Anda di halaman 1dari 1
HARI 01 (Makan Tenghari & Makan Malam) Berkumpul jam 12.00 malam dan bertolak terus ke
HARI 01 (Makan Tenghari & Makan Malam) Berkumpul jam 12.00 malam dan bertolak terus ke
HARI 01 (Makan Tenghari & Makan Malam) Berkumpul jam 12.00 malam dan bertolak terus ke

HARI 01 (Makan Tenghari & Makan Malam) Berkumpul jam 12.00 malam dan bertolak terus ke Lapangan Terbang LCCT. Setibanya disana proses check in akan diuruskan dan bertolak ke Shenzen dengan penerbangan Air Asia. Makanan disediakan dalam penerbangan. Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Shenzen anda akan disambut oleh wakil kami dan lawatan di teruskan ke Gedung Sutera dan anda juga akan dibawa ke Kilang Pembuatan Jade. Makan tengahari di Muslim Restoran kemudian anda berpeluang membeli belah di Dong Men Street dimana anda berpeluang untuk menawar barangan dengan harga yang murah. Setelah itu, makan malam sebelum daftar masuk ke hotel penginapan.

HARI 02 (Sarapan & Makan Malam) Selepas sarapan, bertolak ke Hong Kong Disneyland dengan menaiki keretapi. Anda berpeluang merakamkan gambar kenangan dengan watak-watak animasi Disney dan bergembira dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Sekitar jam 6.00 petang bertolak balik ke Shenzen. Makan malam di Shenzen.

HARI 03 (Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam) Selepas sarapan, perjalanan anda diteruskan ke Guangzhou. Anda akan berpeluang ke Masjid Guangta yang merupakan salah satu masjid tertua dan terkenal di Guangzhou dan singgah sebentar di Makam Saad Bin Abi Waqas yang meruapakan salah satu sahabat Nabi SAW. Setelah itu anda akan dibawa ke Burning Cream Centre dan ke Dr Sut Yet Sen Memoriall Hall. Pada sebelah petang anda berpeluang membeli belah di Shangxiaju Shopping Street. Makan malam dan daftar masuk ke hotel penginapan. Aktiviti optional ke River Cruise.

HARI 04 (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam) Selepas sarapan pagi, anda berpeluang ke Kompleks yang menjual barangan Whosale setelah itui makan tengahari dan anda akan dibawa ke Five Ram Sculpture yang merupakan salah satu lambang bagi daerah ini. Setelah itu anda akan dibawa ke kawasan perbandaran moden Guangzhou. Membeli belah sebentar sebelum bertolak ke Shenzen.

HARI 05 (Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam) Selepas sarapan, anda berpeluang ke Bazaar yang menjual barangan elektrik kemudian anda akan dibawa city tour sekitar Bandar Shenzen. Makan tengahari dan terus ke Window Of the world, dimana anda boleh merakamkan gambar kenangan denganmoumen-monumen dunia antaranya Efifel Tower, taj Mahal, Niagara fall dan banyak lagi. Tidak ketinggalan melihat persembahan 4D yang mengagumkan.

HARI 06 (Sarapan, Makan Tengahari) Selepas sarapan aktiviti bebas pada sebelah pagi. Selepas makan tengahari anda akan dibawa ke Lotus Mountain Park dan jika berkesempatan aktiviti membeli belah di Luohu Plaza. Bertolak balik ke Malaysia, semoga 1001 kenangan manis tercipta sepanjang percutian bersama kami.

PAKEJ TERMASUK : Tiket Penerbangan pergi balik, Penginapan 5 malam , Penyediaan Makanan Halal, Bayaran masuk ke tempat lawatan, Pemandu pelancong, Pengangkutan di China, Bayaran Masuk ke Hong Kong Disneyland- Permohonan Visa, Pengangkutan ke Lapangan Terbang

PAKEJ TIDAK TERMASUK :Perbelanjaan Peribadi, Lawatan yang tidak terdapat dalam jadual perjalanan

DEWASA

KANAK-KANAK

KANAK-KANAK (3 Tahun Kebawah)

KANAK-KANAK (2 Tahun Kebawah)

(4-11 tahun)

RM 2 900.00

RM 2 600.00

RM 1800.00

RM 450.00

www.rajawalibintangtravel.com / rajawalibintang@yahoo.com

NO 10 JALAN GARUDA 1, 80350 JOHOR BAHRU JOHOR. TEL : 07-2235989 H/P : 012-7684912
NO 10 JALAN GARUDA 1, 80350 JOHOR BAHRU JOHOR.
TEL : 07-2235989 H/P : 012-7684912 FAKS : 07-2245989