Anda di halaman 1dari 5

Isu Disiplin dalam Kalangan Pendidik

Pengenalan

Profesion perguruan merupakan bidang kerjaya yang menuntut pengorbanan fizikal dan mental yang tidak berbelah bahagi. Dalam bidang ini, bukan sahaja ilmu mereka diperlukan, bahkan keringat mereka juga ditagih. Ketika dunia melangkah maju seiring dengan kepesatan teknologi dan globalisasi, profesion perguruan juga turut sama mendapat tempiasnya. Kemajuan zaman dan mentalit i masyarakat dunia juga turut sama berubah. Jelaslah, golongan pendidik pada hari ini sebenarnya

berhadapan dengan cabaran yang amat hebat. Guru yang menjadi tunggak kepada pembudayaan ilmu dan kelestarian legasi bangsa sewajarnya telah mempersiapkan diri mereka sebelum bergelar seorang muaddib. Persoalannya, adakah profesion perguruan ini menjanjikan kualiti dan nilai yang tinggi dalam diri seorang pendidik. Adakah golongan pendidik ini telah dimaksumkan dengan gelaran keramat yang diberikan kepada me reka?

Apabila Amarah Menguasai Rasional

Sejak akhir-akhir ini, isu kebobrokkan disiplin dalam kalangan guru semakin membimbangkan. Tanggal 5 April 2011, Malaysia dikejutkan dengan berita kekejaman seorang guru yang telah membelasah Saiful Syazani Saiful Sapfidee, 7, sehingga koma. Tindakkan guru tersebut berpunca daripada tindakkan mangsa yang dikatakan telah mencuri wang milik beberapa orang pelajar di asrama. Guru terbabit dikatakan telah mengikat tangan mangsa dan memukulnya sehingga hampir dua jam. Apapun juga alasan guru terbabit, dia tidak seharusnya bertindak sedemikian. Tidakkah ada walau sekelumit simpati di hatinya sehingga tergamak memukul kanak-kanak sekecil itu sehingga koma? Dan akhirnya, kanak -kanak malang itu pergi menghadap ilahi dalam keadaan yang cukup menyayat hati.

Tragedi itu hanyalah satu daripada lembaran hitam yang mewarnai dunia pendidikan di Malaysia. Terdapat banyak lagi isu yang membabitkan masalah disiplin dalam

kalangan guru. Contohnya, kejadian pecah amanah melibatkan bekas pengetua 1, guru dipenjara 12 tahun akibat merogol murid 2, guru 47 tahun ditangkap khalwat dengan pegawai TUDM berusia 23 tahun 3 dan sebagainya.

Isu yang melibatkan disiplin dalam kalangan guru semangnya sesuatu yang amat membimbangkan semua pihak. Hal ini kerana gurulah yang telah diberikan man dat untuk melahirkan insan-insan yang berilmu dan berguna kepada masyarakat sejak zaman berzaman lagi. Kerancuan nilai ini pasti akan memberi impak yang amat besar kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bayangkan sekiranya sekolah dipimpin dan dite rajui oleh guru-guru yang mempunyai masalah sosial dan disiplin. Marilah kita sama-sama renungi dan insafi seketika, apakah implikasi dunia pendidikan yang diterajui oleh guru -guru yang tidak bertatasusila.

Implikasi Guru Bermasalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Seorang pujangga pernah berkata, Satu kesilapan seorang doktor boleh menyebabkan seorang pesakitnya terkorban. Tetapi, satu kesilapan seorang guru akan menyebabkan seluruh generasinya terkorban. Kata -kata tersebut banyak kebenarannya. Hal ini kerana setiap apa yang diajarkan oleh seseorang guru akan menjadi ikutan kepada anak-anak didiknya . Guru yang mempunyai masalah
disiplin dan tidak beretika sudah tentu akan menjadi tauladan yang tidak baik kepada para pelajarnya . Bagaimana mungkin kayu yang bengkok d apat

menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Justeru, guru-guru yang mempunyai masalah disiplin perlulah dikenakan tindakan tetatertib yang bersifat tegas dan holisitik. Selain tindakan tegas, hukuman seperti menghantar guru ke pusat khas yang akan memberi motivasi dan kaunseling kepada guru terbabit untuk tempoh tertentu juga dilihat amat wajar dilaksanakan.

Pengakuan bersalah bekas pengetua sekolah ditolak, 3 Mac 2011. Sumber diperolehi daripada akhbar Utusan Malaysia. 2 Guru dipenjara 12 tahun, 24 Januari 2011. Sumber diperolehi daripada akhbar Berita Harian. 3 http://galicariduit.blogspot.com/2010/04/guru-47-tahun-ditangkap-khalwat.html

Memang benar dakwaan yang menyatakan bahawa guru juga hanyalah insan biasa yang tidak terlepas daripada melakukan sebarang kesilapan, namun harus diin gat bahawa guru merupakan ikon dan role model yang diberikan mandat untuk mentarbiyah sekalian umat manusia . Masalah disiplin dalam kalangan guru juga perlu diberikan perhatian serius, apatah lagi sekiranya melibatkan aspek keselamatan. Masyarakat tidak akan berkompromi dengan aspek keselamatan. Banyak masalah disiplin guru yang berkait dengan aspek keselamatan, seperti serangan atau gangguan seksual 4, guru memukul pelajar dan sebagainya.

Seterusnya, sekiranya masalah disiplin dalam kalangan guru -guru ini berterusan, sudah tentulah imej dan martabat profesion perguruan kita akan tercalar. Masyarakat akan hilang rasa hormat dan tidak lagi meyakini profesion perguruan sebagai satu profesion yang mempunyai martabat yang tinggi. Ketegasan dalam membuat keputusan terhadap guru-guru yang mempunyai masalah disiplin ini bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan maruah mereka, atau menutup peluang mereka untuk memperbaiki diri, tetapi tindakan tersebut lebih kepada bersifat pengajaran secara berhikmah. Ini bersesuaian den gan firman Allah s.w.t dalam kitab suci al-Quran yang bermaksud :
''Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah, nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka menggunakan cara yang lebih sopan. Sesungguhnya Tuhanmu jualah yang lebih mengetahu siapa yang i sesat dari jalan-Nya dan Dia lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. (Surah an-Nahl : 125)

Implikasi seterusnya adalah, sekiranya masalah guru-guru ini diambil mudah, itu bermaksud kita telah mempertaruhkan dan mengancam masa depan generasi
muda kita sendiri . Disiplin guru memainkan peranan yang penting dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Seandainya guru tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tanggungjawab mereka, sudah tentu akan memberikan impak terhadap hasil pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Aktiviti pengajaran

Guru Al-Quran Merogol Dipenjara 5 Tahun, 3 Sebatan, Sumber dipetik daripada akhbar ILUVISLAM pada 2127 Januari 2011.

dan pembelajaran yang terganggu pasti akan menimbulkan masalah kepada para pelajar.

Justifikasi

Berpaksikan disiplin sebagai teras pembentukkan nilai seorang guru, sistem pendidikan negara akan lebih cemerlang dan dihormati sekiranya semua warga pendidik memahami dan menghayati obligasi yang sewajarnya dimainkan oleh seorang pendidik. Kita tidak mahu melahirkan genarasi yang terdidik ibarat ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Kemelut dan krisis disiplin guru hendaklah ditangani secara berhemah tetapi bersifat praktikal dan tegas. Agar martabat pendidikan guru sebagai pewaris anbia akan terus berada pada kelasnya yang tersendiri.

Bibliografi

Adham Shadan, Cikgu cuba rogol murid dijel 8 tahun bertarikh 9 Februari 2011, Sumber diperolehi daripada akhbar Kosmo!.

Guru 47 tahun ditangkap khalwat dengan pegawai TUDM 23 tahun, Di akses pada 12 April 2011. http://galicariduit.blogspot.com/2010/04/guru -47-tahun-

ditangkap-khalwat-dengan.html Habibah Elias, Noran Fauziah Yaakub (2002), Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Azam Mahat,(2009). Guru, Pendidik, Pengajar atau Pendakwah?. Kuala Lumpur: Karisma Publications Sdn Bhd. Mok, Soon Sang (2009), Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah : Komponen 1& 2) Psikologi Pendidikan Predagogi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Naffi Mat, (2011), Dilema Guru, Kerjaya yang saya pilih bukan kerana dipilih. Kuala Lumpur: Tintarona Publications Sdn Bhd. Norliza Wasilan, Guru dipenjara 12 tahun bertarikh 24 Januari 2011. Sumber diperolehi daripada akhbar Berita Harian. Pengakuan bersalah bekas pengetua sekolah ditolak, bertarikh 3 Mac 2011. Sumber diperolehi daripada akhbar Utusan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai