Anda di halaman 1dari 4

BBD 18002 _ Perkembangan Pendididkan Di Malaysia, Falsafah dan Dasar Pro Madya Dr. Hj. Yusop Ab.

Hadi

1.0 PERKEMBANGAN PENDIDIDKAN DI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA Sistem pendidikan di Malaysia umumnya boleh dibahagikan kepada i. Sistem pendidikan sebelum kedatangan British (1400-1786). ii. Sistem pendidikan semasa penjajahan British (bermula dari Francis Light membuka Pulau Pinang 1786 mula Perang Dua Kedua). iii. Sistem pendidikan bermula dari pembentukan Malayan Union 1946 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan 1957. iv. Sistem pendidikan awal kemerdekaan dari tempoh selepas merdeka pembentukan Malaysia 1963. 1.1 SISTEM PENDIDIKAN ERA MASYARAKAT TRADISIONAL y y y y y y Sistem pendidikan sebelum kedatangan British (1400-1786). Sistem pendidikan ini adalh sistem pendidikan orang Melayu. Berlandaskan kepada pelajaran daripada kitab suci al-Quran. Kanak-kanak mengaji ayat Quran diajar oleh imam di surau/masjid. Ada juga yang mengkaji ayat al-quran di pondok sebagai bilik darjah. Gurunya adalah ulama/kiai. Murid di pondok mula belajar perkataan-perkataan Arab dan selepas sudah menguasainya, mereka akan terus mempelajari dengan cara menghafaz huruf abjad Arab supaya menjadi sebagai penduan membaca doa dan teks Arab. Biasanya, mereka belajar tiga pelajaran sehari, setiap pelajaran mengambil masa satu jam. Pelajaran pertama biasanya dimulakan selepas sembahyang subuh; kedua, selepas sembahyang zohor dan satu laagi selepas senja. Pada masa yang lain, murid akan menolong gurunya menguruskan hal-hal rumah dan bekerja di kebun atau sawah. Melalui kerja-kerja itu, murid-murid secara tidak langsung belajar kemahiran yang dikehendaki supaya dapat menjalankan kerja dalam kehidupan harian mereka. Sungguhpun guru tidak menerima sebarang gaji daripada pengajarannya, ibu bapa murid itu biasanya membekalkan tikar dan bantal, periuk dan beras untuk gurunya (Wilkinson, 1957). Umumnya aktiviti pendidikan era ini mencakupi - Membaca/mengkaji al-Quran, huruf abjad Arab. - Membaca dan menghafaz doa. - Mempelajari prinsip-prinsip agama Islam. - Belajar sedikit Bahasa Melayu selepas menguasai dan menghafaz ayat Quran. - Pendidikan dikategorikan sebagai pendidikan tak formal; kurikulum terhad kepada teks al-Quran. - Kaedah pengajaran hafazan dan kurang memahami apa yang dipelajari. Wujudnya sistem pendidikan ini, berkait rapat dengan sistem politik, ekonomi dan sosial pada masa itu. - Organisasi Melayu kurang kompleks, pekerjaan petani, nelayan. - Tidak hadapi masalah untuk cari makan kerana tanah tempat tinggal subur dan laut banyak ikan.

BBD 18002 _ Perkembangan Pendididkan Di Malaysia, Falsafah dan Dasar Pro Madya Dr. Hj. Yusop Ab. Hadi

y y

y y

Organisasi politik mengikut sistem keturunan raja. Jarang berlaku rebutan kuasa. Maka pemerintahan jadi stabil. Oleh itu tidak perlu banyak ilmu dan kemahiran untuk hadapi cabaran hidup. Ilmu yang perlu ialah ilmu agama untuk diterima hormat dalam masyarakat Melayu. Maka pelajaran agama Islam adalah pendidikan asas dalam pendidikan trandisional Islam, bermula daripada Paramiswara memeluk Islam 1416, unsur Islam meresapi dlam amalan hidup orang Melayu. Di antara kurun ke-15 hingga ke-17 pendidikan agama Islam telah ada di surau atau di mesjid di kampung orang Melayu. Guru biasanya adalah Tok Iman. Pendidikan Islam bertambah maju apabila alim ulama seperti Sharif Muhamad, Syekh Daud bin Abdullah dan SyekhAbdul Kadir dari Timur Tengah datang ke Tanah Melayu kurun ke-18. Memantapkan lagi pendidikan agama Islam berteraskan al-Quran dan Hadis. Sekolah Pondok: - Diperkenalkan oleh mereka kurun ke-19 di negeri-negeri Tanah Melayu (Terengganu, Kelantan dan Kedah). - Tujuan mendidik penduduk memahami hukum agama dan cara beribadat. - Institsi pendidikan berasrama, lebih kemas dan maju daripada sistem pendidikan berasrama, lebih kemas dan maju daripada sistem pendidikan di surau/masjid. - Didirikan oleh penduduk kampung secara bergotong-royong diuruskan oleh alim ulama secara sukarela. - Mata pelajaran yang diajar Tauhid, Tafsir, Fiqh, Hadis, Nahu Saraf, Tasauf, doadoa, Jawi dan bahasa Arab. - Bahasa penghantar Bahasa Melayu. - Tiada tempoh pengajian walaupun melebihi 10 tahun. - Terdapat dua jenis sekolah pondok; separuh masa untuk kanak-kanak dan sekolah yang dibuka pada hujung minggu untuk orang dewasa. Madrasah: - Diperkenalkan pada awal kurun ke-20 oleh alim ulama kaum muda. - Sekolah agama moden dan lebih maju daripada sekolah pondok. - Sukatan pelajaran bersifat keduniaan dan akhirat. - Boleh menandingan sekolah Vernikular Melayu yang didirikan oleh penjajah British pada kurun ke-19.

1.2 ERA PENJAJAHAN, ERA KEMERDEKAAN y y y y Sistem pendidikan daripada 1786-1956. Ia adalah sistem dan struktur pendidikan penjajahan (1786-1956) Semasa Jepun memerintah Tanah Melayu 1942-1945, semua sekolah ditutup kecuali beberapa sekolah untuk mengajar bahasa Jepun. Oleh itu sistem pendidikan era penjajahan Bristish di bahagi kepada dua tempoh: i. Sistem pendidikan sebelum Perang Dunia II ii. Sistem pendidikan selepas Perang Dunia II hingga merdeka.

BBD 18002 _ Perkembangan Pendididkan Di Malaysia, Falsafah dan Dasar Pro Madya Dr. Hj. Yusop Ab. Hadi

Sistem Pendidikan Sebelum Perang Dunia II (1786-1941) y y y Perkembangan sekolah vernakular Melayu (1786-1941). Awal kedatangan Inggeris bertujuan rebut kekayaan seperti bijih timah dan getah. Inggeris cuba kekalkan sistem pendidikan era tradisional. Sistem sekolah vernakular diperkenal mula pertengahan kurun ke-19 apabila kerajaan Bristish mula ambil perhatian pendidikan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) Langkah pertama Gabenor Jeneral di India pada 1854 mengarahkan Blundell, Gabenor Negeri-negeri Selat sediakan laporan sistem pendidikan Negeri-negeri Selat serta beri cadangan untuk beri pendidikan kepada rakyat pemerintahan British. Beliau cadangkan ditubuh sekolah vernikular Melayu Negeri Selat dengan bantuan Bristish. Usaha pertama: 1856 dengan bantuan kewangan DYMM Temenggung Johor dan Gabenor Blundell, 2 sekolah vernikular Melayu ditubuh di Singapura (Teluk Belanga dna Kampung Gelam) 1858-1863 beberapa sekolah didirikan di Pulau Pinang dan Melaka. Namun penubuhannya tidak dapat sambungan yang menggalakkan. Ibu bapa sangsi faedah hantar anak ke sekolah ini yang tidak mengajar agama Islam. Sukar lepaskan anak yang boleh bekerja di rumah dan sawah. Tok guru dan ulama anggap sekolah vernikular ancam profesyen mereka. Untuk menarik lebih ramai murid ke sekolah vernikular Melayu A.M. Skinner Pemangku Majistrate Seberang Prai cuba dirikan sekolah vernikular masukkan kelas Quran. Pelajaran waktu pagi adalah pelajaran bahasa Melayu, pelajaran Quran di waktu petang. Kerajaan beri elaun untuk guru BM. Ibu bapa bayar elaun guru agama. Sistem begini dapat sambutan baik daripada ibu bapa. Permulaan sekolah vernikular Melayu dibuka untuk murid lelaki sahaja. Kerana ibu bapa tentang kuat hantar anak perempuan ke sekolah. Namun rancangan Skinner telah berjaya dorong pemerintahan Bristish tubuh sekolah vernikular Melayu untuk kanak-kanak perempuan. Sistem ini bukan saja berjaya di Seberang Prai tapi juga di negeri lain, terutama selepas Skinner jadi nazir sekolah 1872. Hujung kurun ke-19 terdapat 189 sekolah vernikular Melayu perempuan di Negerinegeri Selat, 168 di Negeri Bersekutu (Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pahang), 34 di Kedah, 5 di Perlis, 8 di Kelantan, 56 di Johor. Sekolah vernikular Melayu perempuan di Teluk Belanga, Singapura 1884. Lima tahun kemudian sekolah vernikular Melayu ditubuh di Pulau Pinang. Hujung kurun ke-19 ada 9 sekolah vernikular Melayu perempuan di Perak, 2 di Selangor. Kecuali di Johor, perkembangan sekolah vernikular Melayu di negeri-negeri Tak Bersekutu agak lambat. Di Kedah sekolah vernikular Melayu pertama 1897.

y y

y y y y y y

y y y y y y y

y y y y

BBD 18002 _ Perkembangan Pendididkan Di Malaysia, Falsafah dan Dasar Pro Madya Dr. Hj. Yusop Ab. Hadi

y y

y y y y y

Mulanya untuk anak Orang Besar. Kelantan 1903, Perlis 1913 dan Terengganu 1915. Sejak awak kurun ke-20 sekolah vernikular Melayu terus bertambah hingga tahun 1938 ada 1169 sekolah vernikular Melayu di Tanah Melayu. Matapelajaran sekolah vernikular Melayu - Berubah dari masa ke semasa. - Atas cadangan Skinner kurun ke-19, di sekolah vernikular Melayu diajar matapelajaran bacaan, mengarang, ejaan, menulis, ilmu hisab, latihan jasmani dan ilmu alam. - Awal kurun ke -20, ditambah matapelajaran pekebunan dan ayaman. - Perubahan dari penekanan 3M kepada anyaman dan perkebunan untuk laksana cadangan Winstedit dalam laporannya pada tahun 1917. Sekolah vernikular Melayu yang didirikan dari pertengahan kurun ke-19 hingga menjelang Perang Dunia Kedua oleh kerajaan Bristish terbatas hingga darjah empat sahaja. Kebanyakkan sekolah vernikular Melayu didirikan di desa. Murid-murid di sekolah vernikular Melayu hanya belajar menulis, membaca, mengira, kegiatan perkebunan dan cara mengayam. Kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih daripada darjah empat. Selepas darjah empat, segolongan kecil dapat memasuki Maktab Perguruan atau Malay Special Class sebelum meneruskan pelajaran ke Sekolah Inggeris. Jadual Waktu sekolah vernikular Melayu 1894 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Masa Menulis Menulis Ejaan Bacaan 7.00 7.30 pagi Ejaan Menulis Bacaan Mengarang 7.30 8.00 pagi Ejaan Bacaan Mengarang Mengarang 8.00 8.30 pagi Bacaan Ejaan Mengarang Ilmu Hisab 8.30 9.00 pagi Ilmu Hisab Ilmu Hisab Ilmu Alam Latihan Jasmani 9.00 9.30 pagi Ilmu Alam 9.45 10.30 pagi Latihan Congkak 10.30 11.00 pagi

Anda mungkin juga menyukai