Anda di halaman 1dari 13

BiarkanLah Bulan Mengembara

Babak 1, Lakon 1, Rumah Sang Tokoh ( ruang tamu) Tirai dibuka, Presiden Persatuan Penduduk Negeri Langkasuka Mahabrata(PPLM) masuk pentas sambil dipimpin oleh beberapa orang-orangnya mukanya berlumuran darah. Diluar rumah Presiden Persatuan Penduduk Negeri Langkasuka Mahabrata(PPLM) amat riuh rendah suara oleh pengikut-pengikutnya, Melaungkan Hidup Presiden ! Hidup Presiden ! Hidup Presiden !. Isteri Presiden : Masyallah ! Masyallah ! Kenapa abang boleh jadi begini? (melihat Presiden PPLM berlumuran darah di muka) Kerja siapa ni ? Abang !!! Presiden : Tak ada apa-apa sedikit sahaja, ada masalah di Pekan Langkasuka Mahabrata tadi satu pergaduhan kecil berlaku. Aku cuba menyeleraikan pergaduhan itu. Tiba-tiba, Aku dan orang-orang aku pula di belasah mereka. Aku pun tak tahu mengapa? ( Presiden PPLM membayangkan kejadian yang berlaku di Pekan Langkasuka Mahabrata) Isteri Presiden : Sampai begitu sekali !, abang berehat dulu (menyapu ubat ) Presiden PPLM berlalu dari ruang tamu terus memasuki biliknya Manusia-manusia sekarang ni teruk betul, orang yang baik di sangka jahat, orang yang jahat di puja-puja pula (bermonolog) dan masih bermonolog lagi Kenapa? Banyak mata melihat mata, tapi kenapa tiada menegur sapa?

BiarkanLah Bulan Mengembara

Babak 1, Lakon 2, Bilik Tidur Isteri Presiden PPLM masuk pentas sambil memegang kertas dan menyanyi lirik yang ditulisnya dihadapan jendela rumahnya , Biarkanlah Bulan Mengembara Kembali seorang aku berteriakan Biarkan lah biarkan lah Biar bulan itu mengembang Untuk menerangi belukar

Biarkan lah biarkan lah Dia bercerita tentang jalan ke belukar itu untuk mencari sesuatu yang hilang di puncak bersama malam gulita

Biarkan lah Dia bersama rahsia yang kekal abadi Dan tinggalkan dia bersama-sama rahsia itu Tentang siapa, apa di belukar itu yang sering kali ditenggelam oleh dinihari

BiarkanLah Bulan Mengembara Hanyalah dia tahu tentang sinar dalam desirnya dan pastinya dia akan mengucapkan kematian Kepada mereka yang gelisah perilaku api semakin menyala Dan belukar itu yang telah lama menunggu ketika bulan sentiasa mengembara Presiden : Sudahlah, dah lewat tidur lah. Aku pun nak berehat.(mengerang panjang kesakitan) Isteri Presiden : Macamana saya nak tidur, abang masih begitu, jiwa masih meracau. Kata orang, apa tu? jiwa kacau !!!. Apakah patut saya masih berdiam diri sahaja? Presiden : Aku kata sudah, sudahlah (nada marah) tidurlah! (sambil mencapai suis lampu meja terus memandamnya).

Babak 2, Bilik Mesyuarat,Pejabat Sang Tokoh Seorang demi seorang memasuki pentas, lampu terang benderang menerangi ruang pentas, setelah semua Ahli Lembaga Mesyuarat masuk. Presiden PPLM memberikan beberapa helai kertas yang menunjukkan peraturan-peraturan berhimpunan di tempat awam.

Presiden

: Saya amat-amat kesal apa yang berlaku di Kota Langkasuka Mahabrata semalam memandangkan saya sebagai Presiden Persatuan Penduduk Pekan Langkasuka Mahabrata(PPLM). Tapi yang pastinya saya akaan mengusulkan sesuatu yang bijaksana dan

BiarkanLah Bulan Mengembara akan membuat demontrasi mahu membantah segala kegiatan sosialisme kondisisme tidak mempunyai segala faedahnya yang dihadiri kini muda-mudi di jalanan yang cuba mengugatkan kekentalan jiwa rasa anak warisan kita.. P.A Presiden : Tuan, bagaimana kita mahu mengumpulkan orang-orang kita seluruh Kota Langkasuka Mahabrata ini. Presiden : Apa hang ini bodoh sangat! (nada marah), sekarang ini zaman ICT lah, gunakan facebook ker, email ker, Blog ker. Atau apa-apa yang boleh digunakan yang tidak akan tahu oleh pihak penguasa yang gila kuasa tapi bertindak seperti dungu. Ramai orang-orang kita bertindak sebagai blogger P.A Presiden T. Presiden : Memang saya bodoh. Ya Tuan. : Tuan, saya minta maaf menyampuh ye!, jika begitu hendaknya, kita perlu juga menghubungi orang-orang kita melalui surat juga barangkali boleh. Kan ?. Apa pendapat ahli Lembaga Mesyuarat ? AJK Biro T. Presiden : Bersetuju (suara beramai-ramai) : Baiklah semua sudah bersetuju dengan cadangan ini, saya akan cuba meminta bantuan desingner kita yang sekarang ini berpengkalan di Kota Tua Sakuntala untuk mencipta yang lebih kreatif dan berinovasi saya kira. Rekabentuknya adalah sesuatu yang membanggakan selamanya untuk tujuan tersebut. Satu lagi saya ingin mencadangkan setiap orang mesti memakai baju

BiarkanLah Bulan Mengembara berwarna hitam yang dililitkan tali di kepala yang berwarna kuning yang dituliskan (kami mahu perubahan) pada hari tersebut. . Bendahari : Setiap botol air mineral akan disumbangkan oleh Bahagian Kewangan PPLM ini. AJK Biro : Kami setuju !!!. (Beramai-ramai bersuara)

Mantan Presiden : Saya berpendapat, jika kita juga meneruskan demontrasi sebegini, ini akan menjejaskan keamanan Kota Langkasuka Mahabrata ini. Malahan juga mengusahkan rakyat khususnya. Selain itu akan menjejaskan juga sektor ekonomi malahan persatuan ini akan diambil tindakan undang-undang yang sedia ada membolehkan pertubuhan ini akan dibatalkan. Kemungkinan ahli-ahli PPLM akan di penjarakan tanpa bicara mengikut Akta Entah Apa Apa akibat dari demontrasi yang akan dibuat ini boleh mengurangkan kutipan hutang akibat kerugain yang tanggung oleh peniaga. Presiden : Kita berdemontrasi secara aman (suara Presiden PPLM perlahan) bukannya kita merusuh tak tentu hala, kita berdemontrasi untuk membantah dan menuntut hak daripada pihak pentadbiran Negeri Langkasuka Mahabrata yang dungu itu untuk mengambil tindakan susulan seperti cadangan kita dalam pertemuan dengan pemerintah beberapa bulan yang lepas. Walaupun sebelum ini kita pernah beberapa kali mengadakan demontrasi di jalanan, namun begitu pihak

BiarkanLah Bulan Mengembara pentadbiran bertindak ganas tanpa sebarang amaran diberikan terlebih dahulu. Walaupun sebelum ini permit himpunan ini tidak pernah dihalalkan oleh pihak penguasa. Tapi kali ini kita akan memohon permit dari pentadbiran tempatan yang bertindak sebagai balaci itu. Saya akan gunakan orang dalam untuk meluluskan permit ini, saya kira ianya sesuatu yang tidak akan merugikan semua malahan memberikan kefaedahan pada pendudukan negeri ini. Tapi kali ini kita cuma mahu menunjukkan kepada pemerintah bahawa kuasa rakyat adalah raja. Pemerintah adalah rakyat yang boleh menjatuh bangunnya sesuatu pentadbiran itu dan Raja adalah rakyat yang kapitalisme, pelanggan adalah raja, begitu dengan sistem demokrasi berparlimen yang berasaskan raja adil raja disembah, raja zalim raja sanggah begitu juga dengan pentadbiran terutamanya menjatuhkan Ketua Umum. Bukan hanya sistem pragtisme yang hanya memberikan kebebasan kepada rakyatnya tetapi mengambil keuntungan dan peluang daripada kelemahan rakyatnya, rakyat tidak begitu bodoh untuk menimbangnimbangkan pemerintah sebegini pada masa akan datang.menentukan siapa pemerintah ?.

BiarkanLah Bulan Mengembara

Mantan Presiden

: Ya betul. Apa Presiden katakan itu?, Dalam pola fikiran yang objektifnya terhadap eksistensi subjektivitas manusia, semua rakyat perlu ikut dalam berbicara dalam menentukan sistem pemerintahan yang sebagaimana yang diperlukan oleh rakyatnya melalui system democration yakni pilihanraya. Bayangkan hanya mengadakan demontrasi sebegini boleh merosakkan kaum itu sendiri. Malahan dalam sebuah kultur sejarahnya peradaban tentang perjanjian antara rakyat dan pemerintah rakyatnya tidak pernah menderhaka kepada rajanya. Selain daripada Mitos perjanjian Demang Lebar Daun dan Tun Sri Lanang. Kita tidak hanya mengkristalkan suatu sistem menjadi lebih liberalisme itu dalam bentuk etika yang sangat berjenis-jenis ini dan juga perlu menunggu giliran yang tradisi itu yang selama ini tidak meretak sesekali pun. Perkara- perkara ini adalah semua diizinkan oleh Allah. Namun ingat, Tuhan hanya menjamin keabadian dan kesucian. Bukankah tanda ini sedemikian jelasnya ? Ini menunjukkan perintah Tuhan agar kaumnya perlu respect dan tidak sangat anti terhadap pembawa

BiarkanLah Bulan Mengembara perjuangan ini, namun tetap tidak mensakralkannya, yang akan membawa konsekuensi meremehkan atau menyeimbangkan kesucian pemilik perjuangan agar lebih kondisi yang baik dan berakhlak, seperti yang dilakukan oleh pemerintah-pemerintah yang terdahulu sebelum ini.

Presiden

: Tuan Mantan Presiden, saya kurang bersetuju dengan pemikiran aneh dan ganjil ini serta bersifat neuronistik sebegitu, ianya seakan memberikan satu gambaran bahawa persatuan kita ini tiada matlamat perjuangan dan lebih tidak berani untuk perjuangan penduduk Kota Langkasuka Mahabrata ini. Yang semakin hari semakin hilang keliberalisme tetapi mahukan berkebajikan.

Mantan Presiden

:Tapi Tuan Presiden, perjuangan PPLM kita sudah melampaui batas, sudah lari daripada perjuangan yang azali, sudah lari daripada matlamat asal yang memperjuangkan keadilan untuk ahli-ahlinya,, tapi sekarang perjuangan PPLM terpesong jauh dan l lebih kepada perjuangan untuk kepentingan diri sendiri yang hanya melibatkan orang-orang yang tertinggi sahaja.

Presiden Keadilan

: Perjuangan PPLM ini adalah Perjuangan untuk keadilan.

BiarkanLah Bulan Mengembara untuk semua. Kita ada asasnya masih ingat lagi ketika mula mahu menjadi ahli dalam baiah dulu Lebih baik kita mati berdiri daripada tunduk menyerah kepada penguasa. " kita lawan tetap lawan dan kita harus meraba dalam titik pemahaman yang jelas Dalam kamus perjuangan ini kita harus tidak ada konsep Penyesalan, walaupun kita tewas seketika, kita tidak peduli tentang dosa, yang kita hanyalah prinsip dan pemikiran kita yang harus diperjuangkan walaupun hingga ke hujung kematian. Satu lagi yang saya katakan adalah jika seseorang individuindividu yang lebih suka mencari kesalahan dan kekurangan orang-orang lain adalah disebabkan dia tidak puas hati dengan keadaan dirinya sendiri. P.A Presiden Bendahari Mantan Presiden : Betul la rasanya.. Lagi satu, org yg sebegini takkan ke mana. Berpuluh-puluh tahun hidup pun, mereka akan masih di takuk lama.. : Semoga kesalahan itu menjadi pengajaran pada kita juga. Satu jari ke arah orang, empat jari lagi ke arah diri kita sendiri. : Namun perlu juga kita di ingat pada ketikanya, pada titik takdir, dan detik itu, berserulah dengan nama Allah yang sentiasa menjaga kita tentang perjuangan yang kita hadapi adalah mengikut keredhaanya, perjuangan ini tidak akan masuk syurga, perjuangan untuk kepentingan diri sendiri sahaja, satu perjuangan yang plastik lebih beraliran lateralisme dan Eksistensintisme. Betul tak ahli-ahli lembaga mesyuarat?. : Sudah-sudah tiada guna kita bertelagah disini dan begini sesama kita, baik lah kita bersurai kat sini, kita ketemu di Dataran Kota

Presiden

BiarkanLah Bulan Mengembara Langkasuka Mahabrata.

Babak 3, Lakon 1 Ruang Legar Wisma Pentadbiran Negeri Langkasuka Mahabrata Presiden masuk pentas dengan gaya dan lagak, sekejap mundar mandir dikuti oleh Mantan Presiden PPLM, tiba-tiba telefon Presiden berdering. Presiden : Hello, Warungon, ada apa? Apa information terkini dari Dataran Kota Langkasuka Mahabrata. Apakah memberikan sesuatu kemurnian yang membanggakan daripada kondisi kita lancarkan ? Dalam masa terdekat ini, jangan call aku ok ? Warungon : Setakat masa kini, orang-orang kita sedikit kebinggungan apabila disembur air oleh penguasa yang gila kuasa, ada sesetengah ditembak gas pemedih mata, dikalangan orangorang kita sesetengahnya sanggup berani tidur di Dataran Kota Langkasuka Mahabrata ini untuk menentang pemerintahan ini yang adil ini. Presiden : Bagus Warungon, updatedkan segala perkara berlaku di laman blog PPLM dan facebook PPLM. Mantan Presiden : Aku betul kecewa dengan kau. Kau tau tak ? Hak asasi manusia atau demokrasi bukan bermaksud kita boleh melakukan apa sahaja termasuk berhasrat bertempur

BiarkanLah Bulan Mengembara menumpah darah bagi mempertahankan perjuangan kita kerana mungkin kita sendiri tidak tahu sejauh manakah perjuangan yang kita pertahankan itu benar. Kini ancaman akan tercetusnya demonstrasi berdarah pada hari ini akan meletakkan nasib Negeri Langkasuka Mahabrata terumbang-ambing dan sehingga detik itu rakyat Negeri Langkasuka Mahabrata hanya mampu berdoa agar pertumpahan darah yang boleh dianggap sia-sia itu tidak akan menjadi kenyataan kerana ia hanya akan menjadi bukti kecetekan fikiran satu kelompok mengenai demokrasi. Dan ternyata kini hak asasi manusia yang dianggap mampu diperjuangkan melalui demonstrasi hanya mendatangkan kemudaratan kepada mereka, malah setiap masa meletakkan negara itu dalam kucar-kacir.

Presiden

: Kau selalunya begitu, sejak kau menjadi presiden PPLM lagi. Kenapa selalu menyokong ketidakadilan pentadbiran yang dungu itu, kenapa tidak sahaja kau melompat-lompatkan diri untuk bersorak-sorak ke alam yang serba-serbi merah mewah itu. Sebenar memang aku mahu menendang kau dari persatuan ini. Namun, bila memikirkan perjuangan yang dibawa oleh kau pada PPLM pada mulanya aku merasakan keseganan pada diri aku ini.

BiarkanLah Bulan Mengembara Ingat kali aku memberikan peluang yang sebesar zarah yang kecil. Jika sebaliknya, dengan kuasa yang diberikan oleh mereka yang beberapa dungu akan ku keluarkan dari PPLM

Mantan Presiden

:Sebelum aku disingkirkan oleh mereka suka merosakkan perjuangan berplastik ini, perjuangan palsu ini, aku mengsyorkan diri ini menyingkirkan dari PPLM.

Presiden PPLM mengeluarkan sepucuk revolver dari celah pinggangyang berselindung blazer lalu menempak ke arah dada Mantan Presiden Persatuan Penduduk Kota Langkasuka Mahabrata(PPLM) dan sekarang menjadi Pengerusi Pengelola Persatuan Antah Berantah(PPAB) lalu rebah menyembah bumi. Dadanya berlumuran darah. Presiden PPLM terkejut apa yang berlaku pada dirinya, dia membunuh kawannya sendiri kerana kuasa dan kepentingan keuntungan semata. Lampu padam dan tirai pun ditutup Tamat

BiarkanLah Bulan Mengembara

Anda mungkin juga menyukai