Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Dah berkurun saya tak menulis kat sini.

Sebenarnya saya sibuk buat produk kad kahwin dan beberapa kerja. Antaranya saya baru saja siapkan satu website untuk pelanggan. Website biasanya ambil 8-14 hari untuk disiapkan. Bergantung pada grafik dan sebagainya. Walau bagaimanapun ada juga permintaan lain. Antara yang tak putus permintaan ialah namecard. Saya akan post disini satu persatu namecard design yang telah saya buat. Contoh yang saya nak kongsi di sini ialah namecard agen Public Mutual, En Shamshul Ariffin. Design atau rekabentuk asal ialah di bawa ni. Arahan yang diberi pada saya; Jangan tukar banyak sebab ini koperat imej yang telah diguna ppakai oleh semua agen . So saya akur dengan limitation yang diberi oleh beliau. Selepas tu saya tukar beberapa bahagian terutama bahagian tulisan. Saya tukar jenis font. Ok ini pendapat saya, sebagai designer yang drop-out ni :P hihi. Ini adalah namecard agen insuran, jadi designnya perlu nampak profesional dan ada kredibiti. Tidak boleh fancy. Ia perlu nampak kemas, ringkas dan serius. Jadi saya pilih font yang jelas , tiada bunga atau ekor di ujung huruf . Ia lebih nampak kemas. Perlu diingatkan juga dalam satu design jangan guna lebih dari 2 jenis font. Ini penting. Sebab setiap font ada karektor. Jadi kenapa mesti banya karektor dalam satu kad? InsyaAllah satu hari saya dedahkan sedikit ilmu pemilihan font pada umum. Saya rasa cukup untuk perkongsian kali ni. Kalau ada soalan boleh respon dikomen bawah atau bahagian hubungi diatas. Saya harap dengan ada ilmu ni anda dapat applikasikan dalam tulisan kerja kursus dan tesis anda. Selalu kita tengok layout buku cantik tapi kita tak tahu mana yang yang cantik tu.. Sebenar antaranya ilah pemilihan font. Seperti biasa Chubbies Design akan kongsi sedikit maklumat pelanggan. En. Shamshul seorang agen Public Mutual sepenuh masa. Sesiapa nak gandakan wang KWSP dengan bijak dan selamat, hubungilah beliau. Antara maklumat yang saya perolehi baru-baru ini. Pelaburyang telah melabur lebih 10 tahun (2000 ke 2010), dividen purata setahun yang di perolehi pada tahun 2010 adalah sebanyak 21.1%. Memang menarik. Dari akaun 1 KWSP tu senyap camtu dengan dividen 5-6% je. Ada baik jengok-jengok peluang di sini. Plan pelaburan sederhana yang menarik untuk persaraan. Ok jumpa akan datang, saya dah mula menulis balik. So, take care

Anda mungkin juga menyukai