Anda di halaman 1dari 9

SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

Pengenalan Islam bermaksud selamat,sentosa atau kedamaian. Menurut istilah syarak bererti patuh dan menyerah diri kepada Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. Salah faham tentang islam tersebar dikalangan umat islam sendiri dan bukan islam hasil daripada pengenalan modenisme oleh penjajah barat ke dunia islam. Ia juga disebabkan propaganda sebahagian besar media massa barat tentang islam yang dikaitkan dengan keganasan, ketaksuban dan kemundaran.

1. SALAH FAHAM BARAT (KAFIR) TERHADAP ISLAM


Faktor Penyebab Kepada Salah Faham Terhadap Islam
1-Dalaman i- Bersempadan wilayah Islam yang semakin luas secara mendadak dalam tempoh yang singkat seperti yang dapat dilihat pada era Umawi dan Abbasi.Dalam pada itu, mesej untuk fahaman Islam secara menyeluruh tidak dapat disampaikan sedangkan ramai yang memeluk agama Islam.
ii- Perselisihan faham dan perpecahan umat Islam menyuburkan salah faham terhadap Islam. Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W umat Islam menghadapi fitnah yang besar iaitu perselisihan faham dan perpecahan. iii- Elemen subversif dalam negara atau kerajaan Islam terdiri daripada golongan munafik, sebahagian orang yang baharu memeluk agama Islam dan bukan islam yang terdiri daripada Yahudi, Kristian dan Majusi. Golongan ini mengambil kesempatan daripada kelemahan perpaduan umat Islam pada ketika itu untuk mencetuskan keadaan huru-hara, politik dan pemikiran. Ekoran itu tercetusnya perdebatan agama antara Islam dengan bukan islam seperti yang dilihat pada Zaman Abbasi. Mlah sebelum itu pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar wujud beberapa individu mendakwa menjadi Nabi untuk mencetuskan huru-hara dan mengelak daripada pembayaran zakat. iv- Kurang ilmu pengetahuan tentang agama Islam menyebabkan salah faham tentang Islam sedang dalam masa yang sama wujud pengaruh bukan Islam menguasai arus perdana. v- Perkembangan ajaran sesat atau salah menyebabkan salah faham berlaku terhadap Islam ia menyuburkan elemen-elemen syirik seperti mandi Bulan Safar untuk menghindarkan bala. Kepercayaan terhadap kekeramatan kubur para wali dan sebagainya.

2-Luaran i- Serangan pemikiran oleh orientasi Barat. Pada asasnya ia adalah sama iaitu penulis Barat, serangan pemikiran oleh orientalis Barat yang prejudis cukup berkesan untuk mencetuskan salah faham terhadap agama Islam. Ini disebabkan : a) Orientalis Barat yang prejudis terhadap Timur begitu ramai pada Era yang dikembangkan oleh mereka yang bersifat tangan kedua bukan interaksi sebenar mereka dengan kebudayaan Islam yang dikaji. b) Sumber penulisan orientalis Barat yang prejudis wujud pada ketika ini dan ia masih digunakan oleh orientalis semasa dan juga pengkaji Islam. c) Orientalis Barat mempelopori kajian sosiologi dan kebudayaan Umat Islam ketika mana Cendiakawan Islam masih ketinggalan aspek ini.Pada Era penjajahan Prancis dan British ke atas Mesir dan dunia Barat.Keseluruhannya orientasi Barat mengambil kesempatan untuk menerokai kajian mereka tentang aspek sosiologi dan kebudayaan Umat Islam.

ii- Pengaruh kebudayaan asing Islam muncul di tengah-tengah tiga kebudayaan sasaniah lebih mempengaruhi aspek kesenian dan hiburan, manakala kebudayaan atau agama Kristian dan Yahudi lebih mempengaruhi aspek-aspek agama. Antaranya, sebahagian penganut Kristian dan Yahudi dikenali sebagai Ahli Kitab kerana mereka juga menerima Kitab Samawi yang telah memeluk agama Islam. Dalam masa yang sama mereka juga membawa elemen-elemen Israiliat dalam pentafisiran AlQuran. Sebahagian elemen itu diakui benar oleh cendiakawan Islam, manakala sebahagian lagi diragui kebenarannya atau ditolak.

iii- Penjajahan Barat dan dasar pecah perintah memberi kesan tidak langsung kepada percambahan ajaran sesat. Dasar pecah perintah menyebabkan dunia Islam tidak bersatu dan tidak wujud satu konsensus untuk memenangi permasaalahan umat Islam termasuk ajaran sesat.

iv- Penjajahan dan modenisme Barat yang diperkenalkan oleh penjajah terhadap dunia Islam khususnya dalam arena pendidikan mentebabkan skop pendidikan Islam diletakkan dalam konteks tradisianal. Seterusnya ia meyebabkan Islam dipandang secara perspektik tradisional bukan sebagai agama yang dinamik dan maju.

Bentuk Salah Faham Terhadap Islam 1-Agama Islam Yang Dimanipulasi i- Dogmatisme dan ideologi : Dogmatisme yang menekankan aspek ritual semata-mata. Sebahagian mereka menganggap satu ideologi sedangkan Islam merupakan satu Al-Din dan agama yang lengkap, mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia serta universal.
ii- Agama adaptasi daripada agama Kristian : Sebahagian orientalis Barat menganggap agama Islam bukan agama Samawi tetapi menganggapnya sebagai adaptasi agama Kristian. Mereka mendakwa Nabi Muhammad S.A.W mempelajari selok-belok agama Kristian dan seterusnya mencipta agama tersendiri yang bersifat ketimuran. iii- Agama yang kolot : Akibat kekaburan yang menyelubungi agama Islam sebahagian umat Islam dan bukan islam beranggapan Islam sebagai agama kolot atau tidak mendokong kemajuan seperti Al Quran dan Hadis dimanipulasi. iv- Kedudukan wanita yang dimanipulasi : a)Sebagai hamba seks : Wanita yang dalam kajian sosiologi dan kebudayaan Barat digambarkan sebagai hamba seks atau digunakan untuk hawa nafsu golonagn lelaki. b)Wanita didera dan dianiaya : Wanita Islam digambarkan dalam sebahagian tulisan tradisional dan semasa Barat berada dalam kedudukan teraniaya dan didera. Penderaan dan penganiayaan terhadap golongan wanita bukan merupakan ciri atau sifat agama Islam. v- Masyarakat dan negara Islam dimanipulasi : a)Sebahagian yang tidak bertamadun - Dalam sebahagian penulis Barat, masyarakat Islam digambarkan sebagai barbarian atau ganas dan tidak bertamadun manakala Islam sering dikaitkan dengan barbarisme. - Seterusnya dalam membina tamadun sendiri, bangsa Arab digambarkan sepenuhnya bergantung kepada Tamadun Greek. Sesungguhnya mereka menterjemahkan sumber Greek tersebut kedalam Bahasa Arab, dalam masa yang sama mereka mengkaji dan menganalisa serta membetulkan pembetulan. - Bangsa Arab atau Islam memang pada ketika itu suka kepada peperangan tetapi hanya untuk membela keadilan dan menjaga keamanan. - Dalam peperangan Islam sudah wujud peraturan dan panduan selaras dengan perjanjian Genava pada Era moden ini. Peraturan tersebut menetapkan bahawa golongan wanita, kanakkanak, orang tua, orang yang tidak berupaya dan orang yang tidak bersenjata tidak boleh dibunuh dalam peperangan.

Bentuk Salah Faham Semasa 1-Dalam Bentuk Pengistilahan


i- Fundamentalisme : - Istilah fundamentalisme digunakan dengan ajaran Islam untuk menggambarkan bahawa agama Islam satu agamayang taksub dan tidak secocok dengan semua Era moden kerana tilak toleransi pada fundamentalise. - Fundamentalisme digunakan untuk menggambarkan umat Islam sebagai masyarakat yang tertutup dan tidak menerima sebarang elemen daripada peradaban lain - Disatu sudut yang lain istilah tersebut menggambarkan perspektif pemikiran Barat menganggap setiap perkara yang fundamentalisme tidak bersikap terbuka tetapi ianya salah apabila dikaitkan dengan Islam ii- Ekstrimisme : - Ekstrimisme pula digunakan untuk menggambarkan bahawa wujud golongan ektrimise atau melampau seperti golongan Wahabi dalam masyarkat Islam yang boleh mengancam kesejahteraan manusia daripada pelbagai latarbelakang agama. iii- Terrorisme : - Istilah ini dipercayai digunakan apabila wujud elemen ganas dalam Islam bersifat individu dan menggunakan kekuatan senjata seperti bom yang melibatkan pengeboman Arab -Palestin yang berani mati dalam menentang penjajahan Israel terhadap Palestin buktinya banyak peperang an antara Islam dengan Barat berlaku di bumi Islam yang kekurangan dari segi persenjataan dan kekuatan ekonomi.

2-Dalam Bentuk Pandangan, Tanggapan Atau Persepsi Umum


i- Islam sebagai penyebab pertumbuhan peradaban abad ke-21 atau alaf baru : - Dalam konteks perbincangan akedemik dikalangan orientalis semasa Islam dianggap sebagai berpotensi mencetuskan pertembungan peradaban seperti yang dilihat pada hari ini iaitu yang ke-21 atau alaf baru ini. - Hakikatnya, pertembungan peradaban bukan inisiatif umat Islam tetapi ia lebih menggambarkan kesangsian dan prejudis Barat, contoh : pergelutan semasa seperti konflik Palesti-Israel merupakan produk peperangan dunia pertama Barat yang bertelag sesame sendiri dalam ah menguasai Timur Tengah ii- Aspek kerohanian dalam Islam tidak relevan untuk mengejar kemajuan : - Pandangan popular yang tenggelam dalam arus kemajuan memandang bahawa aspek kerohanian dalam Islam tidak relevan untuk mengejar arus kemajuan - Memang benar untuk mengejar dunia semasa, ilmu agama tidak diperlukan. Tetapi untuk menjadi manusia yang stabil dan lengkap untuk berurusan dengan dunia semasa aspek agama amat diperlukan.Satu hakikat perlu diterima bahawa kemajuan semasa banyak disumbangkan oleh ilmuan Islam dahulu kala yang mempunyai kerohanian yang tinggi. iii- Penghayatan Tamadun Islam tertumpu pada konteks nostalgia : - Penghayatan sesuai dengan makna asalnya dalam Bahasa Arab iaitu hidup atau menhidupkan perlu dikaitkan dengan usaha menghidupkan Tamadun Islam. - Tanpa perlu bernostalgia terlalu lama, pemindahan kemajuan sains, teknologi dan ICT Barat atau Jepun kepada dunia Islam perlu dijayakan. iv- Keterbatasan kuasa atau utility,rujukan dan sumber Islam : - Sebahagian intelektual Islam tidak yakin dengan keupayaan sumber ilmu Islam sebagai rujukan dalam kegiatan akedemik mereka. Ini disebabkan bahawa : a)Mereka terikat dengan kemajuan Barat,Korea,Jepun dan selain Islam. b)Penulisan yang bertaraf Magnumopus oleh ilmuan Islam yang kurang atau tiada langsung dalam sesuatu disiplin. c)Kebanyakkan magnumopus oleh Cendiakawan Islam terdahulu sama ada berada dalam Bahasa Arab yang sudah difahami oleh Cendiakawan Islam yang tidak berbahasa Arab, sudah hilang sudah hilang atau berada di dalam milik Barat. d)Umat Islam dikaitkan dengan sifat negative manakala sesetengah bukan islam mengaitkan sifat-sifat buruk seperti tidak bermoral,malas dan sebagainya.

Tindakan Untuk Mengatasi Salah Faham Terhadap Islam


1-Untuk mengatasi salah faham sama ada dari dalam masyarakat Islam sendiri atau luarannya, ia bukan merupakan perkara mudah lantaran Era dunia ini dikuasai oleh globalisasi Barat dalam semua aspek termasuk maklumat. 2-Media massa antarabangsa dikuasai Barat tetapi dalam pada itu terdapat satu jalan yang mungkin sukar tetapi berkesan untuk jangka masa yang panjang.

Dalam Konteks Individu


1-Meningkatkan jati diri : - menjejaki jejak langkah role model Islam (ImamAl-Syafie dan Al-Ghazali) -meningkatkan ketakwaan dan kecekalan rohani kerana ia merupakan kekuatan umat Islam -contoh individu dan setiap individu Islam yang Berjaya 2-Mempunyai aura,karisma atau kewibawaan : -aura,karisma dan kewibawaan merupakan anugerah semenjak lahirnya Islam, tetapi ia juga boleh diusaha dan dibangunkan dengan kecekalan,kegigihan dan kesa baran. 3-Melengkapkan diri dengan ilmu semasa : -ilmu pengetahuan semasa merupakan keperluan setiap individu Islam yang diperintah dalam Islam 4-Menguasai semua kepakaran sains,teknologi dan ICT : -kemahiran dalam sains,teknologi dan ICT diperlukan dalam setiap individu 5-Menghayati isi kandungan Al-Quran dan Hadis : -menghayati isi kandungan Al-Quran dan Hadis juga dapat mempercepatkan proses untuk meningkatkan jati diri kerana Al-Quran dan Hadis bagi umat Islam adalah segalanya termasuk aspek motivasi.

Dalam Konteks Masyarakat Dan Negara


1-Meningkatkan keupayaan ekonomi : -dunia Islam perlu membina keupayaan ekonomi tanpa bergantung kepada bantuan dan pertolongan Barat. Ini kerana ia boleh mengikat dunia Islam kepada pelbagai syarat dan peraturan juga boleh menjerat diri sendiri. Contoh Indonesia yang menghadapi krisis ekonomi buih pada tahun 1997 akibat serangan Soros, terpaksa meliberalisasikan ekonominya pada kapitalis-kapitalis luar untuk mendapatkan bantuan IMF. 2-Mewujudkan,mempekukuhkan kemajuan teknologi dan ICT : -negara Islam tidak boleh mengabaikan sains,teknologi dan ICT untuk bersaing di peringkat global dan seterusnya dapat menghakis imej dan kemunduran 3-Membentuk masyarakat dinamik dan proaktif tanpa berpeluk tubuh dan berpuas hati dengan subsidi kerajaan 4-Meningkatkan kerjasama sesama Islam dalam pelbagai urusan seperti perdagangan, kebudayaan sukan dan pendidikan adalah penting untuk memberikan gambaran positifkepada dunia 5-Menjalinkan hubungan baik dan berkesan : -perhubungan dunia Islam dengan antarabangsa perlu diberikan perhatian. Dunia Islam perlu menerajui hubungan tersebut bukan sahaja bersikap terbuka tetapi perlu responsitif, proaktif dan berwibawa.

2. SALAH FAHAM UMAT ISLAM TERHADAP ISLAM

Anda mungkin juga menyukai