Anda di halaman 1dari 4

TONGGAKDUABELAS Dalam "Seminar Nilai dan Etika" pada 2 Mac 1992, Dato' Seri Ahmad Sarji telah menggariskan

satu set panduan etika untuk kakitangan awam, yang kini dikenali sebagai TonggakDuaBelas. Melalui penghayatan dan praktis TonggakDua diharapkan Perkhidmatan Awam akan menjadi badan yang "cekap dan berkualiti". TonggakDuaBelas adalah penjelasan mengenai konsep nilai, norma dan etika dalam kehidupan manusia. TonggakDuaBelas perlu menjadi amalan semua peringkat kakitangan awam disemua peringkat organisasi. Ia merupakan panduan- panduan, contoh-contoh nilai murni dan etika serta amalan-amalan baik yang perlu diamalkan bagi mengelakkan unsur-unsur yang negatif. Semua tonggak dan conton-contoh yang dikemukakan menekankan aspek-aspek peribadi seseorang. Ianya didasarkan kepada kepercayaan bahawa nilai-nilai yang penting akan membentuk peribadi tertentu. Peribadi ini seterusnya akan mempengaruhi pembentukan sesebuah organisasi. Sesungguhnya sasaran asal TonggakDuaBelas ini ialah untuk kakitangan jabatan awam, namun sektor, swasta juga dapat turut menerimapakainya. Sama ada sesebuah agensi itu dikategorikan sebagai awam atau swasta, "kecemerlangan" seperti mana kata YAB Dato' Seri Dr. Mahathir, patut menjadi komitmen kita(http://www.smpke.jpm.my/gndata/ucapan.pm/1993/931112 .txt). Berikut adalah senarai nilai dalan TonggakDuaBelas untuk dihayati dan diamalkan oleh kakitangan awam: Menghargai Masa Ketekunan Membawa Kejayaan Keseronokan Bekerja Kemuliaan Kesederhanaan Ketinggian Peribadi Kekuatan Sifat Baik Hati Pengaruh Teladan Kewajipan Menjalankan Tugas Kebijaksanaan Berhemat Keutamaan Kesabaran Peningkatan Bakat Nikmat Mencipta 1. MENGHARGAI MASA Masa tidak ternilai harganya dan datangnya sekali sahaja seumur hidup. Maksudnya, apabila hilang, tidak akan ada gantinya lagi. Dengan demikian, masa yang berlalu secara yang tidak berfaedah merupakan modal yang telah lesap. Banyak petikan yang boleh diberi untuk mengambarkan nilai masa. Al-Quran (SurahAl' -Asr 103: 1-3) memperingati manusia tentang masa. Dalam semua budaya juga terdapat kata-kata hikmat yang menyentuh keperihalan mahalnya masa, contohnya "Time and tide wait for no man". Di permukaan grandfather clock kerap terdapat peringatan dalam bahasa Latin iaitu "tempus fugit" , maksudnya, time flies . Peribahasa kita sendiri mengatakan "masa itu emas"! Di tempat kerja ada beberapa amalan positif untuk tidak membazirkan masa. Misalnya apabila membuat sesuatu kerja, "Do it right the first time", supaya tidak perlu diulang sekali lagi. Perancangan kerja yang teliti juga akan menjamin kerja berjalan lancar dan masa dijimatkan. Oleh yang demikian, antara nilai yang diutamakan dalam menghargai masa ialah: (i) segerakan tindakan (ii) tepati masa (iii) rancang masa dan tugas (iv) menyelesaikan tugas pada masa yang ditetapkan Amalan-amalan negatif

pula akan mengakibatkan pembaziran masa. Misalnya mencuri tulang semasa bertugas atau berbual-bual kosong. 2 . KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN Ketekunan membawa gambaran kesungguhan dan kesabaran. Orang yang tekun tidak menerima kekalahan. Genggam bara api biar jadi arang, kata orang tua-tua. Orang Islam pula sedia maklum bahawa Allah sentiasa bersama dengan mereka yang sabar (al-Quran Surah Al-Baqarah 2:153 Kakitangan yang tekun bersifat dedikasi dan berdisiplin. Orang yang berdisiplin, bekerja apabila diperlukan bekerja, manakala mereka yang tidak berdisiplin pula tidak bekerja atau curi tulang semasa mereka sepatutnya bekerja. Ketabahan diperlukan apabila berhadapan dengan masalah, besar atau kecil. Setiap halangan adalah cabaran dan bukanya pematah semangat. Dalam usaha melaksanakan inovasi, ketekunan juga diperlukan. Sikap "hangat-hangat tahi ayam" tidak boleh dijadikan modal, sebaliknya contohi semangat "kaizen" (lakukan sesuatu secara berterusan dan berkesinambungan), seperti yang diamalkan dalam budaya kerja Jepun ( http://www.jpa.gov.my/korporat/perasmi.html) . Secara ringkasnya, nilai-nilai yang perlu dipupuk untuk memastikan kejayaan antaranya ialah: (i) bersemangat gigih dan tekun (ii) berdisiplin (iii) dedikasi (v) cekal (vi) berpandangan jauh (vii) inovatif dan kreatif 3. KESERONOKAN BEKERJA Kerja jika dianggap ibadat, tidak akan menjadi chore yang membeban dan membosankan. Penerimaan hakikat ini akan mendatangkan kepuasan kerja, dan semangat untuk terus-menerus menjalankan tugas. Manusia yang seronok bekerja bersifat proaktif (Covey 1990: 66-94) Bagi seorang ketua pula, minat dan penghargaan yang ditunjukkan kepada usaha-usaha pekerjanya akan menjadi punca motivasi. Antara nilai-nilai yang perlu dititik beratkan dlalam mewujudkan keseronokan bekerja ialah: (i) kerja adalah ibadah (ii) menghasilkan sesuatu yang berfaedah (iii) komitmen terhadap kerja (iv) sedia bekerjasama 4. KEMULIAAN KESEDERHANAAN Satu sifat terpuji ialah bersederhana dalam semua perkara; tidak keterlaluan, memilih jalan pertengahan antara duaextremes. Orang Islam telah diperingatkan bahawa sebaik-baik pekerjaan itu yang sederhana. Kesederhanaan akan menjamin tidak berlakunya pemborosan. Antara sifat yang patut diamalkan ialah: (i) sederhana dalam semua aspek kehidupan (ii) tidak membazir (iii) adil dalam tindakan (iv) bersikap terbuka (v) berjimat cermat Mereka yang bersikap keterlaluan dalam urusan, antara lainnya, suka menunjuknunjuk. Kerapa kali pula mereka ini terdiri daripada golongan munafik yang suka berpura-pura. 5. KETINGGIAN PERIBADI Ketinggian peribadi mencerminkan harga diri seseorang, Antara petunjuknya adalah tutur-kata yang sopan dan tingkah laku yang menyenangkan mata memandang. Keikhlasannya juga nyata, bukan dibuat-buat. Sekalipun dia menduduki tempat sebagai ketua dalam sesuatu organisasi, dan tidak angkuh, boleh menegur dan ditegur. Maruah orang bawahannya sentiasa dipelihara. Oleh itu antara sifat ketinggian peribadi seseorang ialah: (i) bersopan santun (ii) amanah (iii) saling hormat-menghormati (iv) sedia membantu Sebaliknya, kemudahan peribadi dapat diukur, antara lainnya, daripada perbuatan suka mencari kesalahan orang lain, tidak amanah, menyalahgunakan kedudukan dan tidak ikhlas dalam segala tindak- tanduknya. 6. KEKUATAN SIFAT BAIK HATI Tersangat banyak sifat terpuji pada diri orang yang menghayati nilai ini. Sebagai ketua dia kaya dengan sifat peri kemanusiaan: simpati, suka

menolong orang bawahannya, sedia memberi tunjuk-ajar dan adil dalam keputusannya. Salahuddin Al-Ayubi dikatakan dihormati oleh pengikut- pengikutnya dan dikagumi oleh musuh-musuhnya. Pernah dia menangguh serangan ke atas sebuah kubu orang Kristian, kerana seorang knight sedang melangsungkan upacara perkahwinannya pada ketika itu. Antara sifat baik hati yang perlu dipraktikkan ialah: (i) adil (ii) sedia menerima teguran (iii) bertimbang rasa (iv) prihatin terhadap kebajikan 7. PENGARUH TELADAN Satu sifat yang dicela pada diri seorang ketua ialah dia yang berkata, "buat seperti apa yang aku kata, bukan seperti apa yang aku buat". Ini sama saja seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dalam banyak kes pula, teladan buruk apabila ditiru, ditiru dengan terlebih buruk lagi! Kerajaan kita pada hari ini berpandu kepada prinsip kepimpinan melalui teladan. Lebih mudah mengajar melalui teladan yang baik daripada sematamata memberi arahan. Oleh itu sifat-sifat yang perlu diamalkan ialah: (i) berkelakuan baik (ii) amanah (iii) telus dalam prosedur (iv) bermoral tinggi 8. KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS Apabila seseorang telah menerima sesuatu tugas, maka wajiblah baginya menyempurnakan tugas tersebut. Dalam menjalankan tugas pula sikap yang tepat ialah beriltizam menyempurnakannya dengan penuh tanggung jawab, bukan sekadar memenuhi syarat saja. Dalam Islam, mengelak daripada menjalankan tugas bermakna lari daripada tanggungjawab. Hukumnya, berdosa. Ada orang yang "mencuri" waktu pejabat, berniaga secara sambilan, seperti menjadi pengedar barangan solek dan pinggan-mangkuk. Pendapatan daripada perniagaan sebegini - yang menggunakan waktu "curi" ini adalah haram. Dalam hal menjalankan tugas ini, kecekapan dan ke profesionalisme adalah menjadi kayu ukur yang dikehendaki. Oleh yang demikian antara sifat yang perlu diamalkan ialah: (i) bertanggungjawab (ii) tekun dan sabar (iii) mengutamakan kerja (iv) pentingkan kualiti 9. KEBIJAKSANAAN BERHEMAT Berhemat ertinya berjimat-cermat, tidak boros. Boros atau pembaziran adalah dikutuk, dikatakan sahabat syaitan. Dalam kajian yang dibuat di Amerika tentang mereka yang mantap kedudukan kewangannya, satu faktor yang sentiasa terdapat pada setiap mereka ini adalah berhemat dalam perbelanjaan mereka, yakni tidak pernah melebihi pendapatan. Di tempat kerja, amalan berhemat dapat dipraktikkan dalam pelbagai situasi. Misalnya dalam penggunaan alat tulis, dan elektrik. Kertas yang telah dipakai pada sebelah halaman boleh digunakan sebagai scratch paper; lampu bilik air ditutup selepas digunakan; kipas dan hawa dingin elok ditutup semasa waktu rehat. Oleh yang demikian antara sifat yang perlu dipupuk bagi menjayakan usaha berhemat ialah: (i) tidak membazirkan harta kerajaan (ii) bertanggungjawab terhadap harta kerajaan (iii) menggunakan harta kerajaan mengikut keperluan Di samping itu, janganlah pula bakhil. Bakhil ialah enggan mengeluarkan belanja pada perkara-perkara yang diperlukan. Natijahnya ialah prestasi akan menurun dan produktiviti terjejas. 10. KEUTAMAAN KESABARAN Kesabaran mempunyai kaitan dengan ketekunan. Orang yang sabar dapat menerima kegagalan sebagai cabaran untuk terus berjuang. Dalam Islam, kesabaran adalah sifat terpuji.. Lumrah diketahui bahawa tidak ada kemenangan atau kejayaan tanpa kesabaran. Dalam sejarah perjuangan Rasulllah s.a.w., penentangan daripada pembesarpembesar Quraisy tidak mematahkan semangat perjuangan beliau. Berkat kesabaran, akhirnya Islam diterima dan berkembang. Demikian juga, jika kita mengkaji sejarah reka cipta, Edison,

Bell, Marconi, Baird dan lain-lain pereka cipta berjaya lantaran kesabaran. Pemimpin yang sabar akan mewujudkan pentadbiran yang inovatif, kreatif dan dinamik. Dia tidak takut mencuba dan tidak jemu mencari alternatif- alternatif. Dalam hubungan interpersonal pula, kesabaran adalah satu aset, terutama dalam menghadapi kerenah orang lain. Oleh itu kesabaran dalam mengusahakan sesuatu pekerjaan amat penting dengan mengambil kira pemupukan sifat-sifat berikut: (i) sedia menghadapi tekanan masa dan ruang (ii) tidak mudah putus asa (iii) sedia menyahut cabaran 11. PENINGKATAN BAKAT Bakat sebenarnya adalah manifestasi kecerdikan, mengikut teori multipleintelligences. Orang yang berbakat dalam sesuatu lapangan akan dapat menghasilkan kerja yang bermutu. Muzik ciptaan P. Ramlee hidup segar hingga ke hari ini kerana muziknya itu adalah cetusan bakatnya. Bakat jika tidak dipupuk dan dipertingkatkan menjadi sia-sia. Sebaliknya, jika diperitingkatkan, individu itu sendiri dan organisasinya juga akan turut menerima faedahnya. Dibawah konsep Persyarikatan Malaysia, negara juga akan turut mendapat keuntungan daripada peningkatan bakat individu- individu; kejayaan sektor swasta akan mempengaruhi juga sektor awam. Ketua jabatan wajar mengenal pasti orang bawahannya yang berbakat serta menggalakkan bakat tersebut dipertingkatkan. Idea-idea janganlah disekat, lantaran hasad dengki, tetapi hendaklah digalakkan untuk dikembangkan. Dalam ucapan YAB Dato' Seri Dr. Mahathir sempena perasmian Kompleks Jabatan Perkhidmatan Awam, beliau menegaskan tentang perlunya "menajamkan bakat yang sedia ada pada seseorang" (http://www.jpa.gov.my/korporat/perasmi.html) . 12. NIKMAT MENCIPTA Bahan utama yang diperlukan untuk mencipta ialah kreativiti. Ideaidea lateral seperti dipelopori dan dikembangkan oleh Edward de Bono (Edward de Bono 1990 dan 1996) dapat membantu mencipta sesuatu. Di jabatan- jabatan kerajaan banyak tradisi kerja yang boleh digantikan dengan yang baru. Misalnya, tradisi pegawai atasan mengelak daripada berjumpa dengan pelanggan. Dalam perbankan, biasanya pelanggan datang ke bank untuk menyelesaikan urusan, misalnya pinjaman. Tetapi, hari ini ada bank yang menghantarkan pegawainya untuk mendapatkan tanda tangan piminjam yang sedang menunggu penerbangan di lapangan terbang Banyak idea yang pada mulanya nampak janggal atau "gila-gila", akhirnya diterima dengan baik, misalnya konsep "sekolah dalam taman". Idea menerbitkan kereta nasional kita pada masa mula-mula dicadangkan dahulu telah mentertawakan sesetengah pihak. Tetapi, kini nyatalah idea itu sesuatu yang hebat. Disediakan Oleh: Ahmad bin Hj. Ramli Cawangan Sumber Manusia Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai