Anda di halaman 1dari 3

Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

by KUL AN Z on 04/11/2009 8 C OM ME NT S

Kementerian Pelajaran Malaysia adalah satu organisasi yang besar yang merujuk kepada proses mengurus dan mentadbir sistem pendidikan negara. Proses perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung dengan sistem pendidikan. Pendidikan bermutu melahirkan generasi yang sedar dan insaf dengan erti hidup dan tanggungjawab. Mereka berusaha memperkembangkan potensi masing-masing bagi mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Justeru itu pendidikan berfungsi sebagai alat memenuhi keperluan-keperluan negara dalam pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi ataupun sosial. (Yahaya Don, 2005). Bagi merealisasikan hasrat dan wawasan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyusun jentera pentadbiran yang mampu menjana bangsa ke arah penguasaan ilmu pengetahuan yang luas dan keupayaan generasi muda meningkatkan daya saing untuk menjadi bangsa yang cemerlang gemilang dan terbilang. Definisi Pengurusan Dan Pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia Kamaruddin Kachar (1990) mendefinisikan pentadbiran pendidikan sebagai satu daya menyeluruh untuk memandu, mengawal dan menyatupadukan ikhtiar manusia yang saling berkaitan, ke arah pencapaian matklamat pendidikan. Beliau melihat pentadbiran pendidikan sebagai satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan pendidikan, pengelolaan pendidikan, pengurusan kakitangan pendidikan, pengarahan pendidikan, penyelarasan pendidikan, penyediaan belanjawaan pendidikan dan penilaian pendidikan. Makna pentadbiran agak berbeza dengan makna pengurusan. Pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan, menyusun atur, mengelola, mengarah, memimpin, mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di dalam sesuah organisasi. Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur, dikelola, diarah, dipimpin dan dikawal supaya menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi pendidikan, secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat pendidikan.

Jelaslah juga bahawa kedua-dua istilah tersebut mengurus dan mentadbir adalah saling melengkapi. Dalam pendidikan istilah yang paling sesuai digunakan ialah pengurusan dan pentadbiran pendidikan kerana tugas kedua-duanya terdapat dalam mana-mana Institusi Pendidikan (Rosy Talin 2002). Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia Struktur dan organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia dibentuk berdasarkan kepada sistem politik dan pentadbiran negara. Sistem pendidikan di Malaysia merupakan sistem pendidikan berpusat. Struktur organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah sangat besar, namun secara ringkas terbahagi kepada lima peringkat iaitu; 1. 2. 3. 4. 5. Eksekutif Pengurusan Penyeliaan Teknikal Pelaksana

Kelima-lima peringkat di atas boleh dikategorikan kepada empat bahagian/struktur pentadbiran, iaitu: Peringkat Persekutuan, Peringkat Negeri, Peringkat Daerah dan Peringkat Sekolah. Rajah 1 berikut menunjukkan secara jelas Hierarki Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian

Pelajaran

terdiri

daripada

dua

puluh

bahagian.

Dua

belas

bahagian

professional dan lapan bahagian pentadbiran. Tiap-tiap bahagian professional diketuai oleh seorang pengarah sementara bahagian pendaftaran Sekolah dan Guru di ketuai oleh Timbalan pendaftar Besar dan bahagian Nazir diketuai oleh seorang ketua Nazir persekutuan. Tiap-tiap bahagian pentadbiran pula diketuai oleh seorang setiausaha kecuali bahagian pentadbiran diketuai oleh seorang ketua penolong setiausaha.

Anda mungkin juga menyukai