Anda di halaman 1dari 9

BOLA BALING MASA PERMAINAN Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur 16 tahun

ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat pula ialah selama 10 minit. Masa permainan bagi peringkat remaja bagi umur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit pada setiap separuh masa manakala bagi peringkat umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat untuk kedua-dua kategori ini juga adalah selama 10 minit. Jikalau sesuatu perlawanan berakhir dengan seri, perlawanan masa tambahan akan diadakan selepas rehat selama 5 minit. Perlawanan masa tambahan adalah terdiri daripada dua separuh masa dalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat di antaranya berserta dengan pertukaran tempat gol. Peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola akan dipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri sekali lagi. Sekiranya berlaku seperti kes di atas, kebiasaannya balingan 7 meter atau balingan penalti sebanyak 5 kali untuk setiap pasukan akan dilakukan untuk menentukan pemenang. ISYARAT AKHIR Masa perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel untuk balingan permulaan. Masa perlawanan tamat juga ditentukan dengan isyarat automatik melalui jam awam atau melalui isyarat penjaga masa. Penjaga masa boleh menggunakan jam meja atau jam randik. Jika terdapat jam awam, maka ia harus disetkan terlebih dahulu supaya bermula dari 0-30 minit. Jika tiada isyarat melalui jam awam atau melalui penjaga masa, pengadil sendiri akan memberhentikan perlawanan melalui tiupan wisel. Pengadil yang akan menentukan masa perlawanan akan dihentikan buat sementara, contohnya apabila salah satu pasukan meminta time-out dan bilakah masanya permainan dimulakan semula, berserta isyarat yang ditunjukkan kepada penjaga masa. Jika tiupan wisel tamat dibunyikan pada waktu balingan biasa atau balingan 7 meter dilakukan dan bola yang dibalingkan masih di udara, maka balingan semula perlu dilakukan. Pemain yang membuat kesalahan peraturan pada waktu balingan percuma atau balingan 7 meter sedang berlangsung juga akan didenda. Jika pengadil mendapati bahawa penjaga masa telah memberi isyarat tamat terlalu awal, maka beliau akan meneruskan perlawanan tersebut berdasarkan baki jangka masa yang tertinggal dengan masa mula semasa wisel ditiupkan. Jika perlawanan separuh masa pertama terlalu lama, maka perlawanan separuh masa kedua akan disingkatkan mengikut perbezaan masa yang wujud.

MEMBERHENTIKAN PERMAINAN Pemberhentian masa sementara (time-out) adalah berlaku situasi seperti: dibenarkan sekiranya

seorang pemain yang dikenakan penalti 2 minit keluar padang diminta oleh pasukan yang bermain melalui isyarat wisel dari penjaga masa atau teknikal pertandingan Kesalahan melanggar peraturan yang berlaku ketika masa diberhentikan sementara (time-out) adalah sama seperti ketika perlawanan berlangsung dan pengadil akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Secara amnya, pengadil akan memutuskan bila tiba masanya akan dihentikan dan dimulakan semula berhubung dengan time-out . Pengadil juga akan memberikan isyarat kepada penjaga masa diikuti dengan tiga kali tiupan wisel dan isyarat T. Setiap pasukan dibenarkan menerima atau membuat satu panggilan time-out selama satu minit untuk setiap separuh masa, tetapi ini tidak dibenarkan ketika masa tambahan.

PASUKAN Setiap pasukan terdiri daripada 14 pemain di mana 7 daripadanya adalah pemain utama dan selebihnya adalah pemain simpanan. Setiap pasukan seharusnya mempunyai seorang penjaga gol pada setiap masa. Setiap pasukan perlu mempunyai 5 pemain di dalam gelanggang untuk memulakan sesuatu perlawanan dan sesuatu perlawanan yang sedang berlangsung boleh diteruskan sekiranya hanya tinggal lima orang pemain sahaja. Hanya 4 pegawai sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan semasa perlawanan berlangsung dan pegawai pasukan ini tidak boleh ditukar semasa perlawanan sedang berlangsung. Hanya salah seorang daripadanya sahaja yang akan diberi tanggungjawab terhadap pasukan dan beliau seorang sahaja yang boleh berurusan dengan penjaga masa atau penjaga skor dan juga pengadil. Pegawai pasukan juga tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa perlawanan berlangsung dan sekiranya perkara ini berlaku, pengadil akan terus memberi balingan percuma kepada pihak

lawan. Hanya pemain berdaftar sahaja dibenarkan bermain. Jika terdapat pegawai dan pemain sesuatu pasukan tiba lewat di gelanggang, maka mereka harus mendapat kebenaran daripada penjaga masa atau penjaga skor untuk bermain.

PERTUKARAN PEMAIN Pertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seberapa kerap yang boleh tanpa perlu memberitahu penjaga skor atau penjaga masa tetapi salah seorang daripada pemain pasukannya mestilah telah keluar dari garisan pertukaran terlebih dahulu. Peraturan ini juga digunakan untuk pertukaran penjaga gol. Pertukaran juga dilakukan ketika masa dihentikan sementara (time-out). Penggantian secara tidak formal akan didenda dan pemain yang bersalah akan digantung daripada permainan selama dua minit dan salah seorang pemain pasukannya akan dikeluarkan. Satu balingan percuma kepada pihak lawan juga akan diberikan sekiranya berlaku kesalahan tersebut. Sekiranya pemain yang dikenakan penggantungan selama dua minit ini memasuki gelanggang sebelum waktunya, dia akan diberikan tambahan dua minit penggantungan sebagai denda.

PERALATAN Setiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersi pasukan masing-masing. Rekaan dan warna jersi mestilah jelas dan berbeza di antara setiap pasukan. Setiap penjaga gol setiap pasukan harus memakai warna jersi yang sama dengan pasukannya dan berbeza dengan warna jersi penjaga gol lawan. Pemain mesti memakai nombor jersi yang berukuran 20sm tinggi di belakang baju dan 10sm tinggi di bahagian hadapan baju. Nombor yang dipakai mestilah di antara 1 hingga 20 dan warnanya pula mestilah berlawanan dengan warna jersi supaya ia dapat dilihat dengan lebih jelas. Setiap pemain mestilah memakai kasut sukan. Pemain juga tidak dibenarkan memakai atau membawa objek atau barang-barang yang merbahaya kerana ia boleh membahayakan pihak lawan. Antara barang yang tidak dibenarkan di dalam permainan ialah pelindung kepala, topeng muka, jam, cincin, rantai, gelang, subang, cermin mata dan sebagainya.

Pemain yang tercedera atau berdarah di anggota badannya atau pakaiannya mesti meninggalkan gelanggang dengan serta-merta. Pemain tersebut tidak akan dibenarkan kembali ke gelanggang untuk meneruskan pemainan selagi darah belum berhenti dan pakaian yang berdarah belum dicuci. PENJAGA GOL Seorang penjaga gol dibenarkan: (a)menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan semasa menjaga gol di dalam kawasan gol. (b)bergerak bersama bola di dalam kawasan gol, dan sekiranya dia bermain di luar kawasan gol, maka dia haruslah mematuhi peraturan permainan sebagai seorang pemain. Penjaga gol tidak dibenarkan: (a)melakukan kekasaran kepada pihak lawan semasa bertahan. (b)menyentuh bola di luar kawasan gol selepas dia membuat balingan kecuali bola balingan tersebut telah menyentuh seorang pemain. (c)menyentuh bola yang berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek di luar kawasan gol. (d)mengambil bola ke kawasan gol apabila bola itu berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek di atas gelanggang di luar kawasan gol. (e)menyentuh bola dengan kaki apabila bola sedang bergerak keluar dari kawasan gol.

KAWASAN GOL Hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan gol. Kawasan gol termasuk garisan kawasan gol dan sekiranya pemain menyentuhnya atau memasukinya, denda akan dikenakan terhadap pemain tersebut. Balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya seorang pemain dalam gelanggang memasuki kawasan gol. Contoh situasi yang sering berlaku ialah: (a)pemain tersebut memasuki kawasan tersebut bersama bola (b)pemain tersebut memasuki kawasan gol tanpa bola di bawah keadaan yang memanfaatkan pemain tersebut. Satu balingan 7 meter atau penalti

akan diberikan apabila pemain hadangan (defence) yang memasuki kawasan gol untuk bermain semasa jaringan gol hendak dilakukan oleh pihak lawan.

SYARAT-SYARAT PERMAINAN Pemain dibenarkan: (a)membaling, menangkap, menolak, memberhentikan atau memukul bola dengan menggunakan seluruh tangan, menggunakan kepala, lengan dan juga paha (b)memegang bola tidak melebihi tiga saat (c)membawa bola dan berjalan tidak lebih daripada tiga langkah (d)apabila berdiri atau berlari: melantun bola sekali dan menangkapnya dengan satu atau dua tangan melantun bola berulang kali dengan satu tangan (menggelecek) dan kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan menggolek bola di atas lantai dengan menggunakan satu tangan dan kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan (e)menggerakkan bola dari satu tangan ke tangan yang lain (f)bermain bola semasa duduk atau meniarap di atas lantai, contohnya ketika hendak melakukan hantaran Pemain tidak dibenarkan: (a)menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki (b)menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di atas lantai c)meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam gelanggang

KESALAHAN PERMAINAN

Perhatikan pula kesalahan-kesalahan yang sering berlaku. Pemain dibenarkan: (a)menggunakan lengan atau tangan untuk menahan bola dan mendapat penguasaan bola itu (b)menggunakan tangan yang terbuka untuk menampar atau menepis bola menjauhi pihak lawan. (c)menggunakan badan untuk menghalang lawan walaupun ketika itu pihak lawan tidak menguasai bola. Pemain tidak dibenarkan: (a)menarik atau menumbuk bola keluar daripada tangan pihak lawan (b)menghalang secara kasar menggunakan lengan, tangan dan kaki (c)menarik baju atau menolak lawan secara kasar (d)membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan mencederakannya Semua kesalahan di atas akan dikenakan hukuman oleh pengadil mengikut situasi yang berlaku.

JARINGAN BOLA Bagaimana pula jaringan gol dikira? Apabila bola memasuki garisan gol secara lengkap dan penjaringnya tidak melakukan sebarang kesalahan semasa melakukan balingan tersebut, maka ia dikira sebagai jaringan yang sah. Jikalau benteng pertahanan melakukan kesalahan semasa penjaring menjaringkan gol, jaringan itu turut dikira sebagai jaringan yang sah. Namun, jaringan akan dikira sebagai tidak sah sekiranya penjaga masa membunyikan isyarat sebelum bola itu memasuki garisan gol dan jaringan dikira sah sekiranya pemain lawan secara tidak sengaja terjaring ke dalam gol sendiri. Suatu jaringan yang telah diberikan atau diputuskan oleh pengadil adalah muktamad. Pengisytiharan pemenang bergantung kepada jumlah gol yang berjaya dilakukan. BALINGAN MULA Pasukan yang menang undian akan memulakan balingan mula sekiranya dia memilih untuk memulakan permainan. Jika pasukan yang menang undian ingin memilih kawasan gol permainan, maka pihak lawannya akan

memulakan permainan tersebut. Untuk permulaan separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan yang berlawanan tadi. Contohnya jikalau pasukan A telah melakukan baling mula pada separuh masa pertama maka separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan B pula. Setiap balingan mula selepas gol dijaringkan akan diadakan di tengah gelanggang sebelum habis masa tiga saat daripada bermulanya tiupan wisel pengadil. Sebelum sesuatu balingan mula dimulakan, semua pemain mesti berada di dalam kawasan permainan sebelum sesuatu balingan mula dan pihak lawan harus berada sekurangkurangnya tiga meter dari pembaling untuk memulakan permainan. BALINGAN MASUK Apabila bola secara keseluruhannya melepasi garisan tepi maka ia akan dikira sebagai bola keluar. Apabila bola keluar dari kawasan permainan, pemain boleh mengambil suatu balingan masuk tanpa menunggu tiupan wisel pengadil. Apabila bola menyentuh bumbung gelanggang, balingan masuk juga akan diberikan. Suatu balingan masuk mesti diadakan di tempat di mana bola itu keluar, tetapi jika bola keluar di belakang garisan gol, balingan masuk akan dilakukan di titik persilangan garisan belakang gol dengan garisan sisi tepi gelanggang permainan. Untuk membuat balingan masuk pembaling haruslah berdiri dengan kaki menyentuh garisan tepi dan semasa balingan masuk dibuat, pihak lawan mesti berada 3 meter jauh dari pembaling itu. BALINGAN PENJAGA GOL Penjaga gol akan diberikan kebebasan membuat balingan apabila: (a)kawasan gol dimasuki pemain lawan (b)bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal atau bola tersebut bergolek masuk ke kawasan gol. (c)pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas lantai dan bola itu berada di dalam kawasan gol Ini bermaksud bahawa permainan ini tidak boleh diteruskan sehingga penjaga gol melakukan balingan gol. Penjaga gol juga tidak boleh menyentuh semula bola yang telah dibaling kecuali bola itu telah menyentuh pemain lain. BALINGAN PERCUMA Penyerang mestilah berada sejauh 9 meter dari tiang gol semasa balingan percuma diberikan. Pasukan lawan pula mestilah berada sejauh 3 meter dari penyerang. Secara amnya, pengadil akan memberhentikan permainan dan memberikan pihak lawan satu balingan percuma sekiranya pasukan tersebut melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Balingan percuma akan diambil

di tempat di mana kesalahan atau kekasaran itu terjadi. Apabila balingan percuma diberikan kepada pihak lawan, pasukan yang sedang memegang bola mesti meletakkan bola tersebut di atas lantai, di tempat di mana kesalahan itu berlaku. Balingan percuma juga biasanya diambil tanpa mendapat isyarat wisel daripada pengadil dan balingan yang dibuat adalah sah. BALINGAN 7 METER Balingan 7 meter diberi apabila: (a)sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol dihalang dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkan bola. (b)seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di kawasan gol. Pihak pengadil akan memberikan time-out sekiranya penjaga gol mahu melakukan balingan 7 meter kerana ianya dikira melewatkan permainan. Selepas sahaja wisel dibunyikan oleh pengadil, balingan 7 meter hendaklah dibuat ke arah gol dalam masa 3 saat. Pemain yang hendak membuat balingan 7 meter hendaklah berdiri di belakang garisan 7 meter. Pemain tidak dibenarkan menyentuh ataupun melepasi garisan 7 meter apabila isyarat wisel dibunyikan oleh pengadil sehinggalah bola itu dilepaskan. Pemain pihak lawan juga mestilah berada 3 meter jauh dari pembaling sehinggalah bola itu dibaling. Balingan semula akan dilakukan sekiranya pihak lawan melakukan kesalahan semasa balingan tersebut dilakukan.

BALINGAN PENGADIL Pengadil akan melakukan balingan semula sebelum memulakan perlawanan jika: (a)kedua-dua pasukan yang bertanding melakukan kesalahan serentak

(b)apabila bola meyentuh siling atau balingan terkena bumbung gelanggang perlawanan (c)tiada permain yang memegang bola atau tiada sebarang kesalahan yang dilakukan Balingan pengadil biasanya dibuat di tengah-tengah gelanggang selepas wisel dibunyikan. Seorang pemain daripada setiap satu pasukan yang berlawan dibenarkan mengambil bahagian, manakala pemain-pemain lain mesti berada sejauh 3 meter dari balingan tersebut. Bola hanya boleh dicapai atau dimainkan setelah mencapai puncak ketinggian balingan. DENDA / HUKUMAN PERMAINAN (a)Amaran / Kad Kuning kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan (b)Hukuman / Gantung Dua Minit tidak meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan penggantian pemain yang tidak sah perlanggaran peraturan permainan kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan (c)Pembatalan / Pemberhentian Pemain melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan merbahaya mengugut pemain di luar gelanggang pemain kekasaran hingga mencederakan pihak lawan kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh dibatalkan penyertaan

Anda mungkin juga menyukai