Anda di halaman 1dari 2

Bangun Dari Jatuh Bab 1 Bangun dari jatuh. Ramai yang bertanya mengapa tajuk ini yang diperbincangkan.

Jawapan saya mudah, semua pernah jatuh tapi tak semua mampu bangun kembali. Namun buku ini bukanlah sebagai tongkat atau tempat untuk berpaut, tetapi cukup sekadar menjadi serpihan api buat menyalakan obor semangat dihati kita yang sedang bergelumangan dengan cerita yang sedih. Diawal penulisan, saya amat mengharapkan agar buku ini dapat dibaca oleh semua golongan. Ia harus melampaui segenap bangsa, agama dan usia. Kerana apa jua bangsa atau agama dan tidak kira berapa usia kita, kita tidak bisa lari daripada masalah. Bak kata orang, bukanlah manusia jika tidak punya masalah . Kecil atau besar tergantung bagaimana kita menghadapinya. Saya masih ingat lagi sewaktu seusia awal persekolahan, ketika itu semuanya amat payah. Wang lima puluh sen sudah cukup buat saya gembira. Sebatang aiskrim pop sudah bisa menghilangkan dahaga. Tapi kenapa apabila meningkat dewasa semua itu berubah, semua itu tidak lagi mampu buat kita tersenyum. Fikirkanlah. Pasti ramai yang berkata itu sewaktu kecil. Waktu segalanya indah, waktu segalanya tidak berasa payah. Pada saya, kenapa kita tidak boleh kembali pada waktu itu. Ketika itu jika kita jatuh kita akan menangis seketika. Namun sekitar lima belas minit kemudian kita bisa lagi tersenyum malah tertawa. Apa bezanya? Kenapa kita tidak boleh tersenyum bila kita jatuh sekarang. Memang kita harus punya waktu untuk kembali tersenyum, harus punya waktu untuk kembali tertawa. Tetapi berapa lamakah kita mahu bersedih, berapa lamakah kita mahu terus menangis? Sudah habiskah suara kita untuk kembali ketawa. Ketahuilah dimana kita berada pasti ada yang lebih tidak beruntung daripada kita. Jika kita miskin ketahuilah ada yang lebih fakir daripada kita. Jika kita gagal dalam apa sekalipun ketahuilah ada yang sudah gagal lebih daripada sekali. Namun mereka bangkit, bangun daripada kegagalan. Kemudian mereka jatuh lagi, dan bangkit lagi, jatuh lagi kemudian bangun lagi untuk teruskan kehidupan. Ketahuilah langit takkan selamanya mendung, dan mendung tak pula bererti hujan. Dan ingatlah langit yang makin gelap ketika senja ada pengganti bulan untuk kita berjalan dimalam sepi. Jadi bangunlah, bangunlah dan bangunlah dari jatuh. Kalau anda perlu mer angkak, merangkaklah untuk bangun. Jika anda mampu bangun, berjalanlah dan kemudian berlari untuk masa depan. Kerana kita sudah bangun dari jatuh. Dan ingatlah mungkin kita akan jatuh lagi, tapi peganglah yang biar apa pun yang buat kita jatuh kita pasti bisa bangkit. Kita pasti bisa terbang jauh. Kerana kita sudah bangun dari jatuh.

Dihadapanku ada gaung luas, Akan aku bina jambatan buat merentas, Dibelakangku punya gaung, Akan aku buatkan titi gangsa buat bernaung, Diatasku ada awan berat,

Akan aku siapkan payung buat ku jadi hebat, Dibawahku ada singa lapar, Akan aku tempah pedang bergelar, Kerana aku harus bangun dari jatuh, Kerana aku harus teruskan hidupku yang jauh, Walau apapun cabaran akan aku harung untuk aku tetap bangun, Bagun daripada Jatuh.

Bab 2

Anda mungkin juga menyukai