Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan Politik adalah proses pembentukan dan pembahagian kekuasaan dalam masyarakat yang antara lain wujud proses

membuat keputusan, khususnya dalam negara. Pengertian ini merupakan usaha penggabungan antara berbagai definisi yang berbeza mengenai hakikat politik yang dikenal dalam ilmu politik. Politik adalah seni dan ilmu untuk meraih kekuasaan secara konstitusional mahupun nonkonstitusional. Di samping itu politik juga dapat dilihat dari sudut pandangan berbeza, iaitu antara lain:

politik adalah usaha yang ditempuh warga negara untuk mewujudkan kebaikan bersama (teori klasik Aristoteles) politik adalah hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan pemerintahan dan negara politik merupakan kegiatan yang diarahkan untuk mendapatkan dan mempertahankan kekuasaan dalam masyarakat politik adalah segala sesuatu tentang proses perumusan dan pelaksanaan kebijakan publik.

Dalam konteks memahami politik, perlu difahami beberapa kunci, antara lain: kekuasaan politik, legitimasi, sistem politik, perilaku politik, partisipasi politik, proses politik, dan juga tidak kurang pentingnya untuk mengetahui selok belok tentang parti politik. Politik dari pandangan Islam pula ialah menjaga urusan umat di dalam dan luar negara dengan cara yang tidak menyalahi syariat Islam. Siasah syariyyah tidak terhad kepada apa yang disebut syarak, tetapi disyaratkan agar ia tidak menyalahi teks al-Quran , sunnah, ijmak dan kaedah-kaedah syarak serta dasar-dasar amnya.

Ibn al-Qayyim telah berkata: Sesiapa yang berkata bahawa politik ialah apa yang disebut oleh syarak sahaja, maka ia adalah satu kesilapan dan menyalahi para sahabat. Ini merupakan suatu perkara yang tidak difahami oleh segolongan manusia, lalu dengan itu mereka telah menjadikan syariat itu lemah dan tidak mampu menangani maslahat(kepentingan) manusia dan ia memerlukan kepada yang lain. Maka apabila pemimpin-pemimpin melihat keadaan ini, mereka pun melakukan kejahatan yang berpanjangan dan kerosakan yang luas dalam sistem politik mereka, lalu ia menjadi semakin runcing dan susah untuk ditangani. Sesungguhnya Allah swt telah mengutuskan rasul-rasulnya dan menurunkan kitab-kitabnya supaya manusia dapat berlaku adil, maka apabila terdapat tandanya dan ia nampak jelas dalam apa bentuk sekalipun, maka itulah yang dikatakan syariat dan agama Allah. Politik di Malaysia merupakan satu fenomena yang tidak kurang pentingnya untuk dikaji dan difahami kerana dasar penjajahan British yang lalu dan latar belakang etnik yang berbeza telah mempengaruhi corak pembangunannya. Perbincangan dalam bahagian ini akan menyentuh tentang perkembangan kegiatan politik orang Melayu dan bukan Melayu dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan sehingga perkembangan semasa. Parti-parti yang wujud di Tanah Melayu dalam era untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1950-an dan setelah Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963 adalah bercorak perkauman. Kesungguhan pihak kerajaan untuk mewujudkan kerjasama politik yang erat antara etnik yang dilakukan secara berterusan adalah bertujuan untuk memupuk semangat permuafakatan bagi menentukan kestabilan dan keberkesanan pentadbiran negara.

Konsep Pembangunan Politik Matlamat utama pembangunan politik ialah pembinaan negara bangsa yang diertikan sebagai suatu wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan atau kerajaan dan mempunyai warganegara. Pembangunan politik dalam konteks mewujudkan amalan demokrasi harus/wajar mengandungi komponen berikut:

I. II. III. IV.

Parti-parti politik Majlis perwakilan rakyat atau parlimen Perlembagaan negara. Pilihan raya.

Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha membina sebuah negara bangsa akibat proses migrasi, penjajahan, gabungan wilayah yang berbeza, gabungan etnik yang berbeza.Menjadi impian dan sasaran bagi Malaysia untuk membina satu negara dan satu bangsa yang aman dan makmur. Walaupun Malaysia kini jauh berbeza berbanding dengan Malaysia pada awal kemerdekaan, namun kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi serta kejayaan para pemimpin negara dalam menyatupadukan rakyat pelbagai kaum tetap menjadi teras ke arah kejayaan seterusnya. Pada asasnya idea tentang negara bangsa dan proses politik moden diperkenalkan oleh British secara berperingkat-peringkat dalam usaha menguasai ekonomi sepenuhnya. Melalui beberapa siri perjanjian, British menguasai secara langsung dan tidak langsung politik dan pentadbiran Tanah Melayu yang bercorak tradisional kepada corak yang terbatas kepada hal-hal agama dan adat istiadat.

Lanjutan daripada perubahan dasar British ke atas Tanah Melayu ke arah untuk berkerajaan sendiri, beberapa siri pilihan raya telah diadakan. Pilihan raya pertama diadakan pada 1 Disember 1951 bagi memilih wakil-wakil dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang.Pilihan raya ini menyaksikan UMNO dan MCA telah bergabung membentuk Perikatan dan memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan. Sebelum ini parti-parti adalah berasaskan etnik dengan tujuan untuk
melindungi kepentingan ekonomi, politik dan sosial kaum masing-masing. Pengalaman

bersama Jepun juga telah mengajar penduduk Tanah Melayu tentang kepentingan kerjasama antara golongan etnik untuk mencapai objektif politik. Pada saat akhir era penjajahan sistem pendidikan Inggeris telah memberikan peluang kepada anak-anak pembesar tempatan belajar di sekolah-sekolah Inggeris dan perlahanlahan terlibat dalam pentadbiran dan politik. Pada 1953, Perikatan telah mencadangkan kepada British supaya diadakan pilihan raya untuk Tanah Melayu bagi mengisi kerusi Majlis Undangan Persekutuan. Perikatan terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC telah meletakkan calon bagi semua kerusi yang dipertandingkan. Keputusan pilihan raya berpihak kepada parti Perikatan dan menunjukkan Perikatan mendapat sokongan daripada orang Melayu dan bukan Melayu. Kerjasama yang lebih erat antara Melayu dan bukan Melayu ialah apabila Inggeris telah mensyaratkan bahawa kemerdekaan akan hanya diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu dan boleh bekerjasama. Apabila UMNO mempelawa MCA bergabung dan membentuk Perikatan, ternyata tindakan ini memperlihatkan sifat terbuka orang Melayu iaitu mereka sedia berkorban, rela berkongsi kuasa dan toleransi dengan kaum bukan Melayu demi perpaduan. Selepas era 1960an perjalanan politik Malaysia terus berkembang dinamik. Kerjasama parti-parti politik dalam parti pemerintah telah berkembang dengan

peningkatan keahliannya. Wujud penubuhan kerajaan campuran yang bertujuan untuk mewujudkan kerjasama antara parti-parti politik gabungan yang sama-sama merancang dan melaksanakan program pembangunan negara secara berterusan. Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia awal tahun 1960 turut mendorong etnik pribumi di Sabah dan Sarawak menubuhkan parti masing-masing. Di Sarawak walaupun masyarakatnya terpisah oleh parti-parti politik yang berbeza tetapi semangat untuk menjalin dan memupuk kerjasama antara kelompok etnik terus berlangsung. Parti Barisan Nasional terus menerus dipilih oleh rakyat untuk menerajui negara. Kejayaan ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional yang meneruskan tradisi kerjasama etnik dalam pelbagai bidang. Faktor yang mendasari kerjasama etnik ini ialah keinginan secara sedar untuk mencapai tujuan pembangunan politik yang utama iaitu membina negara bangsa Malaysia seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020.

Bibliografi Paimah Atoma dan Mohd. Azmir Mohd Nizah. 2011. Hubungan Etnik UTA1062, Negeri Sembilan : Universiti Sains Malaysia Shamsul Amri baharuddin. 2008. Modul Hubungan Etnik, Shah Alam : (UPENA) Uitm Shah Alam
www.scribd.com/.../Pembangunan-Politik-Dalam-KonteksHubungan-Etnik-Di-Malaysia www.slideshare.net/.../pembangunan-politik-dalam-kontekshubungan-etnik - United States

http://www.scribd.com/doc/5991082/Kuliah-8-9-Pembangunan-Politik-DalamKonteks-Hubungan-Etnik