Anda di halaman 1dari 2

Kemasukan pendatang asing ke negara kita telah berterusan untuk sekian lama.

Hal ini tidak dapat dielakkan kerana kebanyakan pendatang asing terutama yang berasal dari negara-negara yang dilanda masalah dalaman seperti kepadatan penduduk tinggi, perang saudara, dan bencana alam menganggap negara kita sebagai syurga untuk mencari nafkah. Persoalan yang dibicarakan ialah baik buruknya kemasukan pendatang asing ke negara kita. Dari segi kebaikannya, kita mengalu-alukan kemasukan mereka. Hal ini kerana ekonomi negara kita tumbuh dengan pesatnya, iaitu pada kadar 8% setahun selama 10 tahun sehingga 1997 apabila negara kita dilanda kegawatan ekonomi. Oleh sebab itu, negara memerlukan banyak tenaga kerja khususnya dalam sector pembinaan, perkilangan, perladangan, dan pembantu rumah. Dapat dikatakan hampir kesemua sector yang tersebut di atas telah diisi oleh pekerja asing. Umumnya, mereka tidak terlalu memilih pekerjaan. Tambahan pula kadar upah yang dibayar kepada pekerja asing tidaklah begitu tinggi jika dibandingkan dengan pekerja tempatan. Tanpa pekerja asing, pastinya kita akan menghadapi masalah kekurangan pekerja. Sungguhpun mereka pekerja tidak mahir, sumbangan mereka kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi negara kita tidak dapat dipandang ringan. Selain itu, pekerja asing dapat dijadikan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sektor industri negara. Operasi kilang pastinya akan terbantut tanpa sumbangan golongan ini kerana sebahagian besar guna tenaga dalam sekto ini terdiri r daripada pekerja asing. Sikap rajin dan gigih yang ditunjukkan oleh pendatang asing ini memang digemari oleh para majikan. Majikan lebih rela mengupah pekerja asing daripada pekerja tempatan kerana umumnya pekerja asing ini lebih mudah diurus. Kesanggupan mereka bekerja tanpa mengira waktu telah menjadikan mereka mudah diasimilasikan dalam budaya kerja setempat. Sementara itu, golongan ini juga mendatangkan pelbagai maslah social. Umpamanya, mereka yang mempunyai kecenderungan untuk merompak, merogol, memecah rumah, dan membunuh akan tetap menjalankan tabiat buruk mereka. Keskes inilah yang paling menonjol. Buktinya, bilangan kes seumpama ini telah banyak berlaku. Warga kita yang menjadi mangsa kekejaman pendatang asing ini semakin meningkat dari setahun ke setahun. Tegasnya, pendatang yang terdesak sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk mendapatkan wang. Keburukan seterusnya, kehadiran mereka telah merampas peluang pekerjaan penduduk setempat. Sebagai pendatang, mereka sanggup menerima apa sahaja kadar upah yang ditawarkan oleh majikan. Majikan pula mengambil kesempatan menawarkan kadar upah rendah kepada mereka yang memasuki negara ini secara haram. Kemasukan pendatang secara beramai-ramai juga telah menimbulkan masalah penempatan. Oleh sebab tidak mampu menyewa tempat kediaman yang lebih

selesa, mereka mendirikan tempat kediaman di atas tanah kerajaan. Sebagai akibatnya, wujudlah kawasan setinggan yang menjadi tempat kediaman mereka. Anehnya, kawasan ini pula disediakan dengan pelbagai perkhidmatan asas seperti jalan raya, perkhidmatan telefon, bekalan air dan elektrik. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tahap keselesaan golongan pendatang haram ini adalah lebih baik daripada sebilangan besar penduduk luar bandar di negara kita. Sementara sesetengah pendatang asing yang datang secara tidak sah dipercayai membawa pelbagai penyakit. Sebagai contoh, baru-baru ini telah terdedah satu kes pendatang asing yang disahkan pembawa penyakit AIDS. Kemasukan warga asing secara tidak sah juga sekali gus mengundang pelbagai kegiatan maksiat. Terdapat di kalangan wanita daripada para pendatang asing ini terherumus dalam kancah pelacuran kerana kegiatan ini dapat menjana pendapatan yang lumayan dan tidak perlu pula membanting tulang empat kerat. Kesimpulannya, keburukan akibat kemasukan pendatang asing ke negara kita mengatasi kebaikannya. Justeru, difikirkan bijak sekiranya kerajaan mengawal banjiran pendatang asing di negara kita. Tanpa kawalan ketat, dikhuatiri suatu hari nanti negara kita akan dikuasai oleh golongan pendatang asing.

Anda mungkin juga menyukai