Anda di halaman 1dari 6

Dalam mengharungi era transisi modenisma ini, kelulusan akademik yang unggul semata-mata tidak lagi menjadi penentu

kejayaan seseorang pelajar setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan formal. Namun reality pada hari ini izhar memanifestasikam keghairahan golongan pelajar menghayun langkah ke seluruh buana dalam usaha menelusuri belantara ilmu dengan meminggirkan konsep-konsep asas kemahiran yang signifikan. Pelajar begitu bersungguh-sungguh menyaratkan dada mereka dengan ilmu pengetahuan yang bervariasi tetapi telah mengsampingkan kemahirankemahiran penting yang dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam alam pekerjaan nanti. Ini merupakan satu kemestian dan bukannya piluhan untuk pelajaar dengan menjadikan kemahiran sebagai perhiasanb diri dalam usaha menjana modal insan berkualiti yang bakal menjadi peradaban agung yang akan dicontohi oleh negara-negara dunia ketiga pada masa muka. Pokok pangkalnya, apakah kemahiran-kemahiran penting yang perlu didominasi oleh seorang pelajar sebagai pelengkap diri memasuki alam pekerjaan.

Sejajar dengan fenomena yang dibangkitkan, para pelajar sayugia mendominasi kemahiran berpidato dan berhujah dengan bijak untuk mendepani sebarang gelombang besar di alam pekerjaaan. Sebagai pemimpin pelapis negara dalam sektor awam mahupun sektor swasta, para pelajar harus pandai berhujah dan mengeluarkan idea-idea bernas dalam menyumbangkan pembangunan negara. Sebagai pemimpin yang berkarisma par a pelajar harus menguasai kemahiran bepidato dan berani tampil ke

pentas untuk mengemukakan cadangan bernas yang mampu memuncukkan kemakmuran negara supaya negara kita terus unggul dalam pelbagai arena antarabangsa. Pelajar sebagai pewaris bangsa yang bakal mengemudi tampuk pemerintahan negara yang hanya persiagakan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan adalah tidak memadai. Kemahiran berhujah ddan berpidato inimemang penting dalam memastikan intelektual golongan pelajar dikongsi denga seluruh rakyat Malaysia bagi menjamin pembangunan yang pesat yang bagai belut diketil ekornya dan memantapkan keutuhan iktisad negara. Secara tuntasnya pelajar yang memasuki alam pekerjaan sayugia mendominasi kemahiran berhujah yang dapat meningkatkan momentum pembangunan negara.

Sekkiranya ditinjau dari perspektif yang lain, para pelajar juga sewajarnya menguasai kemahiran berbahasa dalam variasi bahasa sebagaipelengkap diri memasuki alam pekerjaan. Dalam mengharungi era langit terbuka yangpenuh dengan onak dan duri ini, penguasaan kemahiran berbahasa merupakan suatu kemestian yang sayugia dihakikatkan oleh para pelajar supaya tidak dihempas badai arus perdana. Sikap hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih sayugia diamalkan oleh para pelajar dalam mendominasi pelbagai bahasa terutamanya bahasa Inggeris yang merupakan bahasa ilmu dan bahasa teknologi. Penguasaan bahasa yang bervariasi dapat mencanai pekerja yang berdaya saing, produktif dan dinamik supaya mampu menjadi pekerja global yang berkompetitif dan mampu bersaing dengan pekerja lain dari seantero dunia. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir pernah menyatakan walaupun negra kita kerdil di pentas dunia, teetapi daya

saing dan perjuangan rakyat Malaysia mestilah sebesar benua. Cirri-ciri pekerja global di negara kita diibaratkan akar dan tunjang kukuh terbenam di bumi tercinta, pucuk dan raning menerjah ke seluruh arena antarabangsa. Jelaslah bahawa kemahiran berbahasa sewajarnya dikuasai oleh golongan pelajar supaya dapat mencanai tenaga kerja yang berdaya saing dan produktif dalam meneruskan perjuangan aspirasi keramat,Wawasan 2020 supaya menjadi reality dan bukannya suatu superfisialiti.

Selaras dengan konteks yang diketengahkan, penguasaan kemahiran berkomunikasi sayugia tidak dipandang enteng sebagai satu senjata yang ampuh dalam mendepani pancaroba dalam alam pekerjaan. Para pelajar harus mendominasi kemahiran berkomunikasi dan beinterasi dengan pelbagai orang yang mempunyai kerenah yang berbagai-bagai. Dengan ini, berulah sesuatu projek atau program dapat dilaksanakan secara lancer melalui kesepakatan minda dan kerjasama bersinergi daripada semua pihak yang terlibat. Komunikasi dan interaksi yang baik antara para pekerja merupakan wahana penting dalam mewujudkan sikap bukit sama didaki, lurah sama dituruni dalam usaha memacukan prestasi sesebuah syarikat ataupun negara kita. Generasi muda sebagai pemimpin pelapis harus dapat berkomunikasi dan mewujudkan persefahama yang baik dengan pekerja bawahannya supaya operasi syarikat dapat berjalan dengan lancer dan mengundang keuntungan yang maksimum. Sementelahan itu, sekiranya seseorang pelajar tersebut bakal tampil sebagai pemimpin negara juga sayugia mengimplementasikan kemahiran berkomunikasi ini apabila menjalin

hubungan diplomatik dengan duta-duta negara lain supaya dapat mewujudkan hubungan yang harmonis antara negara bagi menjamin hubungan yang harmonis antara negara bagi menjamin kestabilan politik dan kemasukan pelabur asing bagi mengukuhkan lagi iktisad negara kita. Pendek kata, kemahiran berkomunikasi merupakan penawar yang paling mujarab dalam mewujudkan persefahaman dan integrasi nasional serta sayugia didominasi oleh para pelajar sebagai perhiasan diri dalam mengharungi alam pekerajaan yang kompetitif ini.

Seiringan dengan isu yang dibangkitkan, penguasaan kemahiran menggunakan komputer dan melayari internet juga muncul sebagai salah satu kemahiran penting dalam menelusuri era ledakan teknologi maklumat ini. Bill Gates pernah menyatakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, sekiranya negara kita ingin duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara G8 di persada sarwajagat maka semua pelajar dari sekolah rendah hinggalah ke institusi pengajian tinggi perlulah celik komputer. Hal ini izhar sekali memanifestasikan kepentingan menguasai kemahiran menggunakkan computer bagi menongkah arus dunia tampa sempadan ini agar tidak terpinggir daripada arus perdana. Aktiviti perniagaan dan perdaganganpada hari ini kebanyakkannya dijalankan menerusi internet dengan menggunakan computer. Justeru, generasi muda sayugia mempunyai kemahiran mengakses computer bagi menjalankan tugas syarikat. Dalam pada itu, para pekerja global juga perlu melayari iinternet bagi meninjau maklumat yang berkaitan dengan produk syarikat mereka,

menjalankan urusan jual beli dengan syarikat luar negara, menempah bahan kimia, berkomunikasi dan berunding dengan pihak atasan syarikat dan lainlain lagi. Selanjutnya, para pekerja sewajarnya kerap melayari internet supaya dapat melengkapkan diri dengan maklumat dan informasi terkini agar tidak menjadi mundur akibat dilanda arus globalisasi. Dengan ini, tenaga modal insane glokal dan global yang berdaya saing, produktif, kreatif dan inovatif dapat dicanai daripada kalangan golongan pelajar yang berintelek bagi meneruskan perjuangan misi dan visi nasional bagi melonjakkan dan memartabatkan imej negara di peringkat antarabangsa. Pokok pangkalnya, generasi muda sayugia menguasai kemahiran menggunakan computer dan melayari internet sebagai perhiasan diri yang sempurna dlam mendepani gelombang dalam alam pekerjaaan.

Dengan ini dapat dirumuskan bahawa pekerja global yang sarat dengan pelbagai ilmu pengetahuan di dada, kreatif dan inovatif dalam menyahhut cabaran sains dan teknologi, berani dan seribu satu macam lagi cirri-ciri dapat dijana sekiranya meraka dapat menguasai kemahirankemahiran penting yang telah dibincangkan di atas. Negara kita mendambakan lebih banyak lagi pekerja glokal dan global yang berdaya maju, dinamik dan bertenaga dalam usaha menghakikatkan konsep modal insane berkualiti yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di samping meningkatkan persaingan dalam perdagangan antarabangsa. Hal iini penting dalam memastikan negara lita terus unggul dan memuncak kemakmurannya di persada antarabangsa dan pembangunan yang bagai belut diketil ekornya terus dikecapi oleh seluruh

bangsa Malaysia. Kecemerlangan dalam akademik sahaja adalah tidak memadai dalam menjana tenaga kerja yang hebat. Hal ini demikian kerana penguasaan kemahiran juga merupakan salah satu elemen penting dalam penjanaan modal insan berkualiti yang bertaraf dunia. Generasi muda sayugia memainkan peranan mreeka dengan efektif dan proaktif dengan mempersiagakan diri selengkapnya dengan ilmu pengetahuan, kemahiran yang pelbagai dan bersahsiah tinggi dalam usaha menzahirkan aspirasi keramat negara, Wawasan 2020 yang bakal membanggakan seluruh komuniti Malaysia khususnya dan mencelikkan mata seantero dunia amnya.

Anda mungkin juga menyukai