Anda di halaman 1dari 12

PEJABAT PELAJARAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2009 PENDAHULUAN Keperluan guru ganti

di sekolah menjadi semakin penting berikutan pelaksanaan beberapa dasar Kementerian Pendidikan Malaysia seperti pelaksanaan pengajaran pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di mana guru yang mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains dikehendaki mengikuti kursus. Ini menyebabkan guru meninggalkan bilik darjah sama ada sebagai peserta kursus atau tenaga pengajar/jurulatih. Selain itu, dasar penempatan 50% guru siswazah di sekolah rendah menjelang tahun 2010 melibatkan ramai guru bukan siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat perlu disiswazahkan. Semasa guru-guru ini menghadiri kursus sepenuh masa seperti Pra Program Khas Pensiswazahan Guru (Pra PKPG) selama 14 minggu di maktab-maktab perguruan, guru ganti diperlukan bagi mengisi kekosongan yang bersifat sementara di sekolah-sekolah terlibat.

Pihak sekolah mengamalkan pengambilan guru ganti yang kebanyakannya tidak mempunyai pengalaman dan kelayakan ikhtisas. Namun, dengan adanya Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) ini diharapkan masalah pengambilan guru ganti yang tidak berpengalaman akan dapat dikurangkan. Pelaksanaan KGSK juga akan dapat membantu amalan pengambilan guru ganti semasa guru wanita mengambil cuti bersalin selama 60 hari. Perangkaan menunjukkan bilangan guru wanita mengatasi guru lelaki dengan nisbah 2:1. Tujuan Panduan ini adalah untuk memberi gambaran dan garis panduan sekolah bagi melaksanakan program Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) ini dengan berkesan. Semoga kandungan dalam panduan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak bagi melaksanakan program pengambilan guru ganti yang berkualiti. Sekian, terima kasih.

Muka Surat

PEJABAT PELAJARAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2009 LATAR BELAKANG Kekosongan sementara berlaku di sekolah apabila guru-guru terlatih bercuti bersalin atau mengikuti kursus jangka pendek. Bagi mengatasi kekosongan sementara ini, guru ganti yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar lepasan SPM atau STPM yang tidak memiliki latihan ikhtisas telah dilantik secara kontrak. Sekolah dibenarkan mengambil guru ganti sekiranya terdapat kekosongan sekurangkurangnya 28 hari. Kekosongan sementara yang wujud apabila guru berkursus jangka pendek tidak dapat diisi oleh guru ganti. Oleh yang demikian, beberapa rentetan siri mesyuarat di peringkat tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia akhirnya telah meluluskan pelaksanaan KGSK. Persidangan Strategik Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1-4 November 2002 telah meluluskan satu resolusi ke arah penubuhan Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK). Mesyuarat Hal-hal Profesional Bil. 01/2003 yang dipengerusikan oleh KPPM pada bulan Mac 2003 juga adalah berkaitan dengan pelaksanaan ini. Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 31/2003 yang dipengerusikan oleh KSU memutuskan supaya projek rintis diadakan di daerah Batu Pahat dan Muar, Johor Darul Takzim. Mesyuarat Memperkasakan SK dan Pengurusan SAR Bil.12/2004 bertarikh 4 Feb 2004 yang dipengerusikan oleh KPPM telah meminta projek rintis dijalankan juga di negeri-negeri lain ; WP Kuala Lumpur; Jempol, Kuala Pilah, Jelebu di Negeri Sembilan dan Nabawan, Pensiangan di Sabah. Kertas makluman KGSK juga telah dibentangkan di mesyuarat PengarahPengarah Jabatan Pendidikan Negeri 2004 yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Cadangan yang dikemukakan bagi penubuhan KGSK ini telah mendapat sambutan positif memandangkan keperluan guru ganti di sekolah di bawah pentadbiran KPM yang semakin mendesak.

Muka Surat

PEJABAT PELAJARAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2009

OBJEKTIF KGSK Objektif pelaksanaan KGSK adalah bagi mengatasi kekurangan sementara guru di Sekolah apabila terdapat ketiadaan guru yang selama ini diisi dengan guru ganti yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas atau pengalaman. Contoh ketiadaan guru: 1. Guru Cuti Menunaikan Haji 2. Guru Cuti Sakit 3. Guru Cuti Bersalin 4. Guru Cuti Rehat Khas 5. Guru Cuti Tanpa Gaji 6. Guru Bertugas Dalam Kokurikulum / koakademik 7. Guru Kursus Dalam Perkhidmatan KEAHLIAN Ahli dari kalangan KGSK terdiri dari mereka yang mempunyai pengalaman mengajar mengikut kategori berikut: i. Guru Bersara Wajib / Pilihan 1. Pesara Guru Siswazah (SW) 2. Pesara Guru Bukan Siswazah (BS) (* Sijil Ikhtisas , SPM / STPM / Ijazah perlu dikemukakan semasa permohonan) ii. Pemegang Kelayakan Ikhtisas Perguruan (Tiada lantikan SPP : Tidak ditempatkan) 1.Siswazah dengan pendidikan; (SW1Kep) Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian , (SW1Am) Ganeral Degree 2. Diploma pendidikan (BS1) (* Sijil Ikhtisas , SPM / STPM / Ijazah perlu dikemukakan semasa permohonan) iii. Bekas GSTT Sekurang-kurangnya 1 tahun 1.Bekas GSTT Siswazah (SW2Kep) Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian , (SW2Am) Ganeral Degree

Muka Surat

PEJABAT PELAJARAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2009 2. Bekas GSTT STPM/Diploma (STPM) 3. Bekas GSTT SPM (SPM) (* Surat lantikan GSTT , SPM / STPM / Ijazah perlu dikemukakan semasa permohonan) SYARAT LANTIKAN Guru ganti KGSK yang dilantik adalah bertaraf sambilan dari hari ke hari dan tempoh perkhidmatan akan tamat dengan sendirinya apabila guru yang diganti kembali mengajar. Guru ganti KGSK bukan kakitangan kerajaan serta tidak layak menerima apa jua faedah atau kemudahan kecuali elaun yang akan dibayar mengikut kadar harian dibayar atas hari-hari bekerja sahaja serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA), cuti rehat 1 hari selepas genap 23 hari bertugas dalam satu lantikan dengan tidak melebihi 7 hari cuti dalam setahun serta bonus tahunan jika bekerja genap 21 hari dalam sebulan. Walaupun bertaraf bukan kakitangan kerajaan, mereka adalah sentiasa tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran sebagai majikan mereka dan boleh ditamatkan perkhidmatannya pada bila-bila masa tanpa diberi sebarang alasan selepas diberi notis satu hari secara bertulis. KUASA MELANTIK Pejabat Pendidikan Daerah diberi kuasa untuk melantik guru ganti dari kalangan ahli KGSK yang diperlukan oleh sesebuah sekolah dalam daerah berkenaan. Walaubagaimanapun sekolah boleh mencadangkan kepada PPD calon dari kalangan ahli KGSK yang layak dan bersesuaian dengan opsyen yang diperlukan di sekolah tersebut. KEUTAMAAN PENEMPATAN Sekiranya terdapat lebih dari seorang calon ahli KGSK yang sesuai ditempatkan sebagai guru ganti di sesebuah sekolah yang memerlukan, pemilihan dibuat berdasarkan kepada keutamaan berikut:

Opsyen yang tepat atau bersesuaian seperti dikehendaki oleh pihak sekolah
Jarak terdekat dari tempat bertugas

Ahli KGSK yang berpengalaman di sekolah


menengah dan sebaliknya.

menengah akan bertugas di sekolah

Muka Surat

PEJABAT PELAJARAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2009

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Masa bertugas Guru Ganti KGSK bukan waktu kerja pejabat seperti yang telah ditetapkan dalam Perintah Am bab G tetapi sekiranya keadaan memerlukan ia boleh diarah untuk bekerja lebih masa pada masa-masa yang ditetapkan dan ia juga perlu mematuhi segala peraturan kerja pejabat dan arahan-arahan yang sedang berjalan atau peraturan-peraturan serta arahan-arahan lain yang mungkin dibuat dari masa ke masa. Buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan disamping melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap.

GAJI DAN ELAUN Pelaksanaan KGSK tidak perlu melibatkan kewangan khas. Peruntukan sedia ada digunakan untuk melaksanakannya. Pembayaran elaun untuk ahli KGSK hendaklah dibayar di bawah peruntukan Objek Sebagai 29000 (Guru Ganti). Kadar Gaji Harian bagi anggota sambilan hendaklah ditetapkan mengikut gaji permulaan skim perkhidmatan seseorang anggota itu dilantik termasuk mengambil kira kaedah penentuan gaji permulaan bagi skim yang mempunyai unsur multiple entry iaitu mengikut formula berikut: Gaji Permulaan Sebulan Mengikut Skim Perkhidmatan Pegawai Dilantik = Kadar Gaji Asas 23 Hari Bekerja Anggota Sambilan adalah juga layak dibayar ITKA mengikut formula berikut: Kadar ITKA Mengikut Kategori Perkhidmatan Pegawai Dilantik = Kadar ITKA Asas 23 Hari Bekerja

Muka Surat

PEJABAT PELAJARAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2009

Kemudahan Lain Selain dari kemudahan gaji dan elaun yang diterima oleh guru KGSK mereka juga layak menerima kemudahan lain seperti berikut:

Caruman KWSP (kecuali Pesara) Cuti Rehat Bergaji Penuh tidak melebihi 7 hari setahun (1 hari bagi 23 hari bekerja) Bonus jika bekerja 21 hari dalam satu bulan kalender.
Pekeliling dan dokumen berkaitan gaji KGSK Disebabkan tiada pekeliling khusus dalam penetapan gaji guru KGSK maka Pekeliling dan dokumen berikut digunakan dalam menentukan kadar gaji KGSK;

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17, tahun 2005 iaitu Pindaan Formula Gaji Harian,
ITKA dan Cuti Rehat Bergaji Penuh Bagi Pegawai Sambilan.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19, tahun 2005 iaitu Pindaan Imbuhan Tetap Khidmat
Awam Gred 41 dan 42 (Dirujuk bersama surat JPNJ/PKHD/0753(10) bertarikh 27 Disember 2005). Jadual gaji baru DG41, DC41, DGA29, DB27 dan DB17, Panduan Pelaksanaan KGSK Kementerian Pelajaran Malaysia. Asas Pembayaran Gaji Gred Gaji DG 41 (P1T4) DC 41 (P1T5)(Kepujian) DC 41 (P1T3)(Am) DGA 29 (P1T1) DB 27 KUP (P1T1) DB 17 KUP (P1T1) Gaji 1710.60 1653.73 1496.43 1124.57 963.64 656.30 ITKA 300.00 300.00 300.00 160.00 160.00 115.00 Jumlah 2010.60 1953.73 1796.43 1284.57 1123.64 771.30

Muka Surat

PEJABAT PELAJARAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2009

Jadual Gaji KGSK Kategori Ahli SW SW1Kep SW1Am SW2Kep SW2Am BS BS1 STPM SPM Gred Gaji DG41 (P1T4) DC41 (P1T5) DC41 (P1T3) DC41 (P1T5) DC41 (P1T3) DGA29 (P1T1) DB27KUP (P1T1) DB27KUP (P1T1) DB17KUP (P1T1) Gaji 74.37 71.90 65.06 71.90 65.06 48.89 41.89 41.89 28.53 ITKA 13.04 13.04 13.04 13.04 13.04 6.95 6.95 6.95 5.00 Jumlah 87.41 84.94 78.10 84.94 78.10 55.85 48.85 48.85 33.53

* Penetapan Sifir Gaji mulai 1 Januari 2007 berdasarkan keputusan mesyuarat KGSK JPNJ 9 Oktober 2006.

Pusat Tanggungjawab Segala bayaran elaun bagi guru ganti KGSK diuruskan oleh PPD atau Sekolah PTJ sebagai Pusat Tanggungjawab.

Panduan Tindakan dan Proses Kerja Pembayaran Elaun KGSK Bil. Tanggungjawab Tindakan & Dokumen diperlukan Tempoh Bertindak Proses Kerja

Muka Surat

PEJABAT PELAJARAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2009

Mula 1 PPD Meluluskan penempatan guru KGSK (Surat-surat): Tawaran Perkhd. Guru Ganti Pengambilan Guru Ganti Menerima KGSK lapor diri/bertugas Rekod kehadiran Menyerahkan Borang Terima Tawaran Menyediakan Kew 8 & dokumen bayaran gaji/elaun dokumen sah: Tawaran Perkhd. Guru Ganti Pengambilan Guru Ganti Borang Terima Tawaran Kenyataan/Rekod Kehadiran Menghantar Kew 8 & dokumen bayaran ke PPD untuk semakan dokumen sah Tawaran Perkhd. Guru Ganti Pengambilan Guru Ganti Borang Terima Tawaran Kenyataan/Rekod Kehadiran Menyemak & mengesahkan Kew 8 & dokumen bayaran Tawaran Perkhd. Guru Ganti Pengambilan Guru Ganti Borang Terima Tawaran Kenyataan/Rekod Kehadiran Mengambil Kew 8 & dokumen bayaran yang telah disahkan daripada PPD Surat tawaran Surat penempatan Borang Terima Tawaran Kenyataan/Rekod Kehadiran Sebelum / Selepas KGSK ditempatkan KELULUSAN KGSK

Pengetua/Guru Besar Guru KGSK

1 hingga 7 hari daripada tarikh surat

KGSK MELAPOR DIRI

Pengetua/Guru Besar

Sebelum 25 hari bulan pada setiap bulan

SEKOLAH MENYEDIAKAN PEMBAYARAN

Pengetua/Guru Besar

Pada 25 hari bulan setiap bulan

SEKOLAH MENGHANTAR DOKUMEN KE PPD

PPD

3 hari (26 hingga 28 hari bulan tiap bulan)

PPD MENYEMAK DOKUMEN BAYARAN

Pengetua/Guru Besar

1 hari (29 hari bulan)

SEKOLAH MENGAMBIL DOKUMEN YANG DISAHKAN DARIPADA PPD

* GG = Guru Ganti

Bil.

Tanggungjawab

Tindakan & Dokumen diperlukan

Tempoh Bertindak

B
Proses Kerja

B
Muka Surat 8

PEJABAT PELAJARAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2009

Pengetua/Guru Besar

Menyediakan baucer bayaran Kew 8 Surat tawaran Surat penempatan Borang Terima Tawaran Kenyataan/Rekod Kehadiran Menghantar baucer bayaran ke PPD Kew 8 Surat tawaran Surat penempatan Borang Terima Tawaran Kenyataan/Rekod Kehadiran Menyemak baucer

2 hari (29 & 30 hari bulan) SEKOLAH MENYEDIAKAN BAUCER BAYARAN

Pengetua/Guru Besar

Pada 1 atau 2 hari bulan pada bulan berikutnya (tiap-tiap bulan)

SEKOLAH MENGHANTAR BAUCER KE PPD

PPD

Pada 3 hingga 5 hari bulan pada bulan berikutnya (tiap-tiap bulan) Pada 6 haribulan

PPD MENYEMAK BAUCER

10

PPD

Masuk Data ESPKB

PPD MASUK DATA ESPKB

* GG = Guru Ganti

Tamat

PEMANTAUAN

Muka Surat

PEJABAT PELAJARAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2009 Bagi memastikan program KGSK ini berjalan dengan berkesan, aspek pemantauan berikut perlu dilaksanakan di peringkat daerah: i. Pemantauan Pembayaran gaji dan elaun

Aspek pemantuan yang dilaksanakan melalui semakan dokumen yang dihantar oleh pihak sekolah ke PPD seperti Kew. 8 dan Rekod Kehadiran Guru Ganti KGSK pada setiap bulan serta penyediaan boucer pembayaran. Pemantauan ini perlu bagi memastikan segala urusan pembayaran gaji dapat dibuat pada setiap bulan. ii. Pemantauan Prestasi Pengajaran & Pembelajaran

Bagi memastikan prestasi guru ganti KGSK pada tahap yang optimum pemantauan aspek berikut perlu dilaksanakan: A. Perancangan dan Pelaksanaan P&P 1. 2. 3. 4. 5. Persediaan Guru Strategi dan Kaedah digunakan Penggunaan dan kesesuaian bahan bantu Penerapan nilai murni Pencapaian objektif pembelajaran

B. Profesionalisme Guru 1. Pengetahuan isi kandungan mata pelajaran 2. Kesediaan membimbing dan menunjuk ajar 3. Menggalakkan pembelajaran aktif 4. Kawalan kelas 5. Kepelbagaian sumber ilmu guru C. Sikap dan Sahsiah Guru 1. 2. 3. 4. 5. Berpakaian kemas dan bersesuaian Bersopan santun dan berbudi bahasa Bersikap positif Keperihatinan terhadap murid Hubungan dengan rakan sejawat

Guru Ganti KGSK di Sekolah

Muka Surat 10

PEJABAT PELAJARAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2009 1. Sila terima semua guru ganti KGSK yang telah dilantik pada hari pertama ia melapor diri.

2. Serahkan surat tawaran dan borang setuju terima tawaran untuk ditandatangani oleh
guru ganti KGSK.

3. Sila maklumkan ke PPD jika terdapat sebarang kesulitan dan masalah yang timbul. 4. Rekodkan kehadiran dalam buku kehadiran sekolah dan borang kehadiran guru ganti
KGSK.

5. Tentukan matapelajaran dan kelas yang akan diajar dan serahkan buku persediaan
mengajar guru yang digantikan.

6. Sediakan Kew. 8 dalam 4 salinan seberapa segera dari guru ganti KGSK melapor diri dan
hantar ke Pegawai Khas KGSK PPD beserta salinan surat lantikan dan surat setuju terima untuk semakan dan kelulusan. Pastikan butiran Kew 8 dibuat berdasarkan contoh yang dibekalkan.

7. Sediakan dokumen pembayaran mengikut peraturan kewangan sebelum 25 haribulan


pada setiap bulan dan hantar ke Unit Kewangan PPD (PTJ PPD) untuk diproses.

8. Pastikan guru ganti KGSK menerima bayaran gaji pada setiap bulan (berikutnya)
sepanjang ia berkhidmat dan tidak digalakkan daripada mengumpul semua bayaran pada bulan terakhir perkhidmatan kerana ia akan memberi implikasi kepada peruntukan kewangan di samping memberi kesulitan kepada guru tersebut. 9. Sila hantar satu salinan rekod kehadiran guru ganti KGSK kepada Pegawai Khas KGSK PPD bagi tujuan rekod perkhidmatan dalam fail peribadi ahli KGSK.

10. Pentadbiran sekolah dikehendaki membuat pemantauan prestasi guru ganti KGSK
berdasarkan borang prestasi yang dibekalkan secara bijaksana mengikut kesesuaian masa. Laporan prestasi pemantauan ini akan diguna dalam pertimbangan perlantikan guru ganti KGSK tersebut seterusnya. 11. Beri bantuan yang sewajarnya kepada guru ganti KGSK terutamanya yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

BORANG KEPERLUAN

Muka Surat 11

PEJABAT PELAJARAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS PANDUAN PENGURUSAN GURU GANTI KGSK 2009 Semua borang keperluan pengurusan KGSK boleh dimuat turun melalui laman web PPD Cameron Highlands di http://www.geocities.com/kgskbp seperti berikut:

1. 2.
3.

Borang permohonan menjadi ahli Borang permohonan menjadi ahli melebihi umur 65 tahun Borang permintaan guru ganti KGSK sekolah Borang setuju terima tawaran penempatan guru ganti KGSK Rekod kehadiran guru ganti KGSK Panduan Proses Pembayaran elaun guru ganti KGSK

4.
5. 6.

PENUTUP Walaupun terdapat halangan dan cabaran dalam melaksanakan guru ganti, ia boleh dianggap suatu yang bersifat sementara berbanding keperluan KGSK yang telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara dan amat membantu pihak sekolah untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya ketika ketiadaaan guru di sekolah. Guru KGSK terutamanya pesara guru bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan masalah ketiadaan guru di sekolah bahkan menjadi sumber rujukkan guru di sekolah ia ditempatkan. Melihat dari keperluan ini segala perubahan dan penambahbaikan perlulah menjurus kepada peningkatan pengurusan KGSK yang lebih tersusun dan teratur disamping memastikan kualiti ahli KGSK berada pada tahap yang cemerlang gabungan guru lama yang berpengalaman dan guru baru yang bermotivasi tinggi. Adalah diharapkan dan apa yang lebih utama semoga penglibatan guru ganti KGSK ini akan membantu mengangkat prestasi akademik sekolah pada tahap yang lebih cemerlang.

Muka Surat 12

Anda mungkin juga menyukai