Anda di halaman 1dari 1

i. Untuk siapakah teks ucapan itu disediakan?

Sebagai penulis teks ucapan, anda perlu mengetahui orang yang akan membaca teks tersebut. Hal ini demikian kerana teks ucapan yang ditulis mesti selari dengan jawatan, perawakan dan latar belakang pendidikan orang tersebut. ii. Siapakah audiens yang mendengar ucapan tersebut? Penulis teks ucapan perlu mengetahui audiens yang mendengar ucapan tersebut sebelum mula menulis teks ucapan tertentu.Hal ini demikian kerana teks ucapan yang ditulis perlu juga sesuai dengan tahap pengetahuan audiens. Jika teks yang ditulis untuk disampaikan kepada audiens yang dalam golongan pelajar sekolah menengah, maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan tahap pemikiran pelajar sekolah menengah. Dengan kata lain, penulis teks ucapan mestilah memastikan bahawa teks yang ditulis sesuai dengan tahap pemikiran audiens yang akan mendengar ucapan tersebut. iii. Siapakah tetamu yang akan hadir? Tetamu yang akan hadir juga perlu diambil tahu oleh penulis teks ucapan. Oleh itu, penulis teks ucapan perlu mendapatkan nama tetamu dengan tepat berserta jawatan dan kedudukan tetamu mengikut peringkat yang ditetap-kan oleh pihak penganjur. Dengan mengetahui tetamu yang akan hadir, penulis teks ucapan dapat menyusun bahagian kata alu-aluan tersebut mengikut protokol dan hal ini dapat memastikan tiada pihak yang berkecil hati kerana nama mereka tidak disebut atau tersalah panggilan hormatnya. iv. Apakah tujuan majlis tersebut? Tujuan majlis juga perlu diketahui oleh penulis teks ucapan.Tujuan majlis penting dalam penulisan teks ucapan.Teks ucapan alu-aluan terutamanya perlu menyentuh tujuan majlis tersebut diadakan.Jadi, jika penulis teks ucapan tidak mengetahui tujuan majlis diadakan, maka longgarlah isi teks ucapan yang ditulis. v. Berapa lamakah ucapan tersebut perlu berlangsung? Setiap teks ucapan yang ditulis bergantung pada masa yang diperuntukkan oleh penganjur.Teks ucapan yang baik ialah teks ucapan yang dapat mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak penganjur.Jadi, penulis teks ucapan perlu mengetahui masa yang ditetapkan oleh penganjur bagi setiap teks ucapan yang diperlukan. Sebagai contohnya, jika masa yang diperuntukkan selama lima minit untuk tamu kehormat menyampaikan ucapan, maka teks yang ditulis hendaklah dalam lingk ungan 10 muka surat bersaiz setengah A4 yang ditaip dengan tulisan bersaiz 16 dengan langkauan dua baris. vi. Apakah bahan atau maklumat yang perlu dicari? Bahan atau maklumat yang perlu dicari bergantung pada majlis. Jika majlis yang akan dilangsungkan berkaitan dengan sambutan kemerdekaan, maka bahan atau maklumat yang perlu dicari mestilah berkaitan dengan kemerdekaan atau semangat patriotisme.