Anda di halaman 1dari 20

BERITA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BIL. 342 ISSN 0128-1742 JULAI 2010

UKM Terima 3547 Bar aru Warga Baru

The National University of Malaysia

KANDUNGAN
UKM Terima 3547 Warga Baru Projek Perintis UKM Buktikan Mat Rempit Boleh Dipulih Iktiraf Sejarah Perjuangan Bangsa Majlis Pecah Tanah Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin, UKM
Naib Canselor beramah mesra dengan pelajar baru

5 7

UKM-MAREF Memaju Pendidikan dan Penyelidikan Perakaunan Memenuhi Gagasan Universiti Kebangsaan: Satu Tanggungjawab Besar UKM Cipta Sejarah Pembedahan Pintasan Jantung Perubahan Iklim, Ancaman Keselamatan Kurun Ke-12

niversiti Kebangsaan Malaysia menerima pendaftaran kemasukan seramai 3547 pelajar baru bagi semester pertama sesi 2010/2011 pada 4 Julai lalu di kampus induk UKM Bangi. Menurut Naib Canselor, UKM akan meningkatkan pengambilan pelajar siswazah berbanding dengan prasiswazah untuk ijazah pertama pada nisbah 50-50 menjelang tahun 2015. Ini adalah sejajar dengan kedudukan UKM sebagai universiti penyelidikan.

12

14

18

Lihat halaman 3

SENADA Bil. 342 JULAI 2010 1

SENADA
engurusan Univ niversiti Pengurusan Universiti

BERITA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Naib Canselor Prof. Tan Sri Dato Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin Timbalan-Timbalan Naib Canselor Prof. Dato Ir. Dr. Hassan Basri (Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa) Prof. Dato Dr. Mohamad Abdul Razak (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Dr. Rahmah Mohamed (Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Dr. Saran Kaur Gill (Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) Pendaftar Encik Ab. Aziz Othman Bendahari Hj. Mohd. Abdul Rashid Mohd. Fadzil Ketua Pustakawan Hj. Abu Bakar Maidin
Sidang Pengarang Pengarang Editorial Abd. Razak Hussin Ketua Editor Saipulizam Abdul Ghani Editor Nastura Nasir Penolong Editor Mohd. Noor Ramly Wartawan Nur Syafawati Kahar Wartawan Editor Bersekutu Prof. Dr. Ding Choo Ming ATMA Prof. Madya Dr. Mus Chairil Samani FSSK Prof. Madya Dr. Faudzinaim Hj. Badaruddin Pusat Islam Dr. Normah Mustaffa FSSK Mohd Hanafiah Omar HEP Saadah Hj Jaffar PP&P Harun Bintang HUKM Bahiyah Tuah UMBI Ridzuan Dzulkifli FPERG Baharuzaini Baharin FSKB Bisharuzi Omar LESTARI Mohd Faizal Aziz IMEN Abd. Raai Osman Penerbit Pengeluaran Anthony Ulek Anak Jeti Senada elektronik Unit Foto PKK & Penerbit Fotografi Sharmiza Zan Pereka PKK Pengedaran SENADA elektronik boleh dicapai di: http://www.ukm.my/pro Sidang Pengarang SENADA amat mengalu-alukan sumbangan daripada Fakulti/Institut/Pusat/Bahagian untuk diterbitkan di ruangan-ruangan tetap, berita semasa mahupun rencana yang berkaitan dengan urusan keilmuan dan aktiviti Universiti. Sila hantarkan bahan-bahan tersebut kepada: Editor SENADA, Pusat Komunikasi Korporat Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor. Tel: 03-8921 5323/8921 5052. Faks: 03-8921 4097 mel-e: senada@ukm.my

Dari Mata Turun ke Hati


Semester baru membuka tirai Mengalu pelajar di bulan Julai Yang bergelar freshie datang beramai Mengejar impian harapan ditunai Di UKM bermula satu perjalanan Mencari ilmu tiada perhentian Untuk memupuk seorang insan Berakhlak mulia dan berkemampuan Aspek akademik wajib dikuasai Perkembangan sahsiah turut menerangi Kepemimpinan, daya keusahawanan dan berkomunikasi Menambah nilai yang dicari-cari Belajarlah daripada pengalaman yang terdedah Bukan semua diperolehi di dewan kuliah Kolej kediaman memupuk kemesraan indah Semangat keserakanan semasa beriadah Kampus dan masyarakat tidak terpisah Saling mempengaruhi saling berkisah Segala kebaikan segala masalah Bersama kita menyelami dan redah Turut diterap semangat kenegaraan 1Malaysia lambang perpaduan Dalam kepelbagaian dikukuh persefahaman Diasah dibina menjadi kekuatan Sejarah UKM dilupa jangan Bahasa Melayu tetap diabadikan Dalam mengharungi globalisasi dan kehebatan Bahasa global turut diutamakan Ikrar dan janji telah dilafazkan Kini bermula era kemahasiswaan Mengilham harapan menjana masa depan Bersama UKM membina kecemerlangan

Prof. Tan Sri Dato Dr. Sharifah Hapsah of. Sri Dato Dr Sharifah Hapsah ato Syed Hasan Shahabudin Naib Canselor

2 SENADA Bil. 342 JULAI 2010

SEMASA

UKM Terima 3547 Warga Baru

niversiti Kebangsaan Malaysia menerima pendaftaran kemasukan seramai 3547 pelajar baru bagi semester pertama sesi 2010/2011 pada 4 Julai lalu di kampus induk UKM Bangi. Menurut Naib Canselor, UKM akan meningkatkan pengambilan pelajar siswazah berbanding dengan prasiswazah untuk ijazah pertama pada nisbah 50-50 menjelang tahun 2015. Ini adalah sejajar dengan kedudukannya sebagai universiti penyelidikan. Dalam usahanya memenuhi hasrat itu pengambilan prasiswazah tahun ini telah dikurangkan sebanyak 10 peratus, berbanding dengan pengambilan tahun lalu. Naib Canselor, Professor Tan Sri Dato Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, kemasukan pelajar baru itu termasuk 85 orang dari luar negara. UKM juga telah melakukan beberapa perubahan dari segi program yang ditawarkan dengan mengurangkan kemasukan dalam bidang sains sosial. Bagaimanapun kemasukan dalam bidang perubatan, sains kesihatan dan kejuruteraan tidak dikurangkan. Menurut beliau, kita perlu seimbangkan kadar 60 peratus untuk pengajian aliran sains dan 40 peratus dari aliran sastera. Ini adalah satu formula yang diamalkan UKM untuk memastikan jumlah graduan yang dikeluarkan selari dengan keperluan negara di masa akan datang. Naib Canselor juga menyeru agar semua pelajar yang terpilih datang untuk mendaftar. Beliau tidak mahu ada yang ketinggalan dalam menimba ilmu kerana kesempitan kewangan. UKM akan bantu pelajar kurang berkemampuan. Kita mempunyai dana untuk membantu mereka yang kurang Pendaftaran penginapan mahasiswa baru di kolej-kolej kediaman berkemampuan. Saya harap tidak ada yang ketinggalan kerana kesempitan kewangan, kita akan Justeru Naib Canselor menekankan para kaunselor di cuba membantu mereka, kata beliau sewaktu Sidang peringkat pusat pengajian harus memainkan peranan Media sempena pendaftaran pelajar baru pada 4 Julai dalam membantu para pelajar memilih bidang 2010. pengajian yang mereka minat. Hari pertama dalam kampus melihatkan Kadang-kadang mereka memohon bidang berbagai ragam dan riak muka siswa yang mendaftar. perubatan dan kesihatan, tetapi mungkin terpilih
SENADA Bil. 342 JULAI 2010 3

Ada yang kelihatan gemuruh dan ada yang begitu gembira, tetapi kesemua mereka mempunyai satu persamaan, iaitu mereka adalah pelajar terbaik yang telah terpilih untuk menyambung pelajaran mereka di UKM daripada puluhan ribu yang memohon. Pada hari tersebut, UKM dikunjungi oleh semua peringkat masyarakat yang datang dari seluruh pelusuk negara. Ditanya mengenai kejadian buli atau ragging yang selalu dilakukan oleh pelajar senior dan adakah ia masih berlaku di UKM, beliau berkata: kenapa nak buli, kami mengalu alukan kedatangan mereka. Budaya ragging ini adalah budaya lama, kita tidak benarkan apa-apa tindakan yang memalukan dan menjatuhkan maruah seseorang. Tindakan tegas akan di ambil ke atas mereka yang didapati melakukan perbuatan seperti itu, ada banyak cara lain untuk mereka berkenalan antara satu sama lain, Mengulas fenomena kemasukan lebih ramai pelajar wanita berbanding lelaki di semua universiti awam termasuk UKM beliau memberitahu bahawa tahun ini kemasukan pelajar lelaki di UKM telah bertambah kepada 32% berbanding hanya 30% tahun lalu. Walaupun hari ini adalah hari yang bersejarah bagi pelajar baru, namun hanya segelintir yang benarbenar tahu apa yang mereka mahu lakukan dengan hidup mereka selepas tamat pengajian. Manakala yang lainnya pula tidak pernah fikirkan karier dan bidang yang mereka ingin ceburi selepas tamat pengajian.

SEMASA menyambung pengajian dalam bidang teknologi maklumat. Walaupun begitu, mereka sebenarnya masih berada dalam aliran kumpulan sains. Saya fikir kaunselor di sekolah boleh memainkan peranan, bila pelajar memohon mereka mesti tahu latar belakang pelajar bersalaman dan mencium tangan ibu bapa mereka memohon restu. Namun bukan semua pelajar yang bernasib baik untuk diiringi oleh ibu bapa. Seorang daripadanya ialah Hirza Ahmadi dari Indonesia yang akan mengikuti pengajian jurusan ekonomi. Saya mendapat biasiswa dari kerajaan Indonesia dan disyorkan untuk meyambung pengajian di UKM, saya merasa gembira walaupun jauh dari keluarga, saya berharap dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sini, kata Hirza. Seorang lagi pelajar Nurulaina binti Abdullah, dari Taiping yang akan mengikuti kursus Bio-Perubatan berkata: pagi tadi saya berasa sedih kerana akan meninggalkan keluarga, tetapi selepas pendaftaran saya merasa seronok dengan suasana di sini. Berbeza dengan Amirul Ahmad yang telah lama berimpian untuk belajar di UKM. Beliau berkata: UKM adalah pilihan saya, dan saya bersyukur kerana impian saya telah tercapai, saya memilih UKM walaupun jauh Para pemudahcara teliti menyemak dokumen pelajar baru sewaktu proses dari bandar tetapi saya suka suasana di sini. pendaftaran Bagi saya UKM adalah salah satu universiti terbaik di Malaysia kata Amirul pelajar Komunikasi bidang tersebut dan peluang pekerjaan. Jadi kaunselor Media. di sekolah mesti tahu tentang kursus yang ditawarkan Kesemua pelajar akan menjalani berbagai supaya mereka dapat membimbing pelajar memilih program yang telah dirancang di sepanjang Minggu kursus yang betul, katanya. Mesra Pelajar untuk mereka menyesuaikan diri di Hari pendaftaran tersebut berjalan lancar dan UKM. kelihatan pemandangan nostalgik apabila sesetengah

Meski jelas kelihatan riak keletihan di wajah, namun setiap ahli keluarga tetap sabar menanti anak masing-masing sewaktu proses pendaftaran berlangsung

4 SENADA Bil. 342 JULAI 2010

SEMASA

Projek Perintis UKM Buktikan Mat Rempit Boleh Dipulih


Oleh: Abdul Ghani Nasir, PKK

ohd Akhbar Nizam, 17, masih lagi bersekolah dan dijadual mengambil peperiksaan SPM hujung tahun ini, tetapi kegiatan merempit lebih memikat hatinya. Akibat ajakan beberapa rakan sebaya, Akhbar yang menunggang motosikal yang dibeli oleh bapanya untuk bersuka ria dan akhirnya termasuk dalam golongan mat rempit yang giat di kawasan Rawang. Akhbar dan seorang rakannya Mohd Firdaus Ramli, 18, juga dari Rawang adalah di antara 30,000 Mat Rempit yang meronda-ronda jalan raya kita. Kedua orang pelajar ini tidak begitu pasti apakah mereka bersedia untuk mengambil peperiksaan SPM, tetapi apa yang pasti mereka sudah diterima mengikuti kursus di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan juga di Giat Mara yang membuka ruang pekerjaan bagi mereka. Remaja ini boleh dikira beruntung kerana dipilih menyertai Kem Perkasa Remaja UKM sejak Mac lalu bersama 31 lagi remaja lelaki yang dipilih dalam satu program intervensi terhadap belia bermasalah yang mempunyai potensi untuk dimajukan. Para peserta Kem Perkasa Remaja UKM bergambar kenangan bersama Saya tidak sangka selain mahir YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dan Naib Canselor UKM menunggang motosikal ketika merempit, kami (remaja) sebenarnya turut berkemahiran dan diikuti sesi berseorangan di dalam hutan bagi menguji hebat berkayak dan mengemudi kapal layar dalam ketahanan, kekuatan semangat terutama ketika keadaan mencabar, kata Akhbar pada Majlis Penutup menghadapi sesuatu di luar dugaan. Kem Perkasa Remaja Sesi 1/2010 pada 28 Jun lalu. Pada Kem 4 di Nur Bukit Unggul, sesi menanam Majlis penutup ini disempurnakan oleh YABhg. Datin semangat dianjurkan bagi membolehkan remaja Paduka Seri Rosmah Mansor di Panggung Seni, UKM. terlibat berkongsi pengalaman dengan ikon-ikon Ketua Program Kem Perkasa Remaja, Prof. negara seperti Jeneral (B) Dato Seri Zaini Said, Madya Dr. Rozmi Ismail yang dianggap sesetengah pahlawan negara yang terlibat dalam perundingan peserta sebagai ayah mengulas: Bukanlah mudah dengan sekumpulan orang bersenjata di Sauk, Grik; untuk mengubah tabiat manusia, tetapi dalam usaha Khairol Daud, Presiden Kuala Lumpur Bike; bekas ini saya kira kita berjaya mencapai 70 peratus. pelumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid dan Bagi kumpulan remaja itu, sesi mengubah diri angkawasan negara, Dato Dr. Sheikh Muszaphar dan mengikis label Mat Rempit bermula pada 1 Shukor. Mac, 2010 apabila mereka melaporkan diri di Kolej

Pendeta Zaaba untuk Pra Kem berupa saringan membina profil psikologi dan fisiologi. Ini diikuti dengan Ujian Kesedaran Kendiri dan Pembangunan Kendiri dengan hari keempat dipenuhi aktiviti senaman aerobik, suai kenal dan riadah berupa permainan futsal dan bola tampar. Sesi Perkhemahan iaitu sebanyak empat peringkat dimulakan dengan Kem Kesedaran dan Pembangunan Kendiri dan Kem 2 (Pengurusan Emosi). Dua kem ini berjaya membawa peserta mengenali profil diri, teknik komunikasi yang berkesan dan mengawal perasaan marah iaitu suatu perkara yang amat penting untuk aktiviti seterusnya, kata Dr. Rozmi. Pada Kem 3, iaitu Pemerkasaan Kendiri, peserta dibawa ke Outward Bound School di Lumut dan di sanalah mereka menyertai ekspedisi berkayak ke Teluk Sekadeh iaitu menggunakan 20 kayak dalam bentuk formasi besar ketika berada di laluan kapal. Peserta berlayar mengelilingi Pulau Pangkor ke Pantai Syawal sebelum berkhemah di tapak khas

SENADA Bil. 342 JULAI 2010 5

SEMASA Selain itu, kem terakhir ini juga berjaya memberikan kesedaran positif dan memberi peluang remaja ini berkongsi pengalaman berguna khususnya bagaimana menjadi manusia yang berjaya walaupun tanpa kelulusan akademik yang tinggi. Perkara yang hendak ditanam oleh para ikon negara ialah semangat dan kemahuan yang tinggi untuk berjaya, kata Dr. Rozmi. Apa yang mendorong Dr. Rozmi dan rakan-rakan penyelidik menumpukan masa dan perhatian bagi mengatasi masalah Mat Rempitadalah bagi membendung gejala lebih besar yang tersembunyi di sebalik kegiatan ini. Dadah, minah rempit dan wang taruhan ketika perlumbaan haram serta hadiah lain adalah tiga perkara yang menjadi candu. Ini kerana satu masalah boleh mendorong kepada masalah lain apatah lagi merempit berkait dengan bohsia dan jenayah rogol. Beliau dari Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, mengingatkan betapa bahayanya ancaman budaya merempit itu kerana fenomena itu sememangnya ibarat tip of the iceberg dalam masalah sosial yang melibatkan remaja. Beliau menjelaskan sikap tidak ambil berat ibu bapa membiarkan anak-anak berjinak-jinak menunggang motosikal serta penolakan masyarakat terhadap pelajar yang bermasalah inilah antara faktor penyebab belia terlibat dalam kegiatan mat rempit. Anak-anak yang merasai kurangnya pengawasan daripada ibu bapa itu akan cuba keluar dari rumah secara senyap-senyap atau berasa tertekan duduk di rumah akhirnya beraksi di jalan raya. Mat rempit yang bekerja pula biasanya mengubahsuai motosikal agar ia mampu memecut laju apatah lagi semakin banyak motosikal yang dicipta agar lebih laju. Dalam mengkaji isu ini, apa yang sering ditonjolkan ialah kegiatan ganas Mat Rempit sebagaimana dilaporkan dalam media elektronik dan akhbar umpamanya di Bangsar, seorang gadis bisu dikerumuni dan dirompak 20 mat motor di sebuah stesen minyak; di Johor dan Kelantan ibu hamil mati kerana diragut mat motor. Di Seberang Prai, Balai Polis Kubang Semang dibaling batu; seorang anggota polis cedera parah dan buta dilanggar mat rempit ketika operasi; di Selangor remaja perempuan 13 tahun mengadu dirogol dua mat rempit; Agus Asraf Sumarji, 21, mati akibat ditikam dengan senjata tajam setelah motosikalnya berlanggar salah seorang mat rempit kumpulan lain di stesen minyak Shell di Damansara. Dr. Rozmi berserta empat lagi penyelidik, Prof Madya Dr. Rokiah Ismail; Prof. Madya Normah Che Din; Mohd Fauzi Sukimi dan Norhayati Ibrahim telah melakukan Kajian Tingkah Laku Agresif dan Aktiviti Jenayah di Kalangan Mat Rempit pada Februari 2008. Antara lokasi dituju bagi temuduga bersemuka adalah Taman Tasik Titiwangsa, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur; Jalan Pasir Tumboh, Kelantan; Dataran Stadium Terengganu dan Dataran Menara, Alor Star. Temuduga cara ini dijalankan terhadap 564 Mat Rempit di kawasan dikenalpasti sebagai lubuk golongan berkenaan. Bagi melengkapkan lagi maklumat yang dikehendaki temuduga mendalam dijalankan terhadap 50 responden. Kajian mendapati pertembungan nilai dan ideologi antara kelompok masyarakat seperti keluarga, sekolah, penduduk setempat dan pihak berkuasa dengan remaja menyebabkan wujudnya pelbagai tekanan, fahaman dan persepsi. Krisis identiti dan pertembungan dengan konsep sesebuah masyarakat mewujudkan kelompok remaja yang sangat keliru, terumbang ambing dan bersikap mudah marah dan ganas. Kumpulan remaja yang membentuk geng tersendiri ini atau dipanggil deviant cliques akan menjerumus kepada sikap agresif, antisosial, tidak mementingkan pelajaran dan terjebak di dalam aktiviti berbaur jenayah. Daripada segi profil pula, kajian itu menunjukkan lebih separuh daripada 564 rempit yang dikaji iaitu 327 orang berkelulusan SPM (58 %), 24 STPM (4.3%) dan 12 memiliki ijazah (2.1 %). Yang lainnya sama ada tidak bersekolah (9 orang) atau belajar sehingga UPSR (13 orang - 2.3 %) dan PMR (76 - 13.5 %). Kajian itu juga mendapati seramai 46 (8.2%) daripada mereka menganggur, 43 orang bekerja sebagai budak pejabat, 36 pengantar surat, 37 kerja kilang, 51 mekanik dengan 119 lagi dalam berbagai pekerjaan lain dengan 135 lagi masih bersekolah dan 96 lagi pelajar IPT. Mereka yang dikaji berumur antara 13 hingga 32 tahun dengan umur purata 19 tahun iaitu mereka yang seharusnya berada di kolej atau universiti. Antara mereka seramai 549 adalah remaja Melayu (97.3%), 14 Cina (2.5%) dan seorang India. Hanya empat wanita terlibat dalam kegiatan merempit. Antara mereka itu 18 orang sudah berkahwin dengan 546 yang lain (96.8 %) masih bujang. Remaja rempit ini membelanja antara RM500RM1,000 bagi mengubahsuai motorsikal masingmasing seperti ekzos, karburetor dan rim motosikal.

6 SENADA Bil. 342 JULAI 2010

SEMASA erti UKM kepada sejarah peradaban bangsa, siapakah para pelopor dan pejuangnya, apakah cabaran yang mereka hadapi, bagaimana mereka merentas segala cabaran tersebut, siapakah para guru yang merancang dan memulakan program pengajian UKM, bagaimana mereka berhempas pulas meyakinkan rakyat Malaysia Oleh: Abd. Razak Hussin, PKK bahawa UKM adalah sebuah universiti rakyat yang tidak kalah dengan pesaingnya apatah lagi meyakinkan para pemain pengajian tinggi di peringkat antarabangsa, bagaimanakah ia berkembang dan segala macam persoalan yang harus ditangani. Pelajar baru inggu Mesra Pelajar Sesi 2010-2011 diisi juga perlu diberi pengertian, apa kaitannya penubuhan dengan beberapa aktiviti yang dapat menerap UKM dengan penggubalan dasar negara dan rasa tanggungjawab dan kecintaan kepada negara. Slot penubuhan institusi-institusi baru pada sekitar tahun Kenegaraan pada 6 Julai 2010, diisi dengan ceramah penubuhan UKM. oleh Dato Fuad Hassan, Ketua Pengarah Jabatan HalSewaktu pelajar menyedari bahawa mereka ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi berupaya melanjutkan dan Kebudayaan. Beliau pengajiannya di UKM yang adalah bekas pemimpin pelajar tersergam indah, kerana UKM pada awal 1970an. pencapaian cemerlang dalam Beliau membawa pelajar baru akademik, mereka perlu mengimbau sejarah awal diperingatkan bahawa mereka UKM sehinggalah menjadi datang dan hadir sebagai antara universiti ternama seorang pelajar yang memiliki negara setelah berusia 40 misi dan tanggungjawab tahun pada 2010. khusus. Mereka perlu memikul Sebagai seorang yang tanggungjawab untuk terus melalui era penubuhan UKM, membuktikan bahawa sebuah beliau memaparkan universiti kebangsaan tetap bagaimana masyarakat umum unggul walaupun harus pada waktu itu melihat UKM memikul tanggungjawab yang sebagai sebuah universiti yang lebih mencabar kerana memikul diragukan keupayaannya gagasan dan aspirasi negara. menjadi universiti hebat Mereka perlu membezakan kerana menggunakan bahasa kehidupan seorang mahasiswa Melayu, bahasa kebangsaan. Dato Fuad Hassan dengan kehidupan seorang Apatah lagi pada 1970 itu, pelajar di sekolah. Mereka perlu negara baru berusia 13 tahun mencari dan mendalami ilmu dengan memanfaatkan selepas kemerdekaan dan elemen keinggerisan masih para ilmuan yang terhimpun di universiti. begitu kuat legasinya dalam pelbagai aspek kehidupan Kehidupan di universiti yang lebih bebas harus bernegara. Beliau sendiri yang menerima dua tawaran dijadikan landasan untuk membina kedewasaan dan melanjutkan pengajian sama ada ke Universiti Malaya rasa tanggungjawab sebagai seorang pemimpin dan atau UKM, tanpa ragu memilih UKM untuk bersamapengikut yang bijaksana, berhemah dan berhikmah. sama para pejuang membuktikan keupayaan bahasa Keterlibatan dalam masyarakat perlu disuburkan Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi. supaya apabila mereka keluar daripada universiti, nilai Kehidupan ibarat sebatang sungai yang panjang berbakti terus berakar dan mekar. Mereka juga perlu dan berliku-liku. Demikian beliau beranalogi. diinsafkan bahawa mereka ada hutang kepada Sebatang sungai pasti bermula dengan satu titik masyarakat yang perlu dilunaskan. Kesedaran dan permulaan. Demikian juga kehidupan manusia, tidak penghayatan ini, menurut Dato Fuad hanya mampu terkecuali pelajar di universiti. Mereka perlu dilihat apabila pelajar UKM memahami dan disedarkan bahawa mereka adalah sebahagian daripada mengiktiraf bahawa mereka adalah sebahagian sejarah panjang itu. Mereka perlu mengetahui di mana daripada sungai sejarah yang panjang dan berliku itu. permulaan sejarah itu. Mereka perlu memahami apa

Iktiraf Sejarah Perjuangan Bangsa

SENADA Bil. 342 JULAI 2010 7

SEMASA besar pada masa akan datang di sebidang tanah seluas 300 ekar di Teluk Sari dan diharapkan rancangan jangka panjang ini akan memberi impak besar kepada pembangunan penyelidikan, perkembangan ekonomi dan peningkatan kualiti kehidupan masyarakat setempat dengan adanya ruang perniagaan apabila beroperasi kelak. Selain majlis pecah tanah ini, ekspedisi penyelidikan kali kedua iaitu Ekspedisi Saintifik 2010 Oleh: Nur Azimah Mahmood, PKK turut dilancarkan. Ekspedisi ini merupakan rentetan kepada penganjuran Ekspedisi Mersing 2008 yang berjaya menghasilkan Monograf 3: Penyelidikan dan Maklumat Perairan Malaysia yang dilancarkan bersama semasa majlis ini dan hasil kajiannya juga telah usat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pantai UKM yang ditubuhkan pada 23 Mac 2007 berjaya Timur Johor pada tahun lepas. Ekspedisi kali ini mengenal pasti kawasan sekitar Pantai Timur Johor berjaya mengumpulkan seramai 80 orang saintis dari yang berpusat di Mersing mempunyai potensi besar Fakulti Sains & Teknologi, Fakulti Sains Sosial & untuk dimajukan. Daerah ini dikenal pasti kaya Kemanusiaan, Fakulti Ekonomi & Perniagaan, Fakulti dengan flora dan fauna, khazanah laut semula jadi dan Sains Kesihatan Bersekutu, UKM serta dari Universiti pelbagai aspek kemasyarakatan dan sosio-ekonomi Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Terengganu dan tradisional yang masih terpelihara. Ia juga akan Jabatan Taman Laut Malaysia. dijadikan sebagai pusat penyelidikan di seluruh pantai Penyelidikan UKM yang dijalankan ini adalah timur Johor, yang akan dibangunkan sebagai kawasan secara integrasi antara bidang sains dan sosial serta Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Wilayah multi, inter dan trans-displin memfokuskan kepada Pembangunan Iskandar (WPI). empat kluster iaitu Sains Tulen dan Gunaan, Sains Lot 604, Tanjung Resang, Penyabong dipilih Sosial, Ekonomi dan sebagai tapak pusat Perundangan, Teknologi penyelidikan EKOMAR dan Kejuruteraan Marin yang baru. Majlis pecah dan Pendidikan serta tanah yang disempurnakan Kesihatan dan Perubatan. oleh YB Datuk Dr. Abd Selaras dengan fasa Latiff Ahmad, Timbalan pertama pelan tindakan Menteri Pertahanan strategi EKOMAR yang Malaysia yang juga bermula pada tahun 2008 merupakan Ahli Parlimen hingga 2012, untuk Mersing dilakukan pada 3 mengumpul dan Julai yang lalu sambil menyelaras sumber dan disaksikan oleh 200 orang asas yang kukuh melalui tetamu yang hadir di p e n u m p u a n kalangan para saintis yang YB Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad merasmikan Pelancaran pembangunan fizikal dan mengikuti ekspedisi, Monograf EKOMAR Siri Ke-3 penyelidikan, penyelidikan pegawai dan kakitangan ini merangkumi 3 zon iaitu jabatan kerajaan dan Zon 1: Pulau Tioman, Pulau Seri Buat, Pulau pejabat daerah, kanak-kanak sekolah serta penduduk Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Sibu, setempat. Turut hadir bersama adalah Naib Canselor Pulau Sibu Tengah, Tanjung Tenggaroh dan di pusat UKM, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal penyelidikan EKOMAR yang baru iaitu Tanjung Penyelidikan & Inovasi) dan wakil Pegawai Daerah. Resang. Zon 2 pula merangkumi Kampung Sedili Bangunan yang akan dibina di tapak seluas 3 Besar, Teluk Mahkota, Kampung Sedili Kecil, ekar ini bukan sahaja akan dilengkapi makmal, ruang Kampung Laut, Kangkar Sedili Kecil dan kawasan pejabat dan bengkel penyelidikan malah ruang asrama utara Kampung Tengah. Selatan Kampung Tengah, turut akan didirikan bagi kegunaan pelajar universiti Desaru, Kampung Punggai, Teluk Ramunia dan dan pelajar daerah Mersing. Ia juga akan dijadikan Kampung Sungai Sengit digolongkan dalam Zon 3. tempat rujukan ekosistem marin kepada para saintis Dengan berakhirnya ekspedisi kali ini, hasil kajian tempatan dan luar negara. UKM juga beriltizam menyeluruh dan terperinci akan diterbitkan dalam untuk membangunkan pusat penyelidikan yang lebih Monograf EKOMAR siri keempat.

Majlis Pecah Tanah Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin, UKM

8 SENADA Bil. 342 JULAI 2010

MoA

UKM-MAREF Memaju Pendidikan dan Penyelidikan Perakaunan

AREF atau Yayasan Penyelidikan dan Pendidikan Perakaunan Malaysia merupakan sebuah pertubuhan amanah yang berperanan mempromosi, menggalak dan memajukan penyelidikan dan pendidikan perakaunan di Malaysia. Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara kedua belah pihak telah berlangsung dengan rasminya pada 3 Julai lalu bersempena dengan Majlis Makan Malam Alumni Perakaunan Ke-3 bertempat di Hotel Equatorial, Bangi. Hadir menandatangani dokumen persefahaman di pihak UKM adalah Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Mohd. Jani bersama Ketua Editor AJAG, Prof. Dr. Takiah Mohd Iskandar sebagai saksi. Manakala di pihak MAREF pula diwakili oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Datuk Raymond Liew Lee Leong dan En. Damanhuri Mahmod sebagai saksi. Majlis menandatangani perjanjian antara dua Sesi pertukaran dokumen perjanjian antara UKM dengan MAREF pihak ini turut disaksikan oleh Timbalan Naib

Canselor (Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato Ir. Dr. Hassan Basri. MoA ini tercetus hasil kolaborasi strategik antara UKM dengan MAREF bagi menerbitkan Asian Journal of Accounting and Governance (AJAG) yang mana keluaran sulungnya juga dilancarkan pada hari tersebut. Jurnal bertaraf antarabangsa ini adalah bertujuan untuk menerbitkan artikel yang menyumbang kepada teori yang berasaskan penyelidikan empirikal, bagi mendukung kemajuan akademik dan profesion dalam bidang ini. Matlamat akhir AJAG adalah untuk mempertingkatkan pemahaman mengenai peranan perakaunan dan tadbir urus dalam persekitaran perniagaan di rantau Asia. Penyelidikan mengenai rantau ini berupaya mengisi lompang pengetahuan bagi memenuhi

Paluan gong oleh Prof. Dato Ir. Dr. Hassan Basri sebagai simbolik pelancaran Asian Journal of Accounting and Governance (AJAG)

kehendak pengamal perakaunan dan pihak yang berkenaan. AJAG juga dapat menjadi wadah untuk mengetengahkan hasil kajian terutamanya dalam bidang tadbir urus, perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan, pengauditan, percukaian, sistem maklumat, sektor awam, tanggungjawab sosial dan undangundang yang berkaitan ke persada antarabangsa. AJAG mengutamakan penerbitan berbentuk silang disiplin dalam terbitan sekurangkurangnya sekali setahun. Melalui gandingan UKM-MAREF dalam MoA ini dilihat dapat mempereratkan jaringan pengurusan dan warga fakulti dengan alumni dan badan-badan profesional dalam usaha meningkatkan pembangunan dan kecemerlangan UKM.

SENADA Bil. 342 JULAI 2010 9

Mesra Pelajar Minggu Mesra Pelajar UKM 2010

10 SENADA Bil. 342 JULAI 2010

Mesra Pelajar Minggu Mesra Pelajar UKM 2010

SENADA Bil. 342 JULAI 2010 11

SEMASA

Memenuhi Gagasan Universiti Kebangsaan: Satu Tanggungjawab Besar


Oleh: Abd. Razak Hussin, PKK

enaplah usia UKM yang ke-40 pada 18 Mei 2010. Sempena ulang tahun itu, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM telah menyampaikan Titah Perdana mengenai UKM dan peranannya sebagai sebuah universiti kebangsaan, universiti untuk negara. Sejarah perjalanan perjuangannya penuh liku sehinggalah tertubuhnya UKM secara rasmi pada 18 Mei 1970. Cetusan pertama dalam Mesyuarat Rajaraja Melayu pada 1903 tentang pendidikan orang Melayu, tulisan Zaba pada 1917 mengenai perlunya sebuah universiti, memorandum Abdul Kadir Adabi pada 1923, diikuti aktiviti-aktiviti oleh pelbagai organisasi akhirnya menjadi gelombang massa pada tahun 1950an dan 1960an. Maka pada 1969 dibentuk sebuah jawatankuasa penaja 14 orang dipengerusikan Tun Syed Nasir Ismail yang ahlinya termasuklah Dato Zainal Abidin Wahid dan Tun Dr. Mahathir Mohammad sebagai Naib Pengerusi Bersama. Tabung Penubuhan Universiti Kebangsaan yang bergerak ke seluruh negara, menerima sambutan menakjubkan. Derma mencurah-curah walaupun mungkin mereka tidak memahami pun makna sebuah universiti. Hampir tidak pernah terdengar lahirnya sebuah universiti sebagaimana sejarah penubuhan UKM. Penubuhan UKM amat bermakna kepada pembentukan negara-bangsa. Kedudukan bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan memberi nafas dan asas kepada semangat penubuhan UKM. Justeru, UKM harus memikul tanggungjawab ini sebagaimana asas penubuhannya untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi dan agama Islam yang memberi jawapan terhadap persoalan yang dihadapi oleh negara dan dunia hari ini.

Sebagai sebuah universiti kebangsaan, tentunya cabaran dalam persaingan menjadi universiti bertaraf dunia, lebih berat berbanding universiti lain di negara ini. Kesukaran ini adalah disebabkan, sebuah universiti kebangsaan harus memikul tanggungjawab dan aspirasi negara khususnya dalam mempertahan dan memperjuangkan asas-asas negara bangsa yang teradun dalam pendaulatan bahasa Melayu, penyuburan budaya kebangsaan, pembudayaan kecintaan tanah air dan mempertahan jati diri rakyat di negara ini. Dalam keadaan berhati-hati dengan mengambilkira kedudukannya sebagai sebuah universiti kebangsaan yang menggalas tanggungjawab lebih besar, kini UKM boleh berdiri megah sebagai universiti penyelidikan, penerima Anugerah Kualiti Perdana Menteri dan berstatus swa-akreditasi yang membolehkannya mengakreditasi program-program akademiknya sendiri. Meskipun menghadapi cabaran globalisasi, UKM perlu terus berpegang kepada falsafahnya yang dianggap sebagai falsafah luhur yang telah teruji keutuhannya, mengungkap rayuan dorongan dalam pencarian kebenaran. Pernyataan falsafah UKM adalah kemuncak peranan universiti, lebih-lebih lagi sebuah universiti kebangsaan. Falsafah UKM yang berpandukan kesepaduan antara ilmu dengan iman kepada Allah, perlu terus dilestari dalam ekosistem ilmu, yang berteraskan nic pelbagai disiplin. Kewaspadaan UKM sememang memiliki kewajarannya kerana telah terungkap janji ketika penubuhannya iaitu UKM kemuncak sistem pendidikan kebangsaan; menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa ekonomi; mengeratkan perpaduan dan hubungan kaum serta menentukan asas keperibadian bangsa; menjana dan menyebar ilmu untuk pembangunan negara; dan mengeluarkan siswazah yang sihat, taat setia dan berpandangan serta berfikiran luas. Abad ke-21 menjanjikan pelbagai cabaran yang memerlukan UKM perlu lebih bersiap siaga. Justeru misi UKM menjadi semakin relevan. Isu yang mendasari misi UKM ialah jati diri kebangsaan dalam konteks globalisasi; universiti bertaraf dunia dalam acuan sendiri; pembinaan modal insan berdaya saing; konsep universiti sebagai lambang kesarjanaan dan wibawa ilmiah serta peranan UKM sebagai Universiti Penyelidikan. Matlamat Pendidikan UKM, menuntut siswazah UKM berperanan dalam pelbagai konteks budaya di samping berkomunikasi dengan fasih dalam bahasa dunia. Perjuangan memperkasa jati diri dengan menggunakan bahasa Melayu sangat mencabar.

12 SENADA Bil. 342 JULAI 2010

SEMASA Namun, UKM harus bertahan, mengambil iktibar pembuatan tekstil, materia medica dan seni bina bahawa ilmu global tidak relevan selagi tidak ditafsir, rumah Melayu menggunakan sistem tanggam. diadun dan diguna dalam konteks setempat, yang Autonomi kepada governans Universiti menjadi proses pemikirannya disalur melalui bahasa watan; prasyarat yang membantu UKM lebih terkehadapan. kecenderungan dunia kepada kepelbagaian, memberi Autonomi institusi merangkumi perluasan atau peluang kepada bahasa lain termasuk bahasa Melayu penurunan kuasa membuat dan melaksana keputusan berkembang di persada antarabangsa; dan peradaban sendiri, berdasarkan sistem tadbir urus yang cekap dan dunia tidak boleh berkembang dengan dominasi satu berkesan dengan kebertanggungjawaban yang tinggi. bahasa sahaja. Justeru, bahasa Melayu perlu dimantap Model autonomi itu harus menangani dan menghurai dan dimartabatkan sebagai bahasa antarabangsa. matlamat pemerkasaan tadbir urus dan perundangan Akademia dicabar terus menghasilkan pemikiran universiti; peningkatan pengurusan kewangan dan baru, dalam pembentukan dasar pembangunan negara, penjanaan pendapatan; pengurusan akademik dan menerusi sumbangan sains, teknologi, kemasyarakatan pengurusan modal insan. dan kemanusiaan. UKM harus menjadi universiti Sesebuah universiti kebangsaan ialah lambang terpilih yang berwibawa, labuhan ilmu terkini serta kemuncak kesarjanaan yang menjadi harapan negara. tempat rujukan ulung, dalam dan luar negara. Penjanaan ilmu yang menjadi rujukan di peringkat global, dengan memperkaya khazanah ilmu watan dan serantau harus menjadi agenda utamanya. Dengan cara sedemikian, UKM akan dapat menarik para ilmuwan dunia datang untuk sama-sama menyelidik, dan menyebar ilmu yang dibina di rantau ini. Justeru UKM boleh menjadi peneraju ilmu di rantau ini. Antara bidang yang UKM sudahpun menjadi rujukan, ialah perbankan Islam, kepelbagaian bio, sekitaran, DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM berkenan perhutanan tropika, tenaga berangkat melancarkan sambutan Ulang Tahun Ke-40 UKM keterbaharuan, estetika Melayu, sains dan teknologi Melayu, Pembentukan warisan ilmu bangsa, pembinaan negara-bangsa, kajian kemiskinan, dipertanggungjawabkan kepada universiti milik masyarakat peribumi, kajian etnik, kajian globalisasi, negara. Untuk UKM, peranan tersebut menjadi integriti dan pendekatan peradaban Islam di samping pertimbangan utama. UKM milik negara dan mesti bidang yang ditampilkan oleh institut-institut mencerminkan hasrat negara. UKM mesti cemerlang kecemerlangan UKM. di dunia, terlakar nama di jagat raya namun berakar Cabaran pengantarabangsaan kepada UKM umbi pada jiwa masyarakatnya sebagai takrifan adalah lebih besar, berbanding universiti lain di universiti kebangsaan. Tuanku Canselor yang amat Malaysia, kerana hasratnya menjadi universiti unggul prihatin dengan perkembangan UKM merumuskan, namun mengekalkan identiti kebangsaan. Malah cirikayu ukur nilainya ialah keupayaan menarik dan ciri unik dalam gagasan jati diri kebangsaan, dan usaha menjana, bukan sahaja dana, lebih penting manusia memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, berkebolehan, berhemah tinggi, menghayati falsafah, wajar dipaparkan kepada masyarakat antarabangsa. visi dan misinya serta membawa impian dan Banyak ilmu watan terkandung dalam bahasa Melayu aspirasinya, terpahat di hati nurani mereka. Merekalah yang perlu diketengahkan seperti ilmu pembuatan jiwa dan wajah Universiti Kebangsaan Malaysia, kapal tanpa paku di Pulau Duyung Terengganu, Universiti Untuk Negara.
SENADA Bil. 342 JULAI 2010 13

SEMASA

UKM Cipta Sejarah Pembedahan Pintasan Jantung


Oleh: Shahfizal Musa, PKK

KM mencipta sejarah melalui satu teknik baru mendapatkan urat untuk pembedahan yang dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang bukan hanya mengurangkan masa pembedahan malah juga belanja dan kesakitan selain dari dapat mempercepatkan proses pemulihan pesakit. Pembedahan bersejarah ini dijalankan oleh pakar perunding bedah jantung juga pensyarah kanan, Profesor Madya Dr. Mohd Ramzisham Abdul Rahman. Beliau melakukan pembedahan itu dengan menggunakan satu peralatan baru dipanggil Sistem Penggilingan Mikro Pembuluh (VMMS) yang dicipta oleh Dr. Peter Hjc. Sporen dari Belanda. Apa yang menarik mengenai kaedah ini ia tidak memerlukan kamera, jadi ia agak murah. Ia begitu mudah kerana hanya perlu menarik urat dikehendaki kepada peralatan seperti sebatang besi yang disambung

ke sebuah injak. Alat itu dimasukkan ke dalam paha dengan urat yang dikehendaki dimasukkan ke dalamnya. Alat itu berputar untuk mendapatkan urat yang dikehendaki dari paha/kaki. Putarannya untuk memasukkan urat ke dalamnya dikawal oleh sebuah injak kaki. Ciptaan Dr Sporen ini memerlukan kepakaran pakar bedah jantung untuk menilai kegunaan peralatan itu, iaitu sama ada ia sesuai bagi mendapatkan urat yang diperlukan dan bagaimana alat itu boleh diperbaiki, kata Dr. Ramzisham. Bagi mengetahui bagaimana kaedah baru ini digunakan dan sumbangannya kepada bidang pembedahan saluran jantung (bedah jantung dan paru-paru), kita perlulah memahami bagaimana satu pembedahan pintasan jantung dijalankan. Pembedahan pintasan dan memotong urat

Pembedahan pintasan jantung dilakukan untuk pesakit-pesakit yang diserang sakit kerana urat menyalurkan darah ke jantung tersumbat. Ia seumpama usaha canggih menggantikan satu saluran paip air tersumbat dengan paip lain. Apabila urat yang menyalurkan bekalan darah ke jantung (urat koronari) tersumbat akibat plak (timbunan lemak, kolesterol dan bahan lain) pengaliran darah akan tersekat. Ini akan memperlahan atau menghentikan pengaliran darah melaluinya ke jantung hingga membawa kepada sakit pada dada dan serangan jantung. Cara mengatasinya adalah dengan menentukan darah dapat disalurkan ke jantung bagi membolehkan pesakit hidup lebih lama. Apa yang dilakukan oleh pakar bedah adalah mengeluarkan seutas urat dari paha/kaki lalu menggunakannya sebagai saluran baru untuk memintas urat koronari yang tersumbat itu. Dengan ini urat dari kaki/ paha dijahit melintasi urat yang tersumbat itu. Urat diambil daripada kaki pesakit akan bertindak seumpama sebatang jalan baru melintasi jalan yang sibuk dan sesak. Mengikut tradisi, proses memotong urat dari kaki/paha Pembedahan pintasan jantung menggunakan peralatan VMMS atau usaha mengeluarkan urat

14 SENADA Bil. 342 JULAI 2010

SEMASA dipotong lalu menggunakan alat VMMS untuk mengeluarkan urat itu dengan selamat. Ini dilakukan dengan memasukkan urat yang sudah ditanda itu ke dalam sebuah motor mikro (alat seperti besi bulat) dengan pemotongnya sendiri. Motor mikro ini dipasang pada sebuah injak kaki untuk mengawal kelajuan putarannya. Sebaik saja urat dikehendaki berada di dalam batang bulat itu, ia akan berpusing mengikut urat berkenaan hinggalah ke paras diperlukan lalu memotongnya. Apa perlu dibuat selepas ini adalah menarik keluar batang bulat itu dengan urat tadi berada di dalamnya. Cara mudah menggambarkan apa yang berlaku adalah menganggap motor mikro itu sebagai sebatang penyedut minuman (straw) dan urat ibarat sehelai benang. Bahagian hujung benang itu dimasukkan ke dalam penyedut berkenaan sebelum penyedut ditolak dengan cara memutarnya sehingga seluruh benang telah dimasukkan. Motor Alat VMMS yang digunakan bagi pembedahan pintasan jantung mikro yang berputar di dalam kaki pesakit dengan urat di dalamnya mengelakkan urat daripada terjejas. Cara memotong bahagian dalam kaki ini juga Seluruh proses memasukkan motor mikro ke boleh menyebabkan timbul kerumitan lain seperti dalam kaki dan mengeluarkannya semula dengan urat jangkitan dan luka yang melarat terutama kepada sekali memakan masa kira-kira dua minit saja. Salah pesakit yang mengidap kencing manis. seorang pesakit beliau yang baru saja menjalani Jika berat badan pesakit berlebihan atau pembedahan pintasan, Shahbuddin Yusof berkata mengidap kencing manis dia menghadapi risiko kaki beliau menjangka sudah tentu akan ada parut panjang dipotong. Apabila kaki dibelah ia boleh menimbulkan dan akan berasa sakit. Saya tidak mengalami semua pelbagai masalah. Pesakit yang mengidap kencing itu. Ini amat baik sekali dan ia tidaklah sesakit yang manis berdepan risiko jangkitan, jika dia gempal saya jangkakan, kata Shahbudin sambil turun dari kakinya mungkin terbelah dan luka berkenaan perlu katil untuk duduk di kerusi tanpa sebarang masalah. dibalut selama sekurang-kurangnya sebulan dan ada kalanya ini boleh berakhir dengan kaki itu perlu dipotong, kata Dr. Ramzisham. Endoskop berbanding pemotong mikro mengeluarkan urat Dr. Ramzisham baru-baru ini menunjukkan bagaimana teknik VMMS dilakukan ketika dia Satu lagi teknologi yang sudah diguna pakai selama membedah salah seorang pesakitnya. Tanpa membelah beberapa tahun kebelakangan ini turut memerlukan bahagian kaki sepanjang dua atau tiga kaki dengan sedikit saja pembelahan kaki untuk mendapatkan urat. menggunakan teknik baru ini beliau cuma perlu Prosedur itu dikenali sebagai mendapatkan urat secara menebuk lubang dua sentimeter, pilih urat yang perlu endoskop. Apa yang dilakukan pakar bedah adalah itu memerlukan bahagian belakang kaki dibelah agak panjang bagi mendapatkan urat berkenaan. Ini biasanya meninggalkan parut dari celah kelengkang sehingga ke buku lali. Anda bukan saja terpaksa melupakan impian untuk menyertai pertandingan ratu cantik tetapi proses mengeluarkannya amat sakit sekali. Pemulihan juga mengambil masa yang lama sebelum pesakit boleh berjalan semula.

SENADA Bil. 342 JULAI 2010 15

SEMASA memasukkan sebuah skop dengan kamera kecil dan memerhatikan urat itu pada skrin tv untuk membantu mengeluarkan urat yang dikehendaki itu. Mengikut kaedah ini satu urat di paha dikenal pasti diikuti dengan mencucuk dua tempat iaitu satu di celah kelengkang dan satu lagi di bahagian lutut. Selepas memotongnya urat itu ditarik keluar. Cara ini juga kurang sakit dan memendekkan masa pemulihan pesakit. Jadi mengapa pula kita perlukan satu cara lain untuk memotong urat sedangkan menggunakan skop mengatasi kesan parut selain mengurangkan masa pemulihan bagi pesakit? Dr. Ramzisham menjelaskan bahawa cara menggunakan skop masih mempunyai risiko atau kerumitan lain. Tiga faktor menyebabkan VMMS lebih baik daripada penggunaan skop adalah masa, belanja dan risiko. Menggunakan cara endoskop memerlukan kita memerhati skrin dan menyalurkan gas karbon dioksida. Memotong kulit dan isi mengambil masa setengah jam hingga sejam untuk mengeluarkan urat. Langkah memasukkan gas akan menyebabkan kaki pesakit membengkak sehingga ke paras celah kelengkang. Sekiranya gas diserap ke dalam badan ia boleh menyebabkan tekanan darah pesakit meningkat ketika pembedahan dan mengakibatkan pendarahan. Ini mungkin juga merosakkan urat dan boleh membawa maut, kata Dr. Ramzisham. Semakin lama pembedahan itu berjalan maka lebih besar lagi risikonya kepada pesakit. Dengan endoskop biasanya ia mengambil masa sejam sedangkan menggunakan VMMS urat yang dikehendaki boleh dikeluarkan dalam masa dua minit saja. Ini adalah pengurangan sehingga lebih 90 peratus dari masa yang dihabiskan bila menggunakan kaedah endoskop. Lebih selamat untuk pesakit Dr. Ramzisham merujuk kepada satu penyelidikan oleh Dr. John H. Alexander, seorang Profesor Madya di Universiti Duke, Amerika Syarikat yang diterbitkan pada 16 Julai, 2009 dalam keluaran New England Journal of Medicine yang mengaitkan kadar kematian yang tinggi bila memperolehi urat secara endoskop. Mengeluarkan urat secara endoskop menyebabkan pesakit kurang mengalami kejutan bermakna dia boleh pulih lebih cepat. Begitu juga parut pada kakinya kurang dan dia juga tidak perlukan masa lama dirawat di hospital. Tetapi apa yang berlaku adalah uratnya terganggu dan boleh sakit hingga melarat. Daya ketahanan urat yang dipotong juga boleh terjejas waktu mengeluarkannya, kata Dr Ramzisham. Ini menjadikan teknik VMMS lebih baik kerana urat terpelihara. Pembedahan pintasan jantung lebih murah Satu lagi kelebihan VMMS berbanding prosedur endoskop adalah kosnya yang lebih murah. Dr Ramzisham berkata kaedah ini juga mengurangkan trauma kepada pesakit membolehkan pesakit pulih lebih cepat dan boleh kembali cergas menjalani kehidupan. Dengan kosnya yang lebih murah pembedahan ini juga dapat diberikan kepada golongan miskin. Berbeza dengan endoskop yang memerlukan satu set peralatan pakai buang bagi setiap pembedahan, peralatan VMMS boleh digunakan berulangkali dengan penyelenggaraan yang minimum. Apa yang menarik mengenai kaedah mengeluarkan urat cara mikro ini adalah ia tidak memerlukan sebuah kamera, jadi ia begitu murah. Ia amat mudah saja iaitu dengan mengaitkannya pada urat dan anjak dan alat itu akan berpusing memasukkan urat kedalamnya dan memotong urat itu apabila ukuran urat yang dikehendaki sudah diperolehi. Peralatan itu juga boleh digunakan berkali-kali tidak seperti kaedah endoskop di mana semua peralatannya dibuang selesai satu pembedahan, kata Dr. Ramzisham. Bagaimana ini berlaku dan apa selepas ini? Ketika ini paten sistem VMMS dimiliki oleh Dr. Sporen yang menemui Dr. Ramzisham dan dua lagi pakar bedah untuk menguji dan meneliti sama ada ia sesuai digunakan bagi pembedahan pintasan. Alat itu adalah ciptaan Dr. Sporen tetapi dia memerlukan kami dan kepakaran kami sebagai pakar bedah jantung untuk menilai peralatan ini sama ada ia sesuai dan bagaimana ia boleh diperbaiki. Apa yang penting adalah untuk memastikan sama ada dinding dalam urat yang dikeluarkan itu rosak atau tidak. Dalam pembedahan pintasan jantung adalah penting untuk memastikan bahawa urat yang digunakan kekal terpelihara bagi menjamin ia boleh bertahan lama, tegas Dr. Ramzisham.

16 SENADA Bil. 342 JULAI 2010

MAHASISWA Seramai 500 orang mahasiswa baru, berjaya menonjolkan bakat mereka dalam kebudayaan dengan mempersembahkan secara langsung Persembahan Kertuk dan Rebana Ubi, Silat, Tarian Tradisional dan Moden, Teater, Muzik Gamelan, Kompang, Dikir Barat, Angklung, Nasyid, Muzik Moden, Koir dan juga Boria yang hanya dipelajari dalam masa tiga hari. Menurut salah seorang pembantu penyelaras Oleh: Nur Azimah Mahmood, PKK persembahan kesenian, Encik Aajaz Ahmad, komitmen, fokus dan disiplin yang tinggi menjadi kunci kejayaan mereka mempersembahkan alam yang dipenuhi warna-warni, pelbagai persembahan yang memukau penonton walaupun ekspresi dengan tema 1 UKM 1 MALAYSIA, hanya menjalani latihan selama 2 jam sehari dan berjaya memukau tetamu kehormat Prof. Dato Dr. kebanyakannya tidak mempunyai asas persembahan Mohamad Abdul Razak, Timbalan Naib Canselor kesenian. (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni) bersama 3,000 Kegigihan juga dapat dilihat apabila tukang khalayak lain termasuk 39 orang mahasiswa dari karang Boria, Saudara Mohd Fadir yang demam teruk Australia, Jepun dan United Kingdom di bawah sehari sebelum majlis menggusarkan hati pasukan Program Mobiliti Pelajar UKM yang turut hadir Borianya. Walau bagaimanapun, pada malam tersebut bersama melihat kemeriahan beliau dan pasukannya malam tersebut. Terpegun dan berjaya menambat hati turut sama terhibur dengan penonton dengan bakat-bakat baru UKM, persembahan yang menarik mereka juga kagum dengan sekali. Tidak dilupakan juga, semangat kolejan yang kumpulan di belakang tabir ditunjukkan oleh mahasiswa iaitu Pengurusan Seni dan baru ini. Pengurusan Teknikal yang Tidak mengenal warna memainkan peranan penting kulit, agama dan bangsa, dalam kelangsungan dan mereka bersama-sama kelancaran majlis pada malam melaungkan kata-kata tersebut. semangat kolej bagi Malam yang gilang-gemilang menunjukkan sokongan ini, turut diserikan dengan kepada rakan-rakan yang drama muzikal yang menjadi membuat persembahan. persembahan utama. Drama Dinamakan Malam Percikan ini mengimbas kembali Seni UKM 2010, ia telah nostalgia penubuhan UKM berjaya mencapai tujuan hasil inisiatif rakyat jelata Persembahan penuh bersemangat daripada mahasiswa untuk memberi pendedahan yang secara tidak langsung baru Sesi 2010/2011 mengenai kegiatan kesenian membangkitkan lagi semangat kampus kepada pelajar-pelajar 1 UKM 1 MALAYSIA. baru. Program ini juga bertujuan memperkenalkan Seiring dengan slogan Mengilham Harapan kelab-kelab dan program kesenian di UKM, kursusMencipta Masa Depan, UKM akan terus melangkah kursus yang ditawarkan dalam program kokurikulum menggapai kejayaan demi kejayaan yang akan terpateri kesenian berkredit dan kumpulan-kumpulan kesenian menjadi sebuah legasi dalam sejarah Malaysia juga di bawah urus setia Artisukma, yang paling penting menjadi intipati kepada penceritaan drama muzikal semangat kerjasama dan perpaduan sesama pelajarini. pelajar baru ini berjaya dipupuk.

Malam Percikan Seni UKM 2010: 1 UKM 1 Malaysia

SENADA Bil. 342 JULAI 2010 17

NIC

Perubahan Iklim, Ancaman Keselamatan Kurun Ke-21


Oleh: Shahfizal Musa, PKK

erubahan Iklim telah dikenal pasti sebagai suatu ancaman keselamatan di abad ke-21. Berbeza dengan peperangan, ancaman akibat perubahan iklim lebih memudaratkan. Sikap pemimpin dunia mengambil sikap acuh tidak acuh terhadap perubahan iklim hanya mengeruhkan keadaan. Definisi ancaman keselamatan di abad ke-21 telah diluaskan untuk merangkumi akibat bencana alam yang turut mengancam nyawa manusia. Seperti banjir yang meragut nyawa dan kekurangan air bersih yang akan mengancam nyawa mereka yang terselamat dari banjir.

Ahli panel terdiri daripada Prof. Dr. Jamaludin Md. Jahi, Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Dr. Hans Gunter Brauch dari Free University Berlin, Germany, Prof. Ursula Oswald Spring dari National Autonomous University of Mexico (UNAM), dan Prof. Dr. Carolina Lopez, Felo Penyelidik Bersekutu di IKON. Ia dipengerusikan oleh Prof. Emeritus Dato Dr. Abdul Rahman Embong, Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS). Perubahan iklim kini kian meruncing sehingga mendatangkan ancaman kepada keselamatan manusia. Ini tidak terhad kepada individu tetapi turut juga memberi kesan kepada keharmonian sesebuah negara. Sebahagian daripada bencana alam yang menyebabkan kehabisan sumber yang diperlukan untuk hidup lazimnya menyebabkan perbalahan dalam perebutan untuk mendapat sumber tersebut seperti air dan makanan. Satu contoh adalah dataran Golan yang masih enggan dipulangkan oleh Israel kepada Syria kerana ia mengandungi sumber air yang sangat diperlukan.

Para ahli panel membincangkan isu ketidakstabilan perubahan iklim yang semakin mengancam keselamatan manusia

Ini adalah rumusan yang dapat digarap daripada perbincangan meja bulat bertajuk Menghadapi Perubahan Alam Sekitar Sejagat: Keselamatan di Abad Ke-21 anjuran Institut Kajian Oksidental (IKON), Universiti Kebangsaan Malaysia pada 28 Jun 2010.

Prof. Dr. Jamaludin Md. Jahi berkata Manusia adalah sebahagian daripada alam sekitar. Alam sekitar yang telah digunakan oleh manusia menyebabkan kemerosotan alam sekitar sehingga mengancam keselamatan manusia.

18 SENADA Bil. 342 JULAI 2010

NIC Pembalakan, hakisan tanah, kelodakan, banjir, kemarau pencemaran udara, serta hasil buangan pepejal dan berbahaya kesemuanya mengancam keselamatan manusia, katanya lagi. Justeru, definisi keselamatan telah diperluaskan dan merangkumi perubahan iklim sejak 1990an. Menurut Prof Hans Gunter Brauch, tekad politik di kalangan pemimpin dunia mengenai isu ini masih tiada. Sejak 22 tahun lalu sekumpulan ahli sains telah meletakkan alam sekitar sebagai ancaman keselamatan dan bagaimana ia akan memberi kesan Dari kiri: Prof. Dr. Carolina Lopez, Prof. Emeritus Dato Dr. Abdul Rahman kepada Amerika Syarikat, tetapi ini telah Embong dan Dr. Hans Gunter Brounch mendapat tentangan daripada golongan penyelesaian bersepadu yang merangkumi alam yang berkepentingan, kata Dr. Brauch. sekitar. Dan perlunya generasi akan datang hidup Copenhagen School yang memantau kenyataan bersama dengan alam sekitar dan bukan hanya yang diikuti dengan tindakan yang luar biasa, tetapi mengeksploitasi alam sekitar. apabila kenyataan tersebut mengenai isu alam sekitar, Panel seterusnya, Prof. Dr. Carolina Lopez telah jarang diikuti dengan tindakan yang luar biasa pun mula merangka sebuah penyelesaian yang dikaji katanya. dalam projek yang sedang berjalan di Mexico. Beliau Namun beliau mengatakan bahawa ini adalah menamakannya consciencetization. Secara umumnya kerana sebahagian besar penggubal undang-undang ia adalah cara mewujudkan kesedaran di kalangan yang selalunya adalah ahli politik lebih mementingkan mereka yang berada di suasana konflik di mana hasil jangka pendek, sepatutnya mereka harus bekerja pergolakan untuk mendapat sumber seperti makanan untuk mendapatkan hasil jangka panjang. untuk berada di posisi yang lebih berkuasa. Ini terjadi kerana keperluan untuk terus hidup. Konsep ini mengajar mereka yang terlibat, bagaimana untuk mengurus sumber yang terhad untuk manfaat semua pihak. Selepas forum tersebut, Profesor Dr. KS Nathan, Ketua Kajian Amerika (KAMERA) di IKON memberi pengenalan dan ulasan ringkas mengenai buku kompilasi artikel jurnal yang bertajuk, Facing Global Environmental Change: Environmental, Human, Energy, Food, Health and Water Security Kompilasi tersebut Concepts . - disastersfloodjb.blogspot.com mengandungi lebih 1500 muka surat yang mengetengahkan hasil kajian mengenai perubahan iklim sebagai ancaman Manakala Prof. Ursula Oswald Spring menarik keselamatan. perhatian kepada perlunya merangka suatu

SENADA Bil. 342 JULAI 2010 19

SUDAH TERBIT Analisis Wacana. 2010. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967942-909-1 (kulit lembut). 158 halaman. RM 25.00. Idris Aman. Analisis wacana adalah salah satu cabang ilmu yang terangkum dalam disiplin linguistik. Analisis Wacana juga memberi pendedahan awal berkaitan wacana tertentu yang merangkumi penjelasan konsep dan dipermudahkan pemahamannya dengan mengemukakan beberapa contoh analisis. Sejajar dengan perkembangan ilmu analisis wacana kini, buku ini juga bukan sahaja bergerak untuk matlamat deskriptif, malah untuk matlamat kritis. Sembilan bab pertama berkisar pada matlamat deskriptif, manakala bab akhir adalah tentang matlamat kritis. Penekanan lebih kepada deskriptif kerana bahagian ini adalah topik-topik asas dalam analisis wacana yang perlu dikuasai. Matlamat deskriptif meliputi analisis dimensi tekstual dan dimensi kewacanaan, manakala matlamat kritis memfokus kepada pemanfaatan analisis wacana untuk memahami dimensi lain di luar wacana, khususnya dalam masyarakat, seperti proses dan praktis sosial. Namun begitu, pada penghujung buku ini turut dimuatkan soalan perbincangan dan analisis bagi memberi kefahaman lebih kepada para pembaca, malah ada antara soalan berkenaan boleh mencetus kajian lanjut. Konsep atau istilah tertentu turut diberikan dalam bahasa Inggeris supaya pembaca boleh mengetahui konsep berkenaan dan boleh merujuk lanjut buku dalam bahasa tersebut. IDRIS AMAN, Ph.D., Profesor Madya dan Ketua Program Linguistik di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau pernah memenangi Hadiah Utama Kategori Buku Terbaik Bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial (Anugerah MAPIM 2007) dan Buku Ilmiah Terbaik Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia 2008 (Majlis Buku Kebangsaan Malaysia) bagi karya Bahasa dan Kempimpinan: Analisis Wacana Mahathir Mohamad.
Pembelian/Pesanan: Penerbit UKM Tel: 03-89213138 Mel-e: penerbit@pkrisc.cc.ukm.my

Falsafah Akhlak. 2010. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967942-922-0 (kulit lembut). 188 halaman. RM 30.00. Mohd Nasir Omar. Tokoh ulama dan falsafah sains Islam tersohor seperti al-Farabi, AlAmiri dan al-Khawarizmi bersetuju pada dasarnya bahawa ilmu boleh dikategorikan kepada dua bahagian penting iaitu ilmu agama dan ilmu falsafah ataupun ilmu rasional. Ilmu jenis pertama, ilmu agama, diwahyukan kepada para nabi dan rasul Allah, manakala ilmu jenis kedua pula dikembangkan oleh para failasuf, hukama dan saintis Islam. Buku ini meneliti ilmu jenis yang kedua, iaitu ilmu falsafah, dengan memberi penekanan kepada bidang falsafah akhlak. Dari sudut etimologi, etika, moral ataupun akhlak antara lain membawa konotasi sebagai adat kebiasaan, tabiat, marwah, susila, agama ataupun gaya hidup seseorang individu ataupun sekumpulan individu. Manakala falsafah akhlak pula merujuk kepada suatu disiplin ilmu yang mengkaji pelbagai isu tentang tingkah laku manusia termasuk tentang adat, marwah, susila, kondisi batiniah manusia

ketika melakukan sesuatu perbuatan seperti motif, niat, ilmu, nafsu, kebebasan, tanggungjawab dan lain-lain. Manakala topik kajian seperti jiwa, kebahagian, keadilan, kebaikan, keburukan, persahabatan, kesihatan mental, teknik dan proses pendidikan akhlak dan sebagainya pula merupakan bidang utama yang menjadi fokus kajian akhlak. Buku ini menganalisis secara tematik beberapa dimensi penting disiplin falsafah akhlak termasuk takrif, skop dan kepentingan akhlak, tinjauan perbandingan tentang kronologi pertumbuhan etika Barat dan Islam serta perkembangan pemikiran etika dalam tamadun Greek, Hellennistik, Kritian dan Islam. Isu relevansi ilmu akhlak dengan beberapa domain penting kehidupan manusia seperti isu kebaikan dan keburukan, isu pembangunan, perkaitan antara etika dengan ilmu kaunseling dan metodologi pendidikan akhlak menurut perspektif beberapa orang tokoh moralis Islam tersohor seperti Miskawayh dan al-Ghazali juga dibincangkan.
Pembelian/Pesanan: Penerbit UKM Tel: 03-89213138 Mel-e: penerbit@pkrisc.cc.ukm.my

Diterbitkan oleh Pusat Komunikasi Korporat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Mel-e: senada@ukm.my Tel: +603-8921 5323/+603-8921 5052 Faks: +603-89214097 20 SENADA Bil. 342 JULAI 2010 c 2010 Universiti Kebangsaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai