Anda di halaman 1dari 1

Artikel Tentang Pembedahan Plastik Payudara -Sinarharian Rabu 08/06/2011

KUALA LUMPUR - Hasrat membuat kejutan dan memenuhi kehendak kekasih untuk tampil menawan membawa derita kepada seorang wanita setelah payudara dan perutnya yang cuba dicantikkan melalui pembedahan plastik bernanah. Lebih malang, keadaan itu juga menjadi punca teman lelakinya memutuskan perhubungan dengan mangsa yang berasal dari Triang, Pahang itu. Wanita hanya mahu dikenali sebagai Tham, 30, berkata, payudaranya menjadi gatal dan bernanah kerana dijangkiti kuman selepas pembedahan plastik di sebuah klinik kosmetik tidak berlesen pada 11 Mac lalu dengan kos sebanyak RM13,100. Menurutnya, dia ke klinik berkenaan selepas diperkanalkan seorang rakannya yang pernah menjalani pembedahan sedut lemak di situ. " Saya menanggung sakit selama dua jam kerana pembedahan dilakukan tanpa ubat bius," katanya di Wisma MCA, semalam. Menurutnya, doktor dipercayai warga China, memindahkan lemak dari perut ke payudaranya. Selepas empat bulan kesakitan, mangsa bertemu dengan pakar surgeri di Ampang. Di klini itu, dia terkejut apabila pakar memberitahu lemak perut tidak boleh digunakan untuk membesarkan payudara. Menurut mangsa, dia akan mengambil tindakan undang-undang ke atas doktor wraga China itu. P/S : Kita mempunyai pelbagai cara lain untuk mendapatkan payudara yang cantik dan tegang, bukan hanya dengan pembedahan yang menyakitkan..Kenapa harus ambil risiko?