Anda di halaman 1dari 28

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 98

UNIT 7 TEKNIK MEMBINA DAN MERANGSANG PEMIKIRAN ANALITIKAL DAN KREATIF


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menghuraikan maksud dan konsep pemikiran analitikal dan

kreatif 2. Membina pemikiran analitikal dan kreatif 3. Mengaplikasikan teknilk pemikiran analitikal dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran

PENGENALAN

Gambar A Rajah 7.1 Persepsi

Gambar B

Perhatikan kedua-dua gambar di atas dari sudut berlainan. Apakah yang anda dapat lihat?

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 99

dakah anda sedar bahawa salah satu aspek penting dalam mekanisme minda ialah persepsi. Persepsi merupakan pemahaman kita tentang sesuatu perkara. Persepsi dipengaruhi oleh pelbagai faktor, yang antara lain pendedahan, umur, environmen, emosi, personaliti dan juga pendidikan. Sebagai contoh, komputer boleh dilihat dari sudut yang berbeza. Kanak-kanak selalunya menganggap komputer sebagai barang mainan atau alat hiburan. Pelajar di universiti melihat komputer sebagai satu kemestian untuk mengakses maklumat dan juga membuat tugasan. Warga emas pula mungkin menganggap komputer sebagai sesuatu yang memeningkan. Pada kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuatu perkara, misalnya suatu objek, anda secara automatik akan menyoal diri anda sendiri. Soalan-soalan yang mungkin anda bertanya adalah apakah objek itu?; apakah kegunaannya?; bagaimana menggunakannya?; dan adakah ia memberi manfaat?. Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang dalam proses berfikir. Untuk mencari jawapan, anda menggunakan aspek yang berikut iaitu pengetahuan (apa yang anda tahu tentang objek tersebut); kemahiran (menyoal diri sendiri tentang objek tersebut); sikap atau nilai (keinginan untuk mengetahui tentang objek tersebut). Oleh itu proses berfikir melibatkan interaksi antara tiga perkara tersebut.

Rajah 7.2 Gambar padang pasir Lihat gambar di atas. Bandingkan persepsi anda dengan persepsi orang lain. Jika terdapat perbezaan, bincangkan punca perbezaan tersebut

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 100

Pada pendapat anda, adakah persepsi individu dapat diperluas dan dipertajamkan? Adakah memiliki persepsi yang luas dan tajam membantu merangsang pemikiran analitikal dan kreatif? Bagaimana?

ISI KANDUNGAN
Apakah pemikiran analitikal dan kreatif?

aiklah. Selepas membuat refleksi tentang kecenderungan berfikir, mari kita bincangkan konsep pemikiran analitikal dan pemikiran kreatif. Pemikiran analitikal tidak banyak bezanya dengan pemikiran kritis. Namun jika diteliti dengan lebih mendalam ada perbezaan yang ketara. Pemikiran analitikal cuba memahami sesuatu perkara secara keseluruhan dengan memahami semua komponennya (misalnya melihat pelaksanaan suatu proses pengajaran dan pembelajaran dengan menentukan bagaimana faktor seperti bilangan murid, kemudahan yang disediakan, mata pelajaran yang diajar dan sebagainya mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran tersebut tanpa membuat apa-apa penghakiman terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tersebut). Pemikiran kritis pula menguna pakai kefahaman dan idea yang timbul daripada pemikiran analitikal dan kemudian menilai kemunasabahan kefahaman atau idea itu berdasarkan kriteria tertentu. Berdasarkan definisi ini kita dapat membuat kesimpulan bahawa kedua-dua pemikiran ini sukar dipisahkan pengunaanya dalam kehidupan seharian. Pemikiran kreatif ialah kebolehan untuk menjana dan menghasilkan idea baru, asli, luar biasa, dan/atau pelbagai melalui ilham atau gabungan idea yang ada. Perkaitan antara pemikiran analitikal, kritis dan kreatif adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.3. KEMAHIRAN BERFIKIR

PEMIKIRAN
-mencirikan -membanding dan membezakan -mengumpul dan mengelaskan -membuat urutan -menyusun mengikut keutamaan -menganalisis -mengesan kecondongan - menilai - membuat kesimpulan

PEMIKIRAN
-menjana idea -menghubungkaitkan -membuat inferens -meramalkan -membuat hipotesis -mensintesiskan -mengitlak -membuat gambaran mental -menganalogikan

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 101

Rajah 7.3 Model pemikiran analitikal, kritis, dan kreatif Bolehkah anda terus mempelajari kemahiran membuat urutan sebelum menguasai kemahiran mencirikan atau membezakan? Kemahiran berfikir dalam Rajah 7.3 telah disusun mengikut hierarki dari kemahiran asas kepada kemahiran yang lebih kompleks. Dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran tersebut perlu diperkenalkan mengikut urutan. Sekiranya dalam pemikiran analitikal, kemahiran yang ingin dipelajari adalah membuat urutan, anda seharusnya telah mempelajari dan menguasai kemahiran yang sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan, membanding dan membeza, serta mengumpul dan mengelas.

Dapatkan maklumat berkaitan dengan teori pemikiran menggunakan Internet atau sumber lain seperti buku atau jurnal. Menggunakan satu atau dua ayat anda sendiri, catatkan idea utama teori berikut:

Teori Pelbagai Kecerdasan (Howard Gardner): _____________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____ Teori Pemikiran Lateral (Edward de Bono): _______________________________________________ __________________________________________________________________________ ________ Teori Split-Brain (Roger Sperry): _______________________________________________________ __________________________________________________________________________ _______

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 102

Teori Kecerdasan Berjaya (Robert Sternberg):


___________________________________________ _________________________________________________________________________________

Pemikiran analitikal

ari kita bincang dengan lebih mendalam pemikiran analitikal berdasarkan pecahannya dalam Rajah 7.3. Kita juga akan masukkan kemahiran menilai sebagai sebahagian daripada pemikiran analitikal yang sukar dipisahkan walaupun ia lebih kepada pemikiran kritis. Berikut ialah penjelasan dan contoh setiap pecahan kemahiran tersebut. Mencirikan Kemahiran ini digunakan untuk mendefinisikan konsep atau item dan juga untuk mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa. Untuk itu anda perlu mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.

Lihat gambar dalam Rajah 7.4. Tuliskan ciri-ciri yang terdapat pada haiwan tersebut.

Rajah 7.4 Gambar seekor burung Untuk membantu anda mencirikan, anda boleh gunakan rajah pancaran di bawah.

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 103

Persamaan Gambar A Gambar B

Perbezaan Gambar A Gambar B

Berparuh _________
Haiwan

berbulu ______________________

Membanding dan membezakan Anda perlu mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran ini digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan. Ia juga digunakan untuk membuat pilihan dan keputusan. Contohnya: Perhatikan dua gambar ini yang mempunyai peristiwa yang sama. Catatkan persamaan dan perbezaan dalam Jadual 7.1.

Gambar A

Gambar B

Rajah 7.5 Gambar peristiwa sambutan hari lahir Jadual 7.1 Persamaan dan perbezaan antara gambar A dengan B

Mengumpul dan mengelaskan Anda perlu mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Selalunya

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 104

kemahiran ini digunakan apabila terdapat banyak item atau maklumat, ataupun item dan maklumat yang tidak tersusun. Diberi sekumpulan item berikut: gelas, bata, kerusi, songkok, pukat, cawan porselin, baju hujan, pen dan pensil. Isikan carta alir Rajah 7.6 bagi menunjukkan secara ringkas proses pengelasan.

Rajah 7.6 Carta Organisasi pengelasan item Membuat urutan Anda perlu menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan. Kemahiran ini digunakan untuk menyusun item atau maklumat supaya mudah difahami dan item tertentu mudah dikesan. Sebagai contoh, berikut ialah senarai kerja untuk memasak nasi: Isi beras dalam periuk Basuh beras Pasang suiz Letak periuk dalam rice cooker Tutup dan lap periuk Susun langkah-langkah kerja bagi memasak nasi supaya menjadi satu urutan yang logik mengunakan carta alir di bawah.

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 105

Rajah 7.7 Urutan cara memasak nasi menggunakan periuk elektrik Menyusun mengikut keutamaan Anda perlu menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan. Kemahiran ini digunakan untuk menonjolkan perkara yangmustahak dan menentukan tindakan yang perlu dibuat dahulu. Anda diberi senarai beberapa item seperti telefon bimbit, televisyen, peti sejuk, lampu, radio, komputer. Susun item tersebut mengikut keutamaan penggunaan anda dan terangkan mengapa. Menganalisis Anda perlu mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Anda boleh menggunakan kemahiran ini untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir. Contohnya: Buat analisis bagi kenyataan berikut: Komputer adalah penting kepada kehidupan. Untuk menganalisis kita perlu: Menentukan kenyataan Komputer adalah penting kepada kehidupan. Huraikan andaian yang tersirat penting kepada kehidupan dari segi komputer : menyampaikan maklumat; berunsurkan pendidikan; memberi hiburan. Membetulkan kenyataan yang telah diperbaiki: Komputer adalah penting kepada kehidupan kerana komputer dapat menyampaikan maklumat yang berunsurkan pendidikan dan memberi hiburan.

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 106

Mengesan Kecondongan Anda boleh mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada sesuatu atau menentang sesuatu. Kemahiran ini diguna apabila terdapat sesuatu pernyataan yang cuba mempengaruhi keputusan atau pendapat seseorang. Anda boleh juga menggunakan kemahiran ini untuk menimbang ketepatan sesuatu sumber maklumat atau pernyataan atau mengenal pasti kecondongan pandangan seseorang. Bagaimanakah kita hendak mengenal pasti kecondongan? Berikut ialah petunjuk kecondongan: Kenyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat Pengitlakan yang keterlaluan Soalan retorik (bersifat mempengaruhi atau bermuslihat) Persembahan atau penyampaian yang berat sebelah Menyatakan pendapat sebagai fakta

Menilai Anda perlu membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti yang sahih. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu atau menerima/menolak sesuatu idea. Bagi pandangan yang jelas terbahagi kepada dua pandangan berbeza, anda boleh menggunakan carta-T untuk membantu anda menilai dan seterusnya membuat keputusan. Rajah 7.8 menunjukkan contoh carta-T.

Positif

Negatif

Rajah 7.8 Contoh carta-T

Membuat kesimpulan Anda boleh membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 107

berdasarkan penyiasatan. Anda boleh gunakan kemahiran ini untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong. Bagaimanakah kita hendak membuat kesimpulan yang baik? Berikut merupakan garis panduan yang boleh diikuti: Kumpulkan maklumat (contohnya dari eksperimen atau kajian) Susun semula maklumat dalam urutan yang lojik Analisis maklumat dan buat gambaran mental untuk mendapatkan sesuatu corak perhubungan Buat pernyataan kesimpulan dengan sokongan bukti yang ada.

Pemikiran kreatif

erkara yang ditimbulkan apabila kita berfikir secara kreatif ialah: kita perlukan idea baru, ada atau tidak cara yang lain, cuba cari kaedah yang lebih mudah, ada atau tidak cara lain untuk menerangkan perkara ini, tolong fikirkan kemungkinan lain, kita tidak mahu lagi penyelesaian cara sekarang, cara ini belum dicuba, ini idea lama dan tentu ada cara lain. Berikut ialah contoh setiap pemikiran kreatif: Menjana idea Anda boleh menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan apabila anda ingin mencari idea baru atau mencari alternatif. Sebagai langkah permulaan anda perlu fokus tentang apa tajuk yang hendak dibincangkan, misalnya, cara mengurus bahan buangan yang sistematik. Anda perlu senaraikan semua idea yang dikemukakan, renung kembali idea yang dikemukakan, tambah lagi idea jika ada, dan hubungkaitkan idea-idea yang telah disumbangkan. Membuat inferens Langkah ini ialah merupakan langkah yang diambil oleh individu untuk membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian. Anda boleh menggunakan kemahiran ini apabila hendak merancang langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan. Contoh situasi: Anda memandang keluar tingkap dan mendapati daun pokok dalam pasu kelihatan tidak bermaya dan berwarna kuning.

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 108

Untuk membuat inferens kita perlu membuat pemerhatian. Dalam situasi ini, pemerhatian anda adalah daun tidak bermaya dan berwarna kuning. Inferens yang boleh dibuat adalah daun tidak bermaya dan kuning kerana kemungkinan tidak disiram beberapa hari. Inferens merupakan kesimpulan awal yang boleh menerangkan pemerhatian. Namun kebenarannya belum diuji kerana penerangan alternatif seperti diserang penyakit juga boleh dipertimbangkan. Menghubungkaitkan Anda boleh membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis, membuat kesimpulan dan mengitlak. Bagaimana langkah penggunaannya? Anda perlu kenal pasti masalah, buat analisis tentang keadaan dan kenal pasti aspek yang boleh dihubungkaitkan. Kemudian, buat pernyataan tentang perkaitan. Meramal Apabila anda membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai, anda telah membuat ramalan. Kemahiran ini digunakan untuk menjuruskan, merancang dan mempertimbangkan pilihan. Apabila anda ingin meramal anda perlu perhatikan atau kumpul maklumat. Kemudian tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat. Kemudian, buat jangkaan yang paling sesuai. Membuat hipotesis Dalam pemikiran kreatif anda boleh membuat penyataan umum yang menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya. Anda boleh menggunakan kemahiran ini pada peringkat awal apabila hendak menjalankan sesuatu eksperimen, kajian atau penyelidikan. Contohnya: Sebuah pusat membeli belah mendapat keuntungan sehari pada hari biasa sebanyak RM 500,000.00, manakala pada hari menjelang perayaan pusat beli belah tersebut mendapat keuntungan sebanyak RM 1 juta sehari. Bagaimana kita membina hipotesis berdasarkan fakta ini? Langkah yang anda perlu ambil adalah perhatikan situasi atau keadaan tersebut. Nyatakan mengapa situasi atau keadaan tersebut terjadi

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 109

sedemikian. Berikan satu jawapan yang rasional sebagai hipotesis. Kemudian anda perlu semak sama ada hipotesis tersebut boleh diuji. Contoh hipotesis yang boleh dijana bagi situasi di atas ialah Keuntungan sehari pusat membeli belah menjelang hari perayaan meningkat dua kali ganda berbanding hari biasa Mensintesis Kemahiran ini menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan dan menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak. Anda boleh menggunakan kemahiran ini untuk membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk. Anda juga boleh menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukisan, peta, rajah, puisi dan laporan. Untuk mensintesis maklumat, apakah langkah-langkah yang perlu diambil? Anda perlu mengenal pasti dan mendefinisikan tajuk, perkara atau subjek terlebih dahulu. Kemudian, kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan. Selepas itu, anda boleh kelaskan idea, data atau maklumat dalam kategori yang berkaitan dengan tajuk, perkara atau subjek. Akhir sekali anda boleh kenal pasti hubung kait antara kategori dengan kategori dan kategori dengan tajuk. Mengitlak Anda boleh membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sesuatu sampel kumpulan. Anda boleh menggunakan kemahiran ini untuk mencari pola, menyusun maklumat dan meramal. Bagaimanakah anda hendak mengitlak? Mulamula anda perlu kumpulkan data. Kemudian cari pola yang sepunya dan buatkan pengitlakan. Selepas itu imbas semula kesahihan pengitlakan yang dibuat. Setelah sahih, barulah kita boleh membuat kenyataan. Menganalogi Seseorang itu boleh membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep dengan cara mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa. Anda boleh menggunakan kemahiran ini untuk memahami konsep atau perkara yang abstrak dengan cara mengaitkannya dengan sesuatu yang maujud yang telah diketahui. Anda boleh membandingkan dua perkara yang tidak sama, kemudian cari sifat yang serupa yang boleh dihubungkaitkan dan nyatakan hubungkait sebagai metafora. Contohnya; membuat analogi mengenai fungsi jantung dalam mengepam darah ke seluruh badan. Untuk membuat analogi kita perlu buat

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 110

perbandingan jantung dengan pam. Kita cari sifat yang serupa iaitu kedua-duanya mengepam cecair. Kemudian kita menyatakan hubungkaitnya iaitu jantung adalah seperti pam. Kemahiran menganalogi akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam seksyen selepas ini. Membuat gambaran mental Apabila anda membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran, anda telah membuat gambaran mental. Anda boleh menggunakan kemahiran ini untuk memahami konsep yang abstrak dan mengingati konsep yang kompleks. Contohnya: Bayangkan apa yang anda akan lakukan jika tsunami melanda secara tiba-tiba di tempat anda. Mereka Cipta Dalam perkara ini, jika anda boleh menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud atau bukan, anda telah mereka cipta. Untuk mereka cipta anda perlu kenal pasti keperluan, cabaran atau persoalan. Selepas itu anda boleh menjana idea dan pilih idea mana yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan. Setelah itu, anda boleh cuba dan uji idea. Jika idea tersebut tidak memenuhi keperluan, anda boleh ubah suai atau pilih idea yang lain.

Apakah teknik yang boleh membina dan merangsang pemikiran analitikal dan kreatif?

nda telah didedahkan dengan konsep pemikiran analitikal dan kreatif. Tahukah anda bahawa berfikir adalah satu aktiviti yang dinamik dan kompleks? Justeru, adalah penting setiap individu belajar teknik berfikir yang betul menggunakan kaedah pemikiran yang telah dicipta oleh pakar-pakar pemikir. Antara teknik memupuk pemikiran analitikal dan kreatif adalah melalui penggunaan:

Peta minda Pengurusan grafik Peta konsep Analogi Pemikiran lateral

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 111

Pelbagai kecerdasan Peta Minda Teknik ini telah dibincangkan dalam Unit 8, Modul 1 dari sudut membantu guru menyusun maklumat yang banyak dan menyampaikannya kepada murid dengan mudah, berkesan, dan bermakna kepada murid. Murid pula lebih menyedari idea dan pengetahuan sedia ada mereka serta dapat mengaitkannya dengan maklumat dan idea baru yang guru sampaikan. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk mencatat nota, mengumpul maklumat dan menyelesai masalah secara kreatif. Mari kita mengulang kaji sedikit cara membina sebuah Peta Minda. Secara ringkasnya, setiap idea atau pun maklumat yang difikirkan akan dilakarkan secara grafik dalam bentuk peta yang merebak dari satu titik permulaan. Rajah 7.9 menunjukkan sebuah Peta Minda berkaitan kesihatan.

Rajah 7.9 Peta Minda berkaitan kesihatan


Sumber: http://www.mindmapart.com/health-mind-map-jane-genovese/

Jadual 7.2 meringkaskan cara menjana sebuah Peta Minda menggunakan teknik penjanaan peta minda berdasarkan Tony Buzan (1995).

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 112

Jadual 7.2 Teknik menjana Peta Minda Teknik Cara-cara menghasilkannya Beri penekanan Guna imej utama Guna tiga atau lebih dari tiga warna untuk setiap imej utama Guna pelbagai saiz cetakan, garisan dan imej Guna ruang yang terancang Guna ruang yang bersesuaian Tunjukkan Guna anak panah untuk mengaitkan satu idea dengan perkaitan idea yang lain Gunakan warna atau kod seperti X, Y, Z Serlahkan Guna hanya satu kata kunci untuk setiap garisan kejelasan Hubungkan garisan-garisan Tebalkan garisan utama Wujudkan ranting utama yang dihubungkan dengan imej utama Gaya sendiri Guna kartun, warna terang dan sebagainya. Lakarkan 4 idea utama bersama ranting-ranting yang sesuai tentang topik berikut: Kesan negatif dan positif penggunaan komputer Pengurusan Grafik Pengurusan grafik boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Pengurusan grafik boleh membantu meningkatkan daya ingatan, motivasi, pemahaman, mengurangkan kebosanan dan menyusun fikiran anda dengan lebih teratur yang membawa kepada peningkatan kemahiran analitikal. Berikut adalah dua contoh pengurusan grafik. a. Merancang
Tugasan Projek Perincian tugasan projek Masa Bajet Sumber Sokongan LainTugas ahli pasukan

Time-line

Bajet

Sumber sedia ada

Penulisan laporan

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 113

b. Membanding dan membeza


Perkara/Ciri-ciri Persamaan Perbezaan

Penutup/Rumusan

Peta Konsep Teknik dengan nama yang sama telah dibincangkan dalam Unit 8, Modul 1. Namun Peta Konsep yang dibincangkan di sini adalah seperti yang disarankan Novak (1991). Ia merupakan gambaran visual yang menunjukkan bagaimana satu konsep itu berkait dengan konsep-konsep yang lain dan boleh dilihat sebagai satu perwakilan struktur pengetahuan. Peta konsep boleh digunakan untuk; Menjana idea (contohnya, sesi pemerahan otak atau brainstorming) Mereka bentuk struktur yang rumit (seperti teks yang panjang, hypermedia, laman web yang besar, dan sebagainya) Menyampaikan idea yang kompleks Membantu pembelajaran dengan secara eksplisitnya mengintegrasi pengetahuan baru dan lama Menaksir kefahaman atau mendiagnosis salah tanggapan atau miskonsepsi murid Proses menghasilkannya dinamai pemetaan konsep. Berikut merupakan langkah-langkah dalam proses membina sebuah Peta Konsep. 1. Senaraikan semua konsep yang terkandung dalam unit pengajaran anda. 2. Jana seberapa banyak ayat bermakna (propositions) yang menghubungkan dua atau lebih konsep. 3. Susun ayat dalam bentuk sebuah peta konsep yang mengandungi konsep (nodes), ayat penghubung (links), dan anak panah yang menunjukkan arah sesuatu ayat itu dibaca. Rajah 7.10 menunjukkan sebuah Peta Konsep yang dibina berasaskan langkah-langkah di atas.

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 114

Rajah 7.10 Peta Konsep tentang beberapa konsep dalam tajuk Daya dan Gerakan mata pelajaran Fizik

Layari laman web di alamat http://cmap.ihmc.us/publications/researchpapers/theorycmaps/theoryunderly ingconceptmaps.htm untuk memahami lebih lanjut tentang teknik Peta Konsep. Analogi Kaedah analogi digunakan untuk membina jambatan konsep untuk murid bagi menghubungkan apa yang diketahui (konsep analog) dengan apa yang baharu (konsep target). Terdapat banyak model pengajaran dengan menggunakan analogi. Namun, Model Pengajaran Menggunakan Analogi oleh Glynn (2007) dipilih kerana keberkesanannya terbukti secara empirikal dalam meningkatkan pembelajaran dan minat pelajar sebagaimana yang banyak dilaporkan dalam jurnal pendidikan sains antarabangsa. Berikut langkah-langkah menggunakan analogi mengikut model ini: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Perkenalkan konsep target Ulang kaji konsep analog Kenal pasti ciri-ciri relevan konsep target dan analog Petakan ciri yang serupa Tunjukkan di mana analogi tidak lagi sepadan Buat kesimpulan

Contoh analogi yang popular ialah analogi antara sistem pengaliran air dengan aliran arus dalam satu litar elektrik. Penting diingat bahawa penggunaan analogi memerlukan guru berhati-hati supaya murid tidak membina kefahaman yang salah apabila mengaitkan secara langsung analog

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 115

dengan target seperti mengatakan air yang berjisim sama dengan arus elektrik yang tidak berjisim. Itulah sebabnya langkah 5 di atas merupakan langkah yang tidak boleh diabaikan.

Pemikiran lateral Berfikir secara lateral melibatkan discarding the obvious, leaving behind traditional modes of thought, and throwing away preconceptions. Dengan lain perkataan pemikiran lateral merupakan proses berfikir secara kreatif menggunakan inspirasi dan imaginasi untuk menyelesaikan masalah dengan melihatnya dari perspektif yang tidak diduga. Bagi merangsang pemikiran analitikal, kritis, dan kreatif melalui pemikiran lateral terdapat alat berfikir yang boleh digunakan yang diperkenalkan dalam program CoRT yang diasaskan Edward de Bono. Beliau menjelaskan dalam membuat keputusan, anda perlu mengambil kira semua faktor (CAF-Consider All Factors), jelas tentang tujuan dan objektif (AGO - Aims, Goals and Objectives), mengenal pasti prioriti (FIP-First Important Priority), mengenal pasti kesan dan akibat daripada tindakan/keputusan yang diambil (C&S - Consequence and Sequel), menerokai tindakan alternatif yang boleh diambil (APC - Alternatives, AGO 1 AGO 2 AGO 3 Possibilities and Choices), dan menilai alternatif yang diambil (PMIPlus, Minus, Interesting). OPV (Other Peoples View) juga boleh digunakan untuk membuat keputusan dengan mengambil kira pandangan orang lain. Ramai pelajar antarabangsa didapati mendaftar di sebuah universiti tempatan. Sehubungan itu, universiti tersebut telah bercadang untuk menawarkan kursuskursus elektif dalam bahasa Inggeris. Anda telah diberi mandat untuk membuat keputusan sama ada langkah ini harus diteruskan. Apakah keputusan anda? Gunakan pemikiran lateral untuk membuat keputusan. 1. Buat AGO

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 116

2. Buat CAF Faktor 1 Faktor 2 Faktor 3 Faktor 4 Faktor 5

3. Buat FIP Faktor-faktor berkaitan Keutamaan

4. Buat APC ______________

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 117

_________________ _________________ 5. Buat C & S Kesan jangka pendek Kesan positif Kesan negatif Kesan jangka sederhana Kesan positif Kesan negatif Kesan jangka panjang Kesan positif Kesan negatif 6. Buat PMI Kebaikan (P) Keburukan (M)

___________________

Menarik (I)

7. Buat OPV Pandangan siapa? Pandangan mereka

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 118

8. Keputusan anda

Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner (1983) yang merupakan pelopor kecerdasan pelbagai menyatakan bahawa teori kecerdasan mempunyai hubungkait yang rapat dengan pembelajaran. Beliau menyatakan setiap pelajar memiliki pelbagai kecerdasan dari segi cara berfikir, bertindak dan belajar di mana kecerdasan setiap murid adalah berbeza-beza. Beliau telah memperkenalkan lapan jenis kecerdasan pelbagai seperti yang dihuraikan dalam Jadual 7.3 di bawah.

Jadual 7.3 Kecerdasan Pelbagai

Kecerdas an VerbalLinguistik LogikMatemati k

Apa dia?

Murid gemar

Guru boleh

Visual -Ruang

Muzik

Kinestetik

Interperso nal

Intraperso nal

Naturalis

-berfikir dengan Teka-teki, membaca, Membuat projek Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 119 perkataan menulis, puisi, penulisan, bercerita -mahir berbahasa bercerita -mendekati -bekerja dengan -menggunakan masalah secara nombor permainan strategi logik - tunjuk ketepatan -rekod maklumat dalam -faham nombor -perlu penyelesaian geraf dan pola abstrak tepat -membina rajah venn -memerlukan penakkulan -cipta imej mental -melukis, mencipta -melukis -berfikir dalam 3D gambaran 3D -memberi pelajar -peka akan - membuka dan peluang mencipta pertalian antara memasang sesuatu sesuatu seperti fesyen objek dan ruang -melihat peta pakaian, bangunan, kawasan bermain dan pemandangan -peka kepada -mendengar dan -galak murid bunyi bukan bermain muzik mengunakan muzik verbal dalam -boleh mengingat dalam lakonan persekitaran, dan bekerja dengan -galak pelajar mencipta termasuk melodi bentuk muzik nemonik muzik dan nada berlainan -memasukkan aktiviti -sedar akan pola -mencipta dan muzik untuk mengajar pada ritma, nada mereplika lagu konsep tertentu (pitch) . -guna pergerakan -bersukan dan -memberi peluang main badan untuk aktiviti fizikal peranan dan berlakon berkomunikasi -menari, berlakon Melibatkan murid dalam dan dan miming aktiviti jasmani menyelesaikan -memberi murid bekerja masalah sambil bergerak -peka terhadap -berkawan -memberi projek perasaan dan -memimpin, berkumpulan mood orang lain berkongsi dan -menyediakan aktiviti -faham dan menjadi orang sumbang saran untuk berinteraksi perantara. menyelesaikan masalah dengan berkesan -bekerja sebagai ahli dengan orang lain kumpulan yang berkesan -peka kepada -kawal perasaan -memberi pelajar belajar perasaan kendiri kendiri pada kadar kendiri -tahu kekuatan -guna kecekapan -membantu pelajar dan kelemahan metakognitif menetap matlamat kendiri -belajar melalui -melibatkan pelajar -guna pemerhatian dan dalam menulis jurnal pengetahuan mendengar dan lain bentuk refleksi kendiri sebagai panduan membuat keputusan -peka kepada -menghabiskan -guna persekitaran

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 120

RUMUSAN
Ikon aktivi ti

engajaran dan pembelajaran berteraskan kemahiran berfikir memerlukan strategi dan pendekatan yang terancang agar ia dapat merangsangkan pemikiran analitikal dan kreatif. Teknik-teknik yang dipelopori pengasas awal dalam pemikiran analitikal dan kreatif dapat membantu dalam proses memupuk pemikiran analitikal dan kreatif. Bagaimanakah teknik-teknik yang telah dibincangkan berupaya memupuk pemikiran analitikal dan kreatif? Setiap teknik itu memerlukan murid mencerakin maklumat, melihat secara terperinci satu-satu konsep dan bagaimana ia berkait antara satu sama lain, yang memerlukan murid membanding beza antara satu konsep dengan satu konsep yang lain. Selain daripada itu proses membina analogi dan peta konsep, misalnya, memerlukan murid menggunakan kreativiti yang akan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif di samping meneliti kesesuaiannya. Ini juga benar bagi proses mengaplikasi konsep pemikiran lateral De Bono dan kecerdasan pelbagai Gardner semasa pengajaran dan pembelajaran.

KATA KUNCI
1. 2. 3. 4. 5. Pemikiran analitikal Pemikiran Kritis Pemikiran Kreatif Pemikiran Lateral Alat berfikir 6. Kecerdasan Pelbagai 7. Kecerdasan Berjaya 8. Teori Split-Brain 9. Peta minda 10. Peta konsep

PENILAIAN KENDIRI
1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, dimaksudkan dengan pemikiran analitikal? huraikan apa yang

2. Senaraikan ciri utama yang menunjukkan sesuatu pembelajaran itu dikatakan berdasarkan pemikiran kritis.

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 121

3. Apakah perbezaan pemikiran kreatif?

utama

antara

pemikiran

analitikal

dengan

4. Apakah yang membezakan antara peta minda dan peta konsep? 5. Bagaimanakah caranya anda hendak membuat keputusan yang bijak?

RUJUKAN
Berry K. Beyer. (1988). Developing a thinking skills program. Boston: Allyn and Bacon. Munir, S dan Azlena, Z. (2004). Aktiviti Berfikir. Petaling Jaya: Prentice Hall. Novak, J. D. (1991). Clarify with concept maps: A tool for students and teachers alike. The Science Teacher, 58, 45-49. Nurulhuda Abd Rahman, et. al. (Eds.). (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan dan KPD3026 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran. Tanjong Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI Pusat Perkembangan Kurikulum. (1999). Kemahiran berfikir dan strategi Berfikir dalam pengajaran sains dan matematik.Kuala Lumpur: Perniagaan Rita Sdn Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Rajendran, N.S.(2008). Teaching and acquiring higher-order thinking skills. Tanjong Malim: Penerbit UPSI Wenning, C.J. (2005a). Levels of inquiry: Hierarchies of pedagogical practices and inquiry processes. Journal of Physics Teacher Education Online, 2(3), 3-11. Available: http://www.phy.ilstu.edu/jpteo/

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 122

JAWAPAN SERTA MAKLUMBALAS


Teori Pelbagai Kecerdasan (Howard Gardner): Setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh diperkembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran

Teori Pemikiran Lateral (Edward de Bono): Pemikiran yang menerbitkan persepsi-persepsi baru yang m.enganjak keluar dari belenggu pemikiran biasa. Ia adalah sejenis pemikiran kreatif yang berasaskan kepada kemungkinan dan perubahan Teori Split-Brain (Roger Sperry): Teori ini menyatakan otak manusia terdiri daripada dua hemisfera: otak kanan dan otak kiri. Hemisfera otak kiri mempunyai kemampuan sains dan teknologi manakala hemisfera otak kanan mempunyai kemampuan seni dan kreativiti. Teori Kecerdasan Berjaya (Robert Sternberg): Teori ini merupakan set kemahiran terkumpul yang diperlukan untuk berjaya dalam kehidupan. Manusia yang berjaya menyesuaikan diri, membentuk dan memilih situasi berdasarkan penganalisaan secara analatikal, kreatif dan kebolehan membuat keputusan yang praktikal. Terdapat ramai pelajar antarabangsa didapati mendaftar di sebuah universiti tempatan. Sehubungan itu, universiti tersebut telah bercadang untuk menawarkan kursuskursus elektif dalam Bahasa Inggeris. Anda telah diberi mandat untuk membuat keputusan sama ada langkah ini harus diteruskan. Apakah keputusan anda?

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 123

1. Buat AGO AGO 1 AGO 2 AGO 3 Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris Menarik ramai pelajar antarabangsa Menjana ekonomi negara

2. Buat CAF Faktor 1 Faktor Faktor Faktor Faktor 2 3 4 5 Ramai pelajar tempatan kurang mahir berbahasa Inggeris Kurang pensyarah yang mahir berbahasa Inggeris Bertentangan dengan dasar pendidikan Meningkatkan pelaburan ekonomi Negara lebih terkenal di arena antarabangsa

3. Buat FIP Faktor-faktor berkaitan Kecermelangan akademik pelajar Kualiti pengajaran Persediaan pensyarah yang berkelayakan Persediaan prasarana Disiplin Kemudahan asas

Keutamaan Persediaan pensyarah berkelayakan Kualiti pengajaran Kecemerlangan akademik pelajar

4. Buat APC prestasi pelajar menurun

pensyarah tidak bersedia bahasa kebangsaan

bersaing dengan

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 124

kurang disiplin 5. Buat C & S Kesan jangka pendek Kesan positif Kesan negatif Kesan positif Kesan negatif Kesan positif Kesan negatif Wujud persaingan yang sehat Tidak dapat menyesuaikan diri Pensyarah meningkatkan ilmu Kesuntukan waktu Pelajar lebih mahir berbahasa Inggeris Pelajar terus tertinggal

Kesan jangka sederhana

Kesan jangka panjang

6. Buat PMI Kebaikan (P) Memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris Banyak sumber rujukan Lebih berkeyakinan Keburukan (M) Pelajar tempatan kurang faham dan akan tercicir Pelajar kurang minat Pensyarah kurang bersedia Menarik (I) Pelajar lebih berdaya saing

7. Buat OPV Pandangan siapa? Pandangan mereka Pandangan pihak kementerian Boleh meningkatkan kemahiran berbahasa dan meningkatkan

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 125

Pandangan masyarakat

pengetahuan terkini untuk berurusan di peringkat antarabangsa Baik, tetapi perlu pastikan bahasa kebangsaan tidak di anak tirikan

8. Keputusan anda Perlaksanaan akan dibuat secara berperingkat-peringkat