Anda di halaman 1dari 1

1.

Pengenalan Birokrasi

Birokrasi adalah suatu perkataan yang seringkali kita dengar. Birokrasi membawa maksud satu konsep pentadbiran yang menekankan tentang pembahagian kerja mengikut bidang ataupun pembahagian kerja mengikut kedudukan jawatan dan juga kuasa (Sufean Hussin, 2001). Ia juga dapat dilihat sudut aliran arahan serta maklumat dari peringkat atasan ke peringkat bawahan dalam sesuatu struktur pentadbiran.

Pada dasarnya birokrasi adalah baik untuk sesuatu sistem pentadbiran yang sistematik dan berurutan. Akan tetapi pada masa kini kemusykilan semakin bertambah di kalangan orang ramai apabila dengan pertambahan saiz birokrasi kebanyakan proses menjadi lambat. Hal ini dapat dilihat dengan kelemahan utama birokrasi yang membantutkan kebanyakan proses pentadbiran dimana semakin lambat proses sesuatu perkara dari awal hingga akhir sesuatu perkhidmatan. Perkara seperti ini akan memberikan persepsi negatif orang ramai terhadap pentadbiran organisasi khususnya terhadap organisasi yang menyediakan khidmat sosial kepada orang ramai.

Kerenah birokrasi yang diamalkan dalam sesuatu sistem pentadbiran juga menyebabkan wujudnya beberapa amalan negatif. Contohnya antara amalan negatif yang seringkali kita dengar adalah amalan rasuah. Hal ini bermula apabila terdapat kepincangan prosedur dalam sesuatu permohonan yang diakibatkan oleh kerenah birokrasi ini juga sebenarnya akan mengundang gejala rasuah akibat daripada kesan menunggu lebih lama (Sufean Hussin, 2001).