Anda di halaman 1dari 4

Teknik Merumus Petikan

1. Memahami petikan. Anda mungkin perlu membaca 2 kali untuk memahami petikan tersebut. Petikan yang akan diberikan mungkin berupa rencana akhbar atau majalah, ucapan, syarahan, cerpen, laporan, dialog, dan sebagainya. 2. Menentukan kehendak soalan. Pastikan jumlah kata yang dikehendaki. Misalnya, ... tidak melebihi 100 patah kata, atau ...tidak kurang daripada 120 patah kata, atau... antara 100 hingga 120 patah kata, dan sebagainya. Anda juga perlu memastikan skop rumusan yang diarahkan (sekiranya ada). Misalnya, ...punca berlakunya..., atau kesannya..., atau usaha mengatasinya..... Hal ini kerana dalam petikan yang diberikan itu mungkin terdapat beberapa skop sedangkan anda dikehendaki membuat rumusan bagi skop yang tertentu sahaja. Contoh Soalan merumus petikan. Arahan Soalan: Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian buat suatu rumusan tentang usaha-usaha untuk mengatasi masalah melepak di kalangan remaja. Panjang rumusan anda hendaklah antara 100 hingga 120 patah perkataan. Fikir: i. Apakah skop rumusan yang dikehendaki? ii. Berapa patah perkataan ? 3. Menulis rumusan Tulislah rumusan anda dalam 3 atau 4 perenggan (walaupun jumlah perenggan tidak ditetapkan). Misalnya: Perenggan 1 : Pengenalan Pengenalan ialah sebaris ayat yang mengaitkan kehendak soalan dengan petikan secara umum. Contoh i. Petikan ini berkenaan dengan punca-punca kebakaran dan cara-cara mengelak daripada berlakunya kebakaran. Contoh ii Petikan ini membincangkan langkah-langkah mengurangkan masalah ponteng di kalangan pelajar dan kepentingannya.ATAU Contoh iii Petikan ini tentang perkembangan teknologi maklumat dan kesannya terhadap masyarakat Malaysia. Antara kelemahan-kelemahan calon ketika menulis ayat pengenalan ialah: i. Tidak memasukkan skop sampingan. Contoh: Petikan itu membincangkan kebaikan penswastaan (1markah) dan pelaksanaannya di

negara kita. (1 markah lagi) ii. Menulis skop sampingan yang sama makna. Contoh: Petikan itu membincangkan kebaikan penswastaan dan faedah-faedahnya kepada masyarakat kita. (Kebaikan=faedah=kepentingan) iii. Melakukan kesalahan tatabahasa dengan memasukkan perkataan tentang selepas perkataan "membincangkan". Perenggan 2 : Isi tersurat Isi-isi tersurat dapat ditemui secara langsung daripada petikan. Mengesan isi-isi tersurat samalah seperti mengesan isi-isi penting daripada petikan yang diberikan. Cuba dapatkan antara 2 hingga 6 isi tersurat daripada petikan. ** kebanyakan calon didapati tidak menulis ayat pertama dalam perenggan isi yang menunjukkan mereka menjawab soalan sebaliknya menulis sesuatu yang berbentuk pernyataan umum.contoh ayat pertama dalam perenggan isi yang menunjukkan calon menjawab soalan adalah seperti berikut: -Antara punca-punca masalah melepak ialah....atau -Masalah ponteng didapati berpunca daripada...atau -Perlumbaan motosikal secara haram didapati telah mengakibatkan... Perenggan 3 : Isi Tersirat Isi-isi tersirat diperolehi melalui tafsiran dan analisis yang kritis. Anda hendaklah menulis isi yang tersurat itu dengan mengambil kira skop atau arahan yang diberikan. Jangan memberikan cadangan anda dalam isi tersirat kecuali bagi skop cara-cara mengatasi sesuatu masalah.Biasanya isi tersirat menunjukkan implikasi bagi isi tersurat.Anda juga boleh menulis isi tersirat dalam bentuk memberikan penilaian anda tentang sesuatu masalah yang dikemukakan dalam petikan. Cuba dapatkan antara 2 hingga 6 isi tersirat dan tuliskan dalam rangka jawapan anda. Perenggan 4 : Kesimpulan Dalam bahagian kesimpulan, tuliskan kesimpulan anda tanpa menyimpang daripada arahan asal yang terdapat dalam soalan iaitu menurut skop yang diminta. Secara umumnya, kesimpulan tidak jauh berbeza daripada isi tersirat. ( Anda juga boleh menggabungkan perenggan ke2 dan ke3 dalam satu perenggan. )

4. Menyemak rumusan. Semak rumusan yang telah anda siapkan untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, kesalahan tanda baca, dan kesalahan bahasa terutamanya kesalahan ayat. Pastikan juga anda tidak menulis melebihi jumlah kata yang telah dihadkan. Hal ini kerana jumlah kata yang melebihi had itu tidak akan dibaca oleh pemeriksa. Anda akan kehilangan markah yang banyak sekiranya melakukan kesilapan ini.

Sebagai garis panduan anda, perkara-perkara berikut atau golongan kata berikut dikira sebagai satu patah kata: a. Kata nama Khas seperti nama orang, nama tempat, judul buku, dan sebagainya. b. Kata ganda seperti tempat-tempat, gunung-ganang, rumput-rampai, dan sebagainya. c. (Kata majmuk seperti luar bandar, mengambil alih, mengenal pasti, lebuh raya, dan sebagainya.) d. Tarikh dan angka. e. Cogan kata, dan simpulan bahasa. Setelah selesai menyemak, tulislah jumlah kata di dalam kurungan di sebelah kanan di bawah rumusan anda. 5. Penanda Wacana. Untuk mendapatkan kesinambungan antara ayat dengan ayat, anda hendaklah menggunakan penanda wacana yang sesuai dan letakkan tanda koma setiapkali selepas anda menulis penanda wacana. Misalnya : Di samping itu, ... Namun begitu, ... Oleh hal yang demikian, ... Tambahan pula, ... Sungguhpun begitu, ... Dalam pada itu, ... 6. Jumlah Kata Jika jumlah kata anda kurang daripada yang dikehendaki, lakukanlah penambahan kata yang perlu sebaliknya jika jumlah kata anda berlebihan, lakukanlah pengurangan kata dengan mengeluarkan isi-isi yang difikirkan tidak begitu penting. 7. Tulisan Tulislah dengan jelas dan dalam bentuk yang mudah dibaca.

LATIHAN MERUMUS 1/99 Pemarkahan: Markah penuh = 30 Yang perlu ada dalam rumusan anda ialah perkara-perkara seperti berikut: 1. Pengenalan - 2 markah 2. Isi tersurat - 2 markah setiap satu isi yang lengkap (minimum 2 isi= 4markah, maksimum 6 isi =12 markah) 3. Isi tersirat - 2markah setiap satu isi yang lengkap (minimum 2 isi= 4markah, maksimum 6 isi =12 markah)

(Isi tersurat + isi tersirat= 8 isi = 2+6 atau 3+5, atau 4+4, dan seterusnya) 3. Penutup/kesimpulan - 2markah bagi isi yang betul dan sesuai. 1. CARA MENULIS PENGENALAN DALAM MERUMUS. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN UNTUK MENGHASILKAN PENGENALAN YANG BAIK. 1. Biasanya pengenalan dalam merumus mempunyai 2 bahagian dan calon diberi 1markah bagi setiap bahagian. 2. Calon hendaklah menulis pengenalan dengan berpandukan arahan dalam soalan. Contoh soalan: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan pihak swasta untuk memajukan ekonomi negara Malaysia. Setelah membaca petikan itu, anda mungkin akan menulis pengenalan itu seperti berikut: Contoh: a. Petikan tersebut membincangkan peranan pihak swasta untuk memajukan ekonomi negara Malaysia dan pelaksanaannya. ATAU b. Petikan tersebut membincangkan peranan pihak swasta untuk memajukan ekonomi negara Malaysia dan sambutannya terhadap masyarakat. ATAU c. Petikan tersebut tentang peranan pihak swasta untuk memajukan ekonomi negara Malaysia dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam peringkat pelaksanaannya. (tulislah mana-mana isi tambahan yang sesuai dengan petikan yang diberikan itu) Contoh-contoh yang lain adalah seperti yang berikut: a. Petikan tersebut membincangkan masalah sosial di kalangan masyarakat di Malaysia dan kesannya terhadap ekonomi negara. b. Petikan menjelaskan peranan media elektronik di negara kita dan pengaruhnya terhadap masyarakat remaja. c. Petikan membincangkan masalah jerebu di Malaysia dan usaha-usaha yang telah dijalankan untuk mengatasinya. PERHATIAN 3. Pastikan anda tidak menulis isi tambahan yang tidak ada kaitan dengan petikan. 4. Pastikan anda tidak menulis isi tambahan yang mempunyai sama makna atau sama maksud dengan isi utama seperti yang terdapat dalam arahan soalan. Misalnya begini: a. Petikan membincangkan kebaikan penggunaan komputer dan faedah-faedahnya. (1 markah sahaja, kerana perkataan kebaikan dengan perkataan faedah mempunyai maksud yang sama) b. Petikan membincangkan unsur-unsur negatif dalam internet dan keburukannya. (1 markah)

Anda mungkin juga menyukai