Anda di halaman 1dari 3

Seruan menuntut kita beramal sebagai syarat memperoleh kejayaan.

Adakalanya amalan yang dituntut itu membuatkan kita rasa terbeban dan tidak mampu untuk melakukannya. Lantas, alasan-alasan dikeluarkan bagi meringankan tuntutan beramal. Semuanya ingin diringan dan dimudahkan supaya mengikut keselesaan hidup sedia ada. Mengapa? Masih belum merasa ia sebagai keperluan. Merasakan ia adalah beban. Tidak merasa keperluan umat yang sangat mendesak untuk setiap individu itu berubah. Keperluan kepada ketenang an di dunia itu masih pada movie, bukannya pada zikir. Keperluan kepada kepada kepuasan hidup masih pada kebendaan, bukannya pada kebaikan. Semuanya dirasakan sebagai beban akibat tidak faham dan menjiwai keperluan sebenar.

ISLAM itu mudah sahabat2 seperjuanganku....tapi bukan untuk dimudahkan, bukan untuk diremehkan!
pokoknya, perlukah kita memaksa diri kita untuk melakukan semua mutabaah tersebut?! mari kita lihat hadits di bawah:

~iman itu bertambah dan berkurang~ maka isitiqamahlah pada ibadah anda walaupun sedikit Nabi SAW. jgnlah kita beribadah semata kerana semangat kerna semangat akan luput

Daripada Aishah bahawa Rasulullah s.a.w. masuk menemuinya dan dekat dengannya ada seorang perempuan. Rasulullah s.a.w. bertanya, siapakah dia ini. Aishah menjawab, si fulanah dan beliau menyebutkan tentang sembahyang perempuan itu. Rasulullah s.a.w. bersabda: Cukuplah. Hendaklah kamu beramal mengikut kemampuan kamu. Demi sesungguhnya Allah s.w.t. tidak jemu sehinggalah kamu

merasa jemu. Dan agama yang paling disukai Allah ialah apa yang dilakukan seseorang secara berterusan. (al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab Ahabb al-Din Ila Allah Azza Wa Jalla Adwamuha) jgnlah kelam kabut dalam ibadah, ibadah tu perlu dikawal......jika mampu buat lebih, buatlah yg termampu untuk diistiqamahkan... lagi.... Nabi SAW marah (nasihat yg baik) orang tinggal ibadah, Nabi SAW juga marah orang buat secara berlebihan ~sebab tu kita kena ingat: syariat itu adalah maslahah untuk manusia semata2, bukan untuk kepentingan Allah - kerana kita lah yang lebih berhajat kepada Allah SWT. Al-Quran itu adalah wahyu, tidaklah dibaca Alquran itu melainkan supaya kita mentadabbur (menghayati), Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepada-mu penuh dengan berkah supaya mereka memperhati-kan ayatayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran. (Shaad,38: 29) bacalah Al-Quran dengan tartil, jgn tergopoh-gapoh mengejar kuantiti, ada sesetengah kita yang terlalu melampau dalam mengejar target yang tinggi sehingga hilang keindahan bacaan Alquran. bacalah Alquran dengan tenang... Dan apabila Al-Quran dibacakan, maka dengarkanlah baikbaik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Al-A`raf,7: 204).

sistem mutabaah ni memerlukan kita menjelaskan dan memberi kefahaman akan dalil sahih terelbih dahulu sebelum

kita memberitahu, "enti kena paksa sikit" tak payah pergi jauh2 la, bacaan doa sebelum makan pun belum tentu lagi menurut sunnah Nabi SAW betul tak?! hee... manusia ni mudah taqlik-mengikut sematamata tanpa ada sumber yg sahihsebab tu kita tak nak melahirkan insan yang beramal kerana ikut halaqah, bila tak ikut halaqah hanyut..... dengan memahami tujuan ibadah, merasa yakin bahwa ibadah dilakukan menurut tuntutan syara' dan bardasarkan sunnah Nabi SAW menjadikan seseorang tu dengan sendiri mengerti keperluan ibadahjgn suka-suki langkah flow.....

al-fahmu->al-ikhlas->al-amal
merutinkan ibadah yang sikit lebih baik daripada memaksakan ibadah yang tak konsisten tahap ibadah seseorang tu tak semesti sama dengan tahap ibadah seseorang yang lain...... jom baca cerita yg menarik ni!

Anda mungkin juga menyukai