Anda di halaman 1dari 10

Melunas Rindu Hartini Hamzah Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) Sinopsis Bahagian 1 Fuad lewat pulang ke rumah

petang itu setelah sekian lama ke hutan untuk mencari kayu api. Setibanya di rumah dia disapa Mak Salmah (Mak Mah) yang baru selesai solat maghrib. Menyedari kelewatannya, setelah selesai bersolat maghrib dia teru s bergegas ke surau untuk solat isyak berjemaah. Seperti kebiasaannya juga sebel um menunaikan solat isyak, Fuad mengambil kesempatan untuk membaca al-Quran berg urukan Pak Mail. Selesai solat isyak Fuad menyedari Borhan suami kepada Masnah t idak berjemaah bersama kerana anaknya Muhamad Alif demam. Tiba di rumah Borhan, Fuad mengambil keputusan untuk menyewa kereta membawa Muhamad Alif ke klinik. Se mentara menunggu, Fuad mengambil kesempatan menuju ke bank berdekatan bagi memas tikan jumlah wang sebanyak dua ratus ribu ringgit yang dilihatnya beberapa hari sebelum ini. Selesai menjelaskan bil klinik, Fuad terus memandu pulang bersama B orhan beserta isteri dan anaknya. Setibanya di rumah, Fuad masih terkenangkan ju mlah wang yang dimasukkan oleh ayahnya ke dalam akaunnya. Dalam hati, Fuad berte rima kasih atas pemberian ayahnya itu. Bahagian 2 Pada petang itu Fuad meluangkan masa dengan menikmati keindahan pantai Batu Buru k. Sambil menikmati keindahan pantai, Fuad melayan perasaannya apabila mengenang kan bagaimana dia dapat mencari kedamaian dalam dirinya sebagai seorang Islam. M asih lagi terbayang dalam fikirannya Mak Mah suatu ketika dulu membencinya keran a dia dikatakan penyebab kematian Sofia. Walhal dia hanya berniat membawa Sofia berjumpa dengan ayah dan ibunya. Mujurlah ada Pak Ismail yang merupakan satu-sat unya tempat dia bergantung harap. Namun kesabaran Fuad membuatkan Mak Salmah akh irnya dapat menerima hakikat kehilangan Sofia yang juga merupakan adik Fuad. Pad a waktu yang sama juga Fuad terbayangkan alangkah baiknya sekiranya Sofia masih hidup. Fuad tersedar dari lamunannya apabila mendapati waktu hampir senja. Setel ah sampai di rumah, Pak Mail telahpun bersedia untuk ke surau. Balik sahaja dari surau Fuad menyatakan hasratnya kepada Pak Ismail untuk membeli tanah milik Awa ng Sojar. Bahagian 3 Fuad, Pak Ismail dan Mak Mah mengusahakan tanah yang dibeli dari Awang Sojar. Fu ad membeli tanah tersebut bertujuan membantu dan membalas jasa Pak Mail dan Mak Mah yang telah menjadikan dia dan Sofia sebagai anak angkat. Selain itu, Fuad ju ga membelikan sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Mail dan Mak Salmah. Mak Salm ah pernah terlantar di hospital apabila mendapat berita kematian Sofia walaupun hanya sebagai ibu angkat. Seminggu kemudian Pak Ismail dan Fuad didatangi seoran g lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Abas. Sebenarnya tujuan Abas yang j uga merupakan guru penolong kanan Sekolah Menengah Seri Setia adalah untuk memin ta pertolongan Fuad mengajar Bahasa Inggeris di sekolah tersebut. Tawaran terseb ut dibuat kerana Fuad berkelulusan ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Amerika Sy arikat. Fuad menerima tawaran tersebut sebagai guru sandaran. Bahagian 4 Fuad melaporkan diri sebagai guru sandaran di Sekolah Manengah Seri Setia pada a wal pagi. Cikgu Abas sebagai guru penolong kanan memberi kepercayaan kepada Fuad untuk mengajar Bahasa Inggeris tingkatan satu dan lima. Di kantin, Fuad diperke nalkan kepada seorang guru yang juga ketua panitia Bahasa Inggeris bernama Farha na. Farhana memberi taklimat ringkas kepada Fuad tentang tugasnya sebagai guru B ahasa Inggeris. Fuad diberi tanggungjawab untuk mengajar tiga kelas tingkatan li ma dan dua kelas tingkatan tiga. Jam dua petang Fuad bertolak pulang setelah tam at sesi persekolahan. Bahagian 5

Farhana menyenaraikan program panitia untuk dibentangkan dalam mesyuarat nanti. Seketika kemudian, Fuad menghampiri Farhana untuk memulangkan buku yang dipinjam nya. Farhana mengambil kesempatan untuk meminta idea Fuad bagi memenuhi slot pro gram panitia tersebut. Program tersebut diberi nama program Personal Guidance. S elesai perbincangan mereka, Fuad berpesan kepada Farhana supaya mengambil jagung yang dibawanya dari rumah. Pada mulanya Farhana tidak percaya tetapi akhirnya F uad dapat meyakinkan Farhana. Setelah tamat mesyuarat pada tengah hari tersebut, Farhana teringat pesanan Fuad supaya mengambil jagung sebelum pulang. Farhana b erasa kagum dengan sikap Fuad yang menghormati waktu azan semasa mengagihkan jag ung. Bahagian 6 Fuad berjalan menuju ke kantin setelah selesai mengajar lima masa. Semasa di kan tin dia sempat berbual dengan Cikgu Zamani tentang pengajaran di sekolah. Setela h membayar minuman Fuad berjalan ke bilik guru dan ternampak satu kertas kecil m enyatakan bahawa ada seseorang ingin berjumpanya di pintu pagar. Setibanya di pi ntu pagar sekolah, dia mendapati Chin sedang menunggunya. Mereka berbual di kant in sekolah. Chin menyatakan tujuannya berjumpa dengan Fuad adalah kerana amanah Robert Lim iaitu ayah Fuad untuk bertanya khabar tentangnya. Selain itu, Chin ju ga mewakili Robert Lim untuk memastikan Fuad menerima duit yang dimasukkan ke da lam akaunnya. Di saat itu, Fuad menyedari bahawa dia masih belum boleh memaafkan ayahnya. Dia juga memberitahu Chin bahawa apabila tiba masa yang sesuai dia aka n berjumpa dengan ayahnya, Robert Lim. Akhir perbualan mereka, Chin berpesan kep ada Fuad supaya mengunjungi ibu dan bapa saudaranya yang dianggap ibu dan bapa k andungnya di Sungai Ruan. Di saat itu juga Fuad terkenangkan ibunya yang sudah m eninggal dunia. Sampai di rumah Fuad menyatakan hasratnya kepada Pak Ismail untu k mencari kubur arwah ibunya di Sungai Ruan. Bahagian 7 Fuad mengambil kesempatan sempena cuti persekolahan untuk ke Sungai Ruan. Tujuan nya adalah untuk mencari kubur ibunya di samping mengunjungi ibu dan bapa saudar anya. Dalam perjalanan Fuad sempat singgah di bazar yang menjual pakaian dan kra f bercirikan Terengganu. Semasa membeli pakaian untuk adik, ibu dan bapanya Fuad ternampak Farhana sedang berbaris untuk membeli tiket bas ke Kuantan. Fuad memp elawa Farhana menumpangnya kerana mereka melalui perjalanan yang sama. Dalam per jalanan mereka berbual-bual tentang latar belakang masing-masing. Jam empat peta ng mereka sampai di Taman Tas, Kuantan iaitu rumah Farhana. Farhana memperkenalk an Fuad kepada ibu serta empat orang adiknya. Bahagian 8 Di Sungai Ruan, suasana muram menyelubungi isi rumah keluarga Peter Lim. Semenja k Peter Lim terlantar sakit akibat demam, isterinya Swee Lan yang menjaga makan minum serta kebajikan anak-anaknya. Tetapi semenjak ketiadaan Fuad, Peter Lim ti dak lalu makan atau minum. Mujurlah Robert Lim yang merupakan adik suaminya memb eri bantuan kewangan. Swee Lan hanya menorah getah dan dengan hasil pekerjaannya itulah digunakan untuk menampung semua perbelanjaan. Ketibaan kereta Fuad di ha dapan rumah Swee Lan menyedarkannya daripada terus mengelamun. Kehadiran Fuad di sambut dengan tangisan oleh ibu saudaranya itu. Bapa saudaranya iaitu Peter Lim juga telah lalu makan dan minum setelah disuap oleh Fuad. Fuad berjanji menanggu ng segala perbelanjaan persekolahan Mei Lin, Ah Soh dan Guan. Keesokan harinya F uad bertanyakan Peter Lim dan Swee Lan tentang ibunya. Ibu dan bapa saudaranya m enceritakan serba sedikit tentang ibunya. Mereka juga menyatakan bahawa Ah Sok i aitu peneroka Lembah Klau yang melarikan Fuad semasa kecil. Kematian ibunya iait u Mariana dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana bimbang difitnah. Fuad ju ga dimaklumkan bahawa ibunya mempunyai seorang kakak. Sewaktu di surau, Fuad tel ah berkenalan dengan seorang lelaki dalam lingkungan umur lima puluhan dikenali sebagai Pak Said. Pak Said bersetuju untuk menemani Fuad ke Lembah Klau untuk me ncari kubur ibunya pada keesokan harinya. Bahagian 9

Di rumah Farhana, sehari sebelum Fuad ke Lembah Klau, Farhana masih menantikan p anggilan telefon daripada Fuad. Sambil menunggu panggilan daripada Fuad, Farhana sempat melayan perasaannya. Farhana teringat semasa dia masih belajar dalam bid ang pendidikan Bahasa Inggeris di London dulu. Dalam masa yang sama Farhana terk enang pula perkenalannya dengan Fuad. Fuad banyak memberi dorongan kepadanya seb agai pendidik. Perasaannya terganggu dengan teguran ibunya supaya menunaikan sol at dengan segera. Ibunya juga cuba mengagak status hubungan Farhana dengan Fuad. Selang beberapa ketika kemudian ibu Farhana pula terkenangkan arwah suaminya ya ng bekerja sebagai anggota polis. Kematian suaminya adalah disebabkan oleh penya kit kanser usus. Farhana juga diberitahu ibunya bahawa rakannya Yati telah bertu nang. Bahagian 10 Fuad menjemput Pak Said untuk ke rumah Pak Ngah Lias di Felda Lembah Klau. Keret a yang dipandu Fuad berhenti di sebuah kedai makan untuk bertanya arah. Fuad ber asa lega kerana Pak Ngah Lias yang dicarinya masih hidup. Ketika berada di rumah Pak Ngah Lias, Pak Said menceritakan serba sedikit latar belakang Fuad kepada P ak Ngah Lias. Pak Ngah Lias amat terkejut apabila mengetahui bahawa Fuad merupak an anak kepada Robert Lim (nama Islamnya Roslan ). Pak Ngah Lias memberitahu bah awa Seman telah memberikan nama Abdul Halim kepada Fuad dan setelah dua puluh tu juh tahun barulah Fuad mengetahui nama sebenarnya. Berpuluh-puluh tahun Pak Ngah Lias menyimpan misteri kehilangan Abdul Halim walaupun cuba dijejaknya beberapa waktu selepas kematian Seman. Pak Ngah Lias mengatakan bahawa ibu Fuad iaitu Ma riana tinggal di Kuala Lipis bersama kakak angkatnya Mariah. Selepas waktu Asar mereka bertolak ke Kuala Lipis untuk bertemu Mariah namun diberitahu bahawa Mari ah sudah lama berpindah. Fuad bertemu Pak Samsudin, jiran Mariah dahulu dan meng etahui bahawa ibunya masih hidup. Fuad memberitahu hal tersebut kepada Peter Lim dan swee Lan. Justeru, Swee Lan mencadangkan supaya Fuad menemui bapanya di kua la Lumpur agar dapat membantu mencari ibunya. Peter Lim memberitahu Fuad bahawa bapanya masih menyimpan cincin yang telah ditempah khas ketika perkahwinan mereka. Cincin itu telah diberikan kepada Mariana dan satu lagi cincin disimpan oleh bapanya. Bahagian 11 Suasana masih hangar-bingar di blok C bangunan Sek. Men. Seri Setia walaupun kel as lanjutan pada petang itu sudah lama berlangsung. Cikgu Abas tidak berpuas hat i kerana suasana hangar-bingar seperti itu kerap kali berlaku semenjak program k elas lanjutan diadakan. Cikgu Abas juga begitu menyukai Fuad yang merupakan seor ang guru yang rajin walaupun hanya sebagai guru sementara di sekolah itu. Sikap Fuad jauh berbeza dengan Cikgu Zamani yang telah lama mengajar di sekolah terseb ut. Tengah hari esoknya dalam mesyuarat guru, Cikgu Abas meluahkan kemarahannya kepada sebahagian guru yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru . Bahagian 12 Fuad memberikan kad ucapan hari lahir kepada Farhana dan mengajak Farhana keluar berjalan-jalan. Pada pukul lima petang, Fuad menjemput Farhana di rumahnya. Mer eka berdua menaiki kereta mengelilingi pusat Bandar dan singgah di Restoran Tera pung di taman Syahbandar. Selepas itu Fuad mengajak Farhana pergi ke rumah Pak I smail dan Mak Salmah. Mereka makan malam dan solat Isyak berjemaah di sana. Sele pas itu, mereka meminta izin daripada Mak Salmah untuk berangkat pulang. Sebelum masuk ke kereta, Farhana sempat dipeluk oleh Mak Salmah. Bahagian 13 Dalam perjalanan ke rumah Cikgu Zamani, dari kejauhan Fuad terdengar suara tetam u di rumahnya. Namun Fuad kehairanan setelah mendapati hanya tiga tetamu yang be rada dalam rumah Cikgu Zamani iaitu Cikgu Amin, Cikgu Azli dan Cikgu Rosli. Sele sai makan Fuad menyedari agenda sebenar Cikgu Zamani menjemputnya adalah untuk m empengaruhi Fuad menyertai jemaahnya. Walaubagaimanapun Fuad tidak memberi sebar ang keputusan sama ada bersetuju atau sebaliknya. Dalam perjalanan pulang, Fuad

terkenang akan Farhana. Dia berharap supaya Farhana dapat memberikan kebahagiaan kepada Mak Salmah sebagaimana Sofia suatu masa dahulu. Bahagian 14 Robert Lim melemparkan beg bimbitnya ke atas sofa sebaik sahaja memasuki ruang t amu. Terlalu banyak perkara yang merunsingkan fikirannya terutamanya berkaitan M ariana, ibu Fuad. Kalau betul cerita yang disampaikan oleh Peter Lim tempoh hari bermakna kukuh benarlah kenyataan bahawa Mariana masih hidup. Robert Lim memint a Chin menemaninya ke Terengganu untuk berjumpa dengan Fuad. Robert Lim ingin me mberikan cincin dan gambar Mariana kepada Fuad. Tiga hari selepas itu, Robert Li m dan Chin pun bertolak ke Terengganu. Pak Ismail dan Mak Salmah terkejut dengan kedatangan Robert Lim. Namun, Robert Lim dan Chin tidak sempat berjumpa dengan Fuad kerana Fuad pergi ke Kuantan. Robert Lim bercadang menemui Fuad di Kuantan untuk memberikan cincin tersebut. Bahagian 15 Sejak kebelakangan ini, Farhana sering bertengkar dengan Cikgu Zamani hingga men imbulkan suasana tidak selesa di bilik guru. Tiba sahaja di rumah, Fuad terus ma ndi dan menunaikan solat Zuhur. Ketika itu Pak Ismail baru pulang dari sawah. Pa k Ismail dapat meneka ketidakceriaan di wajah Fuad. Setelah makan, Fuad duduk-du duk di beranda rumah. Selalunya pada waktu begitu dia akan melelapkan mata tetap i tidak pada hari itu. Akhirnya Fuad memutuskan untuk ke rumah Borhan. Borhan se dang bersantai di luar rumah waktu Fuad tiba. Borhan gembira menyambut kedatanga n Fuad. Mereka berdua berbual-bual kosong. Namun, Borhan dapat melihat kemuraman di wajah Fuad. Keresahan yang berpanjangan akhirnya memaksa Fuad menghubungi Fa rhana namun Cikgu Zalifah memberitahu Farhana menjaga ibunya yang sakit di hospi tal. Fuad mengambil keputusan untuk menemui Farhana di Kuantan. Bahagian 16 Kira-kira pukul enam petang Fuad tiba di pekarangan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Fuad menemui Farhana di kafetaria hospital. Farhana terkejut dengan ke hadiran Fuad. Sebenarnya Farhana tidak mahu menyusahkan Fuad namun Fuad tetap in gin menemani Farhana menjaga ibunya di hospital. Fuad menemui ibu Farhana dan be rtanyakan keadaannya. Selepas itu Fuad ke rumah farhana menemui adik-adik Farhan a. Kedatangan Fuad disambut mesra oleh adik-adik Farhana. Kemudian Fuad kembali ke hospital dan mendapati Farhana sudah tidur di tepi katil ibunya. Fuad duduk t ermangu di hujung katil sambil menanti kalau-kalau Farhana terjaga untuk diajak berbual. Ketika mundar-mandir di hujung katil, Fuad terpandang kad rawatan ibu F arhana yang terletak di atas meja dan tertulis nama Mariana Binti Osman. Fuad te rkejut sambil matanya memandang ibu Farhana yang terbaring di katil hospital itu . Timbul pelbagai persoalan dalam hati Fuad yang memungkinkan Fuad mendapat petu njuk tentang ibunya. Fuad bertanyakan Farhana berkaitan asal usul ibu Farhana. F arhana memberitahu Fuad bahawa ibunya ada menyimpan sebuah kotak kecil yang menj adi rahsia ibunya selama ini. Fuad dapat mengagak bahawa kotak tersebut pasti be risi cincin. Tiba-tiba muncul Chin, Pak Ismail dan bapanya Robert Lim di hospita l itu. Fuad terus memeluk bapanya dan menjadikan Farhana agak terpinga-pinga. Fu ad bertanyakan berkaitan cincin tersebut dan Robert Lim mengeluarkan cincin itu dari dalam poket bajunya. Fuad menceritakan satu per satu penemuannya sambil dib antu oleh Farhana. Akhirnya semua persoalan telah terjawab dan ternyata Farhana merupakan adik tiri Fuad. Farhana terkejut dengan kenyataan yang dihadapinya dan dia menangis teresak-esak. Fuad memujuk Farhana dan meminta Farhana reda dengan ketentuan Ilahi. Ternyata, ibu kandung Fuad sudah berada di depan matanya. Bahagian 17 Fuad dan Farhana telah bersepakat untuk menyimpan terlebih dahulu rahsia yang ba ru terbongkar daripada pengetahuan ibu mereka setelah mengambil kira keuzurannya . Fuad menyatakan hajat untuk mengadakan kenduri kesyukuran di Danau Seberang. I bu dan adik-adiknya akan dibawa sekali. Menjelang hari khamis ibunya dibenarkan keluar dari hospital. Fuadlah yang menguruskan segala-galanya. Farhana masih lag i kelihatan sedih atas ketentuan yang telah ditakdirkan antara dirinya dengan Fu ad. Kemurungan Farhana amat menggusarkan Fuad. Di sekolah, Fuad dan Farhana ingi

n berjumpa dengan Cikgu Abas dan Tuan Haji Samad namun Tuan Haji Samad tidak ada pada hari itu kerana bermesyuarat di Kemaman. Cikgu Abas terperanjat mendengar cerita daripada Fuad. Fuad meminta bantuan daripada Cikgu Abas untuk memberitahu perkara tersebut kepada guru-guru lain. Hal ini amat penting bagi Fuad untuk me ngelakkan sebarang fitnah kerana Farhana sudah bersetuju untuk tinggal di rumah Pak Ismail. Justeru, Cikgu Abas b erjanji akan mengadakan mesyuarat tergempar pada hari itu juga khusus untuk meng uar-uarkan perihal Fuad dan Farhana. Fuad mendapat tawaran Kursus Perguruan Lepa san Ijazah di maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur manakala Cikgu Zamani jug a akan bertukar ke sekolah lain. Bahagian 18 Mariana mengikut kakak angkatnya Mariah ke Bentong iaitu kampung halaman Husin s uami kepada Mariah selepas sepuluh hari melahirkan Fuad. Di situ mereka sama-sam a mengusahakan kebun getah peninggalan orang tua Husin untuk menyambung kehidupa n. Husin berhenti kerja di Pejabat Tanah semata-mata kerana menurut kemahuan Mar iah yang ingin menyelamatkan masa depan Mariana. Mariana terkena penyakit gila m eroyan selepas bersalin dan anaknya dilarikan orang. Setelah Seman meninggal dun ia , hal kehilangan anak Mariana tidak dapat disembunyikan lagi. Mariana ditingg alkan oleh Roslan menyebabkan hidupnya hilang arah. Beberapa bulan selepas itu, Mariana berkahwin dengan Fakhrudin dan mereka berpindah ke Pekan. Kemudian Fakhr udin berpindah ke Kuantan. Sebelum meninggal dunia Fakhrudin membelikan Mariana dan anak-anaknya sebuah rumah kos sederhana melalui pinjaman kerajaan. Mariana b ahagia sepanjang hidup bersama Fakhrudin sehingga dikurniakan lima orang cahaya mata. Walau bagaimanapun, Mariana masih mengingati anaknya Abdul Halim. Mariana begitu yakin bahawa Abdul Halim dipelihara oleh Peter Lim Bahagian 19 Fuad mengambil kesempatan semasa cuti panjang persekolahan dengan membawa ibunya , Mak Salmah dan Pak Ismail menunaikan umrah di Makkah. Pada mulanya agak sukar bagi Fuad mendapatkan pelepasan untuk ibunya lantaran masalah kesihatan yang dih adapi oleh ibunya. Akhirnya dia berjaya juga membawa ibunya menunaikan umrah den gan syarat ibunya perlu dibawa berjumpa doctor hari sekali sepanjang sepuluh har i berada di sana. Sebelum berlepas menaiki pesawat, Robert Lim datang menemui Fu ad dan ibunya. Robert Lim memandang wajah Mariana dengan perasaan bersalah dalam dirinya. Robert Lim meminta Fuad menjaga ibunya dengan baik. Fuad dan bapanya s aling berpelukan sambil menahan sebak. Tema Tema novel Melunas Rindu mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi seorang anak muda dalam usaha mencari identiti dirinya yang sebenar. Antara cabaran yang diha dapi ialah Fuad masih tertanya-tanya tentang ibunya sama ada hidup atau mati. Ke marahan Fuad terhadap ayahnya yang mengambil mudah tentang agama juga menyebabka n Fuad tidak mahu berhubung dengan ayahnya. Persoalan i. Persoalan tanggungjawab sebagai seorang pendidik Fuad tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik dengan baik walaup un dia hanya guru sementara. ii. Persoalan ketabahan menghadapi cabaran dalam kehidupan Fuad tabah menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha mencari ibu kandungnya. iii. Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga. Walaupun Fuad hanya anak saudara kepada Peter Lim dan Swee Lan, namun mereka tet ap menyayangi Fuad seperti anak kandung. iv. Persoalan tentang kehilangan seseorang yang disayangi amat memeritkan.

Contohnya Mak Salmah terasa sunyi setelah kehilangan anak angkatnya Sofia. Fuad pula hilang tempat bermanja apabila dari kecil lagi kehilangan ibu dan bapanya. v. Persoalan perbezaan agama tidak akan memutuskan pertalian darah. Contohnya walaupun Fuad seorang Islam namun dia tetap diterima oleh ibu dan bapa saudaranya yang tidak seagama dengannya. vi. Persoalan sifat keibuan melebihi segala-galanya. Contohnya sifat keibuan yang ada pada Mak Salmah menyebabkan dia tidak dapat men erima hakikat kematian Sofia. Selain itu Mariana tetap mengingati Abdul Halim at au Fuad yang hilang sejak kecil. Plot Secara keseluruhannya plot novel Melunas Rindu digarap mengikut kronologi. Terda pat empat peringkat garapan plot iaitu: i. Permulaan Cerita bermula apabila Fuad tertanya-tanya siapa dirinya yang sebenar. Pelbagai pertanyaan timbul dalam usaha mencari identiti dirinya. Pada bahagian permulaan juga, penulis memperkenalkan beberapa watak yang mempunyai kaitan dalam hidup Fu ad seperti Farhana, Pak Ismail dan Mak Salmah, Chin, Peter Lim dan Swee Lan sert a Robert Lim. Peristiwa yang berlaku pada permulaan cerita pula kebanyakannya di Terengganu. ii. Perkembangan Cerita mula berkembang apabila Fuad mula ingin mengetahui status ibunya sama ada masih hidup atau sebaliknya. Dalam pencarian tersebut, satu persatu pertanyaan dalam diri Fuad terungkai. Antaranya ialah ayahnya iaitu Robert Lim pernah memel uk agama Islam untuk mengahwini ibunya Mariana. Fuad juga mendapat tahu bahawa n ama sebenarnya adalah Abdul Halim bin Roslan. iii. Konflik Fuad menghadapi konflik apabila ayahnya memasukkan wang ke dalam akaunnya tetapi dalam masa yang sama dia tidak dapat memaafkan ayahnya. Konflik juga berlaku ap abila Fuad mencintai adiknya sendiri iaitu Sofia dan Farhana. Namun cintanya ter paksa dikorbankan apabila mengetahui bahawa Sofia dan Farhana adalah adiknya. Se lain Fuad, konflik juga dapat dilihat apabila Mak Salmah menyayangi Fuad tetapi dalam masa yang sama membencinya kerana menganggap Fuad merupakan punca Sofia me ninggal dunia. iv. Klimaks Fuad mendapat tahu bahawa ibunya masih hidup. Selain itu, Pak Ismail dan Mak Mah pula didatangi Robert Lim bertujuan untuk memberi cincin ibu Fuad kepadanya. Fu ad mendapat tahu bahawa ibu Farhana adalah ibunya juga. Kedatangan Robert Lim ke hospital tempat ibu Farhana dirawat mengesahkan lagi bahawa Mariana adalah ibu Fuad. v. Peleraian Di akhir cerita, Fuad menerima hakikat bahawa Farhana adalah adiknya. Pertemuan Fuad dengan ibu dan adiknya telah memberi kebahagiaan kepadanya. Akhir sekali, F uad membawa ibunya, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah. Watak dan Perwatakan Watak Utama Joshua/ Abdul Halim/Fuad ? Dilahirkan sebagai seorang Islam dan dibesarkan dalam keluarga Cina dan kembal i semula kepada ajaran Islam setelah berlaku tragedi dalam hidupnya.

? Nama sebenarnya Abdul Halim Bin Roslan Dia juga dikenali dengan nama Joshua ke tika tinggal bersama Peter Lim dan Swee Lan. ? Anak saudara kepada Peter Lim dan Swee Lan Kemudian dia diberi nama Fuad dan m enjadi anak angkat Pak Ismail dan Mak Salmah. Dia merupakan anak kepada En. Rosl an (Robert Lim) dan Pn. Mariana. ? Dia berkelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari sebuah Universiti ternama di Amerika Syarikat. ? Dia menjadi guru sementara (sandaran) di Sekolah Menengah Seri Setia dan menga jar subjek Bahasa Inggeris. ? Fuad mempunyai adik tiri bernama Sofia dan Farhana ? Seorang yang taat kepada perintah agama. Contoh: Fuad tidak pernah meninggalka n solat dan sentiasa membaca al-Quran. ? Seorang yang bertanggungjawab Contoh: Sebagai seorang guru, dia bertanggungjaw ab memastikan anak muridnya dapat menguasai Bahasa Inggeris ? Seorang yang gigih Contoh: Fuad gigih berusaha mencari ibu kandungnya. Seorang yang suka membantu Contoh: Fuad membantu menanggung perbelanjaan perkahwinan Bo rhan. ? Dia seorang yang mengambil berat Contoh: Fuad mengambil berat tentang diri Far hana terutamanya apabila Farhana ditimpa masalah berkaitan kesihatan ibunya. Watak Sampingan Farhana ? Nama penuhnya ialah Farhana Binti Fakhrudin. ? Dia merupakan anak sulung dan mempunyai empat orang adik iaitu Muhammad Fikri, Muhammad Fadli, Muhammad Syukri dan Muhammad Faisal. ? Dia bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. ? Dia juga memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris. ? Dia berkelulusan Pendidikan dari Universiti di United Kingdom. ? Dia seorang yang bertanggungjawab Contoh: Farhana sering pulang ke Kuantan apa bila mengetahui ibunya sakit lelah. ? Dia seorang yang penyayang Contoh: Farhana amat menyayangi ibu dan adik-adikny a. ? Seorang yang tegas Contoh: Farhana sering menegur sikap Cikgu Zamani yang seri ng tidak masuk kelas. Robert Lim ? Nama Islamnya ialah Roslan. ? Berkahwin dengan Mariana (ibu Fuad). Kemudian mendirikan rumah tangga dengan S usan. ? Merupakan seorang ahli perniagaan. Pak Ismail ? Merupakan suami kepada Mak Salmah ? Membimbing Fuad menjalani cara hidup Islam yang sebenarnya. ? Taat kepada perintah agama. Contohnya Pak Ismail tidak pernah meninggalkan sol at dan sering solat berjemaah di surau. ? Dia juga seorang yang bertanggungjawab. Contohnya Pak Ismail membimbing Fuad m endalami Islam sepenuhnya. Dia sering mengajar Fuad membaca al-Quran. ? Pak Ismail seorang yang penyayang. Buktinya dia menjaga isterinya ketika ister inya sakit. Mak Salmah ? Merupakan isteri kepada Pak Ismail ? Mengambil Sofia sebagai anak angkat ? Seorang yang baik hati. Buktinya Mak Salmah menjaga Fuad dan Sofia seperti ana knya sendiri. Mariana ? Merupakan isteri pertama kepada Roslan (Robert Lim)

? Ibu kepada Abdul Halim (Fuad) dan Farhana. Kemudian Mariana berkahwin dengan a yah Farhana iaitu Fakhrudin. ? Mariana terkena penyakit gila meroyan selepas melahirkan Abdul Halim. Mempunyai penyakit lelah. ? Pergi menunaikan umrah bersama Fuad ? Bersifat penyayang. Buktinya walaupun sekian lama terpisah dengan Abdul Halim namun Mariana tetap mengingati dan menyayangi anaknya itu. ? Seorang yang mengambil berat. Buktinya dia meminta Farhana menjaga adik-adikny a ketika dia pergi menunaikan umrah. Latar Latar Masa ? Waktu petang apabila Fuad pulang dari hutan mencari kayu api. ? Waktu malam semasa jemaah surau menunaikan solat isyak. ? Waktu pagi semasa Fuad memandu ke sekolah. Hari cuti persekolahan. Fuad mengam bil kesempatan pulang ke Sungai Ruan untuk menemui Peter Lim dan Swee Lan. ? Waktu senja semasa Fuad menikmati keindahan pantai Batu Buruk. Latar Tempat ? Rumah Pak Ismail dan Mak Salmah iaitu di Danau Seberang, Terengganu. Fuad dan Sofia tinggal di rumah tersebut sebagai anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Sa lmah. ? Klinik Ihsan di Bandar Kuala Terengganu. Fuad menyewa kereta untuk membawa ana k Borhan mendapatkan rawatan di klinik tersebut. ? Pantai Batu Buruk yang dijadikan tempat untuk Fuad melayan perasaannya sendiri sambil menikmati keindahan alam pada waktu petang. ? Sekolah Menengah Seri Setia tempat Fuad menjadi guru sandaran. Di sekolah ini, Fuad berkenalan rapat dengan Farhana. ? Sungai Ruan yang merupakan tempat tinggal Peter Lim dan Swee Lan sekeluarga. F uad juga pernah tinggal bersama mereka yang dianggap sebagai anak sendiri. ? Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Fuad membawa ibunya,Pak Ism ail dan Mak Salmah untuk menaiki pesawat ke Makkah bagi menunaikan umrah. Latar Masyarakat ? Masyarakat yang mengamalkan cara hidup Islam. Fuad dan Pak Ismail sering semba hyang berjemaah di surau berdekatan rumah mereka. ? Masyarakat yang terdiri daripada orang melayu. Misalnya nama panggilan pendudu k di Danau Seberang seperti Fuad, Pak Ismail, Mak Salmah, Awang Sojar dan Borhan membuktikan mereka orang Melayu. ? Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Farhana berbangsa Melayu man akala Chin pula berbangsa Cina. ? Masyarakat yang mempunyai pelbagai kerjaya. Farhana bekerja sebagai guru manak ala Peter Lim pula bekerja sebagai pengawal keselamatan dan penoreh getah. Semen tara itu Robert Lim pula menceburi bidang perniagaan. ? Masyarakat yang terdiri daripada warga pendidik. Fuad sendiri bekerja sebagai guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia. Di sekolah tersebut, Fuad berkenal an rapat dengan Farhana di samping guru-guru lain seperti Cikgu Zamani, Cikgu Ro sli, Cikgu Armin dan Cikgu Azli. Teknik Plot / Teknik Penceritaan i. Pemerian Contoh : Suasana ruang legar balai berlepas di aras lima Lapangan Terbang Antara bangsa Kuala Lumpur (KLIA) hangar binger dengan suara orang ramai yang menghanta r sanak saudara atau handai taulan mengerjakan umrah di Makkah. Kanak-kanak berl ari ke sana ke mari. Kadang kala terlanggar beg-beg yang telah siap diikat untuk disorong ke ruang bagasi. ii. Dialog Contoh: Betul, Pak Mail. Oh ..cikgu! Kau dah makan, Fuad? Dah,

Sembahyang?

Kalau gitu, mari duduk sini kejap.

iii. Imbas Kembali Contoh: Mak Salmah sering teringatkan Sofia yang telah mening gal dunia. Fuad masih teringat suatu masa dulu Mak Salmah pernah membencinya ker ana kehilangan Sofia. Peter Lim dan Swee Lan menceritakan kembali tentang Fuad d ilarikan orang semasa kecil. Pak Ngah Lias dan Shamsuddin menceritakan kembali t entang ibu Fuad semasa hayatnya. Teknik Penceritaan iv. Imbas Muka Contoh: Fuad berangan Sofia masih hidup dan dia menghantar adikny a ke universiti untuk meneruskan pengajian. v. Suspens Contoh: Fuad tertanya-tanya sama ada ibu Farhana itu ialah ibunya jug a. vi. Monolog dalaman Monolog dalaman digunakan untuk menggambarkan perasaan watak melalui pengucapan. Dalam novel ini, Fuad mengucapkan terima kasih kepada bapan ya. Contoh : Terima kasihlah apak bisik hati kecilnya sambil menarik selimut. Gaya Bahasa i. Penggunaan bahasa asing Contoh: Bahasa Inggeris - optionist, grammar, problem , uncle Bahasa Arab Allah, alhamdulillah, al-Quran, assalamualaikum i i. Sinkope Contoh: tu, tak, kau iii. Simile Contoh:- ibarat menongkah arus seperti ada sesuatu yang menyekat ker ongkongnya. Seperti menghalang kemesraan. Ibarat layang-layang terputus tali, di mana tersadai, di situlah dia menumpang kasih. Seperti lupa diri Ibarat sehelai kain putih yang masih dapat dicorakkan atau seorang bayi yang masih boleh diben tuk. iv. Hiperbola Contoh: - Hatinya masih mahu berpelangi Hanyut dalam ilusi Berapiapi kemarahannya diletuskan v. Inversi Contoh: - Amat tersentuh perasaannya mendengar ungkapan sebegitu. vi. Kata ganda Contoh: cepat-cepat, kawan-kawan vii. Metafora Contoh: - Lurah sepi Benteng resahnya viii. Personifikasi Contoh: - Bayu basah Disember itu menampar pipinya Melempark an sejuring senyuman Kehangatan sudah mula menggigit ix. Peribahasa Contoh: Terang hati, lurus bendul, berat tulang, khabar angina, i barat nila setitik rosak susu sebelanga. Nilai i. Nilai kerajinan Buktinya Fuad merupakan seorang guru yang rajin dalam menjala nkan tugasnya sebagai guru. ii. Nilai ketabahan Buktinya Fuad tabah menghadapi dugaan sepanjang pencarian ib u kandungnya. iii. Nilai ketegasan Buktinya Farhana bersikap tegas ketika menegur Cikgu Zamani kerana tidak masuk kelas. iv. Nilai kasih sayang Buktinya Mariana sering mengingati dan menyayangi Fuad wa laupun telah lama berpisah. v. Nilai bertanggungjawab Buktinya Mak Salmah sentiasa menjaga minum suaminya da n Fuad. vi. Nilai keikhlasan Buktinya Fuad membantu membawa anak Borhan ke klinik walaup un sudah lewat malam. vii. Nilai bekerjasama Buktinya Farhana dan Fuad sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan pencapaian anak . didik mereka dalam bahasa Ingge ris. viii. Nilai rasional Buktinya Fuad masih lagi dapat berfiki secara rasional sete lah mendapat tahu bahawa wanita yang dicintainya ialah adik kandungnya sendiri. Nilai

Pengajaran i. Kita perlulah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan agar dapat berbakti kepada masyarakat. ii. Kita haruslah tabah menghadapi ranjau kehidupan demi kesenangan pada masa ha dapan. iii. Kita mestilah reda dengan ketentuan Ilahi agar hidup kita lebih diberkati. iv. Kita hendaklah saling membantu dalam hidup bermasyarakat agar sesuatu kerja menjadi mudah. v. Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain demi mewujudkan keharmo nian dalam keluarga. vi. Kita mestilah mengerjakan suruhan Allah demi kesejahteraan hidup di dunia da n akhirat. vii. Kita hendaklah mengamalkan semangat kerjasama agar sesuatu masalah dapat di selesaikan dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai