Anda di halaman 1dari 8

1.

1 PENGENALAN

Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid, peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan.

Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.

Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis - analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.

Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah ditugaskan untuk membentuk satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang meliputi salah satu sukatan pelajaran sekolah rendah, di mana melalui JPU berkenaan kami perlu menggubal satu set instrument ujian aneka pilihan sebanyak 20 soalan dan mentadbirkannya kepada sebuah kelas. Kemudiannya kami perlu menentukan indeks kesukaran, indeks diskriminasi dan menghuraikan keberkesanan item yang telah dipilih.

Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan ini, kami telah memilih tajuk Mengenal Negara Kita yang diambil daripada huraian sukatan matapelajaran Kajian Tempatan Tahun 5. Berdasarkan tajuk ini kami telah membina satu unit JPU bagi memudahkan kami untuk menggubal satu set soalan ujian aneka pilihan yang akan kami tadbirkan di sekolah nanti. Setelah soalan ini siap dibina, kami telah mentadbirkan soalan ini kepada pelajar-pelajar tahun 5 yang terdiri daripada 20 orang pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kerayong, Selangor.

Ketika pertama kali kami menerima tugasan ini, kami merasakan tugasan ini amat berat dan sukar untuk dilaksanakan, terutamanya dalam menyediakan Jadual Penentu Ujian ( JPU ). Ini kerana, kami berasa agak keliru untuk membina soalan/item yang bersesuaian mengikut aras taksonomi Bloom seperti mana yang dikehendaki di dalam JPU tersebut. Di samping itu, kami turut mengalami masalah dan keliru dalam membahagikan soalan mengikut kemahiran dan aras kognitif berdasarkan sukatan pelajaran yang telah kami pilih. Mujurlah, pensyarah kami iaitu En.S.Thirugnana banyak membantu kami dalam menyediakan Jadual Penentu Ujian ( JPU ) serta dalam membina soalan yang bersesuaian agar kami tidak akan menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan yang seterusnya. Di sini, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kerayong, di atas kerjasama yang telah diberikan ketika kami mentadbirkan soalan ini kepada murid murid tahun 5 di sekolah tersebut.

Oleh yang demikian, kami merasakan tugasan yang telah diberikan ini banyak memberi pengetahuan dan manfaat yang berguna kepada kami yang bakal menjadi warga pendidik pada suatu hari kelak. Di samping itu juga, melalui tugasan ini, ia memberikan pengalaman yang baru kepada kami terutamanya ketika kami mentadbirkan soalan ini kepada pelajar di mana kami perlu mengawal suasana kelas agar tugasan ini dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta tidak menghadapi sebarang masalah. Akhir kata, kami berharap agar tugasan ini dapat dikekalkan pada tahun tahun yang berikutnya kerana ia banyak memberi manfaat kepada para pelajar sebagai persediaan untuk menjadi bakal guru dan sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.S.Thirugnana dan juga kepada warga pendidik SK.Bukit Kerayong di atas kerjasama yang telah diberikan. Sekian. . 1.3 JADUAL PENENTU UJIAN ( JPU )

Menurut Kubiszyn dan Borich ( 2003 ), Jadual Penentu Ujian ( JPU ) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Antara ciri ciri yang terdapat pada Jadual Penentu Ujian ialah ia mengandungi kandungan sukatan pelajaran, jenis item yang digunakan, kemahiran dan aras soalan mengikut aras taksonomi bloom, nombor soalan serta jumlah keseluruhan soalan. JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan pembina item/soalan ujian. Antara kepentingan JPU ialah, kertas ujian dapat digubal secara teratur dan bersistematik, untuk menjamin kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran, memberi keseimbangan terhadap taburan soalan mengikut tajuk yang telah ditetapkan dan perlaksanaan ujian adalah meliputi keseluruhan sukatan pelajaran yang telah dipelajari. Di samping itu juga, aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina soalan yang berbeza.

Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah membentuk satu Jadual Penentu Ujian ( JPU ) yang meliputi sukatan pelajaran bagi Tahun 5 sepertimana yang terdapat pada Jadual 1.1 berikut. Berdasarkan JPU tersebut, kami telah memecahkan tajuk Mengenal Negara Kita kepada 3 topik kecil iaitu Lokasi Negara Malaysia, Negeri-negeri dalam Malaysia dan Identiti Negara Malaysia. Daripada topik topik ini kami telah membina I set instrument soalan aneka pilihan yang meliputi kemahiran kognitif mengikut aras Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom. Soalan soalan yang telah kami gubal adalah terdiri daripada 6 soalan aras pengetahuan, 3 soalan aras kefahaman ,3 soalan aras aplikasi , 3 soalan aras analisis, 2 soalan aras sintesis dan 3 soalan aras penilaian. Soalan soalan yang dibina juga adalah terdiri daripada 10 soalan aras rendah, 5 soalan aras sederhana dan 5 soalan aras tinggi.

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN BUKIT KERAYONG, KAPAR JADUAL PENENTUAN UJIAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5 UJIAN BULAN OGOS 2006 KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN J. ITEM KEMAHIRAN ARAS NO. JUM. OBJEKTIF P K A An S P R S T Soalan Soalan
5.1 Lokasi a) Di asia

Tenggara

X X X (1) X X (13) X X (15) X X (14) X X (12) 5


b) Di dunia

X X X (2) 1
5.2 Negeri dalam Malaysia

a) Nama negeri,ibu negeri & bandar utama

X X X (5) X X (17) X X (19) 3


b) Lagu,bendera dan jata negeri

X X X (10) X X (18) 2
c) Ketua negeri dan Ketua kerajaan negeri

X X X (3) X X (6) 2
5.3 Identiti Negara

a) Lagu,bendera jata, mercu dan lambang lain

X X X (4) X X (8) X X (7) 3


b) Struktur pentadbiran negara

X X X (16) X X (11) X X (20) 3


c) Ketua negara & K.Kerajaan

X X X (9) 1
JUMLAH

10 5 5 20 20 Jadual 1.1 : Jadual Penentuan Ujian (JPU) 1.4 SOALAN UJIAN

- Indeks diskriminasi item bagi soalan 13 ini ialah 0.50 di mana seramai 4 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat .Manakala hanya seorang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat selesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas. - Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. Soalan/Item 14

- Bagi soalan nombor 14 pula ini, indeks diskriminasinya adalah -0.16 di mana hanya seorang murid sahaja dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab soalan ini dengan betul.Manakala, tidak seorang murid pun dari kumpulan berpencapaian tinggi yang dapat menyelesaikan soalan ini.Soalan ini tidak baik untuk PRN, kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan ini dengan betul daripada pelajar pandai. - Soalan ini tidak sesuai untuk dikekalkan di dalam ujian ini. Soalan/Item 15 - Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00. Bilangan pelajar berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul

adalah sama iaitu seorang bagi kumpulan murid pencapaian tinggi dan juga seorang murid bagi kumpulan berpencapaian rendah.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma kerana soalan ini tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah. - Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan lain yang lebih sesuai Soalan/Item 16

- Indeks diskriminasi item bagi soalan 16 ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya seorang sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas. - Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. Soalan/Item 17

- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.16. Hanya seramai 2 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan seorang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah. - Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik. Soalan/Item 18

- Indeks diskriminasi item bagi soalan 18 ini ialah 0.50 di mana seramai 6 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya 3 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menyelesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas. - Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. Soalan/Item 19

- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.50 di mana seramai 4 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat .Manakala hanya seorang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menyelesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas. - Soalan ini perlu dikekalkan dalam ujian ini. Soalan/Item 20

- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya seorang murid sahaja dari kumpulan murid berpencapaian rendah yang dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas. - Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian in

Anda mungkin juga menyukai