Anda di halaman 1dari 29

Kandungan

Wacana : Mengenai Linux Apakah Itu Lesen GNU/ GPL? Tip & Trik :
Muka surat 5 Muka surat 7 Muka surat 9

Sambungan Modem Broadband 3G Arahan Popular Fedora Reviu & Tutorial : SSH Auto Login Fedora Bebas : Pencarian Distro Yang Sesuai

Muka surat 22

Muka surat 26

Temubual Pengasas Jomlinux


2

TEMUI KAMI!
www.jomlinux.com ATAU www.gumuu.com/jomlinux

DARI MEJA EDITOR


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya menjadikan impian kami Geng Jomlinux dan Tim Majalah khususnya satu kenyataan. Jutaan terima kasih kepada pengasas Jomlinux kerana memberikan sokongan dan kepercayaan kepada Tim Majalah. Tidak ketinggalan para pembaca yang sudi meluangkan masa membaca keluaran sulung Majalah SUMBU. Nama SUMBU diilhamkan oleh Pengasas Jomlinux dan mendapat sokongan sebulat suara oleh Tim Majalah. SUMBU adalah akronim untuk sumber terbuka. Sumbu digunakan oleh pelita untuk menerangi kegelapan. Sumbu juga digunakan untuk meletupkan bom. BOOM! Nama SUMBU boleh diertikan seperti ledakan untuk menerangi perisian bebas dan sumber terbuka. Matlamat SUMBU adalah untuk memberikan pendedahan serta berkongsi maklumat tentang perisian bebas dan sumber terbuka kepada pengguna baru dan lama. Kami akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua. Kami masih muda, masih banyak yang perlu dipelajari. Oleh itu kami amat mengharapkan teguran dan kritikan membina dari anda untuk meningkatkan mutu Majalah SUMBU. Kami juga memerlukan sumbangan anda dalam bentuk penulisan, foto dan sebagainya. Yang berminat bolehlah merujuk di @ www.jomlinux.com/hubungi Semoga SUMBU dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Wassalam Editor 3

TIM SUMBU
EDITOR Puretech PENULIS nawawi ohtwit redzone Tsudakazuki GRAFIK hafidz ali Fahmi

SEMUA KARYA SUMBU ADALAH DIBAWAH LESEN : PENGIKTIRAFAN - BUKAN KOMERSIAL - PERKONGSIAN SERUPA 2.5 MALAYSIA (CC BY-NC-SA 2.5) Orang lain bebas untuk membuat salinan, mengedar, mempamer, atau mempersembahkan karya tersebut dan membuat karya terbitan. Dengan syarat mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadangkan yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan penggunaan anda karya tersebut), bukan tujuan komersial dan jikalau anda mengganti, mengubah bentuk ataupun membina atas karya tersebut, anda mesti mengedar hasil karya tersebut hanya di bawah satu lesen yang sama seperti yang ini. Untuk lesen penuh sila layari @ http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/

WACANA: MENGENAI LINUX


Penulis: Redz One
APA ITU LINUX? Linux (biasanya disebut [li-nax] dalam Bahasa Inggeris Amerika, dan [li-nuks] di Eropah dan mungkin negara kita). Linux merujuk pada keluarga sistem operasi komputer seperti Unix (Unix-like) yang menggunakan kernel Linux. Linux boleh dipasang pada berbagai jenis perkakasan (hardware) komputer, bermula dari telefon , komputer tablet dan konsol permainan video (video game consoles),untuk mainframe dan superkomputer. Linux amat terkemuka sebagai sistem operasi pelayan (server),dan menjalankan 10 superkomputer terpantas di dunia. Linux juga merupakan pesaing di pasaran OS desktop, kerana sangat selamat, stabil, laju, dan kurangnya isu fragmentasi (lack of fragmentation issues). Pembangunan Linux adalah salah satu contoh yang paling menonjol dari segi bebas (free) dan kolaborasi perisian sumber terbuka. Biasanya semua yang mendasari kod sumber terbuka ini boleh digunakan, boleh diubahsuai dengan bebas, boleh disebarkan, sama ada secara komersial atau tidak oleh siapa pun di bawah lesen seperti Lesen Awam Am (General Public Licence GNU. Linux juga biasanya dikemas (packaged) dalam format yang dikenali sebagai edaran linux (Linux Distribution) untuk kegunaan desktop dan server. Beberapa arus utama (mainstream) edaran linux yang popular termasuklah Debian (dan keturunannya seperti Ubuntu, Oshirix dan lain-lain), Fedora, dan openSUSE . . Nama "Linux" berasal dari kernel linux, Yang pada asalnya ditulis pada tahun 1991 oleh Linus Torvalds. KERNEL? APA ITU? Dalam komputer, kernel merupakan komponen utama dalam sebuah sistem komputer, yang merupakan jambatan antara aplikasi dan pemprosesan data sebenar yang dilakukan pada aras perkakasan. Tanggungjawab kernel Linus Torvalds merangkumi pengurusan Pengasas Kernel Linux sumber sistem (managing the system's resources) (komunikasi antara komponen hardware dan software). Biasanya sebagai komponen asas bagi sebuah sistem operasi. Sebuah kernel dapat memberikan lapisan tingkat peniskalaan terendah (lowest-level abstraction layer) untuk sumber (resources) (terutama pemproses dan I/O device) bahawa aplikasi memerlukan kawalan untuk melakukan 5

WACANA: MENGENAI LINUX


Penulis: Redz One
fungsinya. Ini biasanya membuatkan aplikasi tersebut sedia untuk proses aplikasi melalui mekanisme komunikasi antara proses (inter-process communication) dan panggilan sistem (system calls). Kernel Linux adalah kernel sistem operasi yang digunakan oleh keluarga Linux iaitu sistem operasi mirip UNIX. Kernel Linux dikeluarkan di bawah versi Lesen Awam Am 2 GNU General Public License 2 (GPLv2). Kernel Linux dikembangkan oleh penyumbang dari seluruh dunia. Pembangunan hari ke hari berlangsung di mailling list kernel Linux. Kernel Linux awalnya disusun dan dibuat oleh mahasiswa jurusan sains komputer Finland, Linus Torvalds pada tahun 1991. Kernel Linux telah menerima sumbangan dari ribuan pengatur cara (programmer). Semua edaran Linux telah dikeluarkan berdasarkan kernel Linux. SIAPA TUX SI PENGUIN ? Tux adalah watak penguin dan maskot rasmi bagi kernel Linux. Awalnya dibuat bagi memasuki sebuah pertandingan logo Linux, Tux adalah ikon yang paling umum digunakan untuk Linux. Kebanyakan edaran Linux menggambarkan Tux dalam pelbagai gaya. Konsep Linux mempunyai maskot penguin berasal dari Linus Torvalds, pencipta Linux . Tux dicipta oleh Larry Ewing pada Maskot Linux, Tux 6 tahun 1996 selepas cadangan awal yang dibuat oleh Alan Cox dan seterusnya disempurnakan oleh Linus Torvalds dalam mailling list kernel Linux.Torvalds mengambil inspirasi dari foto yang ia ditemui di sebuah laman web FTP. Orang pertama untuk memanggil si penguin sebagai "Tux" ialah James Hughes, yang mengatakan bahawa perkataan itu berasal dari Torvalds UniX. . Rajah Fungsi Kernel

WACANA: APAKAH ITU LESEN GNU/GPL?


Penulis: ohtwit
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah itu lesen GNU/GPL? Mungkin kita sering mendengar tentang istilah ini. Tapi ternyata masih ramai yang belum memahaminya. Ramai yang beranggapan bahawa ia adalah perisian percuma, dan mereka tidak perlu membayar untuk mendapatkannya. Buat pengetahuan anda pemahaman seperti itu adalah salah sama sekali. Jika kita lihat pada terma GNU/GPL , lesen ini menegaskan bahawa ia bukan perisian percuma, tetapi perisian sumber terbuka (open source). Secara dasarnya memberi kebenaran kepada orang lain untuk ubahsuai mengikut kesesuaian, bebas untuk diberikan kepada orang lain, dan bebas untuk disalin. GPL adalah kata singkatan bagi GNU General Public License (GNU Lesen Am Awam). Lesen GPL mungkin merupakan lesen sumber terbuka yang paling popular dan berpengaruh. Berlainan dengan LGPL , contohnya seperti OpenOffice.org yang dilesenkan dibawah LGPL. Kita boleh membuat tambahan (add-on) komersial untuk OpenOffice.org dan dibenarkan mengguna perpustakaan perisian ( library) yang berlesen LGPL ke dalam perisian sumber tertutup (closedsource software) dengan syarat pengguna tahu dan boleh menggunakan perpustakaan perisian berkenaan atau dengan erti kata lain, dibenarkan membuat tambahan komersial untuk perisian berlesen LGPL. Contoh mudah untuk pemahaman tentang GNU/GPL ini, katakan saya membina satu aplikasi penambah baik kan (extension) untuk wordpress dan dilesenkan dengan lesen GNU/GPL, kemudian saya menjual dengan harga RM70. Selepas itu, salah seorang pembangun (developer) lain berminat dengan aplikasi yang saya bina dan membelinya.

Setelah pembangun melihat akan potensi aplikasi tadi, ia membuat sedikit pengubahsuaian dan menjual dengan harga USD170. Adakah perbuatan seperti itu salah di sisi undang undang? Tidak! Dengan syarat penambah baik kan (extension) yang dihasilkan pembangun itu juga mestilah dilesenkan dengan lesen GNU/GPL juga.. Jika anda juga ingin membuat pengubahsuaian dan ingin menjualnya kembali kepada orang lain, anda tidak dibenarkan sama sekali menggunakan sebarang kaedah enkripsi (encryption) pada mana-mana bahagian kod yang terdapat di dalamnya. Kerana ianya bertentangan dengan terma GNU/GPL.

WACANA: APAKAH ITU LESEN GNU/GPL?


Penulis: ohtwit
Ambil saja contoh mudah, jika anda menggunakan perisian CMS (Content Management System) untuk portal anda yang berjenama wordpress, anda tidak boleh sesuka hati meletakkan hak cipta terpelihara pada laman tersebut. Adakah perisian wordpress itu anda bangunkan sendiri? Sudah semestinya tidak. Jadi sila faham akan kandungan lesen yang dibekalkan bersama-sama dengan perisian sumber terbuka. Secara mudahnya apa yang perlu kita difahami tentang GNU/GPL adalah ;

Pertubuhan GNU/GPL ini mempromosi pembangunan dan penggunaan perisian percuma, terutamanya bagi sistem operasi GNU melalui Projek GNU yang digunakan secara meluas melalui variasi perisian tersebut iaitu variasi GNU/ Linux . Tapi, hak milik sesuatu perisian itu tak boleh dituntut oleh sesiapa pun. Pemiliknya adalah semua, orang-orang awam seperti saya dan anda semua. Antara contohnya adalah GIMP iaitu perisian untuk menyunting gambar. GPL adalah bermaksud General Public Licensed iaitu lesen untuk kegunaan umum dan FSF bermaksud Free Software Foundation iaitu pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1985 bagi mempromosi hak pengguna. Projek GNU adalah suatu sistem operasi yang dilancarkan pada tahun 1984 bagi membangunkan sistem operasi seakan-akan sistem operasi Unix tetapi percuma. Secara tidak langsung bermulanya sistem operasi GNU, era perkembangan "Free Software", perisian percuma dan "Open Source" atau dengan istilah lain sumber terbuka. Kesimpulan, sumber terbuka bukan sahaja bermaksud akses kepada kod sumber. Terma pengedaran bagi perisian sumber terbuka harus menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan. Free yang disebutkan bermaksud bebas, ia seperti 'bebas bersuara' bebas yang di maksudkan adalah pengguna tidak perlu meminta kebenaran atau membayar lesen untuk mengguna, menyalin, mengubahsuai dan mengedar perisian tersebut. 8

GNU/GPL memastikan semua perisian tertakluk di bawahnya akan sentiasa menjadi Perisian Bebas (Free Software). Setiap kod sumber boleh diperolehi dengan percuma atau pada harga yang berpatutan, sama ada dilengkapi dalam bentuk binari ataupun tidak. Sesiapa pun dibenarkan untuk menyalin, mengedar dan mengubahsuai suatu perisian selagi pengubahsuaian tersebut masih lagi tertakluk di bawah lesen GPL/GNU. Apabila suatu perisian diletakkan di bawah GPL ia sama sekali tidak boleh dibatalkan. Tetapi, ia boleh diletakkan di bawah lesen-lesen yang berlainan.

TIPS & TRIK: SAMBUNGAN MODEM BROADBAND 3G


Penulis: Puretech
Perkara yang biasa dilalui oleh pengguna baru adalah tidak dapat menggunakan modem broadband. Sebenarnya ia tidaklah sukar seperti yang disangka asalkan Distribusi Gnu/Linux anda menyokong modem tersebut. Mari kita lihat antara 2 cara yang amat mudah dengan menggunakan Gnome Network Manager dan Sakis3g. Untuk pengetahuan saya menggunakan Modem Huawei E1550 dan Ubuntu 10.10 untuk tutorial ini. GNOME NETWORK MANAGER Gnome Network Manager telah pasangkan secara lalai jika anda menggunakan Persekitaran Desktop Gnome. Anda boleh melihat ikon Network Manager applet pada bahagian atas kanan Gnome Panel. Setelah anda mencucukkan modem broadband dan mendapati tiada sebarang sambungan, cuba klik pada ikon tersebut. Jika anda melihat ada ayat seperti New Mobile Broadband (GSM) connection bermakna modem anda disokong dan anda cuma perlu lakukan beberapa langkah untuk menyambungkan nya Klik pada New Mobile Broadband (GSM) connection tersebut. Satu tetingkap baru akan muncul.

Sama ada gambar pertama atau gambar kedua. Klik Forward

Pilih negara anda dan klik Forward

TIPS & TRIK: SAMBUNGAN MODEM BROADBAND 3G


Penulis: Puretech
Seperti contoh di atas, saya menggunakan DiGI Broadband. Anda akan diberi pilihan untuk memilih pakej perkhidmatan yang anda langgan. Pilih pakej anda, sebagai contoh saya melanggan Broadband bukan Mobile Internet. Jadi saya tukarkannya pada menu Select your plan Pilih penyedia perkhidmatan anda, klik Forward Menjadi seperti ini kemudian klik Forward lagi

10

TIPS & TRIK: SAMBUNGAN MODEM BROADBAND 3G


Penulis: Puretech
Puas hati dengan pilihan dipaparkan, klik Apply Modem tersebut akan dikesan dan selepas tetapan ini dibuat. Untuk membuatkan modem tersebut disambungkan secara automatik, anda boleh ubahsuai tetapan nya dengan klik ikon Network Manager > pilih Edit Connection. Pada tetingkap seperti dibawah pilih Tab Mobile Broadband, klik Edit Menjadi seperti ini kemudian klik Forward lagi

Klik pada ikon Network Manager setelah selesai dan klik kan DiGi Broadband dan mendapat capaian internet. Dapat lihat perbezaan ikon sebelum dan selepas sambungan dibuat? Tandakan Connect automatically untuk sambungan secara automatik dan jika anda mempunyai pengguna lain pada komputer klik Available to all users untuk memberi kebenaran penggunaannya kepada pengguna lain.

Anda juga boleh menetapkan supaya modem tersebut hanya menggunakan sambungan yang dipilih jika Klik pada menu Type Any #Tips : Jika sambungan anda terputus secara tiba-tiba ketika penggunaannya, anda boleh cabut dan cucuk semula modem tersebut atau klik pada ikon Network Manager > Enable Mobile Broadband beberapa kali sehingga anda melihat Mobile Broadband - not enable, klik pada Available (contoh DiGi Broadband) untuk membuat sambungan. 11

TIPS & TRIK: SAMBUNGAN MODEM BROADBAND 3G


Penulis: Puretech

SAKIS3G Sakis3g tidak dipasangkan mahupun terdapat secara lalai dalam kebanyakan Distribusi kerana biasanya Gnome Network Manager sudah memadai. Anda perlu memuat turunnya sendiri di www.sakis3g.org. Pilih versi mengikut versi Distribusi anda sebagai contoh, 32bit muat turun versi i386 atau 64bit muat turun versi amd64. Klik kanan pada fail sakis3g.gz yang sudah dimuat turun tadi dan pilih Extract Here. Klik kanan pada fail sakis3g hasil ekstrak tadi dan pilih Properties. Klik Tab Permissions dan tandakan Execute seperti dalam gambar dan klik Close.

Pada tetingkap ini pilih Interface #0 Klik OK

Dwi-klik fail sakis3g dan pilih Run. Pilih Connect with 3G klik OK Kemudian anda akan dipaparkan dengan tetingkap pilihan penyedia perkhidmatan. Saya pilih 3gdinet kerana saya menggunakan DiGi Broadband. 12

TIPS & TRIK: SAMBUNGAN MODEM BROADBAND 3G


Penulis: Puretech
Ini adalah antara cara yang termudah untuk digunakan. Sebenarnya ada pelbagai cara lagi seperti menggunakan GNOME PPP, KPPP, Wvdail dan sebagainya untuk tujuan yang sama. Cara-caranya, tunggu pada keluaran hadapan. Jika ada sebarang soalan bolehlah diajukan terus ke Forum Jomlinux @ http://forum.jomlinux.com Anda juga boleh membuat pemeriksaan sambungan dengan klik pada menu Connection information.

Anda akan diminta untuk memberikan Username dan Password selepas ini. Jika pakej anda tidak memerlukan semua ini boleh taipkan APN_USER pada Username dan APN_PASS pada Password. Klik OK apabila selesai.

Jika semua berjalan lancar modem tersebut akan disambungkan. 13

KAMI PERLUKAN ANDA!


Tim Sumbu masih lagi kekurangan tenaga kerja. Apa kata anda sertai kami dengan menjadi sebahagian ahli Tim yang membangunkan Sumbu supaya ia terus dapat dihasilkan setiap bulan! Ikuti langkah di bawah;
1. Daftarkan diri ke forum Jomlinux @ http://forum.jomlinux.com 2. Isikan borang Jomlinux @ http://www.jomlinux.com/hubungi 3. Letakkan 'Tim Sumbu' pada ruang Subjek. 4. Isikan username anda di ruang Mesej. 5. Tunggu sehingga kami berikan maklum balas penerimaan anda.

TIPS & TRIK: ARAHAN POPULAR FEDORA


Penulis: tsudakazuki

PLUGIN FLASH rpm -ivh http://fpdownload. macromedia.com/get/flashplayer/ current/flash-plugin-10.0.32.18release.i386.rpm && yum install flash-plugin alsa-pluginspulseaudio libcurl pemasangan aplikasi flash dan fail-fail yang berkaitan.

HAK ISTIMEWA sudo -s buka root shell sudo -s -u user buka shell sebagai user sudo -k lupa kata laluan sudo gksudo [arahan] dialog visual sudo bagi desktop GNOME. kdesudo [arahan] dialog visual sudo bagi desktop KDE. passwd [user] menukar kata laluan pengguna yang sedang log masuk (tanpa [user]) atau pengguna lain bagi pengguna root.

SETUP YUM DAN SUDO su -c 'echo "$USER ALL=(ALL) NOPASSWD:ALL" >> /etc/sudoers' Konfigurasi sudo tanpa perlu memasukkan kata laluan pengguna. rpm -ivh http://download1.rpmfusion.org/fr ee/fedora/rpmfusion-free-releasestable.noarch.rpm \ http://download1.rpmfusion.org/no nfree/fedora/rpmfusion-nonfreerelease-stable.noarch.rpm && rpm --import /etc/pki/rpm-gpg/RPMGPG-KEY-rpmfusion-* && sudo rpm --import /etc/pki/rpm-gpg/* pemasangan yum repo dengan menggunakan repo dari rpmfusion.

15

TIPS & TRIK: ARAHAN POPULAR FEDORA


Penulis: tsudakazuki

SETUP MP3 DAN VIDEO yum install rhythmbox gstreamer-plugins-ugly gstreamer-plugins-bad gstreamerffmpeg pemasangan pemain fail audio rhythmbox (mp3) yum install xine xine-lib-extras xine-lib-extras-freeworld pemasangan pemain fail video xine (avi,mpg dan seterusnya)

PAPARAN Ctrl+Alt+Bksp ulang semula pelayan X, jika pengurus desktop hang nano /etc/X11/xorg.conf mengubah atau melihat paparan konfigurasi pelayan X Xorg -configure mencipta fail konfigurasi yang baharu bagi pelayan X Ctrl+Alt+F[N] tukar terminal ke terminal yang seterusnya mengikut nombor. [N] mewakili nombor. Ctrl+Alt+F1 tukar kembali ke terminal yang asal.

NAMA APLIKASI nautilus pengurus fail bagi desktop GNOME dolphin pengurus fail bagi desktop KDE kate penyunting teks bagi desktop KDE gedit penyunting teks bagi desktop GNOME sudo [arahan] jalankan arahan dengan akses sebagai root.

16

TIPS & TRIK: ARAHAN POPULAR FEDORA


Penulis: tsudakazuki

RANGKAIAN (NETWORK) ifconfig paparkan maklumat antara muka rangkaian (network interface) iwconfig paparkan maklumat antara muka wireless iwlist scan mengimbas rangkaian wireless service network restart Set semula konfigurasi antara muka rangkaian visudo mengubah konfigurasi sudo pada fail /etc/sudoers nano /etc/sysconfig/network-scripts/ifcfg[interface] mengubah atau melihat konfigurasi antara muka rangkaian. [interface] mewakili antara muka rangkaian, eth0..eth1. dan seterusnya. service NetworkManager restart Set semula antara muka rangkaian yang menggunakan NetworkManager. chkconfig --level 35 network on && chkconfig --level 35 NetworkManager off bila mana anda mempunyai masalah rangkaian dengan network manager applet (Desktop). Dengan mematikan NetworkManager dan menukar pada skrip antara muka interface. ifup [interface] menghidupkan antara muka rangkaian. [interface] mewakili antara muka rangkaian. eth0,eth1 dan seterusnya. ifdown [interface] mematikan antara muka rangkaian. [interface] mewakili antara muka rangkaian. eth0,eth1 dan seterusnya.

17

TIPS & TRIK: ARAHAN POPULAR FEDORA


Penulis: tsudakazuki

PENGURUSAN PAKEJ yum update untuk mengemaskini senarai pakej yang boleh dikemaskini. yum check-update menyemak kemas kini terbaharu untuk aplikasi yang dipasang yum install [pakej] pemasangan pakej yum remove [pakej] membuang pakej yum clean all bersihkan cache bagi pakej/data yang telah dimuat-turun ketika proses kemas kini nano /etc/yum.conf mengubah atau melihat konfigurasi lalai (default) bagi aplikasi yum. Mengubah keepcache=1 di dalam fail yum.com untuk menyimpan semua fail yang telah dimuat-turun memperbaiki database yum/rpm: yum clean all yum clean metadata yum clean dbcache rpm -vv --initdb rm -f /var/lib/rpm/__db* rpmdb -vv --rebuilddb

18

TIPS & TRIK: ARAHAN POPULAR FEDORA


Penulis: tsudakazuki

TEMBOK API (FIREWALL) chkconfig iptables on aktifkan servis firewall chkconfig iptables off mematikan servis firewall. iptables -L memaparkan konfigurasi firewall yang sedang aktif. iptables -A INPUT -j ACCEPT membenarkan semua laluan rangkaian iptables -A INPUT -j DROP mematikan semua laluan rangkaian iptables -A INPUT --dport port -j ACCEPT membenarkan laluan rangkaian yang menggunakan port iptables -A INPUT --dport port -j DROP mematikan laluan rangkaian yang menggunakan port iptables -F && iptables -t nat -F && iptables -t mangle -F membuang semua konfigurasi firewall yang sedang aktif

PERKHIDMATAN SISTEM service [nama] status periksa status servis. service [nama] start mulakan servis. service [nama] stop mematikan servis. service [nama] restart mematikan dan memulakan servis. runlevel mendapatkan runlevel yang sedang digunakan. chkconfig --level 35 [nama] on/off setkan servis untuk aktif/tidak aktif pada runlevel 3,5 chkconfig list paparkan status runlevel servis. uname -a paparkan semua maklumat kernel

19

REVIU & TUTORIAL: SSH AUTO LOGIN


Penulis: nawawi
Dalam tutorial ini ditunjukkan cara yang ringkas bagaimana hendak membuat auto login ke remote server dengan menggunakan SSH. Ada beberapa faktor mengapa ada masanya anda inginkan untuk log masuk ke server SSH tanpa perlu memasukkan kata laluan (password). 1)Anda mempunyai skrip yang menghantar fail dengan menggunakan sftp,scp atau rsync+ssh. 2)Anda mempunyai banyak server yang mempunyai kata laluan yang berlainan. 3)Anda malas nak taip kata laluan Jadi, bagaimana caranya? Ayuh kita baca caranya: 1) Pada Terminal anda taipkan arahan dibawah: $ ssh-keygen -t dsa

Output yang diberikan lebih kurang seperti di bawah

2) Tukar kebenaran (permission) fail tadi kepada 600 $ chmod 600 /root/.ssh/id_dsa.pub 3) Salin fail "id_dsa.pub" tadi ke remote server anda sebagai "authorized_keys" dengan menggunakan arahan yang dicadangkan seperti dibawah : $ scp /root/.ssh/id_dsa.pub root@remoteserveranda.com:/root/ .ssh/authorized_keys Jika anda telah ada fail "authorized_keys" di server dan ingin memasukkan (append) key yang baharu, anda boleh menggunakan arahan dibawah : $ cat /root/.ssh/id_dsa.pub | ssh -l root remoteserveranda.com "cat >> /root/.ssh/authorized_keys"

------------------------------------------Generating public/private dsa key pair. Enter file in which to save the key (/root/.ssh/id_dsa): Enter passphrase (empty for no passphrase): Enter same passphrase again: Your identification has been saved in /root/.ssh/id_dsa. Your public key has been saved in /root/.ssh/id_dsa.pub. The key fingerprint is: 87:27:7a:8d:22:13:3f:87:22:cd:ec :0e:eb:e1:29:4a root@petai.sedap.com ------------------------------------------Ketika melakukan arahan ssh-keygen. Ia akan mencipta (create) dua fail 1)Satu fail untuk anda (id_dsa) 2)Satu fail untuk server/public (id_dsa.pub) Anda perlu memindahkan fail "id_dsa.pub" ke server, dan menyimpan fail "id_dsa" jika ingin akses ke server.

Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan rsa atau dsa. Tekan enter bagi sebarang soalan.

20

REVIU & TUTORIAL: SSH AUTO LOGIN


Penulis: nawawi
4) Cuba log masuk ke server anda, jika masih meminta kata laluan, ada beberapa kemungkinan Anda salah salin fail Kebenaran (permission) bagi fail "authorized_keys" masih tidak selamat (secure) Masalah berkenaan konfigurasi server SSH anda. periksa folder ".ssh" di komputer anda, dan juga di server. Jika tiada cipta folder tersebut dengan menggunakan arahan $ mkdir -m 0700 .ssh Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan ke Forum Jomlinux @ http://forum.jomlinux.com/viewtopic. php?f=3&t=1227 KOSONG KOSONG

21

REVIU & TUTORIAL: FEDORA


Penulis: tsudakazuki
Fedora adalah salah satu sistem operasi terpopular berasaskan Linux , selain Ubuntu, Linux Mint, openSUSE dan seumpamanya. Dahulu lebih dikenali dengan Fedora Core ia ditaja oleh Red Hat dan dibangunkan di bawah komuniti Fedora Project. Fedora menggunakan teknologi termaju (cutting edge) iaitu teknologi sumber terbuka yang terkini akan diuji dan diguna pakai oleh pengguna Fedora kemudian diserapkan oleh distribusi linux yang lain. Tidak seperti Ubuntu, Fedora tidak disasarkan kepada pengguna rumah (home user), ia lebih kepada pembangun (developer) bagi mendalami Linux dan lapang sasar RHEL (Red Hat Enterprise Linux). Ini kerana Fedora dan Ubuntu mempunyai matlamat yang berbeza. Matlamat Fedora adalah untuk menghasilkan sistem operasi berasaskan Linux (Linux-base) terbaharu dalam FOSS (Free and Open Source Software), manakala Ubuntu untuk menghasilkan sumber terbuka alternatif kepada Microsoft Windows dan Microsoft Office . Walaupun tujuan asal dan matlamat Fedora bukan untuk pengguna rumah / pengguna akhir, ia tidak bermakna anda tidak boleh mencubanya sebagai distribusi pilihan anda kerana versi Fedora yang terkini, agak mesra pengguna.

Seperti Ubuntu, openSUSE dan distribusi Linux yang lain, Fedora juga terdapat dalam persekitaran desktop GNOME , KDE dan XFCE. Jika Ubuntu mengelaskan antara produk GNOME untuk Ubuntu, KDE untuk Kubuntu dan XFCE untuk Xubuntu, Fedora tidak diklasifikasikan sedemikian rupa.

Anda boleh melayari fedoraproject.org di situ ada disertakan mengenai pengalaman pengguna-pengguna Fedora. Saya tertarik dengan artikel bertajuk Thomas, Doting Dad (Thomas, Bapa Keanak-anakan) . Anak beliau seusia budak tadika sudah boleh menggunakan Fedora untuk bermain aplikasi permainan ataupun pendidikan. Ini menunjukkan Fedora juga mampu menambat hati pengguna akhir untuk menggunakannya. 22

REVIU & TUTORIAL: FEDORA


Penulis: tsudakazuki
Fedora boleh digunakan sebagai tambahan atau sebagai pengganti, sistem operasi lain seperti Microsoft Windows TM atau Mac OS X TM. Sistem operasi Fedora benar-benar percuma bagi anda untuk menikmati dan berkongsi. Jika anda ada permasalahan, jangan malu dan jangan segan, ajukan masalah anda pada majalah Sumbu ataupun terus ke Forum Jomlinux. Spesifikasi Minimum Desktop / Laptop

Kami percaya pada nilai perisian bebas, dan berjuang untuk melindungi dan mempromosikan agar sesiapa pun boleh menggunakan dan menyebarkannya kembali. Tidak hanya sistem operasi Fedora dibuat dari perisian bebas, tapi kami menggunakan perisian bebas secara eksklusif untuk diberikan kepada anda. Kami juga percaya pada kekuatan kerjasama. Pembangun kami bekerja dengan pasukan projek perisian bebas di seluruh dunia yang kita sebut sebagai "Upstream". Mereka membuat banyak perisian yang ditemui di Fedora. Kami bekerjasama secara rapat sehingga semua orang boleh mendapatkan faedah dari pekerjaan kami, dan mendapat akses untuk penambah baik kan secepat mungkin. Dengan bekerja pada arah yang sama dengan pasukan-pasukan projek, kami dapat memastikan bahawa perisian bebas bekerja lebih baik bersama-sama, dan memberikan pengalaman terbaik bagi pengguna. Kami juga boleh merangkumi pembaikan dengan cepat, yang dapat membantu tidak hanya pengguna, tetapi juga pembangun. Kami juga percaya dalam memberi orang lain untuk mengejar visi mereka sendiri dari sistem operasi bebas. Sesiapa pun boleh mencampurkan kembali Fedora menjadi produk baru dengan nama baru. Malahan kami juga menyediakan peralatan di Fedora itu sendiri. Bahkan, Fedora sudah menjadi asas untuk penerbitan / pengeluaran seperti Red Hat Enterprise Linux, One Laptop Per Child XO, dan Creative Commons LiveContends DVD. 23

400MHz Pentium Pro atau lebih baik pemproses (perbandingan AMD, Cyrix, dan VIA pemproses juga diterima) Sekurang-kurangnya 512MB memori (RAM), 1GB disyorkan untuk prestasi terbaik 10GB ruang / simpanan cereka keras

Di bawah adalah petikan yang diambil dari laman web Fedora. APA YANG MEMBUATKAN FEDORA BERBEZA? Kami percaya pada nilai perisian bebas, dan berjuang untuk melindungi dan mempromosikan agar sesiapa pun boleh menggunakan dan menyebarkannya kembali. Tidak hanya sistem operasi Fedora dibuat dari perisian bebas, tapi kami menggunakan perisian bebas secara eksklusif untuk diberikan kepada anda.

BEBAS: PENCARIAN DISTRO YANG SESUAI


Penulis: Puretech
Pengguna baru biasanya akan tertanya-tanya mengapa terlalu banyak Distribusi GNU/Linux di luar sana. Kadangkala boleh menyebabkan kekeliruan untuk memilih mana yang sesuai. MENGAPA TERLALU BANYAK PILIHAN? Jawapan paling sesuai adalah kebebasan. Penggunaan GNU/Linux memberikan kebebasan kepada penggunanya. "Free Software" bukan bermaksud perisian percuma, tetapi perisian bebas. Anda bebas untuk memilih, menggunakan, ubahsuai atau membangunkannya sendiri. Atas dasar itulah maka terbinanya pelbagai Distribusi mengikut citarasa sama ada secara individu mahupun komuniti. Terdapat juga Distribusi yang dibina khas untuk pembelajaran, permainan, multimedia, baik pulih sistem, keselamatan dan sebagainya. MANA YANG SESUAI UNTUK SAYA? Ini merupakan soalan yang biasa di kalangan pengguna baru. Jawapannya juga bergantung kepada siapa ia ditanya. Biasanya jawapan tersebut cenderung kepada pengguna itu sendiri. Jika ditanya pada pengguna Ubuntu misalnya, mereka akan mengesyorkan Ubuntu, jika pengguna Fedora itulah juga saranan mereka dan seterusnya. ADAKAH SARANAN MEREKA SESUAI UNTUK SAYA? Jawapan ini agak sukar untuk dijawab. Bak kata orang rambut sama hitam, hati lain-lain. Ianya bergantung kepada tahap pengetahuan, keinginan, spesifikasi komputer, minat dan usaha anda sendiri. Maksudnya jika anda baru berjinak-jinak dengan GNU/Linux adalah kurang sesuai memilih Slackware atau Arch Linux sebagai pilihan pertama. Tapi jika anda memilihnya juga maka ketika itulah minat dan usaha gigih diperlukan. APA PERLU SAYA BUAT? Cari, baca, tanya dan yang paling penting cuba. Berseronok sambil belajar meneroka sesuatu yang baru. Anda boleh mencuba di zegeniestudios.net. Jawab beberapa soalan ringkas dan hasilnya beberapa Distribusi akan dicadangkan. Anda juga boleh melayari laman web Distrowatch untuk senarai dan reviu yang lebih lengkap. Mungkin anda akan terkejut dengan hasil pencarian Distribusi yang sesuai untuk anda. SAYA SUDAH MEMPUNYAI SENARAI DISTRO YANG DIMINATI. APAKAH LANGKAH SETERUSNYA? Hampir semua pengguna baru bermula dengan Microsoft Windows dimana semuanya perlu dipasang sebelum digunakan. Berbeza dengan GNU/Linux, kebanyakan Distribusi didapati dalam bentuk .iso LiveCD/LiveDVD yang membolehkan ia digunakan terus tanpa memasangnya. Pelbagai cara boleh digunakan untuk mencuba. Antaranya membakarkan ke CD/DVD

24

BEBAS: PENCARIAN DISTRO YANG SESUAI


Penulis: Puretech
pasangkan ke USB untuk dijadikan LiveUSB menggunakan perisian khas seperti UNetbootin, MultiBoot ISO atau boleh cuba bootkan terus .iso tersebut terus dari cakera keras. Atau anda juga boleh memilih perisian seperti VirtualBox sama ada untuk mencuba atau memasangnya secara maya (virtual). Saya dah cuba. Macam mana nak pasang? Sudah mencuba bermakna sebahagian persediaan pemasangan sudah dibuat. Yang tinggal hanya tekan ikon pasang pada sesi Live tadi. Pemasangan terbahagi kepada 2 pilihan yang biasa digunakan. 1.Padam dan guna kesemua cakera keras - Pemasangan penuh membabitkan pemadaman semua data dan memasangkan hanya Distribusi yang dipilih. 2.Sebelah menyebelah (Dual-boot) Pemasangan berjiran iaitu memasang pada partition yang berlainan dan boleh memilih antara sistem operasi semasa anda boot. (disarankan gunakan cara ini untuk permulaan) Gambar menunjukkan pemasangan pada partition pilihan. Tutorial lengkap boleh didapati di sini @ http://www.jomlinux.com/2010/12/03/tutorial-pasangkanubuntu-pada-partition-pilihan/ Untuk cara pemasangan lengkap, anda boleh memuat turun Panduan Asas Ubuntu 10.04 LTS Desktop Edition di sini @ http://www.jomlinux.com/muaturun/ Berikut merupakan senaraikan beberapa Distribusi yang popular untuk rujukan.

Debian - Kebanyakan Distribusi popular menggunakannya sebagai asas pembangunan. Ubuntu - Distribusi sesuai untuk pengguna baru dan lama. Ditaja oleh Conanical. Linux Mint - Cabang dari Ubuntu, projek komuniti yang berkonsepkan terus boleh guna. Fedora - Merupakan Distribusi yang menggunakan teknologi Sumber Terbuka termaju. OpenSUSE - Ditaja oleh peneraju sumber terbuka terkemuka Novell. Arch Linux - Anda diberikan sistem terasnya sahaja. Lain-lain pasangkan mengikut citarasa. Lebih kebebasan untuk memilih. Slackware - Merupakan antara Distribusi terawal. Pilihan pemasangan di tangan anda.

25

BEBAS: TEMU BUAL PENGASAS JOMLINUX


Penulis: Puretech
Sempena keluaran sulung Majalah Sumbu, kami beri peluang kepada pembaca untuk mengenali serba sedikit dengan pengasas Jomlinux, Mohd Fahmi Noorain. Pada pendapat saya, beliau merupakan seorang yang berpegang teguh pada prinsip tetapi masih boleh dibawa berbincang. Ikuti lah soal jawab antara beliau dan Tim Majalah Sumbu. Boleh ceritakan serba sedikit tentang latar belakang saudara? Nak cerita latar belakang agak panjang gak..hhhehe...tapi dari segi belajar bolehlah kot. Mula dengan Sekolah Rendah Islam Seri Al-Huda, Gombak > Sek. Men. Agama Irshadiah, Bagan Datoh > Maahad Muhammadi Lelaki, Pengkalan Chepa dan Pusat Asasi Sains UM. Tak pernah menghabiskan pengajian peringkat universiti Bagaimana saudara boleh terjebak ke kancah linux? Apakah yang menyebabkan saudara begitu teruja dengannya sehingga tertubuhnya Forum Jomlinux? Seingat saya, saya berkecimpung dengan Linux dalam tahun 2006/2007 apabila mencari alternatif pada permasalahan virus di Windows. Dalam mencari-cari itu terjumpalah tentang OS Linux yang dikatakan bebas virus. Ia amat pening pada peringkat awal. Saya rasa ramai yang putus asa kalau mengenali Linux sebab waktu itu saya terpaksa memahamkan apa itu Linux, Ubuntu, Fedora dan lain-lain dan kenapa Ubuntu lain rupanya, Fedora lain rupanya bahkan Ubuntu sahaja sudah mempunyai 4-5 variasi desktop! Lama-kelamaan, belajar sedikit demi sedikit. Kita rasa 'bagus' pasal kita tahu banyak maklumat yang pengguna komputer lain tidak tahu. ketika saya di Pusat Asasi Sains UM (PASUM) -- waktu itu ia tempat lubuk duit. Mereka guna Windows dan mereka sentiasa ada kuasa Administrator. Dan boleh katakan hampir setiap bulan mereka akan memformat desktop atau laptop. Jadi saya berkesempatan untuk gunakan Ubuntu pada waktu itu, 'backup data' dan pasang Windows lanun. (bukan tak mahu pasang Windows asli. Tapi semuanya orang susah. Ada duit buat pergi 'enjoy' bukan beli buku pun..haha) Setelah hampir dua tahun menggunakan Linux terutamanya Ubuntu, pada tahun 2008 saya membuka web Jomlinux.com untuk menceritakan sedikit ilmu yang tahu. Waktu itu gunakan Joomla, web agak berat dan tak berapa cantik. Sehinggalah saya bertemu rakan-rakan mengadakan siri Jom Jelajah, membuka booth, kolaborasi dengan Majalah PC, pembinaan komuniti dan akhirnya tertubuh lah forum ini. Adakah saudara mempromosikan Ubuntu semasa di PASUM dan bagaimana maklum balas mereka? 26

BEBAS: TEMU BUAL PENGASAS JOMLINUX


Penulis: Puretech
Apakah kekangan dan cabaran yang di hadapi oleh saudara dalam menyebarkan sumber terbuka? Kekangan yang terbesar rasanya adalah modal insan. Sebab kebanyakan kita diasuh kepada satu aliran apa yang sekolah ajar itulah dia. Buat server guna Windows, programming dalam Windows..jadi banyak orang yang tak nampak Linux. Kadang-kadang sumber terbuka depan mata tapi tak tahu pun ia perisian bebas macam PHP, MySQL, Firefox, Chromium dan lain-lain. Satu lagi yang menjadi isu, bila kebanyakan yang dalam bidang komputer hanya belajar untuk kerja atau duit. Duit tu penting tapi dalam masa sama kita harus meneroka alam ini seluas-luasnya. Ramai yang belajar aliran Windows atau Mac tak tahu, yang OS ni semua asalnya dari hobi. Kalau mereka meneroka bidang baru, dan jadikannya hobi dicampur dengan keghairahan. Insyallah, duit itu akan ikut sendiri. Jomlinux ini juga bermula dari hobi ketika saya belajar sumber terbuka. Sekarang ia dah masuk Majalah PC. Bukankah itu menakjubkan? Apa yang lebih menakjubkan Linux ini hanyalah hobi seorang pelajar Finland bernama Linus Torvalds. Lihatlah siapa yang pakai produk hobi ini? Google! Apa projek yang saudara telah lakukan selain Sumbu? Adakah projek tersebut berjalan dengan lancar? Projek sebelum ini seperti Jom Jelajah dan lain-lain berjaya dari segi teknikal tapi pada pandangan saya kurang berjaya dari sasaran. Sebab itu ia diberhentikan supaya kami boleh beri fokus apa yang patut diutamakan dahulu. Boleh saudara berikan pendapat peribadi tentang budaya sumber terbuka di Malaysia? Malaysia ada banyak bakat dan potensi dalam IT tapi bila di cerita sumber terbuka, kita agak ketinggalan dalam menghasilkan perisian sumber terbuka yang betul-betul mencakupi kegunaan harian. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor -- kadangkala idea memang bernas tapi tak ada pengurusan yang baik. Begitu juga sebaliknya. Kita ada bangunan dan infrastruktur yang besar dan gah tapi kualiti dan minda yang kelas ketiga. Kalau dilihat Bangalore, India. Dia tak gah macam Putrajaya tapi India antara pengeluar modal insan IT terbesar dunia. Kalau tengok berita baru-baru ini, India ada membuat persidangan KDE. Mereka yang buat sendiri. Kita pula harapkan kerajaan atau dengan kata lain duit rakyat. Pada saya, kita punya pemikiran lebih kepada nak gah berbanding isi. Buat persidangan sumber terbuka nampak besar dan mewah. Satu dunia jemput. Tapi apa persidangan itu bawa impak pada rakyat bawahan, apa impak pada orang kampung yang tak mampu beli CD Windows namun tak ada rujukan untuk Linux juga? Apa impaknya pada 27

BEBAS: TEMU BUAL PENGASAS JOMLINUX


Penulis: Puretech
pelajar universiti yang belajar bidang IT? Akhirnya, kita habiskan puluhan ribu ringgit duit rakyat tapi orang lain yang dapat manfaat. Kecil juga manfaatnya. Jomlinux yang kita buat ini untuk atasi kelompang ini. Sekarang ini tak bawa impak yang besar lagi...tapi dengan bermulanya Sumbu harap-harap ia menjadi impak berterusan. Sumbu juga diharapkan dapat menjadi senjata dua bilah -- satunya untuk mengembangkan Jomlinux dan sumber terbuka dan keduanya memberikan titian lintasan bagi mereka yang mula mengenali dunia sumber terbuka ini. Impian yang sudah dan belum tercapai? Impian dah tercapai nak bina komuniti Linux tapi belum capai tahap 100% dari yang diingini. Impian belum tercapai komuniti yang besar dan gah.. Kenangan pahit manis bersama Linux? Apa yang saya tulis tentang program atau kerjasama yang dibuat di Jomlinux itu merupakan perkara manis, pahit tu pun mungkin banyak macam buat persatuan yang tidak menjadi, kadang-kadang orang tak percaya dengan kita dan Linux dan beberapa perkara lain. Perisian yang biasa digunakan? 28 Firefox, Kdenlive, Avidemux, VLC, LibreOffice dan gedit. Idola sumber terbuka saudara? Mark Shuttleworth dan Linus Torvalds. Kata-kata kepada yang belum menggunakan Linux terutama yang menggunakan perisian cetak rompak. Ingatlah dosa dan pahala..haha... Pesanan kepada pengguna baru? Mula-mula memang susah. Tak ada benda yang senang mula-mula. Nak makan pun kena susah dulu.

BERIKAN MAKLUM BALAS...


Hantarkan artikel, cadangan atau kritikan kepada kami melalui borang online yang didapati dari laman Jomlinux @ http://www.jomlinux.com/hubungi [1]Sila isikan 'Majalah Sumbu' di ruang Subjek. [2]Teks artikel hendaklah dihantar dalam format TXT dan foto dalam format JPEG/PNG sahaja.

TERUSKAN IKUTI KAMI...


Jangan ketinggalan untuk mengikuti majalah Sumbu keluaran akan datang di laman di bawah! Anda juga boleh mendapatkan keluaran sebelum ini di sini. http://www.gumuu.com/jomlinux

29

Anda mungkin juga menyukai