Anda di halaman 1dari 2

Mengapa saya memilih kerjaya sebagai guru dan apakah sumbangan yang saya akan lakukan.

Kerjaya sebagai guru telah menjadi pilihan ramai graduan-graduan universiti dan juga pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi sesetengah pihak, kerjaya sebagai guru adalah pilihan selamat ataupun pilihan terakhir untuk menjamin masa depan mereka. Sebagai seorang yang memilih guru sebagai kerjaya, saya mempunyai pendapat yang berbeza. Pada 16 September 2010, Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan program Satu Malaysia (1Malaysia) yang berslogankan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Y.A.B Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak menginspirasikan program 1Malaysia kerana ingin membentuk bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi. Tugas melahirkan bangsa berkelas dunia inilah sebenarnya tugas-tugas seorang guru. Ini menjadikan kerjaya guru sebagai satu cabaran untuk melahirkan insaniah. Slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan jelas ketara membuktikan tugas sebenar guru. Mengutamakan rakyat sebagai tonggak perpaduan dan kemajuan negara, guru-guru perlu memastikan institusi sekolah terutamanya murid-murid mendapat hak-hak mereka dan pencapaian pula menjadi teras kekuatan keberkesanan Pembelajaran dan Pengajaran sepertimana yang dinyatakan dalam konsep 1Malaysia untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila berada dalam institusi sekolah, guru berperanan bukan sahaja sebagai pendidik tetapi juga sebagai pemimpin. Sifat jujur, ikhlas, amanah dan berintegriti adalah perkara asas sebagai seorang pemimpin. Bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan semata-mata tetapi seseorang guru perlu mempunyai nilai murni untuk melahirkan modal insan yang berkesan dan kerana faktor itulah kerjaya guru adalah satu kerjaya yang berdepan dengan cabaran. Seseorang guru itu perlu fleksibel ketika berada dalam pelbagai situasi dan suasana. Menyentuh perkara dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan menumpukan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan iaitu; Prasekolah, Literasi dan Numerasi (LINUS), Sekolah Berprestasi Tinggi dan Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah. Berdasarkan NKRA Pendidikan ini jelas menunjukkan bidang pendidikan terutamanya perguruan diletakkan pada satu aras yang tinggi selaras dengan matlamat kerajaan memartabatkan profesion keguruan. Di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.A.B Dato Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007, kerajaan telah merangka enam teras ; Teras 1 : Membina Negara

Bangsa, Teras 2 : Membangunkan modal insan, Teras 3 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan, Teras 5 : Memartabatkan Profesion Keguruan dan Teras 6 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Sistem pendidikan negara yang berorientasikan peperiksaan kadang-kala menyekat kemampuan individu murid, sebagai seorang guru kita bukannya mencipta manusia robot tetapi lebih kepada membina insan. Untuk membentuk insan inilah antara faktor kenapa kerjaya guru menjadi pilihan saya. Saya menganggap guru bukanlah sekadar kerjaya semata-mata tetapi juga sebagai jalan hidup untuk menjadi insan yang lebih baik dan membentuk modal insan yang benar-benar berkualiti. Jika ditanya sekira saya dipilih untuk berada dalam bidang ini apa sumbangan yang saya akan lakukan untuk membuktikan saya benar-benar mampu untuk menjadi guru yang baik ialah ; 1. Melahirkan insan bukan manusia robot, 2. Merealisasikan impian dan hasrat negara, 3. Menjadikan platform guru sebagai jalan untuk berada dalam sector pendidikan yang lebih tinggi, 4. Meningkatkan kemampuan daya fikir dan fizikal murid agar setaraf dengan pendidikan negara-negara maju.

Anda mungkin juga menyukai