Anda di halaman 1dari 3

CERPEN MISTERI TENGAH MALAM

Nama Pena : Fadzli Zul Shafik baru sahaja mula bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat percetakan akhbar yang terkenal di Kuala Lumpur. Gaji yang ditawarkan cukup lumayan menyebabkan dia tidak teragakagak untuk menerimanya. Shafik tidak mempunyai pilihan lain. Dia terpaksa menerima tawaran kerja tersebut. Gara-gara asyik memikat anak ketua kampung si Liza, pelajaran terabai sehingga gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pemuda berusia pertengahan 20-an dari Perak mengeluh dalam diam. Dia tahu tempat kerja sering dijadikan topik perbualan. Konon terdapat makhluk halus, puaka dan jin di situ. Hatinya berbisik, "Kalaulah aku dengar cakap arwah ibuku dulu, sudah tentu aku tak seperti sekarang." Sambil membawa motorsikal dia termenung jauh. "Fik, dengar cakap ibu, jangan dikejarkan si Liza tu... Belajar baik-baik." Kata-kata ibunya masih segar dalam ingatannya. Shafik terkejut dari lamunan apabila mendengar bunyi hon di belakangnya. Kelam kabut Shafik dibuatnya. Lampu isyarat telah pun bertukar warna. Shafik segera memecut motor kapcainya. "Itu pun tak reti sabar," dengus hati Shafik. Sejak dua bulan lalu, Shafik mula masak dengan perangai warga kota yang biadap. Shafik melaporkan diri di bilik kawalan utama. "Assalamualaikum," Shafik memberi salam. Kedengaran suara berusia membalas. "Waalaikumusalam, masuk," kata suara tadi. Kelihatan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an sedang duduk di kerusi. "Kamu Shafik, pekerja barukan?" Shafik hanya mengangguk.Lelaki berusia itu dikenali sebagai Pak Osman. Pak Osman merupakan orang Kelantan. Dia telah lama berhijrah ke Kuala Lumpur. Disitu dia berkenalan dengan dua pemuda yang kemudian menjadi rakannya. Mereka ialah Daniel dan Firdaus. Daniel dan Firdaus ialah anak kelahiran Kuala Lumpur. Shafik ditugaskan pada shif siang. Tiada sebarang masalah dihadapinya. Shafik mula lupa cerita-cerita yang pernah didengar sebelum ini. Shafil mula selesa bekerja di syarikat percetakan tersebut. Kata-kata rakan-rakan yang berkerja shif malam diketawakannya. Shafik mula bersikap angkuh selepas sebulan bekerja disitu. "Itu semua karut la. Mana ada hantu," bentak Shafik. Dia mula menyampah mendengar cerita Saiful. Saiful dirasakan hanya memalukan kaum lelaki sahaja dengan sikap pengecutnya. Saiful berasa marah dimarahi Shafik. "Kau jangan nak berlagak Fik," kata Saiful. Mereka hampir bertumbuk kalau bukan ditahan Pak Osman. Saiful sempat memberi amaran pada Shafik sebelum keluar dari kantin. "Kau jaga Fik. Dah kena baru tau," kata Saiful. Shafik hanya mencebik melihat telatah Saiful yang marah padanya. Ditakdir Allah yang mahu memberi kesedaran kepada Shafik, Shafik ditukarkan ke shif malam. Malam pertama Shafik tidak menghadapi sebarang gangguan. Ini menambah keangkuhan Shafik. Shafik berbisik dengan diri sendiri. "Tak ada apa pun. Memang sah Saiful tu penakut. Dasar badan je besar

tapi pengecut." Shafik tersengih-sengih sendiri. Dia masih terbayang-bayang muka Saiful yang merah padam kerana marah. Pada malam itu, Shafik terpaksa meronda seorang diri. Malam itu cukup indah sekali. Bulan mengambang dan bintang berseri-seri menjadi teman Shafik. Shafik seperti biasa melakukan rondaan. Dia akan meronda sekitar kilang dan gudang syarikat tersebut. Malam itu terasa sunyi sekali. Lambat sekali waktu berlalu. Sesekali terdengar bunyi lolongan anjing liar. Mendengar tangisan anjing liar yang semakin kuat, Shafik mempercepatkan langkahnya. Dia mahu segera habis meronda dan kembali ke bilik kawalan utama. Sambil memegang lampu suluh, Shafik mempercepatkan langkahnya. Sesekali dia menoleh ke belakang. Peluh mula membasahi bajunya. Shafik teringat kata-kata Pak Osman. "Jangan cakap besar Fik. Allah tak suka orang cakap besar," nasihat Pak Osman tempoh hari. Dia mula berlari-lari anak. Shafik hampir sahaja melanggar Pak Osman yang muncul tiba-tiba. "Apa kena dengan kau Fik, macam kena kejar hantu je," kata Pak Osman. Terasa sakit di kepala kerana terhantuk dengan Shafik. Shafik bangun dengan malu. Dia cuba menahan perasaan ketakutannya. "Tak ada apa-apa," kata Shafik. Pak Osman hanya mengeleng kepala melihat tingka laku pemuda itu. "Mari pergi kata Pak Osman. Sekali Shafik ditugaskan shif malam. Walaupun tak sanggup, Shafik tetap meneruskan tugasnya meronda kawasan syarikat percetakan akhbar tersebut. Peristiwa semalam masih lagi segar dalam ingatannya Diharap sangat perkara semalam tidak berulang lagi. Dengan perlahan-lahan dia terjenguk ke mesin yang berbunyi semalam. Kelihatan tenang sahaja. Tiada apa yang mencurigakan. Seperti malam semalam keadaan syarikat akhbar itu tetap sunyi. Shafik memberanikan dirinya meronda seorang diri. Dia tidak mahu dilabel sebagai seorang pengecut seperti dia selalu melabel Saiful. Kedengaran suara sayup-sayup anjing liar melolong lagi. Shafik mula dilanda perasaan gelisah. "Lagi sekali. Harap-harap aku tak bertembung lagi. Shafik berharap dia tidak akan bertembung makhluk halus atau hantu. Tiba-tiba cuping telinganya menangkap bunyi bising dari arah mesin pencetakan akhbar. Shafik berasa hairan. Ini kerana mesin tersebut sudah ditutup dan dikunci. Kuncinya disimpan Mr. Smith. Manakala Mr.Smith sudah mengambil cuti. Shafik keberatan untuk pergi melihat. Namun disebabkan tugasnya, Shafik memberanikan diri. Terjengket-jengket dia melihat ke dalam. Keningnya terangkat kehairanan. Bunyi bising tadi hilang disebalik kesunyian malam. Selepas merasakan tiada apa-apa yang pelik, Shafik mengatur langkah meninggalkan tempat tersebut. "Syukur Allamudillah," kata hati Shafik. Baru sahaja Shafik melangkah beberapa langkah, bunyi bising mesin berfungsi kedengaran semula. Lutut Shafik mula mengeletar. Namun ditabahkan juga. Kali ini dia memberanikan diri memasuki tempat mesin tersebut. Sambil berucap, Shafik mendekati mesin tersebut. "Astaghfirullah al-azim, lindungi hambamu ni Allah dari segala kejahatan. Amin." Shafik menutup mukanya dengan kedua belah tangan. Sekali lagi mesin-mesin tersebut berhenti bergerak. Dengan berhati-hati Shafik melangkah ke arah kunci mesin automatik tersebut. Dilihat mesin itu masih berkunci. Shafik tertanya-tanya pada diri. "Habis bunyi apa aku dengar tadi?" Shafik berasa ganjil dengan fenomena tersebut. Tiba-tiba bulu romanya menegang, seperti ada orang berdiri di belakangnya. Shafik tidak berani melihat belakang. Terasa seperti ada sesuatu semakin menghampirinya. Tanpa menoleh belakang Shafik mengangkat kaki seribu. Dia berlari dengan laju sekali. Shafik dapat mendengar suara ketawa mengilai.

"Kenapa lari!! Bukan kau sangat berani!!!Marilah!!! Hahaha!!" Shafik terjatuh beberapa kali. Suara tersebut masih mengejarnya. Shafik sampai dipintu pagar syarikat. Kunci pintu tidak dapat dibukanya. Dia mula cemas. Akhirnya dia berjaya membuka kunci selepas beberapa kali mencuba. Ketika hendak keluar, Shafik terpandang lembaga lelaki hitam sedang memandang parang mengejarnya. Lembaga tersebut tidak mempunyai kepala dan kaki. Hanya ada badan dan tangan sahaja. Shafik sangat terkejut sehingga terjatuh di tepi jalan. Shafik pengsan dan tidak sedarkan diri. Shafik hanya sedar keesokan harinya. Dia mendapati dirinya berada di wad hospital. Pak Osman dan Saiful berada di sisinya. Terasa kepalanya sakit. Saiful mendapati kepalanya dibaluti dengan kain. Pak Osman bersuara, "Nasibmu baik Fik. Saiful jumpa kamu pengsan kat luar pagar syarikat." Shafik hanya mendengar sahaja. Dia mula menyesal kerana mengetawakan Saiful yang dianggap pengecut selama ini. Shafik hanya menunduk sahaja. "Maafkan aku Rul. Aku salah," Shafik meminta maaf kepada Saiful. Saiful hanya mengangguk sahaja. Shafik sejak keluar dari hospital mula berubah sikap. Dia tidak lagi bersikap angkuh. Bunyi yang didengarinya dibiarkan sahaja. Dia pun tidak diganggu lagi.

Anda mungkin juga menyukai