Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR SUNWAY JALAN PJS 7/15, PETALING JAYA SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA

MEMBAIK PULIH MAKMAL KOMPUTER & MENAIK TARAF KOMPUTER


DISEDIAKAN OLEH : PENYELARAS ICT CIK SYARIFAH SHAIRAH BT SYED ABDUL WADUD UNIT ICT SEK MEN KEB BANDAR SUNWAY

SENARAI NAMA UNIT ICT SMK BANDAR SUNWAY 2007 Pengerusi : Pn. Hajah Normah Bt. Haji Kasim - Pengetua - Penolong Kanan - Penyelia Petang

Naib Pengerusi I : Pn. Lee Kim Hong Naib Pengerusi II: Cik Norzihan Bt. Adnan Penyelaras Setiausaha AJK : Cik Syarifah Shairah Bt. Syed Abdul Wadud : Pn. Zaidah Bt. Muhammad :

Pen. Setiausaha : Cik Norni Bt. Muhd Rusli

1. En. Khoo Kong Meng 2. Pn. Ong Siew Lee 3. Pn. Zoraidah Bt. Mohd Dan 4. Pn. Normadiah Bt. Abu 5. Pn. Loh Wai Leng 6. Pn. Wong Hui Sean 7. Encik Jeffrey Lawrence 8. Pn Azleen Bt. Khamis 9. Pn. Doris Chee 10. Pn. Ng Shau Fean 11. Pn. Zaidad Farhah Bt. Baharudin 12. Pn. Siti Hajar Bt. Osman 13. Pn. Roshaslinda Bt. Hanafi 14. Cik Aznita Bt. Mastor 15. Cik Siti Khairani Bt. Kassim

- Penolong Kanan HEM - Penolong Kanan Kurikulum - GKMP Kemanusiaan - GKMP Bahasa - GKMP Sains & Matematik - GKMP Teknologi & Vok.

PENGENALAN MAKMAL KOMPUTER 1. Makmal komputer Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway telah mula beroperasi pada 27 November 2002 di bawah pengurusan Pn Elizabeth Lucy Lopez. 2. Pada ketika itu, sebanyak 42 buah komputer termasuk 2 buah komputer guru telah dibekalkan. 3. Makmal komputer telah dibahagikan kepada dua buah bilik iaitu makmal 1 dan makmal 2. Setiap bilik masing-masing mempunyai 21 buah komputer. 4. Kesemua komputer telah dilengkapi dengan perisian Pentium 3 dan menggunakan Windows NT 2000. 5. Dilengkapi dengan sebuah bilik guru ICT, sebuah bilik stor dan sebuah bilik server. 6. Hub bagi networking telah ditanam di bawah tanah. PERALATAN SEDIA ADA 1. 2. 3. 4. 5. Komputer - 42 buah Meja Komputer - 42 buah Kerusi - 82 buah Papan putih -2 Layar putih -1

PERMASALAHAN 1. Kondusi komputer yang amat teruk kerana masih lagi menggunakan perisian lama iaitu Pentium 3 dan Windows NT 2000. 2. Kelemahan sistem sambungan internet yang tidak berfungsi sejak Januari 2007. 3. Kelemahan yang ketara ialah ketiadaan atau kehilangan kata laluan pada komputer utama (admin). 4. Beberapa buah komputer tidak dapat digunakan lagi kerana kerosakan pada bahagian dalamannya. 5. Beberapa buah kerusi juga sudah rosak. Ini menyebabkan makmal kekurangan kerusi dan pelajar sering terjatuh daripada kerusi kerana keadaan kerusi yang uzur. 6. Sehubungan dengan itu, saya lampirkan laporan penuh tentang kerosakan dan kehilangan bagi setiap set komputer di makmal SMK Bandar Sunway. (Sila rujuk lampiran A)

CADANGAN MENAIK TARAF KOMPUTER MAKMAL 1. Mencadangkan agar SMK Bandar Sunway diberi peruntukan bekalan komputer baru berserta dengan perisian terkini iaitu set komputer yang lengkap. 2. Memperbaiki sambungan internet di makmal. 3. Memperbaiki sistem sambungan server agar dapat berfungsi dengan lebih baik dan lancar. 4. Menyediakan sebuah papan layar putih di makmal 1. CADANGAN MEMPERBAIKI KEROSAKAN MAKMAL 1. Bumbung dan siling makmal yang bocor perlu ditukar baru. Hal ini perlu dititik beratkan kerana apabila hujan, air hujan akan melimpah masuk ke dalam makmal dan sekaligus ia membahayakan bagi semua pihak kerana terdapat banyak kabel dan peralatan elektronik di dalam makmal yang mungkin akan menyebabkan electrical shock. Terdapat juga beberapa siling lain yang telah mula mengembang dan menjadi hitam akibat kebocoran pada bumbung. 2. Cermin yang pecah perlu ditukar baru. Terdapat dua buah cermin tingkap yang pecah dan masih tidak ditukar. Hal ini perlu diambil perhatian agar kes kecurian dapat dielakkan. 3. Pintu utama dan pintu makmal yang tiada tombol menyusahkan guru dan pelajar untuk membukanya. Berikut dilampirkan foto kerosakan yang telah dinyatakan. Pintu utama makmal tiada tombol dan menyusahkan guru serta pelajar yang ingin menggunakan makmal. Pintu kedua makmal juga telah kehilangan tombol dan pintu tersebut juga tidak berfungsi dengan baik. 4. Ketiadaan sistem keselamatan seperti loceng amaran mungkin akan menyebabkan berlakunya kecurian. 5. Berikut disertakan beberapa foto kerosakan pada makmal. (Sila rujuk lampiran B) CADANGAN MEMPERBAIKI KEROSAKAN MEJA DAN KERUSI 1. Mencadangkan agar membaiki meja dan kerusi untuk keselesaan para guru dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajran dijalankan.

LAMPIRAN B

TIADA SILING

SILING BOCOR DI MAKMAL 1 DAN 2

MEJA MUDAH PATAH KERANA SKRU PENYAMBUNG BERKARAT DAN MEJA SUDAH REPUT

TOMBOL PINTU ROSAK DAN ADA YANG TIADA

2 CERMIN TIADA IAITU DI MAKMAL 1 DAN BILIK SERVER

Anda mungkin juga menyukai