Anda di halaman 1dari 88

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

PENGENALAN Walaupun hoki tidak sepopular bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang dipertandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik. Beberapa tahun kemudian di dapati berlaku banyak perubahan dalam peraturan, gaya bermain, alatan dan permukaan bermain. Ini telah membantu kopopularan permainan hoki tanpa menukar bentuk asal dan cirinya. Sehingga hari ini hoki telah dimainkan dibanyak negara oleh setiap lapisan masyarakat. Di tanah air pada tahun 1989 permainan menampakkan perubahan apabila pertandingan Piala Razak (format baru) dua divisyen telah dilancarkan sebagai perkembangan kepada permainan hoki di Malaysia. Buat masa ini tahap hoki negara tidak begitu memberangsangkan. Pencapaian pada peringkat antarabangsa kurang membanggakan. Prestasi pasukan negara seperti yo yo tanpa dapat mengekalkan sesuatu kejayaan dengan berturutan berbanding dengan tahun-tahun terdahulu. Oleh itu disarankan agar satu program yang lebih komprehensif meliputi pembangunan bakat dan semua aspek hoki dari peringkat awal perlu diusahakan. Oleh yang demikian usaha untuk meningkat dan memajukan permainan hoki ini terletak pada semua yang terlibat seperti Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia, Persatuan-Persatuan hoki sendiri samada peringkat daerah, negeri dan negara.

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Bahagian 1
1.1 Sejarah Hoki di Dunia

Walaupun sukar ditentukan dengan pasti bila dan dimana hoki dimainkan buat kali pertamanya tetapi terdapat bukti sejarah yang menunjukkan hoki telah

dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir, ini merujuk kepada(Carl Ward, 1998, ms 7). Bukti ini ditunjukkan atas sebuah dinding sebuah makam Bani Hassan dekat Minia, Mesir yang dibina sekitar 2000 SM. Ia menunjukkan satu lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki. Sebelum penemuan ini, merujuk (www.//us field hockey history & tradition.htm) dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 SM.. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu dan dikatakan hoki adalah permainan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus telah wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Rom sekitar 500 SM. Bas-Reliefs (seni-arca dinding) merujuk (www.//us field hockey history & tradition.htm)) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan. Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain satu permainan kayu yang mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah antara puak-puak tertentu dengan kedudukan yang berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat.

1.2

Sejarah Hoki di Peringkat Olimpik

Perkembanagan hoki di peringkat dunia berlaku apabila sukan ini di terima sebagai salah satu acara dalam sukan Olimpik pada tahun 1896. Walaupun ia diketepikan pada sukan Olimpik tahun 1924 dirujuk ( Yusof bin Ismail, 1998,1991; ms 3) ia diterima kembali dalam sukan Olimpik berikutnya. Kini hoki merupakan acara tetap perjumpaan sukan terbesar ini. Seperti permainan lain, hoki juga memerlukan sebuah badan organisasi khusus di peringkat dunia bagi menyelaras serta menganjur pertandingan di peringkat ini. Maka pada tahun 1924, tertubuh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) atas usaha negaranegara Eropah iaitu Austrlia , Belgium, Czechoslovakia, Hungary, Perancis, Sepanyol, dan Switzerland. Dengan ini, FIH telah menjadi sebuah badan organisasi rasmi mengelolakan pertandingan ini pada peringkat dunia. Antara usaha terpenting badan dunia ini ialah memperkemaskan undang-undang serta peraturan permainan agar semua negara dunia dapat bermain dengan lebih teratur dan lebih menarik. Badan dunia ini juga bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Asia, Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Antara Juara-Juara, Kejohanan Eropah dan Sebagainya.

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

1.3

Sejarah Hoki di Eropah

Apabila hoki diterima semula oleh pemerintah Britain, maka bermula era baru kepada permainan ini di Eropah. Bukan saja kaum lelaki malah kaum perempuan turut bermain. Pasukan hoki pertama ditubuhkan di Britain ialah pada tahun 1840, dan kelab Blackheath di selatan London dianggap sebagai kelab hoki pertama dan tertua di dunia, rujukan ( Yusof bin Ismail, 1998,1991; ms 2). Kelab hoki ini menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861. Kelab ini juga mamperkenalkan undang-undang hoki, yang antara lain ialah cara bermain , penggunaan, pengadil kawasan permainan yang terhad dan mengenakan hukuman kepada permain yang melakukan kesalahan Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah digubal serta diperkemaskan dalam satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, Wimbledon Club telah merumuskan undang-undang yang lebih baik dan kemas untuk permainan ini. Pada tahun 1886 bermulalah permainan hoki sukan yang kini merupakan salah satu sukan yang paling diminati di dunia. Dari England permainan ini tersebar ke negara lain seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah.

1.4

Sejarah Hoki di Malaysia

Sukan ini di perkenalkan oleh askar inggeris yang bertugas di negara ini sekitar tahun 1892. Namun pada peringkat ini, ia hanya berjaya manarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di sini. Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat ini. Pada tahun 1904 perlawan pertama diantara selangor

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

dan singapura. Manakala permainan yang melibatkan pendidik tempatan ialah antara negeri-negeri melayu bersekutu dengan negeri-negeri selat. Pada tahun 1932 Malaysia telah mempunyai pasukan hoki sendiri. Manakala pada tahun 1946 liga hoki mula di perkenalkan. Tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras dan menjayakan kejohanan hoki pertama anjuran MHF pada tahun 1951. Pada tahun 1953 Persekutuan Hoki Antarabangsa telah mengiktiraf persekutuan Hoki Tanah Melayu dan Tun Abdul Razak telah menjadi presiden pertama beliau juga telah menghadiahkan sebuah piala yang dinamakan Piala Razak dan pertandinagn yang pertama pada tahun 1963. Kini presiden MHF ialah Sultan Azlan Shah iaitu sultan perak

2.

Kedudukan Hoki Malaysia Buat masa ini tahap hoki negara tidak begitu memberangsangkan. Pencapaian

pada peringkat antarabangsa kurang membanggakan. Prestasi pasukan negara seperti yo yo tanpa dapat mengekalkan sesuatu kejayaan dengan berturutan berbanding dengan tahun-tahun terdahulu. Tetapi akhir- akhir ini pasukan hoki negara telah memperbaiki kedudukan pada pertandingan piala dunia, tempat ketiga pada sukan Komenwelth dan pingat emas disukan SEA yang baru lepas. Jika dibandingkan dengan negara asia yang lain seperti Korea, pasukan kebangsaan masih ketinggalan. Walaupun umum mengetahui bahawa pasukan Melaysia telah lama wujud berbanding pasukan Korea. Oleh itu disarankan agar satu program yang lebih komprehensif meliputi pembangunan bakat dan semua aspek hoki dari peringkat awal perlu diusahakan

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

BAHAGIAN 2

Padang hoki Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini serta mempunyai tanda-tanda yang diperlukan dalam permainan ini. Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk segiempat bujur yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang berumput biasa kerana bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan seperti takungan air atau rumput, terutama jika terdapat padang yang berumput panjang. 22.90 m 14.63 m 91.40 m

55.00 m

.
6

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

PADANG HOKI BAHAGIAN 3 1. Peralatan 1.Kayu Hoki Kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknya digambarkan seperti berikut:-

Kayu Hoki
Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan. Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan tingginya seseorang pemain dalam permainan. 7

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah antara 510 g hingga 624 g untuk wanita dan antara 510 g hingga 794 g untuk lelaki. Bagaimanapun biasanya kayu yang beratnya 510g- 624 g sering digunakan.

Kayu hoki hendaklah ddisimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.

2.Bola Bola hoki yang diluluskan oleh Persatuan Hoki Antarabangsa diperbuat daripada kulit pada bahagian luarnya. Bola jenis ini boleh digunakan untuk pertandingan, manakala bola jenis plastik pula adalah sesuai untuk digunakan bagi latihan sahaja. Bola bersalut kulit amat sukar untuk menjaganya kerana ianya perlu dicatkan dengan warna putih apabila kelihatan pudar. Juga ianya senang meresapi air. Sebaliknya, bola jenis plastik amat senang untuk menjaganya dan tidak mudah diresapi air. Berat bola hoki ialah antara 156 g hingga 163 g.

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

3.Pakaian Mana-mana pakaian yang agak selesa bagi pemain atau pasukan boleh digunakan dalam permainan hoki. Untuk mengelakkan daripada kemalangan atau kecederaan pemain perlu menjauhkan daripada memakai benda yang tajam. Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua set jersi yang berlainan warna dan bernombor di belakangnya. Seluar pendek digunakan oleh pemain lelaki, tetapi mereka boleh juga menggunakan track bottom. Undang-undang hoki antarabangsa telah menetapkan, iaitu pemain perempuan memakai skirt pendek (tunic) ketika bermain dalam perlawanan antarabangsa atau pertandingan yang diiktirafkan. Peralatan lain yang diperlukan oleh pemain hoki ialah but, stoking panjang dan shin pad. Pemakaian but amat penting terutamanya jika padang basah atau

lembut bagi mengelakkan pemain daripada terjatuh.

4.Pengadil Setiap perlawanan hoki diadili oleh dua orang pengadil. Pengadil mempunyai kuasa mutlak ke atas setiap perlawanan. Walau bagaimanapun terdapat dua orang pengadil, mereka saling bekerja sama diantara satu sama lain disamping masing-masing membuat keputusan dalam kawasan yang ditentukan. 9

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Pemain diingatkan agar bermain mengikut arahan pengadil. Jika pemain di dapati melakukan kesalahan mereka boleh dihukum oleh pengadil. Pengadil yang baik, cekap dan jujur boleh menjamin permainan yang baik dan bermutu.

Walaupun pengadil mempunyai kuasa mutlak dan keputusan mereka adalah muktamad, namun bantahan boleh dibuat ke atas keputusan yang dianggap tidak wajar atau salah.

Caranya ialah dengan mengemukakan bantahan secara bertulis dan hendaklah diberikan kepada jawatankuasa atau orang yang bertanggungjawab dalam satusatu perlawanan atau kejohanan.

Selain itu, dalam perlawanan hoki disediakan juga penjaga waktu. Penjaga waktu akan menentukan masa permainan dimainkan dalam jangka waktu yang ditetapkan, iaitu 35 minit bagi satu tempoh permainan, tidak termasuk masa rehat dan masa kecederaan. Dalam permainan hoki pengadil tidak menentukan waktu tetapi ada orang khusus.

Pada setiap perlawanan hoki, pihak penganjur juga perlu menyediakan peralatan dan kemudahan perubatan dan pertolongan cemas. Ini penting kerana untuk

memberikan rawatan segera kepada mana-mana pemain yang tercedera dalam permainan.

10

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

1 . PENGENALAN KAYU HOKI 1.1 Kayu hoki boleh dibahagi kepada tiga bahagian iaitu kepala kayu atau bahagian hujung bawah yang digunakan untuk meemukul bola. Batang kayu dan handle atau bahagian yang dipegang 1.2 Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan. 1.3 Panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan tingginya seseorang pemain. 1.4 Kebiasaanya panjang kayu hoki di antara 0.89 meter hingga 0.94 meter atau 26 ke 38 inchi. 1.5 26 inchi dan 28 inchi kayu hoki digunakan bagi pemain belia atau muda. Manakala panjang kayu hoki 37 dan 38 digunakan bagi pemain dewasa atau berpengalaman.

Up to 4'

4'-4'3

4'4-4'6

4'7-5'

5'1-5'3

5'4-5'6

5'7-5'8

5'9 +

26"

28"

32"

34"

35"

36"

37"

38"

Carta menunjukkan panduan untuk memilih stick mengikut kesesuaian saiz dan tinggi seseorang.

1.6 Pemilihan kayu hoki biasanya bergantung kepada ketinggian seseorang individu . 1.7 Kebiasaanya pemain memilih saiz kayu hoki ( stick ) berdasarkan kepada keselesaan memegang dan menggunakannya.

11

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

2. STRUKTUR KAYU HOKI

2.1 Berat kayu pada masa kini adalah 340 ke 737 gram. 2.2 Permukaan sebelah kiri kayu adalah rata (flat). 2.3 Permukaan sebelah kanan atau belakang ( Back Stick) pula adalah melengkun( curve). 2.4 Bola hanya boleh dipukul di bahagian permukaan yang rata ( flat ) . Manakala bahagian yang tidak rata itu (bahagian bulat) tidak boleh digunakan untuk memukul bola.

Permukaan Rata (flat)

permukaan belakang ( back stick )

12

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

3. BENTUK DAN BAHAN KAYU HOKI

3.1 Kayu hendaklah lurus dengan satu hujung yang berlekuk. 3.2 Semua bahagian tepi kayu hendaklah dibulatkan. Keseluruhan kayu hendaklah licin dan bebas dari apa-apa tonjolan yang kasar atau tajam. 3.3 Kayu dalam kawasan C D adalah rata dibahagian kiri sahaja ( bahagian yang ditunjukkan pada gambarajah di atas ). 3.4 Bahagian permainan adalah keseluruhan bahagian yang di gambarajah. Bahagian yang bukan permainan hendaklah dibulatkan. 3.5 Panjang ekstinsi lekuk terbuka hujung kayu ke arah paksi X+ ialah maksima 100 mm ditunjuk dengan garisan D. 3.6 Kayu boleh mempunyai sisihan dari A dan A1 sehingga maksima 20 mm ( ditunjuk dengan garisan B dab B1. 3.7 Termasuk balutan tambahan yang dipakai, kayu hendaklah mampu melepasi satu gelang yang berukuran diameter bahagian dalam 51 mm.

13

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

BAHAN KAYU HOKI


3.8 Berbagai-bagai bahan digunakan untuk membentuk kayu hoki supaya menentukan kekuatan dan penentuan sifat kayu hoki tersebut. 3.9 Namun ia bergantung kepada keteguhan kayu dari segi kekuatan dan kekerasan kayu hoki tersebut serta selain daripada asas kekerasan kayu. 3.10 Kekuatan memukul bola hoki juga diambil kira. Dibawah adalah antara bahanbahan yang dibenarkan untuk membuat kayu hoki ;

FIBERGLASS - Untuk kekuatan asas dan katahanan kayu hoki KEVLAR - Untuk meningkatkan kekuatan dan asas gerakan serapan CARBON material yang lebih baik atau kuat DYNEEMA - Untuk gerakan serapan yang baik dan unggul

4. BENTUK KEPALA KAYU HOKI ( TOE LENGTH ) 4.1 Bentuk kepala kayu boleh di bahagikan kepada tiga jenis iaitu Shorti, Midi dan Hook. 4.2 Kepala kayu hoki hanya dibuat daripada kayu , logam dan benda-benda lain tidak boleh ditambah di mana- mana bahagian. Pinggir pinggir yang tajam dan serpihanserpihan yang merbahaya tidak dibenarkan.

14

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Shorti. Kepala hoki yang tradisional ialah jenis shorti merupakan kayu hoki yang menjadi kegemaran mereka yang mempunyai kebolehan yang tinggi dalam memukul bola hoki kerana ia lebih seimbang. Malah ia lebih teguh atau kuat dan tahan lama serta sesuai diperbuat daripada kepingan kayu

Midi
Kepala midi dibuat bertujuan untuk memudahkan mengelecek, membawa bola dan memukul atau melibas bola. Namun kayu ini juga tahan lama sama seperti kepala shorti tapi perlu diingat kayu ini diperbuat daripada lapisan kayu dan ia memerlukan penjagaan yang rapi.

Hook
Kayu hoki yang berbentuk hooks (mencangkuk) menpunyai permukaan yang luas memudahkan penerimaan bola dan mempunyai permukaan yang luas untuk pukulan.

15

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

5. JENAMA DAN JENIS KAYU HOKI YANG SERING DIGUNAKAN 5.1 Terdapat pelbagai jenama atau jenis kayu hoki yang digunakan oleh seseorang pemain hoki. 5.2 Antara jenamanya ialah Grays, Dita Terra, Kookaburra, TK Matrix, Malik, Slazenger, Mercians, Super Bows, Hernmberg dan sebagainya. DITA TERRA TK MATRIX

MERCIANS

GRAYS

16

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

5.3 Kayu hoki bagi penjaga gol pula berbeza dengan kayu hoki pemain yang lain. Kayu hoki yang digunakan oleh penjaga gol di panggil kinked ( seperti gambarajah di bawah). Ia mempunyai permukaan yang luas untuk menyelamatkan bola dari memasuki gawang. 5.4 Bagaimanapun, kayu bentuk ini boleh digunakan oleh pemain yang lain.disebabkan kayu ini memudahkan pemain untuk mengelecek dan menerima bola.

KAYU HOKI BAGI PENJAGA GOL

Kayu Hoki Lama

17

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

5.5 Jenis kayu hoki ini tidak lagi digunakan lagi pada masa sekarang namun begitu kayu hoki ini merupakan salah satu contoh atau model yang mana menjadi perintis kepada perkembangan penciptaan kayu hoki yang terbaik dan terbaru 5.6 Selain daripada berat ataupun keseimbangan yang menjadi ciri-ciri atau sifat yang dititik beratkan pada kayu hoki, terdapat dua ciri atau sifat yang memainkan peranan penting dalam membuat kayu hoki ialah ambil berat terhadap keteguhan kayu hoki dan reka bentuk kepala kayu hoki.

ASPEK KESELAMATAN DALAM PERMAINAN HOKI Setiap pemain tidak boleh boleh memakai benda benda lain yang boleh menyebabkan bahaya kepada pemain pemain lain. Dengan itu, setiap pemain perlu menitik beratkan aspek keselamatan diri kerana dalam sukan hoki ini sendiri risiko untuk mendapat kecederaan adalah amat tinggi. Setiap pemain dalam sesuatu pasukan pada peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa perlu mematuhi syarat syarat pemakaian yang telah ditetapkan oleh FIH. Antara aspek yang dititik beratkan oleh FIH ke atas setiap pemain adalah pemain padang dinasihatkan atau disyaratkan supaya memakai pelindung betis(pad), buku lali(kickers) dan pelindung mulut.

Penjaga gol
a. Selain daripada pemain padang, penjaga gol juga perlu memastikan aspek keselamatan diutamakan. Ini kerana penjaga gol mempunyai peluang untuk mendapat kecederaan adalah lebih tinggi berbanding dengan pemain padang. 18

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

b. Oleh itu, penjaga gol dikehendaki memakai baju atau pakaian meliputi sebarang pelindung bahagian di atas tubuhnya. Baju atau pakaian ini hendaklah berlainan warnanya daripada yang dipakai oleh pemain pemain pasukannya mahupun daripada pasukan lawan. c. Selain itu juga, penjaga gol diwajibkan memakai pelindung kepala (protective headgear) kecuali semasa mengambil (bukan mempertahankan) penalti strok. d. Antara peralatan yang perlu dipakai oleh penjaga gol ialah pelindung kepala yang sesuai iaitu helmet berpelindung muka dan penutup seluruh kepala termasuk bahagian belakang dan kerongkong disyorkan. Pelindung kepala yang direka bentuk dan diluluskan untuk permainan hoki ais biasanya memenuhi keperluan kebanyakan penjaga gol. e. Penjaga gol juga dinasihatkan memakai lain lain peralatan pelindung (misalnya untuk melindung badan, tangan, siku, peha, lutut dan sebagainya) pada setiap masa. Berikut ialah peralatan pelindung yang dibenarkan untuk kegunaan penjaga gol seperti pelindung tubuh, pad kaki, lengan, (upper arm), lengan (forearm) dan siku. f. Namun begitu, pad, penendang dan pelindung tangan tidak dibenarkan mempunyai bahagian tepi yang kasar atau tonjolan. g. Pad hendaklah mempunyai lebar maksima semasa dipasang kepada kaki penjaga gol ialah 300mm. h. Pelindung tangan pula lebar maksima 228mm semasa diletakkan di atas permukaan yang rata dan menghala ke atas, manakala panjang maksima 355mm iaitu diukur dari bawah ke penghujung. Tiada pengubahsuaian atau tambahan bagi

19

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

membolehkan kayu melekat kepada pelindung tangan semasa kayu tidak dipegang. i. Tidak dibenarkan memakai pakaian atau alatan tambahan yang membolehkan secara tiruan menambahkan saiz badan atau bahagian yang dilindungi.

Gambarajah pakaian/ peralatan penjaga gol

20

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

PENJAGA GOL

PAKAIAN LENGKAP PENJAGA GOL HOKI

21

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

PELINDUNG KAKI (PADDING) PENJAGA GOL

PELINDUNG BETIS/ KAKI PELINDUNG BUKU LALI/ PENENDANG

SARUNG TANGAN/ GLOVE

22

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

(HELMET) PELINDUNG KEPALA

PELINDUNG DADA

23

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

SELUAR PENDEK/ PELINDUNG PEHA

HELME T JERSI PE
GLOVE

PAD

KICKERS PAKAIAN LENGKAP PENJAGA GOL HOKI

24

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

CHEST P

PAD

PERALATAN PENJAGA GO

Senarai Pakaian dan Peralatan


1. Penjaga gol a. Pakaian Jersi penjaga gol Seluar penjaga gol Stokin Kasut

b. Peralatan Pelindung kepala/ helmet (protective headgear) yang sesuai. Pelindung tubuh/ dada Pad kaki (300mm) Penendang (kickers)

25

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Sarung/ pelindung tangan, (228mm) - lebar dan (355mm) - panjang Seluar pendek/ pelindung peha Pelindung lengan (upper arm) Pelindung lengan (Forearm) Pelindung siku Kayu hoki

BAHAGIAN 4 1. Bagaimana Bermain Hoki Seperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan ragbi, hoki juga dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain setiap pasukan. Tujuan untama permainan permainan ini ialah memasukkan bola kedalam gol lawan. Bola hendaklah dipukul dengan kayu yang dibentuk khas untuk permainan ini.

26

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Pemain tidak dibenarkan menyepak, melontar atau mengenakan bola kepada mana-mana bahagian badannya kecuali penjaga gol dengan mematuhi undang-undang tertentu

BAHAGIAN 5 KEMAHIRAN ASAS BERMAIN HOKI

1.

MEMUKUL BOLA

Memukul bola Hantaran dalam permainan hoki dilakukan dengan cara memukul bola. Pukulan dibuat semasa bola dalam keadaan pegun dan juga selepas menggelecek bola. Pegangan Tangan kiri menggenggam bahagian atas kayu hoki secara berjabat tangan. Tangan kanan rapat dengan tangan kiri. 27

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Kedudukan badan dan bola Posisi badan mesti selesa dan condong sedikit kehadapan

Cara memukul Letakkan kaki kiri bertentangan bola. Bola diantara 9 12 inci dari kaki kiri. Bahu kiri menghala ke arah sasaran badan di atas bola. Ayun kayu ke belakang dan pastikan lengan bengkok sedikit. Ayunkan kayu ke bawah melalui bola. Kedua-dua siku lurus apabila bola dipukul. Mata sentiasa perhatikan bola. Ayunan kayu mengikut hala lajakan. Kekuatan didapati dari pada penukaran berat badan dari kaki belakang ke kaki depan dan dari kelajuan ayunan.

Kesalahan yang perlu diperhatikan :i. Bola terlalu rapat atau terlalu jauh dari kaki. ii. Kepala tidak di atas bola. iii. Bahu kiri tidak menghala ke arah sasaran. iv. Kepala dinaikkan apabila memukul. v. Pukulan tidak licin dan tidak sinambung.

Fasa Memukul
28

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

2.

MENAHAN BOLA

Menahan bola dari arah hadapan Pastikan badan berada di hadapan bola dan selari dengan arah bola. Kayu menegak dengan kepalanya rapat pada permukaan padang untuk mendapat kawasan menahan yang luas. Perhatikan bola sehingga ia ditahan. Pegangan tangan kanan dilonggarkan dan tangan kiri ke depan supaya kayu hoki dicondongkan untuk mengawal dan menghentikan bola. Sentiasa perhatikan bola sehingga ia sentuh kayu hoki.

Fasa Menahan Bola Arah Hadapan

29

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Kedua-dua kaki menghala ke arah bola yang hendak ditahan dan pemain bersedia untuk membuat satu hantaran atau pergerakan.

Menahan bola dengan kayu kilas Membawa kayu dari sebelah kanan ke sebelah kiri mengikut arah pergerakan bola. Kaki kanan disilangkan Kayu dikilas untuk menahan bola. Pastikan kedudukan kepala di atas bola. Sentiasa perhatikan bola sehingga bola ditahan. Bersedia untuk membuat pergerakan selepas menahan bola.

30

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Fasa Menahan Bola Cara Kilas

Ansur Maju Kemahiran Memukul dan Menahan Bola Aktiviti 1 : Memukul bola dan menggelecek rapat Pemain memukul bola dengan kuat dengan cara yang betul. Selepas memukul, pemain membawa bola ke tempat permulaan dengan menggelecek rapat (gambarajah dibawah Aktiviti 2 :

Memukul bola

31

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Dua pemain, yang berdiri bersemuka pada jarak 10 ela, memukul bola ke arah satu sama lain. Bila pukulan memuaskan, jarak ditambahkan kepada 15 ela, 20 ela, 30 ela dan seterusnya. (gambarajah dibawah)

Aktiviti 3 : Berpasangan Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 20 ela dengan skitel atau kon diletakkan ditengah-tengahnya sebagai sasaran pukulan. Pemain perlu cuba menjatuhkan skitel itu dengan pukulan bola. Masa ditetapkan untuk menjalankan aktiviti ini dan pemain yang dapat menjatuhkan skitel yang banyak adalah pemenang.(gambarajah dibawah)

Aktiviti 4 : Permainan pukulan (Hitting game)

32

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Jarak diberi dan pemain diminta memukul melintasi jarak itu. Pemain yang memukul paling kemas dikira sebagai pemenang. (gambarajah dibawah)

Aktiviti 5 : Memukul bola beberapa langkah ke hadapan. Memukul bola yang tidak bergerak dengan satu langkah ke hadapan dan diikuti dengan 2,3 langkah seterusnya.

Aktiviti 6 :

33

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Seperti Aktiviti 5 tetapi kali ini dengan kelajuan yang berbeza, iaitu perlahan, sederhana dan deras.

Aktiviti 7 : Pukulan bola dengan tepat melalui skitel atau kon.

Aktiviti 8 : Pukulan berganti-ganti berterusan (4 pemain) Jarak antara pemain ialah 20 ela. A pukul ke B dan terus lari kesebelah garisan B. B menahan bola itu dan memukul ke C. C menahan dan pukul ke D. D menahan dan membuat pukulan ke B dan seteusnya. Keempat-empat pemain berganti-ganti secara berterusan untuk membuat pukulan. (Masa 5 minit)

34

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

3. Tujuan

MENOLAK

1. Menghantar bola jarak dekat dengan cepat. 2. Arah bola dan masa menghantar boleh disembunyikan hingga ke saat-saat yang akhir. 3. Boleh dilakukan serta merta selepas menggelecek bola. 4. Di lakukan semasa tolakan sudut penalti.

Pegangan: Seperti pegangan semasa menggelecek bola dengan tangan kanan mengengam dekat tengah kayu hoki. Kedudukan bola dan badan : Posisi bola dihadapan badan diantara kaki kiri dan kanan. Dengan kaki mengangkang, paras bahu dihalakan kearah mana bola akan dihantar. Lutut membengkok dan kedudukan badan direndahkan.

35

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Kedudukan Kayu : Bola rapat dengan permukaan kayu hoki. Kayu hoki dipegang bersudut 45 darjah dengan permukaan padang. . Cara melakukan : Tangan kanan menolak kayu melalui bola dan tangan kiri menarik kayu kebelakang dan pada masa yang sama memberi kuasa tolakan (keadaan tolak dan tarik) Berat badan ditukarkan dari kaki belakang kekaki depan. Siku diluruskan dan bilah kayu menghala kearah lonjakan itu

36

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Kuasa didapati dengan menolak cepat dan meluruskan kaki kanan dengan kuat semasa berat badan dialihkan ke kaki kiri.

37

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Jarak kaki terlalu rapat. Badan terlalu tegak. Bola terlalu jauh dari kaki kiri apabila menolak. Berat badan tidak dialihkan. Jika bola naik apabila menolak bermakna ikut lajak tidak mencukupi.

Tolakan Kilas Tolakan ini digunakan apabila membuat hantaran lintang atau ke arah belakang kepada pemain yang dalam kedudukan yang lebih baik. Pegangan: Seperti pegangan semasa menggelacek bola, tangan kanan dekat pertengahan kayu hoki.

Kedudukan bola dan badan: Posisi bola di sebelah kiri pemain. Dengan keadaan kaki mengangkang, paras bahu kanan dihalakan ke arah mana bola akan dihantar. Konteks mata pada bola. Lutut kiri membengkok dan kedudukan badan direndahkan dengan kepala diatas bola. Bola berada di antara 12 15 inci dari kaki kanan.

Kedudukan Kayu : Kayu dirapatkan pada (seperti kuisan biasa) di hujung bilahnya. Bola ditolak atau diparut. Kuasa tolakan datang dari pegangan kemas dan mengunci pergelangan tangan kedua-dua lengan terutama lengan kanan.

38

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Tolakan kilas yang dilakukan untuk membuat hantaran lintang atau hantaran kepada kawan di belakang yang free

Kesalahan Biasa dilakukan : Tidak cukup kuat. Menggunakan pergelangan tangan sahaja. Cara pegangan kayu salah. Jarak bola kurang atau lebih dari kaki depan.

Ansur Maju Kemahiran Menolak

Aktiviti 1 : Dua orang pemain bersemuka dengan jarak 5 ela antara satu sama lain. Pemain A menolak bola ke pemain B, dan B menahan dan menolak semula ke A. Perhatian perlu diberi kepada tolakan dan cara menahan.

39

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Aktiviti 2 : Dua orang pemain bersemuka. 6 biji bola ditolak kepada B dan A dan sebaliknya. Bilangan yang berjaya ditahan akan diambil kira. Aktiviti diulang sebanyak 3 set.

Aktiviti 3 : Tolakan antara 4 pemain A, B, C dan D di penjuru dalam grid dan E yang berdiri ditengah grid. A menolak, E menahan dan tolak balik ke A dan seterusnya oleh B, C, dan D. Apabila selesai dua pusingan, orang ditengah ditukarkan dan aktiviti disambung semula (ulangan tiga kali)

40

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Aktiviti 4 : 5 pemain berdiri membentuk suku bulatan. Seorang pemain X berdiri 7 ela daripada mereka. Semua 5 pemain akan menolak bola kepada X secara bergilir-gilir dan X menahan dan menolak semula ke arah mana bola datang. Aktiviti ini dilanjutkan selama 1 minit. Bilangan tolakan dengan cara yang betul akan diambil kira. Pastikan semua pemain dapat peluang mengambil tempat X.

Aktiviti 5 : Permainan monyet Aktiviti ini memerlukan 4 pemain, iaitu 3 sepasukan melawan 1 pemain dalam kawasan satu kotak grid. 3 pemain sepasukan ini akan cuba membuat seberapa banyak tolakan hantaran sesama mereka. Seorang pemain yang ditengah akan cuba menghalang dan menahan bola. Jika berjaya, orang yang hilang bola akan

41

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

mengganti tempat sebagai orang tengah. Aktiviti ini boleh diteruskan selama 5 minit. Ia memberi peluang kepada pemain menggunakan kawasan lapang untuk menerima bola. Pemenang aktiviti ini adalah pemain di tengah yang berjaya mengurangkan bilangan tolakan satu pusingan.

4. MENGUIS Kemahiran ini ialah hantaran bola diudara dan sangat berguna untuk :i. penalti strok ii. hantaran-hantaran di mana terdapat pihak lawan yang baik menyekat bola. iii. menjaringkan gol Pegangan seperti pegangan semasa menggelecek bola tetapi dengan kedudukan tangan kanan lebih rendah.

Kedudukan bola dan badan bahu menghadap ke arah mana bola ditujukan Jarak kaki dilebarkan lebih dari jarak bahu. Lutut membengkok dan kedudukan badan direndahkan. Bola dekat dengan kaki kiri. Kedudukan kayu Bilah kayu dicondongkan menyentuh bola dan kedudukan gagang kayu direndahkan. Cara melakukan Berat badan ditukar dari kaki kanan ke kaki kiri. Lengan kanan diluruskan dengan cepat dan kuat ke arah depan dan ke atas manakala tangan kiri memandu kayu hoki. Lengan diluruskan untuk mendapatkan ikut lajak yang baik.

42

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Kesalahan biasa dilakukan :1. Jarak kaki tidak cukup lebar. 2. Badan terlalu tegak. 3. Bola jauh dari kaki kiri. 4. Bilah kayu hoki tidak rapat dengan bola. 5. Tidak ada penukaran berat.

43

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Langkah langkah dalam kemahiran menguis bola hoki

44

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Ansur Maju Kemahiran Menguis : Aktiviti 1 : Kuis kepada kawan Latihan secara bergu atau dalam kumpulan. Peserta berdiri pada jarak 5 ela. Bola itu dikuis kepada kawannya dan sebaliknya. Jika pemain boleh menguasainya jaraknya dijauhkan lagi.

Aktiviti 2 : Kuis untuk jarak jauh Pertandingan kecil. Seorang pemain diberi 5 percubaan menguis pada jarak yang dibuat bagi semua kuisan dijumlahkan. Pemain yang dapat jumlah terbesar menjadi johan. Aktiviti ini boleh juga dijalankan dalam kumpulan.

Aktiviti 3 : Kuis ke sasaran Peserta menguis bola dari satu tempat permulaan jarak 5 ela, 7 ela, 10 ela, 12 ela dan 15 ela. Pemain dikehendaki menguis kearah skital yang disediakan. Jika bola melalui skital, itulah adalah cara yang tepat. Jarak antara skital ialah 3 ela. Jarak ini boleh juga dikurangkan untuk melatih ketepatan sasaran.

45

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Aktiviti 4 :Menguis bola melintasi halangan Satu palang dengan ketinggian 3 kaki disediakan. Dua orang pemain akan cuba menguis bola melintasi palang itu. Jika berjaya dengan percubaan ini, tingginya dinaik ke 4 dan 5 kaki. Latihan ini juga baik untuk menahan dan menyerkap bola.

-4 Menguis Tinggi Untuk mendapatkan satu kuisan yang lebih tinggi dan jauh, pemain harus mencondongkan lagi bilah kayu, bengkokkan lagi lutut dan badan direndahkan lagi. Dengan cara ini, bola dapat dikuis dengan cepat dan kuat.

Ansur Maju Kemahiran Menguis Tinggi : Aktiviti 1 : Menguis tinggi 2 pemain A dan B menguis dan menahan bola antara satu sama lain. Jarak dimulakan dengan 10 ela, 15 ela dan 20 ela.

46

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Aktiviti 2 : 2 pemain A dan B bersemuka. A menguis kepada B. B menahan bola diudara sebelum bola jatuh ke padang. Selepas enam kuisan dibuat, B pula membuat kuisan dan A menahan.

Aktiviti 3 : Menguis bola tinggi lebih 5 kaki. Satu penghadang dibuat. Jarak ditetapkan tetapi boleh dilebihkan apabila pemain berjaya menguasainya.

47

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Aktiviti 4 : Menguis bola atas tiang gol. Pemain A menguis boleh melepasi tiang gol kepada pemain B yang berdiri 5 ela dari tiang gol. B kemudian menguis balik. Percubaan ini dibuat 10 kali. Jarak dilebihkan dari 5 ela ke 10 ela dan kemudiannya 16 ela dari tiang.

5. MENCEDUK Tujuan :1. Digunakan untuk hantaran udara. 2. Menghantar bola tinggi dan jauh. Cara Melakukan

48

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Genggaman tangan kayu hoki dipegang seperti genggaman semasa menguis. Kedudukan bola dan badan seperti menguis kecuali bilah kayu lebih condong.

Kedudukan kayu Seperti menguis kecuali bilah kayu lebih condong.

49

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

-Menceduk Shovel Kedudukan badan Kedudukan badan berubah iaitu kaki kanan ke hadapan. Badan dipusingkan ke posisi manahan bola kilas. Cara melakukan Mata sentiasa pandang bola semasa membuat cedukan. Kedua-dua tangan dijarakkan (lihat gambar) Kaki kanan didekatkan dengan bola. Pergerakan menceduk menggunakan pergelangan tangan dan lengan untuk mendapat satu cedukan yang tinggi dan jauh.

Kesalahan biasa dilakukan Jangan tukar kedudukan tangan semasa membuat cedukan shovel.

50

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

6. MENGAWAL BOLA Mengawal Bola Menimang bola di atas kayu Menimang bola di atas permukaan kayu Cantuman kedua-dua

Ansur Maju untuk memperbaiki kawalan bola. Pengelolaan Latihan :Pemain bermain dalam kumpulan 3 atau 4 orang dan cuba menghantar bola dari kayu ke kayu, dengan tidak menjatuhkan bola kelantai. Pemain-pemain mestilah berada pada jarak minimun 3 ela supaya bola dapat dimainkan di udara dari kayu ke kayu.

Perhatian Jurulatih :Kedudukan tangan mesti paling berkesan. Kusyen bola semasa menerima. Semasa menghantar, bola mesti bersentuhan dengan kayu sepanjang masa yang boleh. 51

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

7. MENGGELECEK Bagi pemain yang sederhana (average player) ia menggunakan hanya sepuluh peratus sahaja masa untuk bersentuhan (contact) dengan bola dan lagi kurang daripada masa sebenarnya untuk bergerak dengan bola. Kebanyakan kelecekan hendaklah bahagian permukaan kayu apabila perlu. Bola sentiasa berada dihadapan bahu sebelah kanan. Tangan kiri mencekak dengan kemas dibahagian atas kayu sementara tangan kanan dibahagian bawah kayu. Lagi kebawah tangan kanan memegang kayu, lebih lagi kekuatan dan kawalan dicapai, TETAPI keadaan yang membongkok itu akan mengurangkan kebolehan untuk meneliti (scanning) ke hadapan. a-Menggelecek Rapat Kawalan rapat keatas bola dapat dikekalkan dengan membawanya rapat dengan kayu. Kemahiran ini perlu untuk mengekalkan kawalan yang kuat, serta merta dan berterusan ke atas bola di mana kawasannya terhad dan juga untuk membawa bola mengelilingi lawan. Kemahiran ini lebih sukar dilakukan di atas padang rumput yang kurang baik.

52

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Daya

penglihatan

yang

terbatas

semasa

dalam

keadaan

membongkok

menyukarkan penelitian ke hadapan.

Ansur Maju memperbaiki kawalan bola cara dekat. Pengelolaan Latihan :12 pemain bergerak bebas dalam kawasan empat segi sama (menggunakan grid padang hoki) berukuran 10 ela. Sambil pemain-pemain bergerak dengan bebas mengawal bola sendiri, mereka cuba mengeluarkan bola dari pemain lain dari kawasan bermain. Pemain yang bolanya telah dikeluarkan hendaklah menunggu digarisan tepi sehingga hanya seorang pemain yang tinggal. Perhatian Jurulatih :Gerak kaki dan posisi badan bagi menentukan pergerakan yang baik untuk mengelakkan pemain lain dan memberikan penglihatan yang terbaik.

53

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

b-Menggelecek Longgar Kelecek cara ini membenarkan bola dikawal dengan bebas dan bergerak dihadapan kayu. Kelecek bebas ini membolehkan pergerakan lebih pantas dan penelitian yang baik tetapi menambahkan risiko bola dirampas oleh lawan. Kelecek bebas juga digunakan untuk mengatasi lawan yang berada dalam keadaan pegun dengan menolak bola melalui celah atau keliling kaki lawan ke tempat lapang dan menggunakan kelajuannya untuk mengekalkan pemilikan bola. Kelecek bebas ini digunakan oleh pemain di tempat lapang untuk bergerak pantas dengan bola, seperti seorang penyerang bergerak ke sasaran yang lapang.

54

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Ansur Maju Memperbaiki Kawalan Bola Individu. Aktiviti 1 : Satu lawan satu untuk memperbaiki kawalan individu. Dua pemain berlawan antara satu sama lain dalam kotak segiempat sama (menggunakan grid padang) berukuran 10 ela dengan menggunakan garisan belakang sebagai golnya. Gol dikira apabila pemain memberhentikan bola berhampiran 1 kaki dari garisan gol lawannya.

Perhatian Jurulatih - Gerak kaki dan jarak langkah untuk memberi pergerakan posisi badan. Menggiatkan kawasan untuk mengalahkan lawan.

c-Menggelecek Cara India Cara kelecek ini adalah asas bagi semua gerakan dengan bola dalam permainan hoki. Pemain-pemain yang dapat menguasainya akan memperolehi kepuasan dan berupaya bertindak cemerlang. Bagaimanapun tidak ada gunanya seorang pemain menunjukkan kelecek India yang cantik sekiranya tiada pemain lawan yang berhampiran.

55

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Pemain-pemain mestilah melaksanakan kelecek India dihadapan badan dengan cara menggerakkan bola ke hadapan dan ke belakang melintang badan, dan dengan cara silih berganti memainkan bola menggunakan hadapan dan kilas kayu.

Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu kebelakang dan kehadapan ke atas bola. Tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas dan digabung dengan tangan kiri untuk melakukan ketukan untuk menukar arah gerakan bola.

Ansurmaju kawalan bola kelecek kemahiran Cara India : Aktiviti 1 : Slalom Continuous Relay terdiri tiga atau empat orang pemain. Ini bertujuan untuk memperbaiki kawalan bola semasa menggelecek laju. Pengelolaan Latihan Dua pemain berdiri di satu bahagian bahagian slalom sementara pemain ketiga atau sepasang pemain lain berdiri diseberangnya. Pemain pertama bergerak melalui pintu (gate) membawa bola dan memberikannya pula kepada pemain kedua yang akan 56

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

membawa, dan memberikannya kepada pemain ketiga. Pemain pertama tadi akan mengambil tempat pemain kedua. Latihan ini akan berterusan mengikut kehendak jurulatih.

Perhatian Jurulatih Kedudukan tangan kiri dan tangan kanan dikayu. Gerak kaki untuk mendapatkan posisi yang baik supaya badan dapat berpusing melalui pintu (gate). Posisi tangan kiri pada kayu untuk membolehkannya melakukan pusingan penuh kepada posisi Pukulan kilas. Bola sentiasa bergerak di hadapan badan. Langkahan pendek dan laju membolehkan ketangkasan.

57

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

8. MEREBUT Merebut adalah untuk melemahkan kawalan bola pihak lawan dan berusaha untuk menguasai bola bagi membuat serangan balas. Membayang 1. Untuk membolehkan seorang pemain mengekori pihak lawan atau sentiasa berada dihadapan pihak lawan. 2. Untuk membiasakan seorang pemain dengan pergerakan yang pantas dan sentiasa bergerak. 3. Untuk membiasakan pemain supaya sentiasa perhatikan bola. 4. Membolehkan seorang pemain membiasakan diri dengan pergerakan tanpa bola. 5. Untuk membiasakan pemain dengan pergerakan badan dan kayu yang mengelirukan.

Ansur Maju Kemahiran Merebut Aktiviti 1:Tanpa kayu atau bola (Pergerakan kelajuan jogging) Pemain A dan B berdiri bersemuka dengan jarak antara 5 ela. Pemain A bergerak ke kiri atau ke kanan untuk membelakangi atau mendahului pemain B. Manakala pemain B akan cuba menghadap pemain A untuk bergerak kearah mana sahaja pemain A tuju sambil mengekalkan jaraknya. Pemain A dan B menukar tugas selepas 1 minit.

58

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Aktiviti 2 :Pergerakan pantas / pecutan (Seperti Aktiviti 1). Dengan kayu dan bola (kelajuan jogging) Seperti Aktiviti 1 tetapi ditambah dengan kemahiran menggelecek. Pemain A menggelecek dan cuba melepasi pemain B. Pemain B hanya mengacah sahaja tidak menyekat semata-mata.

Aktiviti 3 :Dengan kayu dan bola (Pergerakan laju) Seperti Aktiviti 2.

Aktiviti 4 : Permainan Kecil Seperti Aktiviti 4 tetapi termasuk : i. pemain B akan menghalang pemain A dari melepasinya. Jika pemain B berjaya merebut bola ia akan membawa bola ke garisan pihak lawannya. 59

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

ii. Pemain A akan cuba menghalang dan merebut bola. Aktiviti 5 : Permainan kecil lebih kepada latih tubi penumpuan mata pada bola (berpasangan). Pemain A menggelecek bola atas garisan dan cuba meletakkan bola dihujung garisan (kiri atau kanan) sebelum pemain B sempat mengacah hujung garisan itu dengan kayunya. Pemain B pula cuba meletakkan kayunya di hujung garisan ( sama ada kiri atau kanan ) sebelum pemain A sempat meletakkan bola di sana. Tidak ada rebutan bola antara pemain A dan pemain B. Pemain A dan B tukar posisi selepas 1 minit untuk aktiviti yang sama.

-Rebutan Hadapan. Teknik ini digunakan oleh seorang pertahanan yang statik dalam keadaan satu lawan satu tersebut. ddimana penyerang perlu menggelecek melepasi pihak lawan

60

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Ansur Maju Kemahiran Merebut Hadapan : Aktiviti 1 : Cara memegang kayu adalah seperti dalam kemahiran menggelecek. Pemain menghulur kayu sejauh 3 atau 4 ela ke arah sasaran dengan menggerakkan kaki kiri kehadapan. Selepas pergerakan ini, pemain menarik balik kayu dan badannya dengan pantas ke posisi asalnya.

Aktiviti 2 : Merebut pasangan (kelajuan jogging) Pemain A menggelecek menuju pemain B. Manakala pemain B bertindak balas mencampak (menghuur) kayu kearah bola apabila pemain A berada didalam jarak merebut. Pemain A memberi ruang untuk pemain B menguasai bola. Langkah berikutnya ialah pemain B menyerang dan pemain A pula menghalang.

Aktiviti 3 : Merebut berpasangan (kelajuan pantas) Seperti aktiviti 2.

61

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Aktiviti 4 : Merebut berpasangan. Seperti Aktiviti 3 dengan tambahan : i. Pemain A cuba menggelecek melepasi pemain B. Pergerakan pemain B mestilah ke sebelah kanan pemain B ii. Pemain B membuat rebutan hadapan dan cuba menguasai bola daripada pemain A.

Aktiviti 5 : Merebut / bertiga Pemain A buat hantaran kepada pemain B, yang kemudiannya mengawal bola dan bergerak ke hadapan. Pemain C mendekati pemain B untuk mengawal / menutup ruang dan membuat rebutan hadapan. Pemain B pula cuba melepasi pemain C. Selepas beberapa percubaan, pemain-pemain menukar posisi. Aktiviti 6 : Permainan kecil bertiga

62

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

-Rebutan Lonjak 1. Cara rebutan ini bergantung kepada keadaan mengejut dimana kayu seseorang pemain dilonjak ke hadapan bola dengan menggunakan tangan kiri. 2. Kayu perlu dipegang dengan kuat di tangan kiri walaupun tangan kanan boleh membantu sebelum membuat rebutan (lonjak). 3. Berat badan akan dipindah kekaki kiri sambil mengimbangkan posisi badan.

Ansur Maju Aktiviti Kemahiran Rebutan Lonjak : Aktiviti 1: Pemain melonjak kayu kearah sasaran khayalan (imaginary target). Aktiviti ini dilakukan dengan bergerak dari belakang gol ke garisan 25 ela (berulang alik).

Aktiviti 2 : Pemain melonjak bola supaya bola itu bergerak kehadapan dari garisan gol ke garisan 25 ela (berulang alik). Pemain bergerak kebelakang bola bila perlu.

63

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Aktiviti 3 : Rebutan / berpasangan Pemain A membuat Yard Dribble dengan kelajuan yang sederhana. Manakala pemain B berdiri menghadapi pemain A dan melonjakkan kayunya pada bola dan menarik kemudiannya bertukar posisi Dribble dengan lebih laju.

balik. (Jarak antara pemain-pemain 2 3 ela). Pemain A dengan pemain B. Langkah berikutnya membuat Yard

Aktiviti 4 : Pemain kecil berpasangan Pemain A dan B berdiri bersemuka dengan jarak antara 3 4 ela. Sebiji bola diletakkan di tengah antara A dan B. Apabila diberi isyarat, kedua-dua pemain itu menjolok bola tersebut. Pemain yang dapat menggerakkan bola ke depan menjadi pemenang.

64

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

- Rebutan Kilas. Teknik rebutan ini agak sukar untuk dilakukan sebab ia dikuasai oleh tangan kira dan dalam peraturan teknik, ia perlu dilakukan tanpa menghalang kayu atau badan pihak lawan. Oleh itu, teknik ini jika boleh perlu dielakkan. Kemahiran ini adalah untuk memerangkap bola dengan menggunakan reverse stick supaya penyerang terlajak dan bola dapat dikawal oleh pemain pertahanan. Rebutan ini memerlukan kekuatan dan pengawalan kilas tangan kiri.

Ansur Maju Aktiviti Kemahiran Rebutan Kilas : Aktiviti 1 : Menguasai teknik rebitan kilas. Pemain-pemain berdiri disatu posisi dan membayangkan seolah-olah sedang menghadapi penyerang. Untuk memulakan tindakan, lutut dikendurkan dan kaki kiri ke hadapan sedikit sambil memegang kayu dihadapan badan. Kaki kiri digerakkan ke tepi (sideways) manakala tangan kiri mendepakan kayu sejauh mana yang dapat daripada kaki dengan kayu sentiasa mencecah tanah. Tarik kayu dengan pantas semula dan ulangi aktiviti ini.

Aktiviti 2 : Rebutan kilas berpasangan (kelajuan berjalan kaki). Pemain A menggelecek rapat ke sebelah kiri pemain B, pergerakannya kekiri pemain B. Pemain B sentiasa perhatikan bola dan mula bergerak. Apabila pemain A selari (in line)

65

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

dengan pemain B, pemain B menggunakan rebutan kilas untuk mendapatkan bola. Kedua-dua pemain kemudian bertukar posisi.

Aktiviti 3 : Rebutan kilas kelajuan jogging.(Seperti Aktiviti 2).

Aktiviti 4 : Rebutan kilas kelajuan pantas (Seperti Aktiviti 2 ).

Perhatian Untuk Semua Rebutan Tumpuan kepada bola. Jangan terkeliru dengan gerak keliru badan atau kayu pihak lawan. Letakkan kepala kayu hampir dengan tanah apabila hendak melakukan sesuatu rebutan.

66

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Elakkan diri melakukan rebutan sebelum rakan-rakan pemain dapat menutup peluang hantaran bola pihak lawan.

Jangan lakukan rebutan apabila pihak lawan ada kawalan bola yang baik. Berusaha mendapatkan gerak kaki yang tangkas dan seimbang bagi membolehkan pergerakan pantas ke mana-mana arah dan melakukan rebutan yang baik.

9.

MENJAGA GOL Penjaga gol adalah seorang yang paling utama dalam satu pasukan. Penjaga gol boleh mempengaruhi keputusan sewaktu perlawanan. Pasukan yang gagah adakalanya kalah kerana penjaga gol yang lemah dan adakalanya pasukan yang lemah menang disebabkan penjagaan gol yang cemerlang. Seorang penjaga gol mestilah berani, mempunyai kosentrasi yang baik, boleh diharap mempunyai reaksi yang pantas dan fleksibel.

67

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Seorang penjaga gol yang mempunyai kriteria tersebut akan memberi keyakinan kepada barisan pertahanan. Seseorang pemain itu tidak seharusnya dipaksa menjadi gol.

Cara Berdiri. (Stance) 1. Cara berdiri penjaga gol dalam posisi bersedia adalah seperti duduk dengan kaki dirapatkan, lutut dikendurkan dan berat badan di hadapan. 2. Badan membongkok sedikit dan kepala pandang ke hadapan. 3. Tangan kiri dihulur ke tepi sambil siku bengkok sedikit dan tapak tangan menghala ke hadapan. 4. Kayu dipegang di bahagian tengah dengan tangan kanan pada paras pinggang dengan bahagian leper kayu menghadap ke ha 5. Latihan.

68

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Penjaga gol lari 5 langkah ke hadapan dan berada dalam posisi bersedia. Melangkah (back pedal) ke tempat permulaan dan keluar ke hadapan semula dan balik ke posisi bersedia.

Latih selama 2 atau 3 minit. Buat pembetulan di mana perlu.

Kelembutan dan ketangkasan. Seorang penjaga gol mengawal sesuatu sudut. Ini boleh dicapai dan dibaiki melalui aktiviti regangan. Tumpuan mesti diberi kepada pinggang, belakang bahu dan kaki. Penjaga gol perlu meluangkan masa yang banyak untuk membuat regangan. (Rujuk Gambarajah Rajah) mestilah pantas dalam pergerakan dan cekal dalam

69

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Ansur Maju Membaiki kecekapan Gerak Balas

Aktiviti 1 : Menjaga gol berpasangan Pemain menghadap satu sama lain pada jarak 1 1.5 ela. Pemain A memegang hujung kayu di paras bahunya dan melepaskan kayu itu, manakala pemain B cuba menangkap

70

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

kayu itu sebelum jatuh ke tanah dengan bergerak ke hadapan supaya dapat mencapai dengan tangan kiri atau kanan. Kedua-dua pemain kemudian bertukar peranan.

Perhatian : Pemain B perlu sentiasa memerhati kayu. Apabila pemain-pemain berjaya melakukan aktiviti ini, tambahkan jarak anatara mereka dan rendahkan kayu. Aktiviti 2 : Menguji ketangkasan secara berpasangan. Pemain menghadap antara satu sama lain pada jarak 6 8 ela jaraknya dan menghadapi arah yang sama. Apabila diberi isyarat, pemain A mengalih dengan pantas untuk berhadapan dengan pemain B dan pemain B melontar bola tenis ke sebelah kanan atau kiri pemain A. Pemain A cuba tangkap atau tolak bola tersebut. Kedua-dua pemain

kemudian bertukar posisi.

Aktiviti 3 : Berpasangan.

71

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Kedua-dua pemain menghadap satu sama lain pada jarak 6 8 ela. Pemain B membaling 6 biji bola tenis bertalu-talu ke kanan dan ke kiri pemain A cuba menahan atau menolak bola. Kedua-dua pemain kemudian berukar peranan.

Kemahiran Menahan 1. Double padding : Kedudukannya sama seperti posisi bersedia. Teknik ini melibatkan penggunaan kedua-dua kaki sebagai benteng menahan bola. 2. Single padding : Teknik menahan bola yang menggunakan sebelah kaki.

72

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Ansur Maju Aktiviti Kemahiran Menahan : Aktiviti 1 : Latihan Teknik.

73

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Penjaga gol berdiri dalam posisi bersedia. Unjurkan kaki ke kanan dan ke kiri dengan menunjukkan bahagian dalam kaki dengan sepenuhnya. Ulangi pergerakan.

Perhatian : Jangan ,mengangkat kaki tetapi mengheretkannya (glide) di atas tanah.

Aktiviti 2 : Penjaga gol dalam keadaan bersedia. Apabila mendengar isyarat ke kanan atau ke kiri, penjaga gol menggerakkan kakinya mengikut arahan. Beri perhatian kepada posisi kaki, tangan dan kayu.

Aktiviti 3 : Penjaga gol dalam keadaan bersedia. Apabila melihat isyarat tangan, kaki penjaga gol hendaklah dilunjurkan mengikut arah tangan. Beri perhatian kepada posisi kaki, tangan dan kayu.

74

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Aktiviti 4 : Penjaga gol berlari 5 langkah ke hadapan dan berdiri dalam posisi bersedia. Apabila mendengar arahan, gerakkan kaki mengikut arahan. Lari ke belakang (back pedal) ke tempat permulaan dan keluar semula dan berdiri dalam keadaan bersedia dan sedia untuk menerima arahan. Latihan di jalankan selama 3 atau 4 minit Mengawal Sudut Ansur Maju Aktiviti Kemahiran Mengawal Sudut Aktiviti 1 : Penjaga gol berdiri 3 langkah dari garisan gol dan menghadap pemain A dalam keadaan bersedia, melangkah ke kanan untuk menghadap pemain B dan berhenti selama beberapa saat iaitu bergerak dalam satu lengkuk daripada pemain A hingga ke pemain F. Dia kemudian berpatah balik, bergerak dari pemain F ke pemain A. Tahap kelajuan pergerakan penjaga gol ini perlu ditingkatkan seterusnya. Manakala pemain-pemain harus membantu penjaga gol untuk membetulkan posisi di mana perlu.

75

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Aktiviti 2 : Sama seperti aktiviti 1, dengan tambahan : (rujuk gambarajah) (i) Selepas penjaga gol menghadap pemain A, ia bergerak (side step) ke pemain F. (ii) Bergerak dari F ke B. (iii) Bergerak dari B ke E dan seterusnya.

Aktiviti 3 : Seperti aktiviti 1, dengan tambahan : (i) tolakan oleh pemain kepada penjaga gol. (ii) Pukulan oleh pemain kepada penjaga gol. (iii) Kederasan bola diperlajukan lagi.

Aktiviti 4 : Penjaga gol menghadap pemain A yang menolak bola kepadanya. Selepas menahan bola keluar, ia bergerak untuk menghadap pemain B yang memukul bola kepadanya dan seterusnya menghadap pemain C dan D. Pemain C akan menguis bola dan pemain D akan memukul bola. Selepas berhadapan dengan pemain D, penjaga gol bergerak (side-step) untuk menghadapi pemain A dan seterusnya. Setiap pemain diberi 5 biji bola.

76

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Aktiviti 5 : Apabila seseorang penjaga gol dapat mencapai kemahiran yang tinggi dalam penjagaan gol ( goal keeping skills ), latihan dengan menggunakan bola tenis bolehlah dilakukan dalam setiap sesi latihan. Penjaga gol menghadap seorang pemain yang berada sejauh 6 8 ela darinya, yang bertindak memukul bola tenis ke arah gol ( 8 biji atau lebih). Pemain ini berusaha menghantar bola sepantas yang dapat, manakala penjaga gol pula berusaha menyelamatkan bola. Latihan diulangi 3 atau 4 kali setiap sesi dan sebagai aktiviti lanjutan, bola hoki boleh digunakan.

Kemahiran Menendang Seseorang penjaga gol mestilah mempunyai kebolehan menendang bola dengan yakin dan dengan menggunakan kedua-dua belah kakinya. Kebanyakan penjaga gol lebih gemar menggunakan sebelah kaki. Oleh itu, kaki yang lemah itu tidak dapat menendang dengan sempurna dam ini boleh mengakibatkan gol.

77

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Aktiviti 1 Pemain A dan B berdiri bersemuka dalam keadaan bersedia pada jarak 5 ela. Pemain A mula dengan menendang bola tenis kepada pemain B. Pemain B menahan bola dan menendang semula kepada pemain A, menggunakan kemahiran menahan. Tendangan dibuat secara menyucuk (stab kick). Kemudian pemain cuba menggunakan kedua-dua belah kaki. Aktiviti aktiviti ini dijalanan selama 2 3 minit.

Aktiviti 2 - Seperti aktiviti 1, tetapi pemain-pemain menendang bola tanpa henti jika boleh.

78

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Aktiviti 3 - (Berpasangan) Pemain A menggolekkan bola tenis, pada jarak 10 ela kepada pemain B. Pemain B lari kehadapan untuk menendang kepada pemain A, kemudian melangkah ke belakang ke tempat permulaan dan keluar semula untuk menedengan bola kepada pemain A. Aktiviti ini dijalankan selama 1 3 minit. Pemain-pemain kemudian menukar posisi. Kederasan bola diperlajukan.

Aktiviti 4 Bola hoki di susun sejauh 8 10 ela dari garisan gol dalam bentuk separuh bulatan. Penjaga gol mula dengan berlari ke hadapan dan menendang bola no. 1 dengan menggunakan kaki kanan. Dia kemudian melangkah ke belakang ke tempat permulaan menendang bola no. 8 dengan menggunakan kaki kiri. Bola ditendang berselang seli dengan kaki kiri dan kanan iaitu : (i) bola no. 1 4 dengan menggunakan kaki kanan. (ii) Bola no. 5 8 dengan menggunakan kaki kiri. Aktiviti ini diulangi sebanyak 3 kali

79

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Aktiviti 5 : Bola disusun dalam satu garis lurus selari dengan garisan gol. Penjaga gol bermula dari garisan D dan bergerak ke bola no 1. Dan menedangnya ke arah gol dengan menggunakan kaki kiri. Penjaga gol kemudian melangkah ke belakang ke tempat permulaan menendang ke arah gol dengan menggunakan kaki kanan. Bola di tendang berselang seli, iaitu : (i) bola no. 1 3 dengan menggunakan kaki kiri. (ii) Bola no. 4 6 dengan menggunakan kaki kanan. Latihan diulang sebanyak 3 kali.

80

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

BAHAGIAN 6 Undang-undang ringkas permainan Hoki 1. Pasukan Permainan ini dimainkan oleh 2 pasukan di dalam padang di mana setiap pasukan terdiri daripada maksima 11 pemain di dalam padang. Setiap pasukan boleh mendaftar pemain dengan maksimum 16 pemain. Setiap pasukan yang bermain mesti mempunyai seorang penjaga gol yang dilengkapi dengan sekurang-kurangnyapelindung kepala , kickers serta mesti mempunyai kayu hoki pada setiaqp masa sewaktu permainan. Setiap pasukan mesti mempunyai seorang ketua pasukan yang bertanggungjawab di atas kelakuan ahli pasukannya dan akan memakai lilitan di bahagian lengan.

2. Permulaan Permainan. Lambungan syiling akan dilakukan dan pasukan yang menang berpeluang memilih sama ada memulakan permainan atau memilih kawasan permainan. Masa permainan bermula sebaik pengadil meniup wisel tetapi permainan hanya akan bermula apabila bola sudah dimainkan. Setelah tamat separuh masa, pasukan akan bertukar kawasan dan permainan akan dimulakan kembali dengan tiupan daripadqa pengadil perlawanan.

81

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Tatacara permainan (Pemain) Pemain tidak boleh menggunakan kayu hoki dengan keadaan yang merbahaya Pemain tidak boleh mengganggu atau menghalang pemain lain dengan menggunakan kayu hoki mahupuin dengan menarik pakaian mereka. Pemain tidak boleh mendatangkan kem,arahan pemain lain (menghina/mencarut) Pemain tidak boleh menggunakan fizikal bagi menghalang pemain lawan Pemain tidak boleh melengah-lengahkan permainan

3. Tatacara permainan (Penjaga gol) Penjaga gol tidak boleh keluar daripada separuh kawasan dimana mereka bertahan kecuali ketika mengambil pukulan penalty strok Penjaga gol boleh menggunakan kelengkapan yang ada pada mereka untuk menyelamatkan pintu gol Penjaga gol tidak boleh baring diatas bola Ketika berada diluar kawasan D penjaga gol hanya boleh menggunakan kayu untuk memainkan bola

82

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

4. Kesalahan Sewaktu Permainan Pukulan percuma akan diberikan apabila berlaku sebarang kealahan diluar kawasan 23 meter Kesalahan yang berlaku di kawasan 23 meter akan menjurus kepada pukulan sudut penalti Penalti strok pula akan diberikan apabila pihak yang bertahan menghalang percubaan yang 100 peratus gol atau jika kesalahan /kekasaran yang dilakukan seriusterhadap pemain ynag sedang membawa bola

5. Kesalahan Peribadi Amaran akan di berikan dengan menunjukkan kad hijau kepada pemain yang melakukan kesalahan Pemain yang menerima kad kuning akan menerima penggantungan minimum 5 minit daripada waktu permainan sebenar (masa penggantungan bergantung kepada pengadil) Bagi kesalahan berat, penggunaan kad merah akan dikuatkuasakan.Pemain yang menerima kad merah mesti meninggalkan padang serta kawasan sekitarnya.

83

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

LAMPIRAN

84

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

ISYARAT-ISYARAT PENGADIL

85

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Rules of Hockey
The International Hockey Federation

Sequence of the Rules

Umpires' Signals
The umpires signal descriptions are from the FIH Rules of Hockey. Illustrations have been added for the benefit of our site visitors

UMPIRES' SIGNALS
Time start Turn towards the other umpire with one arm straight up in the air

Time stopped

Turn towards the other umpire and cross fullyextended arms at the wrists above the head

Time left

For 2 minutes, raise both hands straight up in the air with pointing index fingers. For one minute, raise one hand straight up in the air with pointing index finger. Once a signal has been acknowledged no further signal is needed Indicate the direction with one arm raised horizontally; point downwards towards the side-line with the other arm

Hit-in from the side-line

86
Hit for behind the Extend both arms back-line horizontally sideways

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

87

Kemahiran ikhtisas Hoki (QSS1141 D)

Rujukan Buku

Helen Ten Hong Beng. 1994. Siri Pengajaran Sukan : Panduan Mengajar Hoki. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Yusoff ismail. 1998. Siri Sukan Popular: Hoki. Selangor Darul Ehsan. Fajar Bakti Sdn, Bhd.

The International Hockey Federation ( FIH ). 2001. Rules Of Hockey 2001. Belgium. E-mail : FIH@FIHockey.org http://www.FIHockey.org

Rujukan Internet
http://www.terminologyofhockey.htm/ http://www.officialwebsiteofasianhockeyfederation.htm http://www.usfieldhockey:fihrulesofhockey.htm http://www.usfieldhockey:fieldhockeyglossaryofterms.htm

88