Anda di halaman 1dari 1

Keluaran Khas

KEPUTUSAN SPM 2011 Keputusan spm bagi tahun 2011 telahpun diumumkan. Ramai calon spm yang berjaya dan ramai juga yang mengalami kegagalan. Suasana semasa calon mengambil keputusan spm amat meriah.Pelbagai ragam yang dapat diperhatikan. Ada yang sedih, gembira dan ada yang bersikap seperti biasa. Namun, jauh di sudut hati, rata-rata calon spm merasai kebimbingan tentang masa depan mereka selepas ini. Pusat pengambilan slip keputusan spm bertempat di bilik gerakan Smk Taun Gusi Kota Belud. Penyerahan slip dilakukan oleh guru kelas masing-masing, manakala salinan sijil kokurikulum diperolehi dari bilik kokurikulum Smk Taun Gusi. Saya bernama Dlores Mongkin. Pada tahun 2010, kelas saya ialah 5 ICT. Perasaan saya sangat takut. Walaupun begitu saya masih mempunyai keyakinan diri bahawa saya dapat keputusan yang terbaik. Selepas SPM saya ingin masuk ke politeknik. Ucapan

saya kepada adik-adik yang bakal menduduki SPM, agar belajar dengan bersungguh-sungguh. Nama panggilan saya ialah ‘Nur’ (identiti dirahsiakan). Kelas saya tahun lepas ialah 5ICT. Perasaan saya sangat gementar. Ucapan, semoga semua pelajar yang menduduki peperiksaan agar belajar dengan lebih tekun. Nama saya Scholas Simon. Kelas tahun lepas saya 5 ICT. Perasaan saya sebelum mengambil keputusan spm, berasa sangat gementar. Harapan saya dalam SPM ini inginkan yang terbaik dalm keputusan SPM supaya dapat melanjutkan pelajaran ke Politeknik dalam bidang ICT. Nama saya Elediana Jekol. kelas tahun lepas saya 5

Oleh: Belinda & Afinie

APA KATA MEREKA Nama penuh saya Norsitah Rikum. Semasa di tingkatan 5, kelas saya ialah 5 sastera. Perasaan saya sebelum menggambil keputusan spm sangat gementar ,takut , namun begitu masih yakin pada diri. Harapan saya, semoga dapat keputusan yang cemerlang agar keluarga saya gembira. Nama Nurul Nazatul Hairin. Saya dari kelas 5 sastera. Perasaan saya sebelum menggambil keputusaan spm sangat gementar. Harapan saya, semoga saya dapat yang terbaik.

ICT. Perasaan saya sebelum mengambil keputusan SPM ini ingin lulus dan saya sangat bersyukur jika keputusan saya cemerlang agar dapat melanjutkan pelajaran ke maktab ataupun UITM.