Anda di halaman 1dari 16

Tajuk Pengaruh Rakan Sebelah di Dalam Kelas Mempengaruhi Minat Pelajar Terhadap Pelajaran.

Oleh : SHARANYA A/P PUANESPERAM 6AA1

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chio Min, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman.

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga terutama sekali kepada Puan Tan Kim Teng yang sudi memberi peluang kepada kumpulan kami untuk menjayakan kajian ini. Tidak lupa juga kepada guru guru Tingkatan Enam, yang telah banyak bertungkus lumus membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan rakan kerana telah memberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan. Tanpa kerjasama dari mereka semua, saya tidak mungkin akan dapat menyiapkan kajian ini mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Abstrak

Tujuan saya menjalankan kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada rakan sebelah di dalam kelas benar benar memberikan pengaruh dalam minat dan tingkah laku pelajar terhadap pelajaran. Saya menjalankan kajian melalui kaedah soal selidik kepada para pelajar yang berada dalam Tingkatan Enam Atas tahun 2011. Melalui respon soal selidik yang saya peroleh, saya mendapati bahawa majoriti pelajar Tingkatan Enam Atas bersetuju bahawa individu yang duduk di sebelah di dalam kelas banyak mempengaruhi dalam minat pelajar terhadap pelajaran. Kajian ini penting dalam mengenal pasti sama ada personaliti rakan sebelah di dalam kelas ini memberi impak dalam mempengaruhi minat pelajar terhadap pelajaran.

BAB 1

1.1 Penjelasan

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh rakan sebelah di dalam kelas dalam mempengaruhi minat dan presatsi pelajar. Hal ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sama ada rakan sebelah di dalam kelas mampu memberi pengaruh dalam prestasi dan minat pelajar. Di samping itu, terdapat juga isu yang meyatakan bahawa personaliti rakan sebelah di dalam kelas itu mampu mempengaruhi dalam perkembangan minat dan seterusnya mempengaruhi prestasi pelajar.

1.2 Objektif Penyelidikan


Objektif penyelidikan kajian ini ialah : i. Rakan sebelah di dalam kelas mempunyai hubungan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar.

ii. Rakan sebelah di dalam kelas mempunyai hubungan yang signifikan ke atas perubahan dan tingkah laku pelajar.

iii. Faktor gender mempunyai hubungan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar.

iv. Faktor gender mempunyai hubungan yang signifikan dalam perubahan tingkah laku pelajar.

1.3 Skop Kajian

Kajian ini akan memberi tumpuan terhadap sama ada pelajar lelaki atau pelajar perempuan Tingkatan Enam di SMJK CHIO MIN. Selain itu, kajian ini turut memberi perhatian dalam pengaruh rakan sebelah di dalam kelas mempengaruhi minat pelajar terhadap pelajaran. Kajian ini juga dilakukan untuk satu tempoh masa yang telah ditetapkan iaitu 1 Feb hingga 26 Mei 2011.

Kajian ini akan membincangakan pengaruh rakan sebelah di dalam kelas mempengaruhi minat pelajar terhadap pelajaran Tingkatan Enam di SMJK CHIO MIN. Justeru, kajian ini akan menyentuh keseluruhan pelajar lelaki dan pelajar perempuan di SMJK CHIO MIN.

1.4 Kaedah Penyelidikan

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian tinjauan. Kajian tinjauan merupakan satu kajian deskriptif. Data deskriptif biasanya dikumpul dengan mentadbir soal selidik, menemu bual subjek, memerhatikan peristiwa atau menganalisis sumber sumber dokumentari. Saya juga mengedarkan sendiri borang soal selidik kepada responden yang terlibat untuk mendapatkan data.

BAB 2

2.1 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini adalah untuk mendapat satu gambaran tentang pengaruh rakan sebelah di dalam kelas mempengaruhi minat pelajar terhadap pelajaran dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan Tingkatan Enam. Kajian ini diharapkan dapat memperbaiki kelemahan pelajar dalam memiliki rakan sebelah di dalam kelas.

Dapatan dari kajian yang telah dibuat diharapkan dapat member sumbangan dan ilmu tentang pengaruh rakan sebelah kepada semua pelajar Tingkatan Enam di SMJK CHIO MIN.

MASALAH PENYELIDIKAN

Pengenalan kepada masalah penyelidikan Kajian ini penting untuk memberi pendedahan terhadap pengaruh rakan sebelah di dalam kelas ke atas minat dan tingkah laku yang turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain seperti faktor sosial dan persekitaran fizikal. Kelas merupakan tempat yang terbaik untuk pelajar belajar, mengulangkaji serta tempat untuk menyiapkan kerja sekolah. Namun begitu, sekiranya keadaan persekitaran ini tidak memuaskan, perkara ini boleh memberi pengaruh yang negatif terhadap pelajar, khususnya dalam bidang akademik. Tambahan pula, setiap pelajar mempunyai tingkah laku dan tabiat masing masing, dan adakalanya mereka amat mudah terpengaruh dengan orang orang di sekeliling mereka. Oleh itu, pelajar yang berada di dalam persekitaran yang baik akan mendatangkan kesan positif ke atas diri mereka. Warga SMJK Chio Min amat menggalakkan pertumbuhan sosial dan emosi yang baik dalam kalangan pelajar di dalam kelas. Pelajar dididik dengan amalan yang baik di dalam kelas sejak dari peringkat sekolah agar menjadi perisai dalam menuju ke alam kedewasaan.

Kekangan Penyelidikan

Kajian ini dilaksanakan ke atas 70 orang pelajar Tingkatan 6 Atas di SMJK CHIO MIN. Jadi, kajian ini adalah terbatas kepada pelajar Tingkatan 6 Atas sahaja. Kajian ini hanya menggunakan kaedah soal selidik yang dijadikan sebagai instrumen kajian. Oleh sebab itu, keberkesanan kajian ini adalah sangat bergantung kepada sejauh mana kejujuran dan keikhlasan para pelajar dalam menjawab borang soal selidik yang diberikan.

RUJUKAN

Teori
Menurut Hoel, Parker dan Rivenberg (2004), terdapat kesan yang tinggi di antara kualiti akademik rakan sebaya atau rakan sebelah dengan pencapaian akademik pelajar. Penyelidik mendapati kelayakan akademik rakan sebaya atau rakan sebelah boleh merangsang dan mendatangkan kesan ke atas pencapaian pelajar sama ada dalam semester pertama mahupun semasa melalui zaman karier mereka. Penyelidik turut mendapati pelajar yang cemerlang dalam akademik berpunca daripada tabiat dan tingkah laku rakan sebelah dan juga rakan rakan. Laar, Levin, Sinclair dan Sidanius (2004 : 329) mendapati rakan sebelah dari latar belakang etnik yang berbeza, sama ada secara paksaan atau sukarela berpotensi untuk menyumbang tingkah laku yang negatif. Piaget dan Erikson (1995) berpendapat bahawa persekitaran menolong remaja mencapai potensinya. Piaget menjelaskan bahawa masyarakat berperanan membantu remaja membina identiti yang positif. Individu pula tidak akan dapat berkembang langsung selepas peringkat pengendalian konkrit dalam masyarakat yang kurang maju. Erikson pula berpendapat identiti bergantung kepada sokongan yang diterima oleh generasi muda. Dusek (1995) pula menjelaskan bahawa pada tahap operasi formal ini, remaja boleh berfikir secara mendalam, membuat andaian dan berfikir tentang masa depan. Perkembangan kognitif pada remaja boleh membawa kepada pembentukan personaliti remaja.

Penyelidikan yang berkaitan

Sulaiman Shamsuri (1985, dalam Hasmaliza Husain 1990 : 8) menjelaskan bahawa kemajuan seseorang pelajar dari segi fizikal, mental dan psikologi bergantung kepada pelajar itu sendiri dan dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu latar belakang keluarga, pengalaman dan reaksi terhadap pengalaman itu sendiri. Menurut Baharuddin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat (2002 : 73) pula, pengaruh rakan sebelah terhadap seseorang individu lebih banyak berbanding pengaruhnya dalam membentuk personaliti serta gaya tingkah laku positif atau negatif. Selain itu, pengaruh rakan sebelah juga boleh memahirkan lagi pembelajaran melalui perbincangan terutamanya bagi rakan yang cemerlang.

METOLOGI PENYELIDIKAN Reka Bentuk Penyelidikan


Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik . Kaedah ini digunakan kerana membolehkan penyelidik memahami keseluruhan skop kajian dengan sampel yang kecil serta dapat mengukur pendapat, sikap dan tingkah laku responden.

CADANGAN PENYELIDIKAN

Menerusi kesimpulan di atas, saya telah membincangkan cadangan dalam merubah minat dan tingkah laku rakan sebelah terhadap pembelajaran di dalam kelas ke atas pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas. Cadangan penyelidikan kami ialah; i. Para guru di SMJK Chio Min boleh menentukan tempat duduk para pelajar bersesuaian dengan prestasi akademik dan sikap mereka. ii. Guru subjek juga boleh menentukan kedudukan pelajar di dalam kelas bersesuaian dengan rakan di sebelah yang boleh mendorong pelajar yang lemah identit yang lebih cemerlang. iii. Para pelajar juga boleh memilih rakan sebelah mereka mengikut pencapaian akademik dan tingkah laku yang sesuai dengan mereka. Semua cadangan di atas boleh membentuk generasi yang cemerlang menerusi pengaruh rakan sebelah yang baik. Oleh itu, pengaruh rakan sebelah di dalam kelas memainkan peranan penting dalam mempengaruhi minat dan tingkah laku pelajar terhadap pelajaran dan perubahan sikap pelajar ini boleh menonjolkan identiti sebenar seorang pelajar.

Anda mungkin juga menyukai