisim.? [5] b) Huraikan proses pergerakan jisim yang berlaku di kawasan tropika lembap. [10] c) Terangkan bagaimana aktiviti manusia boleh menyebabkan berlakunya pergerakan jisim. [10] 5. a) Apakah yang dimaksudkan dengan zon litoral? [5] b) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan terhadap profil pantai. [10] c) Berdasarkan Rajah 2(a) dan Rajah 2(b) di bawah, huraikan perubahan yang berlaku di kawasan zon pesisir. [10]

2004
2. a) Terangkan secara ringkas proses orogenesis. b) Huraikan mengapa gunung berapi mempunyai pelbagai bentuk. c) Terangkan kesan-kesan letusan gunung berapi terhadap manusia. [5] [10] [10]

3. a) Nyatakan cara dan jenis hakisan sungai. [5] b) Dengan merujuk kepada tiga bentuk muka bumi hasil tindakan sungai, terangkan proses pembentukannya. [12] c) Jelaskan empat kepentingan bentuk muka bumi hasil tindakan sungai terhadap kegiatan manusia. [8]

sbssmkja

2004
4. Soalan-soalan yang berikut adalah berdasarkan Peta 1 yang berskala 1 : 50 000. a) Nyatakan bentuk-bentuk bumi pinggir pantai yang terdapat di kawasan yang bertanda A dan B. [5] b) Huraikan factor-faktor yang mempengaruhi pembentukan bentuk bumi pinggir pantai di kawasan B. [10] c) Berikan cadangan anda bagaimana kawasan hutan paya boleh dimajukan. [10] 2005 2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan gempa bumi? [5] b) Huraikan hubungan antara kejadian gempa bumi dasar laut dengan kejadian tsunami? [10] c) Jelaskan kesan tsunami terhadap alam sekitar manusia. [10] 3. Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di kawasan pantai. a) i) nyatakan bagaimana anda mengukur kecerunan pantai, [4] ii) lukis profil pantai yang telah anda ukur. [3] b) Jelaskan proses pembentukan tiga bentuk muka bumi akibat pemendapan di pinggir pantai. [10] c) Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi yang anda pilih pada soalan 3(b) terhadap
9

sbssmkja

aktiviti manusia.

[8]

4. Berdasarkan Peta 1 yang berskala 1 : 50 000 a) takrifkan tasik ladam, [5] b) hitung keluasan tasik ladam [8] c) jelaskan bagaimana bentuk muka bumi di kawasan itu mempengaruhi aktiviti manusia. [12] 2006 2. a) Jelaskan secara ringkas konsep hanyutan benua. b) Huraikan mengapa berlaku hanyutan benua. c) Jelaskan lima kesan hanyutan benua terhadap konfigurasi muka bumi. [5] [10] [10]

2006 3. a) Nyatakan lima cara pengangkutan beban sungai. [5] b) Huraikan proses pembentukan tiga bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai[10] c) Jelaskan tiga pengaruh bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia. [10] 4. a) Nyatakan tiga perbezaan antara luluhawa kimia dengan luluhawa fizikal. [6] b) Huraikan tiga proses luluhawa kimia di kawasan tropika lembap. [7] c) Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan tanah runtuh sering berlaku di kawasan tropika lembap dan huraikan tiga langkah untuk mengatasinya. [12] 2007 2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemendapan sungai? b) Huraikan faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya pemendapan sungai. c) Jelaskan langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pemendapan sungai di Malaysia. 3. a) i) Apakah yang dimaksudkan dengan profil pantai seimbang? ii) Jelaskan faktor yang menghalang pembentukan profil pantai seimbang [5] [10] [10] [5] [10]
10

sbssmkja

iii) Jelaskan kesan profil pantai tidak seimbang terhadap aktiviti manusia.

[10]

Atau
b) Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan pada mana-mana bahagian sebatang sungai, i) nyatakan bagaimana anda menentukan air sungai tersebut tercemar dengan menggunakan penunjuk fizikal, penunjuk kimia, dan penunjuk biologi ii) nyatakan jenis bahan yang mencemari air sungai tersebut, iii) huraikan tiga punca pencemaran air sungai tersebut, dan iv) jelaskan langkah yang boleh diambil oleh pihak tertentu untuk memelihara kualiti air sungai tersebut.

[6] [5] [6] [8]

2008
2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan jisim? b) Nyatakan empat jenis pergerakan jisim cepat c) Jelaskan faktor yang mempengaruhi pergerakan jisim cepat. d) Jelaskan kesan pergerakan jisim cepat terhadap alam sekitar manusia. 3. a)i) Takrifkan zon pinggir pantai. ii) Berdasarkan peta di bawah, nyatakan tiga jenis bentuk muka bumi di zon pinggir pantai. iii) Huraikan proses pembentukan tiga bentuk muka bumi yang telah anda pilih dalam (ii) di atas. iv) Jelaskan kesan pemendapan terhadap aktiviti manusia di pinggir pantai. [5] [4] [8] [10] [3] [3] [9] [10]

2008

11

sbssmkja

ATAU 3(b) i) Apakah yang dimaksudkan dengan kepadatan saliran? ii) Jadual 1 menunjukkan ciri fizikal di enam lembangan saliran. Jadual 1 : ciri fizikal di enam lembangan saliran Lembangan saliran A B C D E F Jenis batuan Batu kapur Batu pasir Tanah liat Granit Granit Tanah liat Litupan tumbuhan Belukar Belukar Hutan primer Hutan primer Hutan primer Belukar Jumlah hujan tahunan (mm) 1000 1000 1300 1600 2000 800 Kepadatan saliran km alur/km2 3.0 5.0 7.0 9.0 16.0 150.0 [5]

Berdasarkan jadual di atas, huraikan faktor yang mempengaruhi kepadatan saliran di sesuatu lembangan saliran. [12] iii) Jelaskan bagaimana kepadatan saliran dipengaruhi oleh aktiviti manusia. [8] 2009 2. a)(i) Apakah yang dimaksudkan dengan batuan enapan? (ii) Nyatakan tiga jenis batuan enapan. b) Jelaskan dua proses pembentukan batuan enapan. c) Huraikan empat kepentingan batuan enapan terhadap aktiviti manusia. 3. a)(i) Apakah yang dimaksudkan dengan delta? (ii) Jelaskan proses pembentukan tetambak, dataran banjir, dan delta. (iii) Jelaskan lima kepentingan ketiga-tiga bentuk bumi tersebut terhadap alam sekitar manusia. atau 3. b) Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di pinggir pantai, (i) nyatakan tiga ciri pantai tersebut. (ii) nyatakan alat dan kaedah mengukur ketinggian ombak. (iii) huraikan peranan ombak dalam mempengaruhi pembentukan pantai di kawasan tersebut. (iv) huraikan kegunaan zon pinggir pantai tersebut kepada penduduk sekitar. 2010 2. a) Apakah yg dimaksudkan dengan gelinciran? b) Huraikan proses kejadian tiga jenis gelinciran. c) Huraikan pengaruh gelinciran terhadap pembentukan bentuk muka bumi [4] [9] [12]

[4] [3] [10] [8] [5] [10] [10] [3] [6] [8] [8]

3. a) i). Apakah yang dimaksudkan dengan ombak? [4] ii). Jelaskan proses hakisan dan mendapan dalam pembentukan bentuk muka bumi di zon pinggir pantai. [10] iii) Huraikan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan zon pinggir pantai terhadap aktiviti manusia. [10]
12

sbssmkja

ATAU 3. b). i). Apakah yang dimaksudkan dengan pengangkutan beban sungai? [3] ii). Jelaskan tiga ciri bahan yang mempengaruhi pengangkutan beban sungai. [6] iii). Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi proses pemendapan di muara sungai. [6] iv). Huraikan kepentingan delta terhadap aktiviti manusia. [10]

13

sbssmkja

Sistem Atmosfera
1997 4. Hujan (mm) Suhu (oC) Jadual 1 : Jumlah hujan dan min suhu bulanan di Kuala Lumpur
Jan 160 27 Feb 200 28
Ma

260 28

Apr 290 28

Mei

225 28

Jun 130 27

Jul 100 27

Ogo

160 27

Sep 220 28

Okt 245 27

Nov

Dec

260 27

190 28

a) Berdasarkan Jadual 1 di atas, lukiskan graf yang sesuai dalam sebuah rajah untuk menunjukkan jumlah hujan dan min suhu bulanan di Kuala Lumpur. [10] b) Berdasarkan graf yang telah anda lukis, huraikan taburan hujan bulanan dan min suhu bulanan di Kuala Lumpur. [5] c) Jelaskan mengapa pola taburan hujan dan min suhu bulanan di Kuala Lumpur berkeadaan sedemikian. [10] 1998 4. a) Apakah yang dimaksudkan dengan gas rumah hijau? [5] b) Bagaimanakah pertambahan gas rumah hijau boleh menyebabkan pemanasan global? [10] c) Huraikan cara-cara yang dapat dilakukan untuk mengurangkan akibat rumah hijau. [10] 5. a) Berikan huraian ringkas tentang El Nino. [5] b) Bagaimanakah El Nino boleh mempengaruhi keadaan jerebu di negara-negara Asia Tenggara? [10] c) Berikan cadangan untuk mengatasi masalah jerebu terutamanya di bandar-bandar perindustrian negara ini. [10] 1999 4. a) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar yang tidak seragam di permukaan bumi. [12] b) Huraikan bagaimana perbezaan taburan suhu secara mendatar mempengaruhi edaran umum atmosfera. [13] Jadual 1 : Jumlah hujan (mm) di beberapa stesen cuaca di Sarawak, 1996
Stesen cuaca 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Lapangan Terbang Bintulu Lapangan Terbang Kuching Lapangan Terbang Miri Lapangan Terbang Sibu Lapangan Terbang Sri Aman Tarat Semongok Stapok Rampangi Karabungan Kabuloh 12. Ukong Jumlah hujan (mm) 4286 3829 3265 3841 2915 4250 3848 3545 3620 3558 3325 3780

(Pada Rajah 2, stesen cuaca dikenalpasti dengan nombor-nombor seperti yang diberi dalam Jadual 1)
14

sbssmkja

6.Jadual 1 menunjukkan jumlah hujan bagi beberapa stesen cuaca di Sarawak bagi tahun 1996.

a) Berdasarkan Jadual 1, lukiskan isohyet pada Rajah 2 untuk menggambarkan taburan hujan di Sarawak bagi tahun 1996. Lengkapkan rajah anda dengan tajuk dan petunjuk. [10] b) Berdasarkan rajah yang anda lukis pada soalan (a), huraikan taburan hujan di Sarawak bagi tahun 1996. [10] c) Bagaimanakah taburan hujan yang tidak seragam mempengaruhi aktiviti pertanian di Sarawak ? [5] 1999 8. Berdasarkan kajiian luar yang telah anda jalankan, a) huraikan bagaiman anda mengukur suhu maksimum dan suhu minimum, b) huraikan perkaitan unsur-unsur cuaca di kawasan tersebut, c) jelaskan kesan unsur-unsur cuaca yang melampau terhadap manusia.

[5] [8] [12]

2000 4. a) Terangkan kaedah mengira min suhu bulanan. [5] b) Peta 2 menunjukkan min suhu yang direkod di beberapa stesen kaji cuaca di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 1995. i) Dengan menggunakan Peta 2 dan sela kelas yang sesuai, lukiskan isoterma yang menunjukkan taburan min suhu tahunan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 1995. [10] ii) Berdasarkan rajah isoterma yang telah anda lukis pada soalan (b)(i), jelaskan mengapa wujud perbezaan taburan min suhu di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 1995. [10]

15

sbssmkja

5. Jadual 1 menunjukkan bilangan hari hujan di stesen kaji cuaca Kota Bharu bagi tahun 1998. Jadual 1 : Bilangan hari hujan di stesen kaji cuaca Kota Bharu, 1998
Bulan Bilangan hari hujan Jumlah hari yang direkod Jan 18 31 Feb 14 28
Ma

Apr 03 30

Mei

Jun 12 30

Jul 13 31

Ogo

Sep 16 30

Okt 18 31

Nov

Dis 24 31

06 31

10 31

13 31

20 30

15
sbssmkja

Sistem Atmosfera a) Berdasarkan Jadual 1, lukiskan graf bar yang menunjukkan peratusan bilangan hari hujan mengikut bulan di stesen kaji cuaca Kota Bharu bagi tahun 1998. Lengkapkan graf anda dengan tajuk dan petunjuk. [10] b) Berdasarkan graf bar yang telah anda lukis pada soalan (a), huraikan tempoh kering dan tempoh basah di stesen kaji cuaca Kota Bharu bagi tahun 1998. [5] c) Jelaskan bagaimana bilangan hari hujan mempengaruhi kegiatan ekonomi dan sosial penduduk setempat. [10] 2001 6. Jadual 1 menunjukkan kepekatan gas karbon monoksida di Kuala Lumpur dan Klang pada 7 Mac 2000. Jadual 1 : Kepekatan gas karbon monoksida (bahagian per juta) di Kuala Lumpur dan Klang pada 7 Mac 2000
Waktu
16

sbssmkja

Bandar Kuala Lumpur Klang Waktu Bandar Kuala Lumpur Klang

0700 7.5 16 1400 5.5 5

0800 11.5 16 1500 4.5 4

0900 11.5 5 1500 5 3.8

1000 13 4 1700 7 7.5

1100 10 4 1800 8.5 8.5

1200 8 4 1900 6.5 6

1300 5 4 2000 6.5 5

a) Berdasarkan Jadual 1, lukiskan graf garis untuk menunjukkan perbezaan kepekatan gas karbon monoksida di Kuala Lumpur dan Klang. [10] b) Berdasarkan graf garis yang telah anda lukis pada soalan (a), nyatakan pola kepekatan gas monoksida di kedua-dua bandar tersebut. [5] c) Jelaskan mengapa tahap pencemaran udara adalah tinggi di bandar-bandar utama di Malaysia. [10] 2002 2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan bajet haba? [5] b) Dengan bantuan gambar rajah, huraikan bagaimana berlakunya bajet haba. [10] c) Jelaskan fenomena yang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan bajet haba. [10] 4. Jadual 1 menunjukkan taburan hujan mengikut bulan di stesen kaji cuaca Kangar, Perlis pada tahun 1996. Jadual 1 : Jumlah hujan mengikut bulan di stesen kaji cuaca Kangar, Perlis pada tahun 1996
Bulan Hujan (mm)
Jan 13.2 Feb 27.5 Ma 75.2 Apr 133.7 Mei 187.0 Jun 92.1 Jul 176.8 Ogo 247.7 Sep 221.1 Okt 243.0 Nov 168.2 Dec 129.0 Min hujan 142.9

a) Berdasarkan Jadual 1, lukiskan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan perbezaan antara jumlah hujan mengikut bulan dengan min hujan di stesen kaji cuaca Kangar, Perlis pada tahun 1996. [10] b) Berdasarkan graf bar yang telah anda lukis pada soalan (a), i) ulaskan tentang taburan hujan di stesen kaji cuaca tersebut, dan [8] ii) huraikan pengaruh pola taburan hujan yang anda dapati terhadap kawasan sekitarnya. [7] Peta 1 : Taburan suhu di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya

7. Peta 1 menunjukkan taburan suhu di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.


17

sbssmkja

a) Berdasarkan Peta 1, huraikan pola taburan suhu di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya [5] b) Suhu kawasan bandar lebih tinggi berbanding dengan kawasan sekitarnya. Jelaskan mengapa berlaku keadaan sedemikian. [8] c) Huraikan pengaruh iklim mikro bandar terhadap alam sekitar fizikal. [12] 2003 3. Jadual 1 menunjukkan arah dan halaju angin di Lapangan Terbang Kuala Terengganu pada tahun 1990.

a) Berdasarkan Jadual 1, lukiskan rajah tiupan angin di Lapangan Terbang Kuala Terengganu pada tahun 1990. [12] b) Huraikan bagaimana system angin monsun mempengaruhi aktiviti penduduk di rantau Asia. [13] 8. Berdasarkan satu kajian luar yang telah anda jalankan, a) nyatakan bagaimana anda mengukur kelembapan bandingan, [5] b) terangkan bagaimana aktiviti manusia telah mempengaruhi perubahan unsur cuaca kawasan berkenaan, [10] c) huraikan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti alam sekitar di kawasan itu. [10]

2004
1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan bahangan? [5] b) Huraikan proses yang menyebabkan berlakunya kehilangan sebahagian daripada jumlah bahangan matahari di atmosfera. [10] c) Jelaskan kesan peningkatan suhu terhadap alam sekitar. [10] 2004 6. a) Terangkan jenis-jenis daya yang menentukan kelajuan dan arah angin. [8] b) Pada peta dunia yang disediakan, labelkan sel-sel tekanan udara dan tindakan arah pergerakan angin secara monsun musim panas. [5] c) Jelaskan pengaruh angin monsun musim panas kepada kegiatan ekonomi di Asia Tenggara. [12]

2005
18

sbssmkja

5. Jadual 1 di bawah menunjukkan min suhu dan jumlah hujan bulanan pada tahun 2004 di stesen kaji cuaca X. Jadual 1 : Min subu dan jumlah hujan bulanan pada tahun 2004 di stesen kaji cuaca X

a) i) Dengan menggunakan kaedah bulatan, lukis pola taburan min suhu dan jumlah hujan bulanan pada tahun 2004 di stesen kaji cuaca X dalam satu gambar rajah. [12] ii) Jelaskan pola hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut. [5] b) Huraikan kesan hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut terhadap aktiviti pertanian. [8] 6. a) Jelaskan konsep pulau haba? b) Jelaskan sebab berlakunya pulau haba bandar. c) Cadangkan cara untuk menyederhanakan suhu persekitaran bandar. [5] [10] [10]

2006 5. a) Takrifkan tekanan udara. [5] b) Huraikan tiga kaitan antara perubahan tekanan udara dengan proses pembentukan edaran am atmosfera. [12] c) Jelaskan empat kesan siklon tropika terhadap manusia. [8] 6. Jadual 1 menunjukkan kekerapan kejadian kabut di Bandar X mengikut jarak penglikatan dalam meter (m) bagi tempoh satu tahun. Jadual 1 : Kekerapan kejadian kabut di Bandar X Kekerapan (jam) Lokasi < 40m < 200m < 400m Pusat Bandar 19 126 230 Subbandar (dalam) 79 213 365 Subbandar (luar) 46 209 304 Luar bandar 20 177 261

< 1000m 940 633 562 494

a) Hitung nilai min kekerapan kejadian kabut di pusat bandar X. [4] b) Hitung nisbah kekerapan kejadian kabut antara pusat bandar X dengan luar bandar X bagi setiap jarak penglihatan. [4] c) Lukis carta pai untuk menggambarkan kekerapan kejadian kabut di pusat bandar X dan di luar bandar X. [12] d) Berikan ulasan ringkas tentang kekerapan kejadian kabut di bandar X. [5] 2007 4. a) Apakah yang dimaksudkan dengan atmosfera? b) Huraikan peranan atmosfera delam mengawal suhu permukaan bumi. c) Jelaskan bagaimana atmosfera tercemar disebabkan oleh tindakan manusia. [5] [10] [10]

5. Jadual di bawah menunjukkan jumlah hujan bulanan bagi stesen X pada tahun 2004
19

sbssmkja

Bulan Hujan (mm)

Jan
39.0

Feb
24.4

Ma
93.8

Apr
63.2

Mei
366.8

Jun
100.1

Jul
166.2

Ogo 91.4

Sep
274.2

Okt
429.4

Nov
167.2

Dis
81.7

Jum
1897. 4

a) Nyatakan formula pengiraan min hujan bulanan dan min hujan tahunan [8] b) Berdasarkan maklumat dalam jadual di atas, lukis graf bar cermin bagi menunjukkan perbezaan antara jumlah hujan mengikut bulan dengan min hujan tahunan di stesen X pada tahun 2004 [12] c) Huraikan pola taburan hujan bulanan di stesen X pada tahun 2004 berdasarkan graf bar cermin yang telah anda lukis pada (b) [10]

2008
4. a) Takrifkan mikroiklim bandar. [5] b) Huraikan faktor pembentukan pulau sejuk bandar. [8] c) Jelaskan bagaimana mikroiklim dapat mempengaruhi keselesaan hidup manusia [12] 5. Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di sekitar kawasan sekolah, a) i) nyatakan maksud kelembapan bandingan, [3] ii) nyatakan cara untuk mendapatkan bacaan kelembapan bandingan, [4] b)nyatakan fungsi alat pelindung Stevenson, [4] c)nyatakan faktor yang mempengaruhi kadar kelembapan bandingan di kawasan kajian[4] d)jelaskan mengapa kadar kelembapan bandingan di kawasan kajian berubah dengan ketara mengikut jam berbanding dengan kadar kelembapan bandingan di kawasan hutan [10] 2009 4. a) Apakah yang dimaksudkan dengan Pulau Haba? [5] b) Huraikan faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena Pulau Haba [12] c) Jelaskan langkah mengurangkan fenomena Pulau Haba. [8] Jadual di bawah menunjukkan jumlah hujan dan suhu bulanan di stesen kaji cuaca Y.
Bulan Hujan (mm) Suhu (oC) Jan 28 -11 Feb 23 -9
Ma

Apr 38 3

Mei

Jun 51 17

Jul 71 19

Ogo

Sep 56 11

Okt 36 4

Nov

Dis 41 -8

30 4

48 12

74 17

41 -2

5.a) Dengan merujuk kepada jadual di atas, hitung i) julat suhu tahunan, dan [2] ii) min suhu bulanan [3] b) Berdasarkan maklumat dalam jadual di atas, lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan taburan hujan dan suhu di stesen kaji cuaca Y. [12] c) Jelaskan bagaimana taburan hujan dan suhu di stesen kaji cuaca Y mempengaruhi kegiatan pertanian penduduk di sekitarnya. [8] 2010 5. a) Nyatakan tiga aspek perbezaan antara lapisan stratosfera dengan lapisan troposfera Bumi. [6] b) Jelaskan peranan lapisan atmosfera peringkat rendah dalam mengawal kehidupan di permukaan bumi. [9] c) Huraikan bagaimana kandungan atmosfera boleh dipengaruhi oleh aktiviti manusia di kawasan Bandar. [10]

20

sbssmkja

Sistem Hidrologi
1997 Jadual 2 : Min hujan bulanan dan min discaj bulanan Sungai Johor (1971-1980)
Bulan Min hujan bulanan (mm) Min discaj bulanan (mm) Jan 130 124 Feb 191 73 Ma 135 83 Apr 285 140
Mei

Jun 139 90

Jul 153 74

Ogo

Sep 193 113

Okt 180 123

Nov

Dis 148 143

165 133

185 80

250 150

5.

a) Berdasarkan Jadual 2 di atas, lukiskan sebuah graf bar untuk menggambarkan pertalian antara min hujan bulanan dengan min discaj bulanan Sungai Johor. [10] b) Berdasarkan graf yang telah anda lukis, nyatakan bila dan mengapa lembangan Sungai Johor mungkin mengalami banjir. [7] c) Huraikan kesan kejadian banjir terhadap kegiatan manusia di lembangan saliran [8]

1998 6. a) Berikan definisi banjir kilat. [5] b) Jelaskan mengapa banjir kilat sering berlaku di kawasan bandar. [10] c) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah banjir kilat di kawasan bandar. [10] 1999 5. a) Nyatakan proses mendatar dalam kitar hidrologi. b) Huraikan proses-proses yang terlibat dalam menentukan imbangan air. c) Jelaskan kesan-kesan ketidakseimbangan air positif. [5] [10] [10]

2000 6. a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan air? [5] b) Dengan bantuan rajah yang sesuai, jelaskan proses-proses yang terlibat dalam kitar hidrologi. [12] c) Jelaskan bagaimana gangguan terhadap kitar air boleh mempengaruhi aktiviti manusia. [8] 2001 4. a) Lukis dan labelkan rajah kitaran hidrologi. [5] b) Berdasarkan rajah yang telah anda lukis pada soalan (a), huraikan proses-proses yang berlaku dalam kitaran hidrologi. [10] c) Jelaskan pengaruh manusia terhadap kitaran hidrologi di kawasan tropika lembap. [10] 2002 6. a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan air? [5] b) Huraikan factor-faktor yang mempengaruhi imbangan air tanih. [10] c) Jelaskan bagaimana gangguan terhadap imbangan air mempengaruhi alam sekitar fizikal. [10] 2003 6. a) Takrifkan konsep kemarau. [5] b) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kemarau di sesuatu kawasan. [10] c) Terangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air. [10]
21

sbssmkja

2004

Sistem Hidrologi 5. a) Berdasarkan Jadual 1 di atas, i) hitung nilai lebihan air atau kurangan air dan perubahan simpanan air tanih bagi stesen kaji cuaca X. [5] ii) dengan menggunakan maklumat tentang kerpasan dan sejat-peluhan, lukiskan graf garis yang menunjukkan imbangan air bagi stesen kaji cuaca X. [10] b) Berdasarkan graf garis yang anda lukis pada (a)(i), jelaskan pengaruh pola imbangan air yang sedemikian kepada kegiatan ekonomi primer. [10]

7. a) Berdasarkan Jadual 2 di bawah, lukiskan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan lebihan dan kurangan bekalan air bagi negeri-negeri di Malaysia. [10] b) Jelaskan mengapa sesetengah negeri di Malaysia mengalami lebihan bekalan air manakala sesetengah negeri pula mengalami kekurangan bekalan air. [9] c) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air di Malaysia [6] 7. Jadual 2 menunjukkan keupayaan pengeluaran loji air dan permintaan air bagi negeri-\ negeri di Malaysia.

22

sbssmkja

2005
7. a) Apakah yang dimaksudkan dengan banjir kilat? b) Jelaskan sebab banjir kilat kerap berlaku di kawasan Bandar. c) Jelaskan kesan banjir kilat terhadap aktiviti manusia. [5] [10] [10]

2006
7. a) Apakah yang dimaksudkan dengan kerpasan b) Jelaskan proses pembentukan dua jenis hujan. c) Bincangkan enam kesan lebihan air terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. 2007 6 a) Nyatakan jenis kerpasan b) Jelaskan pemboleh ubah yang membentuk bajet imbangan air. c) Jelaskan kesan ketakseimbangan bajet imbangan air terhadap aktiviti manusia. [5] [8] [12] [5] [10] [10]

2008
6. a) Apakah yang dimaksudkan dengan akuifer? b) Jelaskan proses edaran air tanih, c) Jelaskan kepentingan air bawah tanah kepada manusia. [5] [10] [10]

2009 6. a) Apakah yang dimaksudkan dengan banjir kilat? [5] b) Huraikan faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di sesuatu kawasan [10] c) Jelaskan langkah bagi mengatasi banjir kilat. [10] 2010 4. Jadual di bawah menunjukkan jumlah hujan tahunan di stesen kaji cuaca X dari tahun 1991 hingga tahun 2000. Tahun 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 Hujan 2098 1847 2386 2462 2951 2326 1898 2522 2385 2299 (mm) a). Hitung perbezaan antara jumlah hujan setiap tahun dengan min hujan dalam tempoh 10 tahun di stesen kaji cuaca X. [5] b). Berdasarkan maklumat dalam jadual di atas, lukis graf bar untuk menunjukkan jumlah hujan tahunan di stesen kaji cuaca X dari tahun 1991 hingga tahun 2000. [10] c) Huraikan bagaimana trend perubahan jumlah hujan tahunan di stesen kaji cuaca X berkait rapat dengan fenomena global. [10] 6. Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di sebuah kawasan, a) apakah yang dimaksudkan dengan permintaan air? b) nyatakan masalah bekalan air bersih di kawasan yang anda kaji. c) huraikan bagaimana masalah bekalan air bersih tersebut menimbulkan pelbagai kesukaran kepada aktiviti penduduk setempat, dan d) Jelaskan langkah yang boleh diambil untuk mengatasi maslah bekalan air bersih di Bandar tersebut.

[2] [5] [8] [10]

23

sbssmkja

Sistem Ekologi
1997 8. Berpandukan kajian luar yang telah anda jalankan, a) jelaskan saling kebergantungan antara pengeluar, pengguna, dan pengurai di dalam ekosistem sesebuah hutan, [15] b) jelaskan mengapa ekosistem hutan perlu dikekalkan untuk kepentingan manusia. [10] 1998 7. a) Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem? [5] b) Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan bagaimana tenaga dialirkan melalui suatu siratan makanan yang mudah dalam ekosistem daratan. [10] c) Jelaskan kepentingan ekosistem hutan bakau. [10] 1999 7. a) Nyatakan komponen-komponen asas yang membentuk setiap ekosistem. [5] b) Dengan bantuan gambar rajah,jelaskan tentang kitar nutrien dalam ekosistem. [10] c) Bincangkan pengaruh karbon terhadap kehidupan manusia. [10] 2000 7. a) Apakah yang dimaksudkan dengan rantaian makanan? [5] b) Terangkan bagaimana tenaga dipindahkan dalam rantaian makanan bagi ekosistem hutan tropika. [10] c) Jelaskan bagaimana rantaian makanan boleh diganggu, dan huraikan kesan gangguan itu terhadap manusia. [10]

2001 6. a) Dengan menggunakan Rajah 1 pada halaman 17, i) labelkan aliran tenaga dalam siratan makanan, dan

[5]
24

sbssmkja

ii) huraikan proses aliran tenaga dalam siratan makanan tersebut. b) Jelaskan bagaimana kegiatan manusia boleh mengganggu ekosistem tasik.

[10] [10]

2002 5. a) Apakah yang dimaksudkan dengan kitar nutrien dalam ekosistem? [5] b) Dengan bantuan gambar rajah, huraikan bagaimana kitar oksigen berlaku dalam ekosistem daratan. [10] c) Jelaskan mengapa kitar oksigen dan kitar karbon selalunya digabungkan. [10] 2003 7. a) Nyatakan dua fasa kitar nutrien dalam sesuatu ekosistem. b) Dengan bantuan gambar rajah, huraikan proses yang berlaku dalam kitar nitrogen. c) Huraikan bagaimana manusia mempengaruhi kitar nitrogen. [5] [12] [8]

2004
8. Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di suatu kawasan pinggir pantai. a) huraikan siratan makanan dalam ekosistem di kawasan tersebut. [7] b) jelaskan bagaimana aktiviti manusia telah mengganggu ekosistem di kawasan tersebut, dan [10]` c) huraikan bagaimana gangguan terhadap ekosistem di kawasan tersebut dapat dikawal oleh pihak berkuasa tempatan. [8]

2005
8. a) Nyatakan dua jenis dan dua komponen ekosistem. b) Huraikan dua faktor iklim yang mempengaruhi pembentukan ekosistem. c) Jelaskan kepentingan ekosistem hutan terhadap manusia. [5] [10] [10]

2006
8. Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di suatu kawasan hutan, a) nyatakan ciri-ciri hutan tersebut, [7] b) jelaskan empat aktiviti manusia yang boleh mengganggu kestabilan ekosistem hutan tersebut, [8] c) cadangkan lima kaedah bagaimana hutan tersebut dapat diurus dengan baik untuk generasi yang akan datang. [10] 2007 7. a) Berdasarkan gambar rajah di bawah, nyatakan contoh pengguna di setiap aras trofik, iaitu aras trofik A, aras trofik B, dan aras trofik C dalam ekosistem X. [5] b) Jelaskan peranan tumbuh-tumbuhan dalam ekosistem X. [8] c) Jelaskan bagaimana keseimbangan kitar karbon diganggu oleh aktiviti manusia [12]

25

sbssmkja

2007 7. Gambar rajah di bawah menunjukkan kitar karbon dalam ekosistem x.

2009 7. a) Apakah yang dimaksudkan dengan persaingan sepsis tumbuhan? [5] b) Huraikan lima faktor yang mempengaruhi taburan sepsis tumbuhan dalam sesuatu ekosistem. [10] c) Jelaskan bagaimana tumbuhan primer di sesuatu kawasan hutan mempengaruhi aktiviti manusia. [10]

2010
7. a). Apakah yang dimaksudkan dengan konsep aliran tenaga dalam ekosistem? [5] b). Huraikan proses aliran tenaga dalam system makanan yang terdapat dalam ekosistem pertannian. [10] c). Huraikan bagaimana aktiviti pertanian pindah mengganggu ekosistem hutan. [10]

26

sbssmkja

Saling Kebergantungan Sistem


1997
6. a) Apakah punca-punca yang membawa kepada kemusnahan hutan semula jadi? [10] b) Dengan memberikan contoh-contoh, tunjukkan bagaimana pemusnahan hutan boleh memberikan kesan terhadap cuaca dan geomorfologi di sesuatu tempat. [15] 7. Terangkan mengapa pembinaan petempatan di lereng-lereng bukit yang curam di kawasan tropika lembap tidak digalakkan. [25]

1998
Jadual 1 : Min hujan (mm) bulanan di bandar X Bulan Hujan (mm)
Jan 510 Feb 276
Ma

218

Apr 130

Mei

160

Jun 109

Jul 100

Ogo

185

Sep 230

Okt 272

Nov

380

Dis 495

8. a) Dengan menggunakan data pada Jadual 1, lukis satu graf bar untuk menunjukkan min hujan bulanan di bandar X. [10] b) Berikan ulasan anda tentang taburan hujan di bandar X. [5] c) Sekiranya banjir berlaku di bandar X, huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan keroskan akibat banjir. [10]

2000
8. Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan, a) huraikan ciri-ciri tumbuhan semula jadi di kawasan tersebut, dan [10] b) jelaskan bagaimana tumbuhan semula jadi yang tersebut telah menjana prosesproses geomorfologi. [15]

2001
8. Berdasarrkan kajian luar yang telah anda lakukan, a) terangkan satu kaedah untuk menyukat hujan, [5] b) huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah penerimaan hujan di kawasan tersebut, dan [10] c) jelaskan bagaimana perubahan sumber air menganggu aktiviti manusia. [10] 2003 4. Rajah 1 di halaman 20, menunjukkan sebahagian kawasan lembangan saliran yang berskala 1: 50 000 a) Apakah yang dimaksudkan dengan lembangan saliran? [5] b) Berdasarkan Rajah 1, i) hitung keluasan kawasan banjir [7] ii) hitung kecerunan Sg. Simpang Kanan dari titik A di Kg. Medan Sari ke titik B di Kg. Jaya. [3] c) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi kejadian banjir di kawasan tersebut. [10]

27

sbssmkja

2005 1. a) Huraikan dua jenis tenaga dalam sistem bumi. b) Huraikan peranan tenaga dalam mewujudkan proses kitaran hidrologi. [5] [10]

c) Jelaskan kepentingan tenaga suria terhadap pelbagai aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. [10] 2007 8. a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemanasan global? b) Huraikan kesan pemanasan global terhadap sistem geomorfologi. c) Jelaskan bagaimana kesan pemanasan global mempengaruhi aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. 2008 1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan El-Nino? b) Huraikan ciri kemarau yang berpunca daripada fenomena El-Nino c) Jelaskan bagaimana kejadian kemarau memberikan kesan kepada ekosistem daratan. [5] [10] [10]
28

[5] [10] [10]

sbssmkja

8. a) Apakah yang dimaksudkan dengan penyahhutanan? b) Huraikan impak penyahhutanan terhadap kitaran hidrologi, c) Jelaskan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan di kawasan hutan tropika lembap.

[3] [10] [12]

2009 8. a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem tanah lembap? [5] b) Huraikan bagaimana konsep pemeliharaan dan pemuliharaan ini dipraktikkan dalam pengurusan dan pengekalan hutan bakau. [10] c) Jelaskan kesan pembinaan empangan terhadap alam sekitar fizikal di sesuatu kawasan

2010
8. a) Apakah yang dimaksudkan dengan kepelbagaian biologi? b) Jelaskan lima kesan kemusnahankepelbagaian biologi terhadap persekitaran fizikal. c) Huraikan empat kepentingan kepelbagaian biologi terhadap aktiviti manusia di kawasan hutan tropika lembap. [3] [10] [12]

29

Anda mungkin juga menyukai