Anda di halaman 1dari 14

Folio Sejarah Tingkatan 2 Sejarah Sekolah Menengah Victoria

NAMA KELAS : Muhammad Hafidz Bin Azmi : 2 Indigo

NAMA GURU : Pn. Mazwin Tandatangan Pelajar Tandatangan Guru

-----------------------

----------------------

Isi Kandungan
Penghargaan Objektif Kajian Sejarah Pernubuhan Latar Belakang Sekolah Infrastruktur dan Kemudahan Asas Pengetua Guru Badan Pengurus/ PIBG Tokoh- Tokoh Bekas Pelajar Peristiwa Bersejarah Lagu Sekolah Prestasi dan Kejayaan Akademik Prestasi dan Kejayaan Kokurikulum Rumusan Rujukan 2 3 5 7 18 21 22 24 29 30 31 32 33 34 35

Penghargaan
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya tuan pengetua En. Mazlan dan guru Sejarah saya, Pn Mazwin kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menjalankan projek ini serta memberi sokongan dan tunjuk ajar sehingga projek ini selesai.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah memberi sokongan secara mental dan secara kewangan sehingga projek ini selesai.

Tidak lupa juga kawan- kawan saya terutamanya Chan Zhen Shun,Jerin Thomas George dan juga Amireen yang telah bekerjasama untuk mencari maklumat dan menyumbangkan idea serta menjalankan kerja l apangan sehingga prjek ini selesai.

Objektif Kajian
Kajian Kerja Kursus ini dijalankan untuk memenuhi objektifobjektif seperti yang berikut :
(a) Mengetahui latar belakang bangunan bersejarah dengan lebih

mendalam.

Saya ingin mengetahui latar belakang bangunan bersejarah dengan lebihSaya ingin mengetahui latar belakang bangunan bersejarah dengan lebih mendalam seperti asal -usul bangunan, tarikh pembinaan dan sebagainyamendalam seperti asal -usul bangunan, tarikh pembinaan dan sebagainya

(b)

Mengenal pasti keistimewaan bangunan bersejarah dengan lebih

terperinci.

Saya juga ingin mengenali keistimewaan bangunan bersejarah dengan lebih.Saya juga ingin mengenali keistimewaan bangunan bersejarah dengan lebih terperinci seperti reka bentuk pelan, bahan binaan, cara pembinaan danterperinci seperti reka bentuk pelan, bahan binaan, cara pembinaan dan sebagainya.sebagainya.

(c)

Menerapkan unsur-unsur patriotisme.

Saya juga ingin menerapkan unsur -unsur patriotisme seperti cinta akan nagara,Saya juga ingin menerapkan unsur -unsur patriotisme seperti cinta akan nagara, hormat -menghormati, sanggup berkorban untuk negara dan sebagainya.hormat-menghormati, sanggup berkorban untuk negara dan sebagainya.

(d)Menghayati warisan tinggalan pada zaman dahulu .

Saya ingin menghayati warisan tinggalan nenek moyang saya pada zaman . Selain itu, saya juga ingin men genali artifak-artifak lama dengan lebih lanjut lagi.

Sejarah Penubuhan

Institusi Victoria (VI) atau Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria adalah sekolah menengah untuk murid -murid lelaki pada awal

penubuhannya dan perempuan untuk tingkatan 6. Ia merupakan sekolah yang paling tua di Kuala Lumpur. Sekolah ini lebih dikenali sebagai VI dan pelajarnya dikenali sebagai Victorian. VI sangat terkenal dari segi pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik, sukan dan aktiviti lain untuk peringkat sekolah menengah di Malaysia. Ia dianggap sebagai sebuah daripada sekolah yang terbaik di antara sekolah -sekolah di Malaysia. Dalam tahun 1880-an, beberapa warganegara terkemuka, iaitu Capitan China Kuala Lumpur, Yap Kwan Seng, Towkay Loke Yew dan Thamboosamy Pillay adalah antara individu yang terlibat dalam mencetuskan idea untuk membina institut ini. Dengan sokongan Residen British di Selangor, Tuan W.H. Treacher dan sumbangan daripada Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor, mereka membina Institut Victoria dalam tahun 1893. Nama Victoria telah digunakan bagi memperingati Jubli Emas Ratu Victoria.

Pembinaan asal Institut Victoria terletak di Jalan Bandar dan adalah dengan secara rasminya dibuka pada 30 Julai 1894. Walau bagaimanapun pada bulan Mac 1929 sekolah Victoria dipindahkan ke Jalan Hang Tuah, kerana lokasi lama dilanda banjir jika hujan lebat kerana berdekatan dengan Sungai Klang. Dewan sekolah, Pavilion dan Menara Jam terletak di bangunan utama. VI juga mempunyai kolam renangnya sendiri da n trek tiruan untuk acara pecut 100 meter. VI mempunyai pelbagai kelab, badan berunifom dan sukan yang aktif dan boleh disertai oleh pelajar. Secara tradisi Institut Victoria bersaing hebat dengan Sekolah St. John kerana

kedua-duanya dianggap sekolah yang terbaik di Kuala Lumpur. VI juga bersaingan dengan Royal Millitary College (RMC) dan Malay College

Kuala Kangsar (MCKK).

VI mempunyai sejarah yang membanggakan dalam pencapaian sukan bagi 100 tahun lalu. Aktiviti sukan VI termasuk bola sepak, ragbi, kri ket, bola keranjang, polo air, badminton, seni memanah, hoki, bola baling, bola tampar, olahraga, tenis dan pingpong. VI adalah juara bertahan dalam bola sepak, kriket dan polo air di peringkat negeri. Perlawanan bola sepak antara VI dan MCKK untuk Piala Sultan Azlan Shah diadakan setiap tahun. VI juga telah melahirkan ramai olahragawan negara

Iinfrastruktur dan Kemudahan Asas

Pusat sumber

 Pusat sumber pertama yang dibina pada tahun 1930  Ia mempunyai lebih daripada 600 buah buku pada tahun 1930  Perpustakaan ini telah diubahsuai sebanyak 3 kali selama ia telah dibina

Pavilion

 Pavilion yang pertama dibina pada tahun 1929  Ia terletak di hadapan bangunan sekolah. Ia mengandungi dua larian tangga. satu di sebelah kiri dan satu sebelah kanan  Pada 1998 , pavilion diperlukan untuk memenuhi keperluan -keperluan bagi Sukan Komanwel 1998

Pengetua SMK

Victoria
Nama: Haji Maslan Bin Buniran Tarikh Dilahirkan : 8 August 1956 Pendidikan : SK Jalan Gurney 2 SMK Tinggi Setapak Universiti Malaya  Beliau telah mengajar selama 34 tahun di 4 sekolah yang berbeza  Beliau telah menaikan prestasi SPM sekolah Smk Padang Tembak dari 58% to 89%  Beliau telah mentransformasikan SMK SBS ke sekolah Klu ster  Beliau mengharapkan staff - staff sekolah Smk Victoria akan memainkan peranan masing- masing untuk menjadikan sebuah sekolah yang cemerlang  (passion and compassion) merupakan motto yang digunakan dalam 30 tahun menjadi seorang guru  Beliau mengharapkan SMK Victoria akan teruskan kecemerlangannya sehingga tahap yang tertinggi dalam aspek akademik dan kokurikulum. 

lagu sekolah

Versi Inggeris
Let us now with thankfulness Praise the founders of our School. Let us now with thankfulness Praise the founders of our School For their foresight and devotion, Some who came across the ocean, Some Malaysia's own sons, All true Victorians. Let us next remember here All who passed through this our School. Let us next remember here All who passed through this our School, Not one race but one in feeling For a school to each appealing That instruction be not all Nor this School just roof and wall. Let us lastly pledge ourselves Ever to uphold our School. Let us lastly pledge ourselves Ever to uphold our School. In our work and in our leisure, With such zeal and in such measure That the new Victorians Match with Old Victorians.

Versi Bahasa Malaysia


Sanjungan didendangkan Pengasas nan budiman Sanjungan didendangkan Pengasas nan budiman Kerana jasa khidmat mulia Yang mengharung samuderaya Dan putera Malaysia Kekal cita Victoria Kenangan dilayangkan Pada semua lepasan Kenangan dilayangkan Pada semua lepasan Lain bangsa satu cita Diingatkan pada semua Ilmu zahir utama Rohani pun setara Ikrar pula lafazkan Junjung sekolah pujaan Ikrar pula lafazkan Junjung sekolah pujaan Dalam usaha gerak laku Warisan lama dan baru Bergandingan, bersatu Hidup Victoria diaju

Prestasi dan Kejayaan Kokurikulum


Pancaragam(VICCB)

Pasukan Pancaragam Kor Kadet Victoria atau Victoria Institution Cadet Corps Band (VICCB) telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1909. Pasukan pancaragam ini telah dijadikan bidang kebitaraan sekolah ini sebagai sebuah Sekolah Kluster Cemerlang. VICCB mewakili Malayisa dalam: --Shanghai Spring International Music Festival, Shanghai, China 2008 --Upacara Pembukaan Singapoore Youth Festival, Singapura 2006 --Upacara Pembukaan Sukan SEA, Kuala Lumpur 2001 --Upacara Pembukaan & Penutup Sukan Komanwel, Kuala Lumpur 1998 --World Marching Band Festival, Yokohama, Japan 1998 --Malaysia - Japan Music Festival, Kuala Lumpur 1995, 1997 --International Marching Band Festival, Sydney, Australia 1996 VICCB mempunyai kejayaan gemilang dalam pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa seperti Pingat Emas World Championship for Marching Show Bands, Kuala Lumpur 2008 (Parade Competition). Pada tahun 2009, VICCB mencapai usia 100 tahun. Suatu majlis pelancaran diadakan di padang Victoria Institution pada 14 Februari 2009.

Rumusan

Kerja Kursus Sejarah ini dijalankan untuk mengkaji sejarah sekolah SMK Victoria. Sekolah merupakan permulaan bagi setiap insan untuk terus maju. Tokoh-tokoh yang terkemuka tidak akan muncul tanpa bersekolah. Akhir sekali, kita harus sentiasa menjaga warisan dan sentiasa berfikir untuk memajukan sekolah. Nilai- nilai murni juga telah dimasukan supaya kita bersyukur kepada orang yang telah berbakti kepada sekoalh ini. Besarnya harapan saya sekolah ini akan terus gemilang dalam semua aspek.

Rujukan
Untuk menjayakn projek kajian saya ini, saya telah melayari laman -laman

web dan buku- buku berikut :

1. www.wikipedia.com

2. www.web0226.moe.edu.my

3. www.smkvictoria.net

4. www.google.com.my

5. The Victorian 2008 -2010

6. www.yahoo.com 7. www.mokthardahari.com

8. www.facebook.com/anandakrishnan

Anda mungkin juga menyukai