Anda di halaman 1dari 2

Definisi Orang Kurang Upaya menurut WHO (World Health Organisation) " Kanak-kanak atau orang dewasa yang

cacat adalah mereka yang pada sesuatu masa, terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan vokasional" Terbahagi kepada 3 kategori utama :A) KECACATAN FIZIKAL Kecacatan fizikal adalah seseorang yang disebabkan oleh keadaan fizikal terhalang dari mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sosial ,rekreasi dan vokasional. Contoh :Palsi Serebrum, autism , muscular dystrophy , spina bifida ,kecacatan anggota kongenital , klef lelangit dan bibir B) KECACATAN MENTAL Kecacatan mental adalah keadaan perkembangan otak yang terbantut terutamanya dari segi kepintaran hingga memerlukan rawatan penjagaan atau latihan khas Contoh :Down's Syndrome C) KECACATAN SENSORI Kecacatan sensori melibatkan kecacatan deria pada manusia seperti deria pendengaran dan penglihatan. Contoh :Pekak dan buta Menurut WHO (World Health Organisation), 1.3% penduduk sesebuah negara terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU). Ini bermakna , Malaysia yang mempunyai penduduk seramai 25 juta terdiri daripada 250 ,000 golongan orang kurang upaya. JENIS KURANG UPAYA JUMLAH Kurang Upaya Penglihatan 12 874 Kurang Upaya Pendengaran 15 876 Kurang Upaya Fizikal 29 469 Kurang Upaya Mental 28 129 JUMLAH 86 348

DEFINISI OKU Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seorang individu dan/ atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental dan sama ada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu.

Anda mungkin juga menyukai