Anda di halaman 1dari 3

Sejarah Tahun Baru Cina Seperti sambutan perayaan tahun baru mengikut budaya barat, Tahun Baru Cina

juga disambut secara tradisi dan menjadi amalan kaum Cina.

Asal-usul Tahun Baru Cina mungkin menjangkau ratusan abad yang lalu, dan pastinya amat sukar disahihkan secara fakta. Ia juga dikenali sebagai Pesta Musim Bunga dan sambutannya berlangsung selama 15 hari. Antara kisah lagenda yang dikaitkan dengan sejarah Tahun Baru Cina adalah mengenai sejenis makhluk yang dikenali sebagai Nian yang ingin memusnahkan sebuah perkampungan di China pada satu malam sewaktu musim sejuk. Nian adalah sejenis makhluk yang amat buas, mempunyai mulut yang besar dan mampu memakan ramai manusia sekaligus.

Nian hanya muncul pada setiap akhir tahun untuk menyerang dan membunuh penduduk kampung. Penduduk di kampung tersebut telah cuba menghalau makhluk tersebut dengan membakar mercun serta membuat bunyi-bunyian yang bising. Ancaman Nian telah dihentikan oleh seorang lelaki tua (dianggap sebagai tuhan) yang berjaya menipu Nian agar makhluk tersebut menghilangkan diri. Selain itu, penggunaan warna merah dalam perayaan Tahun Baru Cina membawa menghalau segala kejahatan dan membuang nasib malang.

maksud

Persediaan Sambutan Tahun Baru Cina Pada kebiasaannya, persiapan bagi menyambut perayaan tersebut dilakukan sebulan lebih awal (seperti juga sambutan Hari Krismas) seperti pembelian hadiah, dekorasi, makanan dan pakaian. Rumah juga turut dibersihkan beberapa hari sebelum perayaan disambut sebagai simbolik membuang segala nasib malang dan pintu serta bingkai tingkap dicat dengan warna merah. Keratan kertas dan madah yang bertemakan kegembiraan, kekayaan dan kesejahteraan turut dihias di pintu-pintu dan tingkap-tingkap di rumah.

Malam menjelang sambutan Tahun Baru Cina merupakan saat yang dinanti-nantikan. Hidangan yang istimewa seperti udang (lambang kehidupan dan kegembiraan), tiram kering (juga dikenali sebagai ho xi yang melambangkan perkara baik), salad ikan mentah (juga dikenali sebagai yu sheng yang melambangkan nasib baik dan kemasyhuran) dan sebagainya menjadi santapan utama. Pada tengah malam, langit akan diterangi dengan cahaya

dari bunga api dan mercun yang dibakar sebagai menghormati tradisi turuntemurun.

Setibanya Hari Tahun Baru Cina pula, tradisi lama yang dikenali sebagai Hong Bao (yang bermaksud peket merah) diamalkan. Di Malaysia, amalan ini lebih dikenali sebagai pemberian ang pau. Ang pau diberikan oleh pasangan yang telah berkahwin kepada orang dewasa yang belum berkahwin dan kanak-kanak di dalam sampul yang berwarna merah. Pesta Lantern pula disambut sebagai tanda berakhirnya Tahun Baru Cina. Walaupun terdapat banyak sambutan dalam Tahun Baru Cina, namun mesej perayaan adalah sama iaitu keamanan dan kegembiraan buat kaum keluarga dan sahabat handai.

Untuk bacaan lanjut, layari: http://www.fireworks.com http://www.chinese.new-year.co.uk/history.htm http://en.wikipedia.org/wiki/Chinese_New_Year

Anda mungkin juga menyukai