Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti Gotong-Royong Dalam Kalangan Masyarakat Aktiviti gotong-royong merupakan kegiatan yang dijalankan oleh beberapa

orang untuk tujuan tertentu.Kegiatan ini biasanya diadakan pada hujung minggu atau pada masa cuti umum.Dewasa ini,amalan gotong-royong semakin terrpinggir akibat arus pembangunan yang pesat.Pelbagai alas an dikemukakan apabila seseorang ditanya tentang punca masyarakat hari ini tidak terlibat dengan aktiviti gotong-royong.Antaranya ,ketiadaan masa,sibuk bekerja,membawa keluarga bersiar-siar,dab banyak alasan lagi. Sebenarnya,aktiviti bergotong royong boleh dijalankan di mana-mana sahaja.Penduduk di sesuatu kawasan boleh bersepakat untuk membersihkan kawasan perumahan mereka .Dalam hal ini,ketua masyarakat atau ketua kampung memainkan peranan menyatukan anak buah mereka untuk melaksanakan tugas murni tersebut.Pembahagian tugas perlu dilakukan agar kerja yang dirancang akan berjalan dengan lancer,bak kata pepatah,(hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah). Amalan bergotong royong banyak manfaatnya.Menerusi amalan ini,segala kerja yang berat akan menjadi ringan.Hal ini demikian kerana kegiatan ini melibatkan banyak orang .Oleh itu, banyak tenaga kerja dapat dikumpulkan dan pada masa yang sama pelbagai idea untuk menyelesaikan sesuatu kerja timbul.Hal ini bertepatan dengan maksud peribahasa (yang berat sama sipikul,yang ringan sama dijinjing).Tegasnya ,gabungan tenaga dan idea mampu menyelesaikann kerj yang berat. Jika ditinjau dari aspek yang lain pula,amalan bergotong royong mampu mengeratkan silaturahim sesame insane.Hubungan sesame penduduk setempat menjadi lebih erat keran kegiatan seumpama itu disertai oleh masyarakat pelbagai peringkat lapisan umur ,kaum,dan jantina.Secara tidak langsung keharmonian masyarakat dapat diwujudkan.Jadi,tidak timbul masalah perpecahan antara penduduk,sikap perkauman,dan kegiatan jenayah juga dapat dikurangkan. Keseluruhannya,amalan bergotong-royong yang semakin dilupakan ini perlulah dihidupsuburkan agar kehidupan masyarakat di Negara ini lebih harmoni dan aman.Dalam hal ini,sebagai ahli masyarakat yang prihatin ,amalan ini perlula disemai sejak bangku sekolah lagi.Sementara itu,semua pihak baik kerajaan mahupun individu tertentu perlulah sedar bahawa ke majuan dan kejayaan Negara pada hari ini sebenarnya bermula daripada semangat gotong-royong yang terjalin dalam kalangan rakyat.