Anda di halaman 1dari 5

Mengumumkan ketibaan Yg Brusaha En Azian b Jaafar Penolong Pegawai Pelajaran (Pengurusan Akademik) PPD Tumpat.

Majlis akan dimulakan dengan alunan Asma-Ul-Husna oleh pemimpin-pemimpin pelajar tingkatan 5. Sebagai tanda cinta akan Negara, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan & lagu Sekolah. Yang Berusaha dan para hadirin diminta berdiri. Mohon para hadirin mengambil tempat. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Bismillahirahmanirrahim. Ybrs. En Azian b Jaafar Penolong Pegawai Pelajaran PPD Tumpat Ybrs. Tn Hj Yaacob b Ismail, Pengetua SMK Berangan Ybrs. En Ismail b Mohamad, Penolong Kanan Pentadbiran SMKB Ybrs. En Ahmad b Abd Rahman, Penolong Kanan HEM SMKB Ybrs. Pn Nik Aisyah bt Nik Mustapha, Penolong Kanan Ko-kurikulum SMKB Guru-guru Kanan, kaunselor-kaunselor pelajar, guru-guru cemerlang, guru-guru, tetamutetamu jemputan dan pelajar-pelajar yang dikasihi.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam dewan yang serba indah ini bagi meraikan satu majlis yang amat bermakna bagi kita iaitu Majlis Pelancaran NILAM bagi tahun 2011 yang bertemakan Membaca Nadi Kecemerlangan. Majlis turut merakamkan ucapan selamat datang kepada Ybrs En Azian b Jaafar, Penolong Pegawai Pelajaran PPD Tumpat ke Majlis Pelancaran NILAM bagi tahun 2011. NILAM yang bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu pendekatan untuk menyuburkan tabiat menbaca yang berterusan dalam kalangan pelajar dan dapat melahirkan pelajar yang berpengetahuan luas, berketrampilan serta berdaya saing.

Hadirin hadirat sekalian Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan Yang Berusaha Guru Perpustakaan & Media, Pn Kamariah bt Che Sulaiman untuk mengungkap bicara. Majlis mempersilakan.

Terima kasih Yang Berusaha Guru Perpustakaan & Media, Pn Kamariah bt Che Sulaiman atas ucapan itu tadi. Hadirin sekalian Anak cina menjual lokan, Sambil sibuk kayu dikerat, Persembahan koir kami sembahkan, Untuk tatapan hadirin hadirat. Dengan itu, terimalah persembahan koir daripada kumpulan koir Pengawas Pusat Sumber SMK Berangan di bawah bimbingan Cik Fatiha, Pn Mahfuzah & Pn Nurmaniza. Kumpulan koir ini akan mempersembahkan lagu tema NILAM. Dengan sukacitanya dipersilakan. Demikianlah tadi persembahan koir oleh kumpulan Pengawas Pusat Sumber SMK Berangan. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan sinopsis buku yang bertajuk Menuju Kecemerlangan Belajar yang akan disampaikan oleh Ana Syafika bt Ismail dr kelas 4sn1. Dengan sukacitanya dipersilakan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih. Hadirin sekalian Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Yaacob b Ismail, Pengetua SMK Berangan untuk mengungkap bicara. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Demikian tadi madah aluan daripada Yang Berusaha Tn Hj Yaacob b Ismail, Pengetua SMK Berangan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih. Para hadirin yang dimuliakan

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada adik-adik dari ________________________ _________________________________________ _________________________________________________________________ ______________________________________________________ Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih. Bersarang merbah di Kuala Langat Manis madunya pabila dimakan Suasana meriah bertambah hangat Pelbagai persembahan kami sembahkan

Bagi menghangatkan majlis kita pada pagi ini, kita tampilkan persembahan Choral Speaking oleh pelajar dari kelas 2 Mumtaz yang bertajuk ___________________. Pasukan Choral Speaking ini adalah dibawah bimbingan En Mohd Aliff Sobri b Abd Rashid. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih. Seterusnya, kita serikan majlis kita dengan menampilkan persembahan deklamasi sajak yang akan dideklamasikan oleh Dalila Najwa bt _____________ dari kelas 3 Mumtaz. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Untuk makluman semua, deklamasi sajak itu tadi adalah dibawah bimbingan __________________________________. Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

Hadirin hadirat sekalian Sekarang tibalah masanya untuk kita mendengar ucap utama daripada tamu kehormat kita. Dengan itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En Azian b Jaafar, Penolong Pegawai Pelajaran PPD Tumpat untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran NILAM bagi tahun 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ketukan gong bergema megah Pembakar semangat bangsa berhemat Perasmian majlis rasmilah sudah Dirasmi oleh tamu kehormat. Majlis dengan rasa penuh takzim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En Azian b Jaafar, Penolong Pegawai Pelajaran, PPD Tumpat atas ucapan dan kesudian untuk merasmikan Majlis Pelancaran NILAM SMK Berangan bagi tahun 2011. Hadirin sekalian Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderahati. Dengan itu majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Yaacob b Ismail, Pengetua SMK Berangan untuk mengiringi Yang Berusaha En Azian b Jaafar, Penolong Pegawai Pelajaran PPD Tumpat naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan Hadirin hadirat yang dihormati Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah & cenderahati kepada Peminjam Buku Terbanyak Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2010. Dipersilakan.(RUJUK LAMPIRAN) Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada pelajar cilik jemputan kita pada pagi ini. Dipersilakan.(RUJUK LAMPIRAN) Seterusnya dipersilakan guru pengiring pelajar cilik jemputan iaitu Pn Habsah bt Che Wil untuk menerima cenderahati. Dipersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha En Azian b Jaafar atas kesudian menyampaikan hadiah & cenderahati sebentar tadi. Sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Yaacob b Ismail, Pengetua SMK Berangan untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berusaha En Azian b Jaafar, Penolong Pegawai Pelajaran PPD Tumpat. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Hadirin hadirat yang dimuliakan

Aturcara majlis telah sampai ke penghujungnya. Sebagai penutup majlis dengan segala hormatnya dipersilakan Al Fadhil Ustaz Hamdan b Awang Ngah untuk membacakan doa penutup. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih. Majlis kini hampir melabuhkan tirainya. Saya bagi pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha En Azian b Jaafar serta tetamu tetamu jemputan kerana sudi hadir memeriahkan majlis pada pagi ini. Tinggi sungguh pohon cemara Tegak merimbun di tengah kota Tersalah, terkasar butir bicara Sepuluh jari maaf dipinta Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Tn Pengetua SMK Berangan dan Barisan pentadbir untuk mengiringi Yang Berusaha En Azian b Jaafar serta tetamu-tetamu jemputan ke bilik jamuan. Dengan segala hormatnya dipersilakan Saya sudahi dengan ucapan Assalamualaikum w.b.t & Salam 1 Malaysia.