Anda di halaman 1dari 8

Diari Tengku Halim [1] Episod 1 Sarapan pagi di kafe hotel.

Halim memilih sarapan ala barat untuk memulakan paginya. Cukup dengan segelas jus oren, scramble egg dan 2 keping roti whole meal. Memilih meja yang baru saja dibersihkan oleh pelayan. Dengan lafaz basmallah dan doa makan, gelas jus oren dibawa ke bibir. Mata Halim jatuh pada seorang perempuan yang sedang tersenyum-senyum sendirian di hadapannya. Takkan gambar makanan pun tangkap sambil senyum gembira? Hai, mesti tak biasa makan dekat hotel ni, hati Halim berbisik. Tingkah laku perempuan itu diperhatikan dengan rasa terhibur. Roti disapu mentega. Mata sesekali hinggap pada wajah si dara manis yang sedang mengatur pinggannya. Mata si dara silih berganti memandang pinggan-cahaya matahari-telefon bimbit berkamera. Mungkin tak puas hati dengan mutu pencahayaan semulajadi. Klik, klik! Bibir Halim menjungkit senyum senget. Alahai cik adik, asyik ambil gambar bila nak mula makannya? Si dara manis sudah berhenti mengambil gambar sarapannya. Sekarang sedang menaip sesuatu dengan wajah ceria. Upload Facebook? Hati Halim meneka, dan turut terusik dengan wajah manis yang asyik tersenyum itu. Mata terunanya beralih pada pipi si gadis yang penuh!. Comelnya dia! Si gadis manis mengangkat matanya. Pandangan mereka bersatu. Dahinya berkerut seribu, sebelum senyum malu menghias bibir. Hati Halim sudah jadi sekembang taman. Sudah terpukau dek senyuman semanis gula! Sedar diri diperhatikan, gadis itu mula menyuap makanan. Pura-pura memandang ke kiri dan kanan, mengurangkan rasa segan dalam diri. Melihat tiada cincin yang tersarung di jari, Halim sangat positif dan optimis bahawa gadis itu masih belum berpunya. Pen dicapai dari kocek baju. Dompet ditarik dari poket belakang seluar. Laju dia mencatat sesuatu di belakang sekeping kad. "Assalamualaikum. Maaf saudari. Belakang ni ada nombor BBM saya. Nanti add ya." Halim menyerahkan kartu namanya sebaik sahaja lalu di sisi meja gadis manis itu. Senyuman Halim melebar sampai ke pipi. Dalam serba salah, kartu nama disambut dan dibelek-belek. "Tengku Halim Syah..."

"Panggil saja Halim. Tak perlu tengku-tengku..." "Maaf..." Kartu nama dihulur semula pada Halim. "Tak sudi berkawan dengan saya?" Halim terkejut. Hasrat hati murninya ditolak on the spot! Si gadis menggeleng laju. Wajahnya tunduk saja. Nak tak nak, terpaksa Halim mengambil semula kartu namanya. Sebab orang keliling mula pandang pelik kepada mereka berdua. "I like the way you smile. Well, especially... your 'smiling' eyes. Just so sweet to look at..." Sempat lagi Halim beri ayat menggoda sebelum tinggalkan gadis manis itu senyum sendiri bagai tak cukup pipi.. Misi berjaya! Si teruna bujang terlajak tersenyum puas.

Diari Tengku Halim [2] Episod 2 "Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." Selesai membacakan tafsir makna ayat 20 dari Surah Al-Hadiid itu, Najiba Omar terus mengucup mushaf suci - Al Quran mini yang sentiasa menemaninya. Sekurang-kurang Jiba akan baca sepuluh ayat sehari. Tengku Halim hanya diam di balkoni bilik hotelnya. Khusyuk menghayati suara yang sayupsayup kedengaran itu. Matanya memandang ke sliding door separuh terbuka yang hampir dengannya itu. "Jiba, dah nak maghrib. Pergi tutup pintu tu..." "Okey..." Dan suara gadis yang sedang mengaji tadi menyahut, berdasarkan nada suaranya. Halim pun sudah siap sedia memanjangkan tengkuknya mahu mengintai ke balkoni bilik sebelah. "Asyhaduallailahailallah Wa asyhaduanna Muhammadarrasulullah..." Halus dan lembut suara itu menyanyikan lagu Raihan Puji-Pujian. Dan suara pemilik suara itu terhenti apabila matanya bertembung dengan mata Halim yang sedang asyik mengintai. Mata Halim bersinar cahaya kerana dapat bertemu lagii dengan gadis 'smiling eyes'nya buat kali kedua. Senyumannya sudah cair di bibir. Jiba cepat-cepat tutup pintu dan langsir. Euww, lelaki gatal tadi!

Diari Tengku Halim [3] Episod 3 "Datang untuk apa?" Halim menemuramah teman sebilik gadis 'smiling eyes' yang kebetulan sama-samTa keluar dari biliknya. "Company hantar training. One day course." "Course apa?" "Erm, digital signal. Under company yang jual produk oscilloscope." "Oh, yang dekat ballroom tu..." "Ya, encik pun datang untuk course tu ke?" "Errr... sort of..." "Saya Syuhaidah Hamdi. Boleh panggil Aida!" Aida tersenyum manis pada lelaki yang mengiringi langkahnya ke lif. "Halim..." Secara refleks dia mengeluarkan dompet dan menghulurkan kartu namanya. Sudah terbiasa! "Kerja dekat Dubai? Balik bercuti?" Tanya Aida sebaik sahaja membelek-belek kad perniagaan Tengku Halim. Halim sekadar jawab dengan anggukan. "Kawan sebilik awak..." "Jiba? Awak kenal JIba?" Wah, tak sangka Jiba ada kenalan seperti Tengku Halim! "Hmmm... kenal." Baru pagi tadi, jawab Halim selebihnya dalam hati. "UNITEN juga ke?" Pantas Aida menyoal. "Tak, tak.." "Senior satu sekolah?" Kali ini Halim jawab pula dengan senyuman. "Aida, boleh tak awak tolong... " ----"Jiba, tadi Aida jumpa senior Jiba tau." "Siapa?" "Halim. Tengku Halim." Jiba kerut dahi seribu. Tengku Halim? Macam pernah dengar nama itu! "Tu dia..." Aida menuding dengan sudu makan pada seorang lelaki yang sedang memilih buffet. Kerutan di dahi Jiba makin bertambah. "Oh, ada pesanan untuk Jiba..." Tangan Aida mencapai sekeping sampul surat dari tas tangannya. Teragak-agak Jiba mengambil. Sekeping gambar bersaiz comel ditarik keluar dari sampul. Gambar lama. Juga berserta sekeping nota yang tertulis...

(Kredit photo: Madame E dan Kak Ika Madera)

My dearest sweet smiling eyes, You've stolen this young man's heart... :)

Jiba membaca catatan di belakang gambar lama itu. My dear sweet young man Your smile shines my day With lots of love, Ibunda Tengku Elisa Tengku Taufiq Tangan Jiba sudah memicit dahi. Dia rasa bagai nak pitam! Permainan apakah ini, wahai Tengku Halim?

Diari Tengku Halim [4] Episod 4 Tengku Halim berhenti menulis. Pen digoncang perlahan. Mungkin sudah kehabisan dakwat pena*. Tidak pernah dia menulis tentang seorang gadis dalam diari kerjanya. Jiba! Nama itu dalam kepala Halim. Mencetus senyuman yang cair di bibir. Memecah tradisi seorang yang bernama Tengku Halim Syah bin Tengku Muhammad Nuh Najiba Omar. Graduan UNITEN. Jurusan elektrik kuasa. Yang penting, masih SINGLE! Begitulah maklumat yang Halim berjaya korek daripada Aida. Yang juga merupakan teman sekampus Jiba. Polosnya hati Aida. Sekarang pasti dia sedang dimarahi oleh Jiba kerana telah membocorkan rahsia. Halim tak mengaku pun dia pernah satu sekolah dengan Jiba. Halim senyum sahaja dengan pertanyaan Aida waktu itu. Senyum tidak bermakna 'Ya', bukan? "Halim, bila lagi you nak datang pinang I?" Suara manja Raja Juliana mengganggu konsentrasi Halim. Entah dari mana Juliana tahu Halim sedang menginap di hotel ini. Sekejap sahaja dia sudah muncul. Stalker! "Jue..." Halim sekadar menggelengkan kepala. Malas melayan. "Just try my luck." Juliana ketawa dibuat-buat. "Mana tahu you terbuka hati nak dekat I." "I dah ada calon." Pantas Halim menjawab. "Tipu! You and your trick..." Juliana ketawa mengejek. "Dari dulu pun you asyik cakap macam tu.Tapi tak kahwin-kahwin juga." Wanita yang sudah berumur lebih 35 tahun melepaskan geram. "Kali ini I betul-betul serius. I dah jumpa pilihan hati I." Sambil tersenyum lebar Halim menutur. "Tengku Halim. I tahu you masih single dan available lagi." "You're so wrong." Halim mengangkat tangan. Meminta sebatang pen dari pelayan kafe. "Siapa?" "Apa?" "Siapa pilihan hati you?" "Najiba Omar." "Tengku Najiba Tengku Omar?"

"Tak. Just Najiba Omar. Tak ada tengku, raja, sharifah..." Juliana ketawa panjang. "Tengku Elisa tahu tentang dia?" Juliana merujuk pada ibunda Tengku Halim. Halim hanya menjawab dengan senyuman. Senyuman makin melebar tatkala bertemu mata dengan Jiba yang sedang menuju ke arah kaunter untuk check out. "Excuse me. I have to meet someone..." Halim segera menutup diarinya, lalu meninggalkan Juliana. "Halim! I tak habis cakap lagi." "My future wife is waiting..." Halim buat gaya tunduk ala-ala gentleman. "You!!!" Juliana menumbuk meja. "Jangan fikir senang-senang you boleh suka orang lain, Tengku Halim Syah." Mata helangnya tajam merenung gadis muda yang didekati oleh Halim. "You tak kenal lagi siapa I, Halim."

Diari Tengku Halim [5] Episod 5 Puas sudah dipujuk-pujuk. Namun Halim masih belum berjaya mendapatkan nombor telefon bimbit milik Jiba. Dan kad perniagaannya pun dipandang sepi. Alih-alih Jiba beri nombor telefon abahnya pula. "Kalau nak berkenalan sangat dengan saya, minta izin daripada abah saya dulu." Tegas Jiba tanpa kompromi. "Ini sajakah syaratnya?" Jangankan abah Jiba, telefon Perdana Menteri Malaysia pun dia sanggup. "Telefon nombor Tok Kadi juga, boleh? Kita booking dulu." Mata Halim bercahaya. Mata Jiba sudah terjegil besar. "Amboi, tingginya keyakinan diri awak!" Sudah ber'awak-saya' pula mereka. Tapi mahu dipanggil 'abang' Jiba tak sanggup. Nanti semakin yakin diri pula Tengku Halim Syah ini. "Entah-entah belum sempat awak cakap apa, abah saya dah letak telefon." Jiba semakin berani menjawab. Kakak kaunter check out sudah tersenyum-senyum melihat adegan mengurat di hadapannya itu. "Insya-Allah, saya berharap sangat... saya dan keluarga saya diterima baik oleh keluarga Jiba." Dahi Jiba makin berkerut-kerut. "Apa ni? Kenal apa pun tidak, tiba-tiba senang-senang 'berharap' saya sekeluarga akan menerima pula. Awak ni peliklah..." "Insya-Allah, lepas ini..." Halim menunjukkan BB Bold di tangannya. Nombor telefon bimbit abah Jiba sudah direkodnya tadi. "Sebelum Jiba pulang, terimalah hadiah istimewa daripada saya..." ---Kalaulah Jiba ada kulit cengkerang seperti kura-kura,penyu atau siput. Sudah lama menyorok di dalam cengkerangnya. Atau... adakah lebih baik Jiba bakar piano milik hotel ini? Nun dari sudut satu lagi, Halim memandang Jiba dengan penuh harap.

Jemari menyentuh A sharp. Lagu untuk Najiba Omar. Tanda ingatan dari Tengku Halim Syah. Lagu My Heart Will Go On versi piano. Jiba, berikanlah hati kita satu peluang itu...

Anda mungkin juga menyukai