Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pengenalan Sebelum meneruskan dengan artikel yang telah dipilih sebagai bahan untuk membuat ulasan, marilah kita samasama mengenali apakah yang dimaksudkan dengan muzik dan apakah pula yang dimaksudkan dengan terapi muzik. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan. Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina I Ching menyatakan muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang. (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology) Epik India juga telah membuktikan bahawa muzik adalah punca oyang paling berkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula jadi. Nota muzik yang berbeza juga dikatakan mampu untuk mencipta perubahan dalam keadaan alam semula jadi. Kehidupan botani juga memberikan reaksi kepada muzik. Apalagi jika ia dikaitkan dengan manusia yang boleh bertindak balas dengan muzik pada tahap-tahap tertentu. Bagaimana pula dengan terapi muzik? Menggunakan muzik sebagai terapi bukan sesuatu yang baru diperkatakan, sebaliknya ia sudah digunakan dengan meluas sejak lama dulu. Terapi muzik merupakan satu bidang profesional yang menggunakan muzik untuk pemulihan, pemuliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal seseorang. Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi dapat dicapai dengan teknik-teknik muzik tertentu.

Seramai 6000 hingga 10 000 orang pakar terapi di seluruh dunia memberi perkhidmatan kepada golongan masyarakat terutamanya yang menghadapi trauma, gangguan emosi, kerencatan akal, stress, termasuk penyakit kanser dan AIDS. Di antara matlamat muzik terapi adalah pemulihan kekuatan fizikal, menyediakan pesakit menanggung kepedihan rawatan, memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga serta memberi peluang melepaskan perasaan dan menenangkan fikiran. Setelah penaksiran klinikal dibuat, pakar terapi muzik akan menjalankan program terapi muzik yang mungkin melibatkan teknik-teknik seperti mendengar, seleksi muzik tertentu, bermain alat muzik, menyanyi, perbincangan

lirik lagu, menari atau melukis dengan muzik. Artikel ini ditulis untuk membincangkan bagaimana terapi muzik dapat membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran membina dan mempertingkatkan skil asas dalam kehidupan seharian mereka. Artikel ini juga dapat membantu ibu bapa serta orang awam bagaimana untuk membantu dan memahami kanak- kanak bermasalah pembelajaran ini dengan terapi muzik.

Di dalam artikel ini penulis menyatakan bahawa terapi muzik boleh digunakan untuk merawat bukan hanya kanak-kanak autisme, tetapi juga kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran syndrom down, masalah pendengaran, lemah anggota badan dan masalah kerencatan mental. Menyedari hakikat bahawa kanak-kanak normal biasanya sukakan muzik, maka penulis telah menjadikannya sebagai elemen penting dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Hasilnya begitu menggalakkan. 1.1.2 Latar belakang kajian: Sebenarnya artikel ini tidaklah membuat kajian yang sepenuhnya kepada kanak- kanak bermasalah pembelajaran. Artikel ini ditulis hanya berdasarkan pemerhatian kepada tiga orang kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan sekumpulan kanak-kanak yang mengandungi 11 orang kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk bercakap. Tiada pemerhatian yang khusus dan berapa lama pemerhatian dijalankan ke atas kanak-kanak tersebut. Juga tiada data terpeinci mengenai pemerhatian yang dilakukan, contohnya dimana, masa dan hasil dapatan penulis semasa pemerhatian dijalankan. 1.1.3 Kaedah kajian: Selebihnya artikel ini hanya menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan terapi muzik, sejarah perkembangan terapi muzik dan bagaimana terapi muzik digunakan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Tiada kaedah yang dinyatakan oleh penulis dalam artikel ini, iaitu bermaksud samada pemerhatian dibuat secara klinikal atau sebaliknya.
APA ITU MUZIK TERAPI? --------------------Muzik terapi merupakan satu bidang profesional yang menggunakan muzik untuk pemulihan, pemeliharaan, dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal. Perubahan dari segi kognitif, sosial, dan emosi dapat dicapai dengan teknik-teknik muzik tertentu.

GOLONGAN-GOLONGAN SASARAN ------------------------Sebanyak 6000-10,000 pakar muzik terapi di seluruh dunia memberi perkhidmatan kepada golongan masyarakat terutamanya mereka yang menghadapi trauma, gangguan emosi, kerencatan akal, ketegangan, penyakit kanser & AIDS, dan lain-lain lagi.

TUJUAN -----Di antara matlamat muzik terapi adalah pemulihan kekuatan fizikal, menyediakan pesakit menanggung kepedihan rawatan, memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarganya, serta memberi peluang melepaskan perasaan dan menyenangkan fikiran.

TEKNIK-TEKNIK MUZIK TERAPI -------------------------Setelah penaksiran klinikal dijalankan, pakar muzik terapi akan menjalankan program muzik terapi yang mungkin melibatkan teknik-teknik seperti mendengar seleksi muzik tertentu, memain alat-alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik-lirik lagu, mengarang dan menggubah lagu, memberi persembahan secara kumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis dengan muzik.

Setiap ciptaan dalam semesta ini dilambangkan dengan satu tahap tenaga yang tertentu. Keadaan sebenar setiap benda tertentu adalah keadaan tenaga dalam jirim tersebut. Apabila kita menjalani kehidupan seharian, kita berada sama ada dalam satu keadaan tenaga positif atau tenaga negatif. Ini ditunjukkan oleh fikiran kita, keinginan kita, pemikiran kita adalah apa yang mendorong kita semua untuk bertindak. Dan akibat dari tindakan kita memberikan peniliaian samaada baik atau buruk daripada hasil tindakan tersebut. [BR] Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi. Di mana gegaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap yang berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud

dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai satu ubat yang memulihkan. Sejarah terapi muzik telah termaktub pada zaman purba. Sebuah buku yang mengandungi ajaran cina "I Ching" menyatakan "muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang". [BR] Epik India juga telah pun membuktikan bahawa muzik adalah punca yang paling berkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula jadi. Nota muzik yang berbeza juga telah dikatakan mampu untuk mencipta perubahan dalam keadaan alam semula jadi. Kehidupan botani juga memberikan reaksi pada muzik. Kehidupan manusia yang ianya satu tenaga juga sering bertindakbalas dengan muzik pada beberapa tahap tertentu. [BR] Ramai pakar yang mencadangkan bahawa ritma muzik atau rentaknya yang mempunyai keberkesanan untuk menenangkan kita semua walaupun kita mungkin tidak begitu sedar mengenainya. Mereka menjelaskan bahawa apabila kita berada pada tahap bayi dalam rahim ibu, kita mungkin telah terbawa oleh denyutan jantung ibu, Kita bertindak balas terhadap muzik yang menenangkan di peringkat lanjut dalam hidup, mungkin ianya kerana persepsi kita terhadap muzik yang berkait rapat dengan keselamatan, persekitaran yang menenangkan, dan juga perlindungan yang diberikan oleh ibu kita sejak dari mula. [BR]Terdapat tujuh sistem kelenjar dalam badan manusia, tujuh warna dalam spektrum dan tujuh nota dalam skala muzik. Setiap warna dan setiap nota mempunyai satu getaran atau tahap tenaga yang unik yang merangsang pusat tenaga di minda dalam cara unik, rangsangan yang sama ini akan disusuli ke tubuh kita. Apabila kita terdedah pada getaran-getaran ini, neuroendokrin dan sistem imun kita akan diperkukuhkan dan disucikan. Pusat keseronokan dalam otak kita juga memberikan rangsangan untuk merembeskan endorfin, iaitu penenang kesakitan semula jadi badan. Tekanan hidup selalunya akan menyebabkan himpitan antara kelenjar-kelenjar thymus dan ini mengakibatkan pengurangan tenaga dalam tubuh seseorang. Dengan menggunakan terapi warna dan muzik untuk merangsang dan meningkatkan fungsi kelenjar-kelenjar thymus, kita akan mengalami sejenis kepuasan mengalir ke semua deria kita sekaligus meringankan tekanan. Muzik mengidentifikasikan kewujudannya dengan gelombang-gelombang tenaga dalam badan dan persekitaran kita. Seringkali apabila kita mendengar sebuah lagu walau apa pun genrenya, tidak kira sama ada ianya klasikal, melodik, atau rock sekalipun, ia mencipta satu perubahan secara tiba-tiba dalam tahap emosi kita. Beberapa lagu yang kita anggapkan nostalgik mempunyai sejenis kuasa magnetik yang hebat berjalinan dengan ingatan kita di mana ianya selalu membawa kita kembali pada satu masa yang telah hilang selamanya, ianya juga selalu melahirkan sejenis perasaan di mana kita merasakan kita telah kehilangan sesuatu, jadi tak hairanlah kadangkala kita menitiskan air mata apabila terkenangkan saat-saat tersebut. Lagu-lagu yang meriah mencipta satu rasa kegembiraan, ia bergetar harmoni dengan harapan. Baru-baru ini muzik telah digunakan sebagai pemangkin bagi memudahkan wanita untuk melahirkan bayi, ianya juga digunakan untuk merawat gangguan rohani, meditasi dan sebagainya More About : Terapi Muzik. Alunan yang memulihkan

Anda mungkin juga menyukai