Anda di halaman 1dari 15

BADAN BERKANUN MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH AZMI BT ARIFIN a) SITI ZULAIHA BT b) NUR ARRUSHDAH

Logo persatuan telah direka oleh Encik Mohamed Sharif Mustapha, Ketua Kursus jabatan Grafik, Institut Teknologi Mara, Shah Alam.Logo ini direka berteraskan kepada beberapa aspek penting yang mana keseluruhannya melambangkan satu gabungan erat di antara ahli-ahli yang menganggotai Persatuan ini. Aspek yang ketara sekali ialah rupabentuk logo ini sendiri. Bentuknya yang dinamik itu disusun dihasilkan dari gabungan tiga huruf (P,B,B) yang disusun rapi bagi melambangkan satu arah, tujuan dan matlamat bersama. Ini dapat dilihat dari kesinambungan dua garisan yang bergerak dari bawah berpusing ke atas di samping membentuk ketiga-tiga huruf tersebut

SEJARAH PENUBUHAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

Sejarah penubuhan Persatuan bermula pada 29 Januari 1984 apabila satu mesyuarat diadakan di Bilik Gerakan Ibupejabat FELCRA, Jalan Bunus, Kuala Lumpur

bertujuan untuk menerangkan usaha mewujudkan sebuah Persatuan bagi semua Badan Berkanun.

16 orang wakil dari Badan-badan Berkanun telah hadir untuk membuat ketetapan dan memberi persetujuan melantik Jawatakuasa Penubuhan Persatuan.

TUJUAN PENUBUHAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

Untuk merapat dan memperkukuhkan kerjasama di antara ahli-ahli Persatuan dengan tujuan meningkatkan mutu perkhidmatan Badan-badan Berkanun di Malaysia.

Ke arah pencapaian tujuan tersebut, aktiviti-aktiviti berikut adalah dititikberatkan.


Memupuk perhubungan rapat di antara pegawai dan kakitangan ahliahli Persatuan melalui semua aktiviti yang dianjurkan.

Mengumpul dan menyebarkan maklumat mengenai peranan dan aktiviti tiap-tiap organisasi yang menjadi ahli Persatuan untuk mewujudkan kesefahaman dan penambahan pengetahuan mengenai peranan dan tanggungjawab semua organisasi yang menjadi ahli Persatuan.

Menggalakkan penukaran risalahrisalah penerangan dan maklumat di antara ahli-ahli.

Mengadakan lawatan sambil belajar ke organisasi-organisasi yang menjadi ahli Persatuan.

Membuat kajian-kajian yang sesuai untuk menafaat dan gunasama ahliahli Persatuan.

Menganjurkan kursus-kursus untuk pegawai dan kakitangan Badan-badan Berkanun yang berasaskan atas keperluan sesama ahli-ahli Persatuan.

MESYUARAT AGUNG
Mesyuarat Agung Biasa bagi Ahli Biasa Persatuan hendaklah diadakan sekali dalam setiap satu (1 ) tahun tidak lewat dar 30 Jun untuk maksudmaksud yang berikut:

Untuk menerima laporan Jawatankuasa mengenai hal ehwal Persatuan

Untuk menerima dan meluluskan akaun yang sudah diaudit yang berakhir pada 31 Disember

Ahli-ahli Jawatankuasa akan dipilih ( kecuali Setiausaha Kehormat ) dalam Mesyuarat Agung dan dilantik untuk memegang jawatan selama tempoh dua (2) tahun.

Jawatankuasa lengkap : Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua , Bendahari , Setiausaha Kehormat dan Enam orang Ahli Jawatankuasa Biasa.

Untuk mengendalikan apa-apa urusan yang sudah disampaikan secara bertulis kepada Setiausaha seminggu terlebih dahulu.

Mesyuarat Agung Luarbiasa

Mesyuarat Agung Luarbiasa boleh diadakan bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau atas permintaan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima ( 1/5 ) dari Ahli Biasa dengan menerangkan tujuan mengadakannya.

Mesyuarat Agung Luarbiasa diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan dalam tempoh tiga puluh ( 30 ) hari dari tarikh permintaan Mesyuarat diterima oleh Setiausaha Kehormat.

TUGAS AHLI
Untuk mendokong dan mematuhi Peraturan dan Undang-undang kecil yang dibuat.

Untuk menerima dan melaksanakan segala keputusan Persatuan yang dibuat di dalam Mesyuarat Agung yang mana tidak bercanggah dengan kepentingan ahli atau peraturan Undang-undang Persatuan

Untuk memupuk perhubungan yang lebih erat di antara ahli dan orang ramai.

Untuk menjelaskan Yuran Tahunan dan bayaran-bayaran lain dengan segera mengikut peraturan.

Untuk melaksanakan dan menyempurnakan segala usaha dan rancangan mengikut permintaan Jawatankuasa (atau Jawatankuasa Kecil di dalamnya) dari semasa ke semasa.

Peraturan 1 Tiga orang Pemegang Amanah yang mestilah berumur lebih 21 tahun hendaklah dilantik dalam Mesyuarat Agung dan hendaklah memegang jawatan sehingga diberhentikan oleh Mesyuarat Agung. Peraturan 2 Pemegang Amanah hendaklah terletak hak pada mereka apaapa harta benda tidak boleh alih yang dipunyai oleh Persatuan dan/ atau Yayasan Berkanun apabila Suratikatan Amanah sudah disempurnakan.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

BADAN BERKANUN

Lembaga Tabung Haji (LTH)

Institut Integriti Malaysia (IIM)

LARANGAN
Peraturan 1

Perjudian dalam apa-apa bentuk sekalipun dilarang keras dalam perkarangan Persatuan.
Peraturan 2

Persatuan tidaklah boleh melibatkan diri dalam kegiatan Kesatuan Sekerja seperti yang ditakrifkan dalam Ordinan Kesatuan Sekerja tahun 1959.
Peraturan 3

Persatuan tidaklah boleh mengadakan sebarang permainan loteri tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkenaan terlebih dahulu.

PEMBUBARAN
Peraturan 1

Persatuan boleh dibubarkan dengan kehendak ahlinya melalui ketetapan yang diambil oleh tidak kurang daripada tiga perlima ( 3/5 ) daripada jumlah seluruh Ahli Biasa.
Peraturan 2

Jika sekiranya Persatuan dibubarkan sebagaimana yang diperuntukkan di atas, segala hutang dan tanggungan yang dibelanjakan dengan sah di sisi undang-undang bagi pihak Persatuan hendaklah diselesaikan dan baki Tabung Kewangan hendaklah diuruskan mengikut keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Agung.
Peraturan 3

Notis pembubaran hendaklah diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 14 hari selepas pembubaran.

SEKIAN TERIMA KASIH