Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Kendiri :HM1023 ( Khidmat Masyarakat II )

Setelah anda mengikuti program Semai Bakti di Kampung RTB Bukit Changgang, Banting Selangor apakah maklum balas yang dapat anda berikan. Sila tuliskan jawapan anda secara ikhlas dan terbuka. 1. Kemahiran Pengurusan Projek a) Saya mempelajari bagaimana untuk melaksanakan sebuah program kemasyarakatan yang melibatkan masyarakat luar dan juga organisasi luar iaitu Orang kampung dan JKKK RTB Bukit Changgang juga pihak Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri. b) Saya dapat mengetahui bagaimana untuk menjadi seorang ketua kepada ahli kumpulan yang lebih berusia dan lebih berpengalaman dari saya di mana saya dapat bertukar-tukar pendapat dan idea dengan mereka untuk memudahkan lagi kami menyelesaikan tugasan yang diberikan bersamasama. c) Saya dapat mengetahui apa prosedur atau pun protokol yang perlu dilakukan jika berurusan dengan VIP.

2. Penghayatan Nilai Murni dan Nilai Kemasyarakatan. a) Dapat merasa suasana bergotong-royong dalam suasana kampung. Tambahan pula warga kampung bukit Changgang terdiri daripada warga emas dan sudah pastinya banyak perkara yang dapat dikongsikan bersama semasa gotong-royong dilaksanakan. b) Rasa bersimpati dan bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang bila melihat keadaan rumah yang dibaiki dengan keadaan kesihatan tuan rumah yang uzur. Jika rasa kita susah masih ada lagi yang hidup lebih susah c) Saya sangat bangga bila melihat rakan-rakan yang terlibat bersungguhsungguh dan bekerjasama untuk melaksanakan tugasan masing-masing dengan baik bersama-sama orang kampung. d) Dapat merapatkan silaturrahim di kalangan rakan-rakan BIT dan sesama orang kampung yang sebelum ini mungkin tidak pernah bertegur sapa dan berjumpa secara dekat. e) Sayang terharu dengan sambutan dan kemesraan orang kampung yang sangat baik sejak dari awal perancangan program sehingga program tamat dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai