Anda di halaman 1dari 32

PENGENALAN

- Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan

negara mundur kpd negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju (cita-cita dlm Wawasan 2020). - Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka (Peristiwa 13 Mei 1969)

PERISTIWA 13 MEI 1969

Rusuhan kaum
Kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Menyebabkan kehilangan nyawa & harta benda dan berkait rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969 . Titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Tema sepanjang pilihan raya


Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi & sentimen. Calon pilihanraya membangkitkan isu-isu sensitif tentang: i) Bahasa kebangsaan (BM) ii) Kedudukan istimewa orang melayu iii) Hak kerakyatan orang bukan melayu

Pilihanraya
Parti Perikatan (UMNO,MCA,MIC) kalah teruk. Jumlah kerusi yang dimenangi dalam Dewan Rakyat (Parlimen) 89 (1964) 66 (1969). Kehilangan majoriti 2/3 dalam parlimen. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (DAP) & Pergerakan Progresif Rakyat (PPR) 25 kerusi. PAS 12 kerusi.

Sebab utama Peristiwa 13 Mei 1969


Perarakan kemenangan pihak pembangkang - Penyokong Parti Gerakan mengutuk & menghina orang-orang melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Kaum cina berarak - Mengikat penyapu kepada kenderaan sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih - pendapat menyatakan istilah (Penyapu mengusir orang melayu ke dalam laut),(Melayu sial).

- Sesetengah daripada merekan ada yang mencaci & meludah dari atas lori kepada orang-orang Melayu di tepi jalan. - Perarakan kematian cina bertukar kepada perarakan kemenangan Pilihan Raya dengan menghina orang Melayu. - Yeoh Tech Chye iaitu Presiden Parti Gerakan yang memohon maaf tetapi sudah terlambat.
-

UMNO telah mengadakan perarakan balas pagi 13 Mei y m akibatkan terjadinya peristiwa ini. Orang melayu berkumpul di rumah menteri besar selangor. Dato Harun Idris selaku menteri besar cuba mententeramkan keadaan , tapi rupa-rupanya mereka yang berkumpul ketika itu telah membawa senjata pedang dan parang dan hanya menunggu isyrat drp Dato utk mengamuk.

- Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung yang dibunuh dan kandungannya dikeluarkan daripada perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu kedalam perutnya.
- 4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Ruparupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rejime -Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku. Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, dan lainlain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluapluap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina. -Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman. Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Angka korban

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.
[1]

Daripada pengalaman pahit tsb, pengajaran penting yg diperoleh ialah: 1. Kemajuan ekonomi shj tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. 2. Kestabilan politik shj tidak memadai 3. tanpa pembangunan ekonomi yg seimbang. 3. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dgn lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik.

KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK 1. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yg pernah menghadapi konflik etnik. 2. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial. 3. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara.

4.

5.

6.
7.

Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dlm sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian di sesebuah negara (kesan pengindustrian dan perubahan sosial). Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

Usaha-usaha Ke Arah Memupuk Perpaduan Nasional Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (kini Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional /JPNIN). Pengenalan Rukun Negara (ideologi kebangsaan). DEB, Dsr Pendidikan Kebangsaan, Dsr Kebudayaan Kebangsaan. Gabungan parti-parti politik (Barisan Nasional)

Integrasi antara wilayah (antara bandar dgn luar bandar) dan antara Semenanjung Malaysia dgn Sabah & Sarawak. Usaha kerajaan (top-down) shj tidak memadai tetapi mesti digenapkan dgn usaha yg berbentuk (bottom-up) menerusi kerjasama & sumbangan drp sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik.

Keharmonian Hubungan Etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata kpd keadaan berbaik-baik antara pelbagai kumpulan etnik tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yg berbeza (pekerja/kelas menengah/golongan yg kaya drp pelbagai kumpulan) HE merupakan satu ciri penting yg mencorakkan sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional di negara kita sukar diukur, namun negara luar melihat Malaysia sbg negara yg berjaya mewujudkan HE yg harmonis

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK Tiga konsep penting yg ditumpukan ialah: Masyarakat, Budaya, dan Perpaduan Masyarakat
Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabadabad.

- Satu kumpulan / kelompok manusia yang hidup saling


berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan. Ciri-ciri utama masyarakat: a) berkelompok; b) berbudaya; c) mengalami perubahan; d) berinteraksi (dalaman & dgn pihak luar) e)mempunyai kepimpinan; dan f) mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta)

Konsep Etnik / Kaum - Satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sama. Etnik boleh didefinisikan sbg sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yg hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, & kegiatan ekonomi.
-

Konsep kelompok etnik digunakan untuk merujuk kepada golongan yg berbeza dari segi kebudayaan.

- Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi, & hiburan. - Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Khadazan Dusun, Melanau dsb dianggap sebagai etnik. - Konsep Etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme Etnisiti : merujuk kpd rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yg jelas dan dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yg sama.

Etnosenterisme:
- Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain. Sesuatu kelompok dikatakan etnosentrik apabila mereka menilaikan kebudayaan lain berdasarkan standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yg lebih rendah. Etnosentrisme membayangkan keengganan / ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yg lain. Selagi manusia menjadi etnosentrik, selagi itulah mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan stereotaip yg sedia ada (biasanya yg bersifat negatif)

- Walau bagaimanapun Etnosentrisme berfungsi penting


dalam mengukuhkan unsur budaya sesuatu masyarakat dan mengukuhkan perpaduan di antara anggota sesuatu kelompok masyarakat. Cth: Ketaatan kepada budaya dan kelompok diterjemahkan dalam ketaatan kepada parti dapat mengatasi konflik politik dalam sesuatu kelompok masyarakat. Konsep Ras dan Rasisme Ras: Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal (warna kulit dll). Ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi cth: Mongoloid, Negroid dan Austroloid.

- Pd dasarnya, ras boleh dikatakan sbg kelompok

sosial yg mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yg nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dsbnya. Ciri yg paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

- Ras juga merujuk kepada satu kelompok manusia yg menganggap diri dan / atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza drp kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yg tidak dpt diubah dan sifat2 ini berkaitan dgn sifat2 atau kebolehan moral & intelek mereka.

Rasisme
- Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran, atau kepercayaan

negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata yg dilakukan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan.

- Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya. - Fahaman yg menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yg paling unggul. - Rasisme wujud pd 2 tahap: 1. Tahap Individu kepercayaan & sikap individu 2. Tahap Institusi melibatkan dasar & pelaksanaan yg bersifat diskriminasi

Konsep Prejudis dan Stereotaip Prejudis - Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yg tersemat dlm hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yg jelas, tepat atau mencukupi. - Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kpd generasi yg lain. Kesannya semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yg terhad sama ada dlm aspek politik, ekonomi atau sosial. - Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Stereotaip - merupakan kenyataan-kenyataan umum yg negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti semua orang X bersifat kasar dsbnya. - Stereotaip ialah gambaran yg berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yg ditujukan kpd sesuatu kumpulan etnik oleh etnik yg lain. Hal ini terhasil drp pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. - Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yg negatif dlm kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk di Malaysia kerana fahaman ini mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik yg lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yg menebal.

Konsep Diskriminasi - Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yg mempengaruhi perilaku pihak yg berpandangan negatif. - Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
-

Merupakan manifestasi prasangka yg wujud dlm kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis & stereotaip dlm sesebuah masyarakat.

- Diskriminasi berlaku dlm banyak bentuk (individu atau kumpulan etnik) dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.