Anda di halaman 1dari 3

.Terangkan tanggungjawab dalam pemberian suntikan insulin 1.

Penerangan - Pesakit di beri penerangan yang jelas tentang pemberian suntikan insulin dari segi nama ubat,dos,cara pemberian , tujuan,iaiti untuk turunkan paras glucose dalam darah,kesan sampingan dan awasan supaya pesakit faham dan memberikan kerjasama. - Pesakit juga diberitahu supaya mengambil makanan selepas setengah jam suntikan insulin diberi. 2. Keselesaan -Pesakit diposisikan dalam posisi yang selesa sebelum dan selepas suntikan untuk memberikan keselesaan kepada pesakit. 3.Keselamatan -BHT paskit diperiksa untuk memastikan jenis ubat,dos,kekerapan dan pesakit yang betul untuk mengelakkan memberi ubat yang salah. -Capillary Blood Sugar perlu diperiksa sebelum pemberian suntikan insulin untuk mengetahui paras glucose dalam darah pesakit.. -Peralatan disediakan dengan steril bagi mengelakkan infeksi dan lengkap bagi melancarkan prosedur. - Lokasi suntikan perlu ditukar untuk mengelakkan berlaku liperhyperthrophy. 4.Pemerhatian -Periksa dahulu lokasi suntikan yang sebelum ini untuk mengelak pemberian suntikan di tempat yang sama. -Pemerhatian dilakukan ke atas kesan sampingan insulin iaitu tanda hipoglicaemia yang menunjukkan diaphoresis,dan keliru dan sebarang keabnormalan dilaporkan. 5.Dokumentasi - Pemberian suntikan insulin dicatat didalam carta ubat pesakit bagi mengelak pemberian insulin berulang kali. 2. Nyatakan komplikasi diabetes mellitus. a) Acute Diabetic Ketoacidosis -Keadaan dimana paras glukos sangat tinggi dalam darah yang berlaku dalam diabetes yang tidak terkawal yang dicirikan dengan hypercalcaemia metabolic acidosis, plasma ketone meningkat dan severe dehydration. b) Chronic Diabetic Neuropathy - Paras glucose yang tinggi dalam darah secara berpanjangan menyebabkan penebalan dinding blood capillary yang mengganggu bekalan nutrient dan oksigen kepada sel neuron mengakibatkan transmisi neuron menjadi lambat. Diabetic Retinopathy Paras glucose yang tinggi dalam darah secara berpanjangan menyebabkan kerosakan pada capillary yang membekalkan darah kepada retina menyebabkan pembentukan scar tissue.kesannya retina terkeluar dari bola mata menyebabkan pesakit buta. Diabetes nephropathy - Paras glucose yang tinggi dalam darah secara berpanjangan menyebabkan peningkatan glomerular rate filtration menyebabkan bebanan yang berlebihan kepada kidney untuk menyingkirkan glucose. DEFISIT PENGETAHUAN MENGENAI PENJAGAAN KAKI 1. Nasihatkan pesakit supaya mencuci kaki dengan air suam dan menggunakan sabun yang mempunyai pH yang rendah untuk mengekalkan kelembapan kulit dan kebersihan kaki. 2. Nasihatkan pesakit supaya mengeringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutamanya celah-celah jari kaki dengan menggunakan kain yang bersih kerana kelembapan merupakan media pembiakan mikroorganisma. 3. Beritahu pesakit supaya memotong kuku jari kaki secara lurus untuk mengelakkan ingrowing toe nail yang boleh menyebabkan kecederaan. 4. Beritahu pesakit untuk menyapu lotion pada keseluruhan kaki kecuali celah-celah jari kaki untuk mengekalkan kelembapan kulit. 5. Periksa kaki dengan menggunakan cermin setiap hari untuk melihat sekiranya terdapat luka,rekahan,atau perubahan warna kulit supaya rawatan selanjutnya dapat diberikan. 6. Nasihatkan pesakit berkaitan kasut iaitu: memakai kasut mengikut saiz yang sesuai iaitu tidak terlalu ketat untuk menggalakkan peredaran darah dan tidak terlalu longgar untuk mengelakkan kecederaan pada kaki. memakai stokin yang diperbuat dari kain kapas untuk membantu dalam peredaran udara dan penyerapan peluh.

Periksa kasut sebelum memakainya untuk memastikan tiada batu-batu kecil yang mana boleh mencederakan kaki. 7. Nasihatkan pesakit berkaitan senaman iaitu: Lakukan senaman kaki untuk menggalakkan peredaran darah. Elak menyilang kaki semasa duduk yang mana menghalang peredaran darah yang sempurna dan mudah mendapat varicos vein. 8. Beritahu pesakit supaya mendapatkan rawatan segera sekiranya terdapat luka pada kaki untuk mendapatkan rawatan supaya tidak berlarutan kerana luka yang kecil boleh menjadi ulcer jika dibiarkan. DEFISIT PENGETAHUAN BERKAITAN DENGAN PEMAKANAN 1. Nasihatkan pesakit: supaya mengambil 3 main meal seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam serta snack di antara waktu makan untuk mengawal paras glukos dalam darah. 2. Terangkan kepada pesakit tentang kepentingan mengambil makanan dalam masa setengah jam selepas pemberian insulin iaitu untuk mengelakkan hypoglycaemia. 3. Galakkan pesakit mengambil diabetic diet mengikut arahan dietician dengan nisbah 2:1:1 iaitu karbohidrat:protein:lemak untuk mengekalkan status pemakanan yang optima 4. Nasihatkan pesakit tentang jenis-jenis makanan yang boleh diambil iaitu mengambil makanan bebas seperti sayur-sayuran,teh dan kopi tanpa gula, makanan terhad seperti buah-buahan, nasi dan bijirin serta makanan yang perlu dielakkan iaitu makanan dalam tin, minuman bergas untuk mengawal paras gula dalam darah. 5. Beritahu pesakit supaya mengambil makanan dalam masa setengah jam selepas pemberian insulin untuk mengelakkan hypoglycaemia berlaku. 6. Arahkan pesakit mendapatkan rawatan segera sekiranya pesakit muntah selepas makan untuk mengelak berlakunya hypoglycaemia
Kesedihan berkait dengan kehilangan anggota badan. Objektif:Pesakit dapat mengurangkan kesedihan dan dapat menerima keadaan diri dengan seadanya. Intervensi Kejururawatan:-

1)Ases tahap kesedihan pesakit melalui memek muka dan aduan pesakit supaya tindakan
seterusnya dapat diambil.

2)Galakkan ahli keluarga datang menerima pesakit dan mengambil bahagian dalam perawatan
pesakit supaya dapat mengurangkan tahap kesedihan yang dialami oleh pesakit meluahkan kesedihan dan masalah yang dihadapi.

3)Berada di sisi pesakit apabila diperlukan dan menjadi pendengar yang setia supaya pesakit dapat 4)Galakkan pesakit melakukan diversional therapy seperti menonton televisyen, membaca majalah,
dan mendengar muzik supaya pesakit dapat melupakan masalah dan kesedihan yang dihadapi buat sementara.

5) Kenalkan pesakit dengan pesakit lain yang mengalami masalah yang sama supaya mereka
dapat berkongsi masalah dan mengurangkan kebimbangan dan kesedihan yang dialami.

6)Nasihatkan pesakit bahawa kehilangan anggota badan tidak akan menghalang pergerakannya
dan pesakit boleh menggunakan alat bantuan yang lain seperti prosthesis untuk membantu pesakit berjalan.

7)Galakkan pesakit bertanya kepada doctor tentang masalah yang di hadapi supaya pesakit faham
dan mengurngkan kesedihan yang dialami.

8)Galakkan pesakit menyertai aktiviti kemasyarakatan dan persatuan seperti persatuan Orang

Kurang Upaya (OKU) supaya pesakit dapat bergaul dengan masyarakat dan meningkatkan daya keyakinan.

9)Berikan pamphlet atau risalah tentang penjagaan stump supaya pesakit tidak berasa risau dan
sedih tentang masalah yang di hadapi.

10) Nasihatkan pesakit supaya mendekatkan diri dengan agama masing-masing supaya dapat
menenangkan fikiran dan pesakit dapat menerima keadaan diri dengan seadanya. Pesakit akan berasa tenang dan dapat menerima keadaan dirinya. Intervensi kejururawatan: 1) Nilai kebimbangan pesakit berdasarkan soalan yang diajukan dan luahan hati untuk melakukan tindakan selanjutnya. 2)Kenalkan pesakit dengan pesakit lain yang menghadapi masalah yang sama supaya mereka dapat berkongsi pendapat dan masalah bagi mengurangkan rasa tekanan yang dihadapi. 3) Galakkan ahli keluarga datang melawat atau menemani pesakit supaya pesakit tidak rasa disisih dan dapat mengurangkan tekanan yang dihadapinya. 4) Dengar aduan atau luahan hati pesakit dengan menjadi pendengar yang setia atau aktif bagi

mengurangkan rasa tekanan pesakit. 5) Jawab semua soalan pesakit dengan yakin dan ikhlas bagi mengurangkan kebimbangan pesakit yang dapat memberi tekanan kepadanya. 6)Kenalkan doktor yang merawat pesakit bagi membolehkan pesakit bertanya dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dirinya untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi dan dapat menerima keadaan dirinya. 7) Galakkan pesakit melakukan diversional theraphy seperti menonton televisyen atau membaca majalah untuk mengurangkan tekanan yang dihadapinya. 8) Nasihatkan pesakit supaya berdoa mengikut agama masing-masing bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pesakit. Diagnosa kejururawatan : Phantom limb pain Objektif : pesakit akan menyatakan kesakitan yang dialami oleh pesakit berkurangan Intervensi kejururawatan : 1. Nilai tahap kesakitan pesakit melalui pain score untuk mengetahui tahap kesakitan dan mengambil tindakan sewajarnya. 2. Monitor tanda- tanda vital 4 jam sekali terutamanya tekanan darah dan nadi untuk mengesan hypertension dan tachycardia yang menunjukkan kesakitan. 3. Bantu pesakit dalam aktiviti harian seperti memenuhi keperluan eleminasi untuk mengurangkan pergerakan dan kesakitan yang dialami. 4. Lakukan prosedur dengan lemah lembut seperti dressing supaya kesakitan dapat dikurangkan. 5. Letakkan dua sand bag pada anggota yang telah diamputasi untuk mengelakkan flexion pada knee dan hip dan seterusnya dapat mengurangkan kesakitan. 6. Rancang perawatan seperti melakukan pengambilan tanda vital pada satu masa untuk mengurangkan gangguan waktu rehat dan sekaligus dapat mengurangkan kesakitan. 7. Galakkan pesakit melakukan divertional terapi seperti membaca majalah dan menonton televisyen untuk mengalihkan perhatian pesakit dan sakit dapat dikurangkan. 8. Beri pesakit ubatan analgesic seperti IM Pethidine50mg mengikut arahan doctor untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. DIAGNOSA KEJURURAWATAN : Gangguan imej diri berkait dengan kehilangan anggota OBJEKTIF : Pesakit akan dapat meningkatkan imej diri dan keyakinannya. INTERVENSI KEJURURAWATAN :