Allahumma Antal Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini sempena Majlis Mohon Restu PMR di SMKTR ini,
merafakan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan nikmat-nikmat Mu.
Ya Allah, Ya Azim, Ya Alim.
Kami sedar Ya Allah, bahawa Iman kami tidaklah sekukuh iman Nabi Yusuf, kami juga tidak segagah Nabi
Daud, kami juga tidak sehebat Nabi Sulaiman, maka kerana itulah Ya Allah kau kurniakanlan kami keimanan
yang mantap, kesihatan mental dan fizikal yang sempurna, serta ketajaman akal fikiran.
Ya Allah, Sesungguhnya, Kami amat memerlukan inayahmu dalam meneruskan kehidupan yang penuh
mehnah dan tribulasi ini,
JusteruYa Allah.. berkatilah perhimpunan kami pada pagi yang permai ini. Berkatilah jua usaha-usaha kami.
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami
untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah
apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana
kecemerlangan Ummah, di alam persada ini.
Ya Aziz, Ya Razzak, Ya Karim
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah
Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari larangan Mu. Kurniakanlah Ya Allah kepada kami, rezeki yang
halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.
.
.
.