Anda di halaman 1dari 15

FUTSAL TUGASAN PENGADIL

PENGADIL
KUASA PENGADIL
Setiap perlawanan di kawal oleh seorang pengadil yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undangundang permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia ditugaskan itu, dari mula dia masuk ke persekitaran di mana gelanggang itu ditetapkan sehingga dia keluar.

KUASA DAN TUGAS PENGADIL


Menguatkuasakan undang-undang Meneruskan permainan apabila pasukan yang dikasari beruntung dari advantej ini dan menghukumkan kesalahan yang asal jika advantej yang di jangkakan itu tidak berhasil Membuat cacatan tentang perlawanan dan menyediakan kepada pihak berkuasa laporan perlawanan yang mengandungi semua keterangan tentang sebarang tindakan disiplin terhadap pemain-pemain dan pegawai pasukan dan sebarang kejadian yang berlaku sebelum,semasa, selepas permainan itu.

Bertindak sebagai penjaga masa sekiranya pegawai berkenaan tidak hadir. Memberhentikan, menangguhkan atau menamatkan permainan bagi sebarang kesalahan undang-undang atau disebabkan oleh sebarang gangguan yang tidak sepatutnya. Mengambil tindakan disiplin terhadap pemain yang bersalah untuk kesalahan-kesalahan diberi amaran atau perintah keluar. Memastikan bahawa hanya orang lain tidak dibenarkan masuk ke padang.

Berhentikan permainan jika, pada pendapatnya; seorang pemain cedera parah dan pastikan pemain itu dikeluarkan dari gelanggang secepat mungkin. Teruskan permainan sehingga bola di luar permainan jika seorang pemain, pada pendapatnya tercedera ringan. Menentukan bahawa bola yang di sediakan memenuhi kehendak undang-undang II.

KEPUTUSAN-KEPUTUSAN PENGADIL
Keputusan-keputusan pengadil terhadap sebarang fakta berkaitan dengan permainan adalah muktamad. . Pengadil hanya boleh menukar sesuatu keputusan apabila menyedari kesilapannya atau, mengikut budi bicaranya, di atas nasihat Penolong-penolong Pengadil dengan syarat permainan belum dimulakan semula atau menamatkan perlawanan itu.

KEPUTUSAN 1: Jika pengadil dan pengadil kedua mengisyaratkan kesalahan serentak dan terdapat perselisihan pendapat pasukan yang sepatutnya dihukumnya, keputusan pengadil diutamakan. KEPUTUSAN 2 Kedua-dua pengadil dan pengadil kedua berhak untuk memberikan amaran atau perintah keluar seseorang pemain, tetapi jika terdapat perselisihan pendapat, keputusan pengadil diutamakan.

PENGADIL KEDUA
TUGAS-TUGAS: Seorang pengadil kedua hendaklah dilantik untuk bertugas di sebelah gelanggang yang bertentangan dengan pengadil. Dia dibenarkan menggunakan wisel. Pengadil kedua membantu pengadil untuk mengawal mengikut undang-undang permainan. Mempunyai kuasa budibicara untuk memberhentikan permainan jika berlaku perlanggaran undang-undang.

Memastikan penggantian dilakukan dengan betul. Jika berlaku gangguan yang tidak sewajarnya, pengadil akan menamatkan tugas pengadil kedua dan mendapatkan penggantinya serta melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab. KEPUTUSAN-KEPUTUSAN: Untuk perlawanan antarabangsa penggunaan pengadil kedua adalah diwajibkan.

PENCATAT WAKTU DAN PENGADIL KETIGA


KUASA DAN TUGAS - Berada di sisi luar pertengahan lapangan, sama dengan zon pergantian pemain. - Dilengkapi dengan jam/ pencatat waktu yang sesuai serta peralatan yang sesuai untuk mengakumulasi jumlah pelanggaran yang dilakukan.

PENCATAT WAKTU (THE TIME KEEPER)


Memastikan tempoh perlawanan bersesuaian dengan peraturan 8 iaitu: - Memulakan jam penghitung setelah tendangan permulaan dilakukan. - Menghentikan jam ketika bola tiada dalam permainan. - Memulakan kembali permainan setelah tendangan kedalam, gol (bola masuk gawang), tendangan sudut, tendangan bebas, tendangan dari titik penalti atau titik penalti kedua, waktu time-out.

- Memeriksa waktu time-out (waktu sela) satu minit. - Memeriksa tepat dua minit waktu menghukum ketika pemain telah dikeluarkan (send-off). - Menunjukkan berakhirnya separuh masa pertama permainan, berakhirnya pertandingan, berakhirnya waktu tambahan serta berakhirnya waktu time out. - Memberitahu kepada pengadil dan pasukan dengan benar serta memberikan izin untuk time-out ketika diminta oleh pelatih kedua pasukan (Peraturan No.8) - Mencatat lima kesalahan pertama yang dilakukan oleh pasukan, memberi isyarat ketika kesalahan kelima sudah dilakukan oleh salah satu pasukan.

PENGADIL KETIGA
Pengadil ketiga membantu mencatat waktu: - Mencatat lima kesalahan pertama yang dilakukan oleh setiap pemain, memberi isyarat jika kesalahan kelima sudah dilakukan oleh salah satu pasukan. - Mencatat penghentian permainan dan alasanalasannya. - Mencatat nombor pemain yang menjaringkan gol.

- Mencatat nama serta nombor pemain yang mendapat amaran dan dibuang padang. - Memberikan/ menyediakan informasi yang relevan mengenai permainan. - Jika berlaku gangguan yang tidak sewajarnya yang dilakukan oleh pencatat waktu atau pengadil ketiga, maka pengadil akan menamatkan tugas mereka, mengatur penggantinya serta melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab. - Dalam hal cedera, pengadil ketiga dapat menggantikan pengadil atau pengadil kedua.

KEPUTUSAN 1 - Untuk perlawanan Antarabangsa, penggunaan pencatat waktu dan pengadil ketiga adalah diwajibkan. KEPUTUSAN 2 - Untuk perlawanan antarabangsa, jam pencatat waktu (chronometer) yang digunakan harus bersesuaian dengan seluruh fungsi-fungsi yang diperlukan (pencatatan waktu yang tepat, alat untuk mencatat waktu menghukum dua minit , serta memantau pengumpulan kesalahan oleh setiap pasukan).

Anda mungkin juga menyukai