Anda di halaman 1dari 9

PAPA....(AKHIRNYA KAU TEWAS JUA!

FORM 4 DEANA YUSOF

Sinopsis
Intan Julia,gadis yang berusia 16 tahun.Hidupnya bahagia disamping orang tuanya papa(En Jeffri) dan mama(Cikgu Intan Marliana) serta pembantu rumahnya iaitu Mak Cik Noraini yang merupakan sepupu kepada papanya.Walaupun papa dan mamanya agak berusia mereka merupakan pasangan yang saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain.Papanya mempunyai semangat yang kuat dan berjaya mengawal keadaan dengan sikap tenangnya apabila berhadapan d engan pelbagai cabaran.Intan Julia amat mengkagumi sikap papanya itu.Kegembiraan keluarga itu jelas terpancar apabila mama disahkan hamil tambahan pula kandungannya itu merupakan pasangan kembar dan bakal melahirkan cahaya mata tidak lama lagi. Namun begitu,kegembiraan tersebut tidak berkekalan kerana Intan Julia mendapat tahu tentang masalah mamanya yang mungkin akan mengalami komplikasi semasa melahirkan anak nanti.Intan Julia sendiri lahir dalam keadaan tidak cukup bulan dan dimasukkan ke dalam inkubator dalam tempoh tertentu.Mama pula tidak sedarkan diri buat beberapa hari selepas melahirkannya. Julia berasa gusar apabila memikirkan tentang masa depan mama dan adik yang bakal dilahirkan nanti.Pada masa yang sama ,dia kagum akan semangat dan pengorbanan mama yang ingin melahirkan zuriat demi membahagiakan papa walaupun tindakannya itu boleh membahayakan nyawanya sendiri. Kerisauan Intan Juliana kini menjadi kenyataan apabila mamanya koma selepas melahirkan zuriat kedua dan ketiganya itu.Kedua -dua bayi tersebut pula meninggal dunia ketika masih dalam kandungan.Walaupun berada dalam dilema dengan ujian yang menimpa keluarganya,Intan Julia tetap nekad untuk belajar bersungguh sungguh bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang bakal menyusul tidak lama lagi.Dia ingin menjadikan impian mama dan papa realiti sepertimana mereka ingin melihat dia menjejakkan kaki ke menara gading.Dia juga bertuah kerana mempunyai seorang rakan karib,Rasylan yang sangat memahami keadaannya. Intan Julia berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan menempatkan dirinya di Universiti bersama -sama dengan Rasylan.Kekuatan dirinya sekali lagi diuji apabila papa berhasrat untuk berkahwin untuk mencari pengganti kepada mama yang telah koma selama beb erapa tahun.Pada mulanya,Intan Julia tidak dapat menerima hakikat bahawa papanya yang merupakan seorang pensyarah akan mengkahwini bekas pelajarnya di universiti iaitu Aisyah.Walau bagaimanapun,sikap penyayang dan bertolak Mak Cik Aisyah berjaya memikat hati gadis remaja itu.Intan Julia yang baru sahaja dapat menyesuaikan diri dengan ibu tirinya tidak menyangka bahawa mamanya tersedar daripada koma.Walau bagaimanapun,Mama tersedar untuk seketika sahaja dan akhirnya

menemui ajal,meninggalkan Intan Julia dan papa yang sekian lama menunggu mama sedar daripada koma.

Tema
Novel ini bertemakan kekeluargaan yang boleh dilihat daripada perhubungan rapat dan mesra antara Intan Julia,Papa,Mama dan Mak Cik Noraini.Hubungan yang mesra dan harmoni yang terjalin antara m ereka telah mengukuhkan perhubungan antara anggota keluarga serta mewujudkan keluarga yang bahagia.

Persoalan
1. Perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa menyebabkan anak -anak berasa dirinya dihargai. Rezeki,jodoh dan ajal manusia ditentukan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa. Masalah berpanjangan yang berlaku sebagai akibat nafsu yang tidak terkawal dan kurangnya keimanan. Anak-anak perlu didedahkan dari awal tentang kepentingan pendidikan termasuklah pendidikan selepas alam persekolahan bagi menjamin masa hadapan yang cemerlang. Pengorbanan merupakan bukti kasih sayang seseorang dan melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas serta tidak mementingkan diri.

2. 3.

4.

5.

Nilai
Antara nilai-nilai murni yang diterapkan dalam n ovel ini ialah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Kasih sayang Keberanian Mengakui kesalahan Hormat-menghormati Kegigihan Baik hati

Pengajaran
1. Kita haruslah mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan anggota keluarga. Kita perlu berusaha dengan tekun untuk mencapai kejayaan. Kita harus menjalinkan hubungan yang baik dengan kawan. Kita perlulah insaf dan mengakui kesilapan yang pernah kita lakukan. Kita haruslah menerima dengan redha segala kejadian yang menimpa kita.

2. 3. 4. 5.

INTERLOK FORM 5 SINOPSIS


Buku Satu Keluarga Seman
Bahagian Satu novel Interlok ini memaparkan kisah Seman, anak tunggal kepada pasangan Pak Musa dan Mak Limah. Seman ialah pemuda yang gagah dan rajin tetapi tidak tahu membaca kerana tidak mendapat pend idikan di sekolah. Selepas kematian Pak Musa, Cina Panjang menemui Seman untuk memaklumkan bahawa Pak Musa berhutang sebanyak RM10 ribu daripadanya untuk membeli tanah dan pada masa yang sama menggadaikan tanah yang dibeli kepada Cina Panjang. Akhirnya Seman terpaksa membawa ibunya berpindah dari kampung itu.

Buku Dua Keluarga Cing Huat


Kim Lock dan anaknya Cing Huat serta beberapa orang lelaki di kampungnya berhasrat merantau mencari pekerjaan di Singapura. Kim Lock telah ditawarkan untuk menjual anaknya Cing Huat tetapi ditolaknya. Selepas 30 bulan di Singapura, Kim Lok bercadang bekerja di Melaka. Bersama -sama Kim Sui, dia dan anaknya menaiki tongkang di Muar. Dia bekerja di Lukut dan di Pulau Pinang. Akhirnya Kim Sui mengajak Kim Hock berniaga di Simp ang Empat. Perniagaan mereka maju tetapi Kim Lock menjadi penagih candu hingga meninggal dunia selepas isterinya di negara China meninggal dunia. Orang Cina mendirikan sekolah Cina untuk anak anak mereka. Cing Huat berkahwin dan dikurniakan empat orang ana k. Seorang anaknya, iaitu Yew Seng rapat dengan Lazim dan keadaan ini tidak disenangi Cing Huat. Akhirnya Yew Seng keluar dari rumah ayahnya.

Buku Tiga Keluarga Maniam


Maniam datang dari India semata -mata untuk bekerja di pelabuhan Pulau Pinang sebagai kuli. Maniam tidak pernah lupa untuk mengirim wang kepada isterinya di India melalui Pillay. Namun begitu, Pillay tidak menyampaikan kiriman tersebut, sebaliknya isteri Maniam telah mengikut Pillay akibat desakan hidup. Disebabkan kecewa, Maniam menukar kerja dan bekerja di kebun kelapa di Cangkat Lima. Maniam kemudiannya berkahwin dengan Malini secara rahsia namun rahsia perkahwinan mereka terbongkar angkara orang kampungnya iaitu Suppiah. Akibatnya, Maniam dihalau keluar dari kawasan tersebut. Tiga tahun kemudian Malini meninggal dunia kerana sakit. Suppiah mencadangkan supaya sekolah Tamil didirikan di kebun untuk anak -anak orang India. Raman iaitu guru sekolah mengetahui bahawa Suppiah melarikan diri dari negara asalnya kerana takut ditangkap polis. Raman menerangkan perkara sebenar tentang Maniam kepada Perumal. Perumal menyesali akan tindakannya yang tidak berperikemanusian kepada Maniam.

Buku Empat Interlok


Maniam bekerja sebagai tandil di kebun getah. Suatu hari, Seman datang meminta kerja. Maniam berusaha membantu Seman apabila dia mengetahui bahawa Seman ialah anak Musa, kawan baiknya. Maniam juga mendapatkan sebuah petak di rumah kuli untuk Seman dan ibunya yang telah dihalau keluar dari kampung mereka oleh Cina Panjang. Yew Seng melarikan diri dari rumah kerana berasa kecil hati terhadap sikap ayahnya yang tidak menghargainya. Yew Seng bekerja di lombong bijih timah. Selepas dua tahun setengah meninggalkan Kampung Nyiur Condong, Seman berhasrat untuk melawat kampungnya itu. Seman diterima baik o leh orang-orang Kampung Nyiur Condong. Pinangan Seman terhadap Gayah juga diterima dan dia diterima untuk menjadi menantu kepada Mat Ranggi. Seisi Kampung Nyiur Condong gempar dengan kehadiran tentera Jepun di Tanah Melayu. Orang -orang Melayu berpakat membantu Jepun mengusir Inggeris. Cing Huat sedar akan kesilapannya dan mula berbaik-baik dengan Seman. Pada suatu malam, kedai milik Cing Huat dimasuki oleh perompak. Pada masa yang sama juga, Poh Eng berjaya melepaskan diri dan diselamatkan oleh Seman. Seman kemudiannya membawa Poh Eng kepada emaknya. Tentera Jepun mencari Yew Seng yang dipercayai terlibat dengan aktiviti komunis. Yew Seng yang mengetahui adiknya hilang berjaya menemukan adiknya, Poh Eng. Yew Seng membawa Poh Eng untuk menyertainya ke hutan i aitu ke markas komunis. Pada waktu petang, askar Jepun pula menangkap Mak Limah, Maniam, dan beberapa orang penduduk kampung kerana disyaki terlibat dengan komunis. Maniam diseksa kerana tidak memberikan kerjasama kepada tentera Jepun. Seorang inspektor berbangsa India menyoal siasat Maniam. Akhirnya perkara sebenar terbongkar apabila mengetahui bahawa inspektor itu ialah anak Malini, iaitu anak Maniam sendiri. Inspektor Rama Krishnan menyesal terhadap perbuatannya dan berjanji akan menolong ayahnya serta c uba membebaskan Mak Limah. Harga barang menjadi semakin mahal. Lazim pula menyesal kerana menyokong Jepun. Lazim ditangkap oleh tentera Jepun . Akhirnya tentera Jepun menyerah kalah. Berita itu membuatkan semua orang bergembira terutamanya orang Cina. Orang yang menjadi tali barut tentera Jepun diseksa. Kumpulan Kong Beng (Kuomintang) menangkap orang -orang yang bekerjasama dengan tentera Jepun. Namun begitu, Yew Seng yang mengenali Lazim telah membebaskannya. Poh Eng pula dapat berjumpa semula dengan Mak Li mah. Tanah Melayu kemudiannya diperintah oleh Inggeris semula. Pemikiran orang Melayu pada ketika itu menjadi semakin matang. Orang Melayu mula menentang penubuhan Malayan Union. Akhirnya perlembagaan baru dibentuk. Pengaruh komunis mula berkembang semula di Tanah Melayu. Orang Cina berpendapat bahawa mereka patut bekerjasama dengan orang Melayu dan India menentang komunis. Hasil kerjasama antara tiga bangsa menyebabkan Tanah Melayu akhirnya mencapai kemerdekaan tanggal 31 Ogos 1957.

TEMA
Penghijrahan untu k mengubah kehidupan menjadi lebih baik

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama

Seman
y y y y

Berumur 20 tahun Anak tunggal Pak Musa dan Mak Limah Tidak bersekolah Berbadan tegap dan berkulit sawa matang

Perwatakan

Tabah
Seman tabah menghadapi dugaan. Sebagai Contoh, dia tabah mengahdapi dugaan apabila dihalau oleh Cina Panjang dari rumah yang ditinggalnya.

Rajin
Seman rajin mengusahakan sawah padinya tanpa mengenal erti penat dan letih.

Keras hati
Seman keras hati apabila dia menolak bantuan Lazim yan g mahu mendirikan rumah untuknya selepas dia dihalau oleh Cina Panjang.

Patuh kepada ibunya


Seman mematuhi arahan ibunya agar memanggil dukun semasa keadaan ayahnya semakin tenat.

Taat ajaran agama


Walaupun kepala Seman diikat dengan sapu tangan, dia masih lagi bersembahyang.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Sampingan

1) Kim Lock
Berhijrah ke negara lain dan gigih untuk mengubah hidup. Kim Lock dengan anaknya, Cing Huat berhijrah dari China ke Tanah Melayu untuk mengubah kehidupan yang lebih baik. y Perjalanan mereka diuruskan oleh Paman Kok Leng.
y y

Perwatakan Gigih berusaha


Dengan usaha yang gigih, Kim Lock berjaya membuka kedai runcit yang menjual pelbagai barangan.

Tidak mudah putus asa


Semangat Kim Lock tidak pudar apabila dia gagal pada mulanya, sebaliknya di a berpindah dari satu tempat ke satu tempat sehinggalah dia bertapak kukuh di Simpang Empat sebagai tuan kedai runcit.

Penyayang
Kim Lock sanggup melakukan apa -apa sahaja untuk melindungi anaknya iaitu Cing Huat. Ada orang yang mahu membeli Cing Huat tetapi dia tidak bersetuju.

Suami yang tidak setia


Akibat menjadi penagih candu, Kim Lock lupa akan isterinya malah dia tidak mahu mengambil isterinya untuk dibawa ke Tanah Melayu.

2) Cina Panjang / Cina Huat


y y y y

Berasal dari sebuah desa terpencil di China Anak kepada Lee Kim Lock Berkahwin dengan Tua Tao Mempunyai empat orang anak

Perwatakan Penyayang
Cina Panjang sangat sayang akan ibunya. Dia sangat sedih apabila mengetahui berita tentang kematian ibunya.

Rajin
Cina Panjang sangat rajin terutamanya apa bila membantu ayahnya di kedai runcit.

Mementingkan pelajaran
Anak-anaknya bersekolah dan terlibat dalam perbincangan untuk mendirikan sekolah di situ.

Suka Menderma
Cina Panjang menyumbangkan derma yang banyak untuk membantu peperangan di negaranya.

Tamak
Cina Panjang mempergunakan Musa bagi menjayakan hasratnya untuk membeli tanah orang Melayu.

Bersikap Prejudis
Cing Panjang / Cing Huat tidak membenarkan anaknya Yew Seng berkawan dengan Lazim kerana pada sangkaannya mereka akan menjadi malas seperti orang Melayu.

3) Maniam
y y y y y

Berasal dari Tricur, Kerala, India Berumur 30 tahun Berkahwin dengan Amika di India Berkahwin dengan Malini ketika di Tanah Melayu Memiliki seoarang anak iaitu Inspektor Ramakrisynan

Perwatakan Peramah
Maniam berbual-bual dengan penumpang lain di dalam kapal semasa dalam pelayaran ke Pulau Pinang.

Baik hati
Maniam menolong Musa dan Seman mendapatkan pekerjaan di ladang.

Bertanggungjawab
Maniam mengirim wang kepada isterinya di India melalui Pillay.

Sahabat yang setia


Maniam berasa sedih apabila mendapat berita bahawa Musa meninggalkan ladang itu untuk berkahwin.

4) Pak Musa
y y y

Ayah kepada Seman Suami kepada Mak Limah Kerap sakit

Perwatakan Tidak mementingkan pendidikan


Pak Musa tidak membenarkan anaknya, Seman untuk pergi ke sekolah.

Bijak menyimpan rahsia


Pak Musa telah menjual tanah dan menggadaikan tanah rumahnya tanpa pengetahuan isterinya.

Suka berhutang
Pak Musa membeli barangan dapur di kedai Cina Panjang secara berhutang.

Suka menolong orang


Pak Musa menolong Maniam yang cedera walaupun Maniam berlainan bangsa.

Anda mungkin juga menyukai