Anda di halaman 1dari 1

Resipi Udang Goreng Mentega Berkari Bahan (untuk sajian lima orang): 10 ekor udang besar 5 biji telur

(dipukul) 1 sudu besar rempah kari Garam dan perasa secukup rasa Lada sulah (pilihan) 3 senduk besar mentega (secukupnya untuk membuatkannyarangup dan berderai) 1/2 tin susu cair

Cara memasak: 1. Bersihkan udang (tidak perlu buang kulit). 2. Cair dan panaskan mentega seperti hendak menggoreng. Sementara menunggu mentega panas, tuangkan susu perlahan-lahan dan kacau hingga pekat. 3. Gaulkan udang, rempah kari, garam dan perasa serta lada sulah dan telur yang sudah dipukul. 4. Apabila mentega panas, masukkan semua udang berempah tadi ke dalam kuali, pastikan api tiga sukur, kaut dan sentiasa dikacau. 5. Masak sehingga udang kemerah-merahan dan telur tadi menjadi helaian (untuk mendapat aroma kari, campurkan daun kari semasa menggoreng). 5. Apabila sudah masak, toskan. >Info Api menggoreng hendaklah tiga sukur panas untuk mendapatkan carikan telur yang cantik dan digoreng tidak hangus manakala udang akan garing seperti yang diinginkan. Api yang kecil akan membuat telur makan minyak.

Anda mungkin juga menyukai