Anda di halaman 1dari 3

Pelajar tahfiz tenaga kerahan jualan amal

Pelajar tahfiz tenaga kerahan jualan amal Sebuah rencana akhbar yang selalu kita baca dan sering kita terserempak atau terjumpa dengan pelajar tersebut dikawasan kawasan tertentu seperti di di kedai makan, restoran, stesen minyak, depan bank, mahupun di hentian rehat dan rawat (R&R) di seluruh Negara. Saya juga selalu bertemu dengan pelajar tahfiz tersebut, sama ada di depan bank menjual kismis dan di hentian R&R mahupun kawasan yang disebutkan di atas. Pelajar tersebut selalu bergerak ke tempat lain, contohnya saya pernah bertemu dengan seorang pelajar tahfiz di hadapan Pasar Rabu, Kedah dan dua minggu kemudian di dapati pelajar tersebut berada di R&R Seremban sedang berjual benda yang sama. Apabila saya ajukan pertanyaan, pelajar tersebut terus menjauhkan diri dari saya. ASSALAMUALAIKUM kak, kami daripada Pusat Tahfiz buat jualan amal. Kami ada gel gamat dan CD. Gel RM10 dan cakera padat (CD) RM20. Wang ini untuk membantu pusat kami, membina masjid...bantuan ikhlas kak, perkataan tersebut juga sering kita dengar apabila berhadapan dengan pelajar tersebut, dengan mudah kita berasa simpati dan menghulurkan derma tanpa memikirkan kemanakah wang itu disalurkan? Derma yang dikatakan ikhlas tetapi telah ditetapkan harganya adalah tidak bersesuai dengan cara yang sepatutnya, ini berlaku kerana orang kita terlalu pemurah menderma. Benarkah mereka anak yatim? Kalau anak yatim sudah pasti akan dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pusat zakat. Mengikut pencarian saya melalui internet laman web http://mtqi-sa7.blogspot.com/2008/06/pengenalan-maahad-tahfiz-al-islah.html Syarat Kemasukan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (MTQI) Calon-calon MTQI hendaklah memiliki syarat-syarat minimum berikut:

1. Berumur 9 tahun ke atas. 2. Boleh menghafal ayat-ayat Al-Quran pada kadar yang ditetapkan. 3. Telah tamat Tahun Dua Sekolah Rendah Islam (SRI) atau sekolah bantuan penuh Kerajaan. 4. Mencapai tahap yang memuaskan dalam Bahasa Arab, tulisan Jawi dan Fikah. 5. lbu-bapa bersungguh-sungguh mahukan anak menjadi seorang hafiz dan berupaya membayar yuran atau bayaran-bayaran lain yang ditetapkan. 6. Para pelajar bersedia untuk menjadi seorang hafiz. 7. Lulus temu duga dan ujian penempatan yang ditetapkan

Jadi pada ayat nombor lima, dapatlah kita faham bahawa anak-anak yang dimasukkan ke sekolah tahfiz pada masa sekarang ini bukanlah percuma tetapi dibayar oleh ibubapa masing-masing. Saya

telah merujuk (melalui internet) sekolah-sekolah tahfiz lain juga ada mengenakan yuran pengajian dan makanan bukanlah Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah sahaja. Selain itu pihak maahad juga menetapkan Yuran Pengajian seperti di bawah :
Setiap pelajar dikenakan yuran bulanan sebanyak RM350 sebulan (Januari Disember) merangkumi yuran kuliah, asrama, makan-minum dan TKD*. Semasa mendaftar buat kali pertama (tidak dipulangkan) setiap pelajar dikehendaki menjelaskan bayaran berikut:

1) Wang Pendaftaran = RM 200 2) Yuran Takaful = RM 38 3) Buku Teks Akademik = RM 150 Adalah tidak patut pelajar terbabit disuruh bekerja untuk mencari pendapatan . Kita khuatir duit

disedekahkan itu adalah untuk kepentingan dan kekayaan pihak tertentu saja bukannya untuk perbelanjaan pelajar tersebut dan untuk pembinaan surau sekolah atau apa sahaja alasan yang diberikan, seperti Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (MTQI) telah memohon derma dan mencari penaja yuran pengajian pelajar-pelajar. Penajaan ini membolehkan pelajar-pelajar daripada keluarga
yang kurang mampu mengikuti pengajian di MTQI secara cross-subsidy.

Di dalam rencana tersebut juga ada ayat sepantas kilat mengambil gambar pelajar terbabit dari pelbagai sudut tetapi agak menghairankan pelajar itu tidak berganjak walau seinci pun. Ternyata dia benar-benar ikhlas melakukan tugasnya. Penulis dapat rasakan latihan yang diberikan kepada mereka sememangnya berkesan. Ini kerana mimik mukanya begitu tenang, sekalipun sedar dirinya sedang dirakam lensa kamera.. Terfikir di fikiran saya bagaimanakah cara latihan yang diberikan kepada mereka sehingga mereka tiada perasaan malu untuk berjual sambil berderma ikhlas kepada orang ramai dan menunjukkkan mimik muka yang kasihan. Rumusan yang dapat saya buat ialah pelajar-pelajar ini mungkin telah ditanamkan sifat, apa yang dilakukan adalah jihad dijalan Allah SWT. Kerja kebajikan, kerja amal dan jika ada apa-apa berlaku redha sahaja ketentuan Tuhan, sebab itu pelajar-pelajar ini begitu tegar dan tidak mempedulikan apa sahaja yang masyarakat katakan. Malah mungkin mereka tidak mengetahui akan natijah perbuatan ini, mungkin juga tidak didedahkan dengan kes kemalangan yang pernah berlaku membabitkan rakan mereka suatu ketika dulu kerana kebanyakan mereka ditutup minda dan perhatian akan perkembangan semasa.

Wahai pihak yang berkuasa, tolonglah lakukan sesuatu. Kasihanilah pelajar-pelajar yang dipergunakan itu. Mereka masih mentah dan mudah terpedaya dan diperdaya. Kita tidak mahu tragedi seperti 29 Disember 2006 itu berulang lagi. Disini saya mencadangkan pihak berkuasa mengwujudkan akta untuk melindungi semua pelajar dari melakukan kerja-kerja jualan amal ini. Ini

hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja sedangkan pelajar tersebut hanya diberi makan seperti di dalam artikel surat pembaca oleh Mohamad Faizal Omar Baki Di Bangi saya diberitahu oleh seorang pelajar, dia berada di situ dari jam 11 pagi hingga jam 11 malam hanya dibekalkan RM5 untuk makan, sedangkan ustaz yang menghantar mereka menaiki van dan akan berehat dan tidur di Kajang. Sekiranya pihak berkuasa berjumpa dengan pelajar yang sedang membuat jualan amal, mereka ini hendaklah ditahan dan ditempatkan di sebuah pusat yang dilindungi kerajaan. Cadangan kedua saya, pihak pengurusan Maahad Tahfiz hendaklah mencari penaja atau meminta sumbangan tetap dari syarikat gergasi dan tokoh-tokoh korporat untuk menampung kos pembelajaran, makan minum dan keperluan lain, di mana masyarakat Malaysia memang terkenal dengan sikap perihatin dan pemurah. Kesimpulannya Saya berharap kerajaan memandang berat isu ini kerana pelajar adalah aset negara yang sepatutnya diberikan pendidikan secukupnya. Kerajaan perlu menggunakan kuasa menghalang perkara ini dari terus berleluasa.