Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN

SEMESTER 10 / TAHUN 2011

OUMM3203 ETIKA PROFESIONAL

NO. MATRIKULASI NO. TELEFON E-MEL

: : :

650609015275001 650609-01-5275 012-631 9500 abg_king@oum.edu.my

NO. KAD PENGENALAN :

PUSAT PEMBELAJARAN :

BATU PAHAT

OUMM3203

1.0

PENGENALAN Secara umum etika didefinisikan sebagai prinsip-prinsip moral yang diterima umum

mengenai tindakan atau kelakuan individu. Etika juga merupakan ilmu yang membicarakan perbuatan baik dan perbuatan buruk manusia yang dapat difahami oleh fikiran manusia. Pengertian Etika (Etimologi)1 berasal dari bahasa Yunani iaitu Ethos yang bererti watak kesusilaan atau adat kebiasaan (Custom). Etika biasanya berkaitan erat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin iaitu Mos dan dalam bentuk jamaknya Mores yang bererti adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik dan menghindari hal-hal tindakan yang buruk. Etika dan moral lebih kurang sama pengertiannya, tetapi dalam kegiatan sehari-hari terdapat perbedaan iaitu moral untuk penilaian perbuatan yang dilakukan sedangkan etika adalah untuk pengkajian sistem nilainilai yang berlaku. Kepentingan etika dalam pengurusan organisasi ialah satu set idea dan tingkahlaku bermakna yang membawa sesuatu organisasi dalam mencapai matlamat bersama yang menekankan elemen pentadbiran, kepimpinan, pengawalan dan penyelarasan dengan dipandukan dengan nilai-nilai dan peraturan-peraturan etika yang dipersetujui di kalangan profesional. Pengurusan yang baik adalah hasil daripada pembentukan etika yang baik dalam setiap individu yang berorganisasi. Etika professional sememangnya akan wujud dalam sesebuah organisasi yang membawa maksud nilai moral sekumpulan manusia yang dilatih untuk suatu profesion yang sama misalnya persatuan jururawat, doktor, peguam, jurutera dan pengurusan di mana disiplin dan moral mereka dikawal oleh etika profesional yang disediakan oleh badan yang mengawalselia seperti Majlis Peguam, Lembaga Jurutera Malaysia, Lembaga Arkitek Malaysia, Lembaga Perubatan Malaysia dan sebagainya. Tanggungjawab sosial2 bermaksud menjalankan tanggungjawab dan kewajipan sesebuah organisasi kepada masyarakat di persekitaran organisasi bagi mencapai matlamat jangka panjang. Kewajipan ini perlu dipenuhi kerana ia merupakan satu perbuatan yang bermoral dan beretika. Terdapat dua kesan yang berbeza kepada tanggungjawab sosial sesebuah organisasi apabila ia melibatkan jangka masa pendek atau panjang. Contoh yang sering digunakan ialah seperti menganjurkan program kesedaran terhadap alam sekitar. Sesebuah organisasi seperti syarikat pengeluar minuman tin atau minuman kotak, sedar akan kewajipan mereka menjaga alam sekitar, justeru adalah menjadi tanggungjawab organisasi tersebut untuk memberikan maklumat kepada masyarakat tentang perkara tersebut. Salah satu cara yang dilakukan oleh syarikat terbabit ialah dengan menggunakan
1

Mohd Nasurdin, Aizzat. (2006). Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur:Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd., hlm 46 2 Ibid, hlm 58

OUMM3203

logo kitar semula dalam setiap produk keluaran mereka. Bagi kesan jangka pendek atau sederhana pula, matlamat organisasi lebih kepada tindakbalas sosial kepada persekitaran. Ini kerana organisasi mempunyai keperluan untuk bertindakbalas terhadap perubahan norma dan permintaan masyarakat pada ketika itu. Perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat akan menjadikan organisasi lebih sedar bahawa ia penting kepada keperluan masyarakat. Contohnya, organisasi bertindakbalas kempen membantu rakyat Jepun yang menerima musibah gempa bumi dengan melancarkan pungutan derma dan sumbangan untuk disalurkan kepada rakyat di negara Jepun. Etika boleh dibahagikan kepada lima teori iaitu:3 1. Undang-Undang Semulajadi iaitu menterjemahkan fikiran Tuhan dan membukukan dalam kitab. Teori ini diasaskan oleh ahli-ahli agama. 2. Teori Klasik Teologi Etika (Utilitarianism). Mengikut teori ini kehidupan dibahagi kepada dua iaitu kebahagiaan dan penderitaan. Moral diukur dari hasil kebahagiaan maksima untuk orang terbanyak dan perbezaan antara kebahagiaan dan penderitaan menjadi hasil bersih (net benefit). 3. Teori Klasik Deontologi Etika (Universalism) iaitu tugas dan kewajipan sedia ada pada individu dan moral diukur pada niat dan bukan hasil. Teori ini dikritik kerana tidak memberikan perkara utama dan penting dan sukar untuk tidak mengeksploitasikan individu lain kerana setiap individu mempunyai tugas dan kelakuannya sendiri. 4. Teori Pembahagian Adil mengatakan bahawa masyarakat dan organisasi sentiasa berkonflik atau bekerjasama dan kerjasama akan memberi faedah manakala konflik berlaku apabila ada individu merasakan beliau tidak dapat pembahagian yang adil. Teori ini menerangkan setiap individu berhak mendapat bahagian dalam masyarakat samada lebih atau kurang bergantung kepada usaha, sumbangan keperluan dan kelayakan. 5. Teori Kebebasan Diri adalah teori yang menjunjung kebebasan individu dan manamana organisasi yang menceroboh kebebasan individu hendaklah ditumpaskan walaupun ianya memberi kebajikan kepada masyarakat majoriti. Etika mengikut teori ini ialah individu mempunyai hak memilih, mendapat maklumat dan keadilan adalah disebabkan pertukaran dan bukan pembahagian. Ciri-ciri etika boleh dibahagikan kepada tiga ciri4 iaitu etika adalah bersifat individu dan bukan terbentuk dalam sesebuah organisasi, etika juga berbeza dari satu individu dengan individu lain dan etika bersifat relatif dan bukannya mutlak. Ianya bergantung kepada

3
4

Diah Jurini, Dr Mohamad. (2010). Profesional Ethics. Selangor:OUM, hlm 8 Ibid, hlm 10

OUMM3203

keadaan dan persepsi setempat. Sesuatu perbuatan itu boleh jadi tidak bermoral pada masa kini tetapi bermoral pada masa lalu. 3.0 KEPENTINGAN ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL Setiap organisasi di seluruh dunia termasuk di Malaysia menyokong kepentingan tanggungjawab sosial kepada mereka-mereka yang memerlukan di samping dapat berganding bahu dengan kerajaan dalam kempen-kempen yang dianjurkan. Satu piawaian telah diwujudkan iaitu ISO 26000 Tanggungjawab Sosial yang merupakan standard ISO (International Organization for Standardization (ISO)) yang baru dibangunkan untuk memberikan peluang dan penglibatan global dalam melaksanakan matlamat "pembangunan lestari" dalam pelbagai peringkat organisasi di seluruh dunia.5 Inisiatif ISO untuk membangunkan ISO 26000 yang memberikan panduan kepada tanggungjawab sosial, merupakan satu kesempatan unik untuk membentuk sebuah dunia yang harmoni, memberikan manfaat kepada kesejahteraan dan kepentingan masyarakat dan organisasi. Konsep tanggungjawab sosial adalah untuk membantu organisasi dalam menangani tanggungjawab sosial mereka agar menghargai budaya, sosial, persekitaran, perbezaan peraturan dan keadaan pembangunan ekonomi. Ia juga memberikan panduan praktikal yang berkaitan perlaksanaan tanggungjawab sosial, mengenal pasti dan terlibat dengan pihak yang berkepentingan dan meningkatkan kredibiliti laporan dan tuntutan dibuat tentang tanggungjawab sosial. Selain itu menekankan keputusan prestasi dan penambahbaikan serta meningkatkan kepercayaan dan kepuasan dalam organisasi di antara para pelanggan dan pihak berkepentingan lain. Adakalanya kita mempersoalkan sama ada organisasi ini telah melaksanakan tanggungjawab mereka kepada masyarakat, sejauhmana peranan/sumbangan mereka dan bagaimana mereka memperbaiki kualiti perkhidmatan organisasi ini kepada masyarakat. Sekiranya kita merasakan bahawa sesebuah organisasi itu tidak bertanggungjawab kepada masyarakat, kita ingin mengetahui sebab dan langkah yang akan diambil bagi memperbaiki keadaan tersebut. Walau bagaimanapun, kita tidak selalunya menilai perkara yang negatif sahaja, tanggungjawab organisasi juga sering dilihat dari sudut positif. Contohnya,6 sebuah kilang kain di Malden, US, milik Aaron Feuerstein. Semasa berlaku kebakaran, kilangnya telah musnah akibat kebakaran tersebut. Walau bagaimanapun, menyedari tanggungjawab sosialnya kepada pekerja-pekerja beliau, Aaron telah membayar gaji kepada semua pekerjanya sehinggalah kilang tersebut siap dibina semula. Perbuatan ini

Jurnal Berita Konsumer KINI (dalam talian). http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/beritaterkini/polisi-awam/663-pengenalan-kepada-iso-26000tanggungjawabsosial 6 Jurnal FOMCA (dalam talian). www.fomca.org.my/v2/index.php/penerbitan/category/20?download...

OUMM3203

menjadikan Aaron seorang yang terkenal dengan seorang pengurus yang beretika dan bertanggungjawab kepada masyarakatnya. Sokongan yang disalurkan oleh organisasi adalah jenis-jenis tindakan tanggungjawab sosial yang bertanggungjawab seperti: 1. Tanggungjawab Pembungkusan Label7 - memberitahu tentang kualiti dan kegunaan produk dengan tepat dan mudah difahami oleh pengguna. Organisasi juga bertanggungjawab untuk memastikan produk yang dikeluarkan mengikut piawaian, menggunakan logo halal supaya pengguna tidak berasa was-was apabila menggunakannya dan memberi maklumat atau penerangan tentang kesan yang akan dihadapi sekiranya produk tersebut digunakan dengan jumlah yang berlebihan tanpa mengikut had yang telah ditetapkan. 2. Tanggungjawab Untuk Pekerja - jaminan masa depan, kesihatan, keselamatan semasa bekerja dan budaya kerja. Gaji pekerja akan dicarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk hati tua yang mendatang dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk tuntutan sebarang bencana yang menimpa pekerja. Organisasi juga mendaftar dan mencarum pekerja dalam skim insuran yang mampu dimiliki oleh pekerja serta memastikan tahap kesihatan pekerja ditahap yang tinggi. Budaya sesebuah organisasi boleh membentuk etika dan perangai pekerja mereka agar bertanggungjawab kepada masyarakat. Contoh yang berkesan ialah dengan memberi dorongan dan ganjaran terhadap pekerja yang beretika dan berkelakuan baik kepada masyarakat di persekitaran organisasi. 3. Tanggungjawab Terhadap Insan Yang Kurang Bernasib Baik - menyediakan latihan dan aktiviti kepada mereka yang tidak bernasib baik yang diambil bekerja. Satu credit bagi organisasi yang mengambil pekerja yang kurang bernasib baik berkhidmat di dalam organisasi dan telah mengenepikan sikap mancari keuntungan semata-mata. 4. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat - bagaimana pula dengan individu yang bekerja dengan organisasi yang mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang boleh memberi kesan buruk/negatif kepada masyarakat? Adakah mereka masih boleh menjadi seorang yang beretika dan bertanggungjawab kepada sosialnya? Contohnya individu yang bekerja dengan syarikat tembakau, pengeluar arak atau produk racun serangga. Ambil sebagai contoh syarikat tembakau kerana ia lebih dekat dengan masyarakat. Bagi mereka yang bekerja dengan syarikat ini, masih boleh menjalankan tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat walaupun menyedari produk mereka boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna. 5. Tanggungjawab Pengurus Beretika Profesional - Seseorang pengurus sesebuah organisasi tidak membezakan standard etika antara urusan peribadi dan aktiviti pekerjaan
7

Ibid, hlm 12

OUMM3203

mereka. Masyarakat melihat seseorang pengurus itu sebagai seorang yang beretika, bertanggungjawab dan bermoral tinggi. Walau bagaimanapun, sama ada kita sedar atau tidak, kadangkala pengurus ini boleh mendorong kita untuk melakukan sesuatu yang tidak beretika disebabkan oleh proses, sistem atau ganjaran yang dijanjikan oleh organisasi kerana ia bergantung kepada keadaan atau situasi kerja dan organisasi yang berbeza. Terdapat keperluan untuk pengurus itu mengubah tingkah laku dan tanggungjawab sosial mereka sekiranya mereka ingin membuat hubungan dagangan/perniagaan di negara lain mewakili organisasinya. Ini kerana setiap negara mempunyai etika yang berbeza dan sesetengah negara seperti Amerika Syarikat membenarkan amalan rasuah dan menganggapnya sebagai suatu amalan yang biasa. Perbezaan sosial, politik dan budaya setiap negara akan mempengaruhi etika sesebuah organisasi yang beroperasi di negara tersebut. 6. Tanggungjawab Terhadap Pendidikan - memberi bantuan kewangan kepada institusi pendidikan tempatan. Selain itu terdapat organisasi menaja pelajar-pelajar cemerlang ke luar negara dengan diberi biasiswa sepanjang pembelajarannya. Contoh, biasiswa Petronas, SHELL, Khazanah Nasional, Tenaga Nasional Berhad, Yayasan Al-Bukhary dan lain-lain. Terdapat juga organisasi menubuhkan kolej untuk keperluan organisasi dan membuka pembelajarannya kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan seperti Kolej Ikram, Kolej Risda, Kolej Yayasan UEM, Kolej KFCH dan sebagainya. Tajaan suratkhabar kepada sekolah-sekolah juga menambat hati organisasi seperti yang dilakukan oleh Johor Corporation pada setiap tahun. 7. Tanggungjawab Terhadap Persekitaran - polisi dan kempen. Pelaksanaan polisi pembersihan semula sumber-sumber pencemaran industri dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Alam Sekitar untuk menangani pencemaran darat, air dan udara. Polisi ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran yang dihasilkan oleh industri bagi memastikan komuniti setempat berada dalam keadaan bersih, sihat dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Kempen-kempen seperti Kempen Pemuliharaan Alam Sekitar, Save Our Earth/Planet, Earth Hour, Kempen Selamatkan Sungai Kita dan lain-lain telah menjadi satu tanggungjawab sosial organisasi. 8. Tanggungjawab Terhadap Kerajaan - bekerjasama dengan kerajaan serta Pihak Berkuasa Tempatan dalam mengatur aktiviti perniagaan dan membantu peluang perniagaan terutama kepada penguasaha, peniaga-peniaga kecil dan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk memperbaiki lagi taraf hidup. Biasanya mereka-mereka akan diminta menjual dan mempamerkan produk-produk keluarannya sendiri apabila ada sesuatu majlis, karnival, pesta, pameran dan sebagainya.

OUMM3203

Walau bagaimanapun terdapat juga organisasi yang tidak mengambil berat tanggungjawab sosial disebabkan: 1. Membahayakan Kepada Reputasi Korporat8 - setiap organisasi mempunyai reputasi dan penjenamaan yang harus dijaga serta dikawal. Keburukan sesebuah organisasi akan memudahkan kredibiliti organisasi diketahui umum melalui media massa. Organisasi akan melakukan perkara-perkara ke arah kebaikan yang akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan sekiranya tanggungjawab sosial yang tidak sekata dengan reputasi korporat maka organisasi akan menarik diri. Contoh, memberikan sumbangan dan tenaga pekerja dalam sesuatu majlis besar-besaran tetapi tidak mendatangkan sebarang faedah dan input pada organisasi. 2. Menyalahi Polisi Organisasi - organisasi mempunyai carta pentadbiran serta ahli lembaga pengarah dan semuanya terikat dengan polisi organisasi. Kakitangan yang melanggar polisi syarikat akan dikenakan tindakan walaupun tindakan tersebut untuk kebaikan organisasi. Contoh, seorang pengurus operasi menaja sekumpulan ahli-ahli korporat bermain golf. Pengurus operasi tahu bahawa tindakannya harus diberitahu kepada pengurusan atasan tetapi disebabkan keadaan ad-hoc dia telah membuat keputusan sendiri. Hasilnya beliau dikenakan tindakan disiplin tetapi tindakannya telah dapat membawa projek berkeuntungan tinggi pada organisasi. 3. Menggalakkan anti-sosial dan nilai-nilai negatif atau sesuatu yang boleh menyumbang kepada kontroversi atau menjejas keharmonian kaum - di dalam sesebuah organisasi pelbagai kaum bekerja di bawah satu bumbung samada dalam atau luar negara. Amat payah untuk menyatukan mereka-mereka ini di dalam satu landasan pemahaman yang boleh diterima oleh semua pihak. Contoh, organisasi yang dikuasai kaum Cina mendermakan sejumlah wang kepada Persatuan Tokong untuk projek pengubahsuaian tokong tersebut tetapi apabila kaum Melayu memohon sumbangan pada organisasi untuk tujuan penggantian karpet di masjid berhampiran telah ditolak oleh pihak pengurusan. Ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati pada kaum Melayu dan sifat-sifat anti-sosial dan nilai-nilai negatif akan tertanam pada mereka yang berasa organisasi telah berlaku tidak adil. 4. Semata-mata bersifat politik - ada organisasi melakukan tanggungjawab sosial sematamata bersifat politik dan mahu dikenali di masyarakat umum dengan tujuan ada udang di sebalik batu. Contoh, sumbangan seperti menaja majlis-majlis tertentu, sumbangan untuk bencana alam dan menaja ahli-ahli politik ke luar negara sudah menjadi lumrah pada sesetengah organisasi. Biasanya yang melakukanya di dalam organisasi seorang yang berpengaruh, mempunyai pegangan saham yang tinggi dan pemegang jawatan penting seperti
8

Ibid, hlm 22

OUMM3203

Presiden, Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengarah Urusan. Dengan sumbangan dari organisasi dan mengunakan pengaruh tajaan mereka, akhirnya mereka-mereka ini akan dianugerahkan gelaran atau mendapat projek berkeuntungan besar. 5. Berada dalam konflik secara langsung dan bercanggah dengan organisasi dari segi nilai-nilai murni mengenai sebarang isu semasa - kejatuhan nilai matawang dan keadaan ekonomi yang tidak menentu akan menimbulkan konflik pada organisasi. Banyak organisasi mengurangkan tenaga pekerja dan membuat pelbagai perancangan kewangan untuk meminimakan perjalanan organisasi. Dalam keadaan sebegini sebagai contoh, ada organisasi yang memberanikan diri menaja majlis-majlis tertentu seperti sambutan hari kebesaran. Bayangkanlah sekiranya organisasi sanggup menaja sambutan ini dan pada masa yang sama mengurangkan tenaga pekerja, apakah nilai-nilai murni korporat yang hendak dinilaikan oleh pekerja mereka? Organisasi seperti ini diibaratkan seperti diluah mati emak, ditelan mati bapa. 6. Permintaan-permintaan yang dihantar secara umum seperti Kepada Sesiapa Yang Berkenaan - organisasi mempunyai polisi yang ketat. Sebarang isu-isu semasa di dalam dan di luar organisasi diambil tahu dan menyelesaikannya dengan cara berhikmah. Contoh, setiap surat, pesanan melalui telefon, e-mail, faksimili dan sebagainya dicatat sebagai isu yang penting. Maka tidak hairanlah sekiranya organisasi tidak melayan sebarang pesanan sekiranya tercatat Kepada Sesiapa Yang Berkenaan. Ini untuk menjaga imej dan reputasi organisasi kerana tanggungjawab sosial yang hendak dilakukan mestilah mempunyai tujuan dan halatuju yang jelas, mendapat keuntungan bagi organisasi dan mengamalkan win-win situation. 7. Pengumpul dana professional yang bekerja bagi pihak sebuah organisasi - pengumpul dana bertindak untuk mencari sumbangan dan dana untuk menjayakan sesuatu majlis. Contoh, pihak kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat korporat biasanya akan melantik pengumpul dana professional untuk mewakili mereka menjalankan tugas mencari sumbangan dan penaja. Biasanya organisasi tidak berapa setuju dengan tindakan ini malah lebih senang berurusan secara terus dan apabila proses ini berlaku, organisasi akan diberikan kenyataan diterima melalui resit bayaran. Resit bayaran dianggap penting kerana dengan resit ini organisasi dapat mengurangkan cukai pendapatan syarikat pada akhir tahun. Ini untuk mengelakkan sebarang penipuan, buruk sangka dan ketidaktelusan dan apa yang penting organisasi tidak akan ditipu oleh pihak-pihak yang menangguk di air keruh. 8. Pengiklanan dan promosi termasuk pengiklanan bagi pihak organisasi yang lain organisasi yang menaja sesuatu program promosi dan pengiklanan akan melihat kaedah ini dapat meletakkan imej tinggi organisasi dan syarikat kepada umum. Contoh, program 8

OUMM3203

Kembara Mahkota Johor 2011. Sebuah organisasi telah ditetapkan oleh kerajaan Negeri Johor untuk menaja sepanduk yang akan dipasang di sekitar daerah Kluang, Johor berjumlah 500 keping. Dalam hal ini, organisasi yang menaja sepanduk ini terpaksa berkongsi logo organisasi/korporat bersama-sama organisasi lain yang langsung tidak menaja dan menyumbang dalam program ini. Secara tidak langsung, keadaan ini akan mendatangkan rasa tidak puas hati bagi organisasi yang menaja sepanduk tersebut. 4.0 CADANGAN PENDEKATAN UNTUK MENGEKALKAN TAHAP TINGGI ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL ORGANISASI Antara cadangan-cadangannya ialah: 1. Penubuhan Yayasan 9 Penubuhan sebuah yayasan adalah bagi menyelaras etika dan tanggungjawab bagi menyalurkan bantuan daripada pelbagai pertubuhan atau entiti perniagaan, besar atau kecil secara efektif kepada penerima. Fungsi utama yayasan ini adalah untuk mengumpul, menggerak sokongan dan penglibatan daripada pelbagai pertubuhan korporat dan entiti perniagaan, seterusnya merancang secara sedar bagaimana untuk memberi sumbangan kepada pelbagai pendidikan sosial dan kebaikan masyarakat kita. Contoh, kerajaan dengan kerjasama Majlis Peguam Malaysia telah mengambil langkah menubuhkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk membayar kos khidmat peguam. 2. Penubuhan Tabung Amal Cadangan Persatuan Pemilik Restoran India10 untuk menubuhkan sebuah tabung amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik di negara ini amat dipuji. Presiden MIC, Datuk G. Palanivel berkata, dengan keahlian lebih 4,000 orang, persatuan boleh mengumpul dana yang besar untuk tujuan berkenaan. "Perniagaan restoran sudah menjadi satu industri besar berdasarkan lebih 4,000 ahli berdaftar," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan persatuan itu pada 28 Februari 2011. Palanivel yakin persatuan mempunyai keupayaan untuk melaksanakan perkara itu yang akan memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan. Menurutnya, persatuan perlu melihat cadangan itu sebagai tanggungjawab sosial dalam membantu kerajaan membela nasib rakyat miskin. 3. Mekanisma Polisi Tanggungjawab Sosial Korporat Sebagai sebuah organisasi yang mentadbir perniagaan dan pemegang-pemegang saham dengan menjalankan perniagaan dan urusannya dengan cara yang bertanggungjawab dari segi
9

Roberts, Laura Weise,. & Geppert, Cynthia. (2006). The Book of Ethics. London:Hazelden Publishing, hlm 88 Arkib Berita Utusan Malaysia-28 Februari 2011 (dalam talian). http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2011&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_23.htm
10

OUMM3203

sosial, mapan dan bermakna, maka perlu diwujudkan satu mekanisma polisi tanggungjawab sosial seperti garis panduan sumbangan mengenai bagaimana organisasi menimbang permintaan, apa yang organisasi tidak akan sokong dan syarat-syarat bagaimana menyerahkan permintaan kepada organisasi. Organisasi juga memberi keutamaan kepada aktiviti, majlis, kempen atau projek tanggungjawab sosial korporat (inisiatif CSR) yang disertai oleh pekerjanya sebagai tujuan bagi pembangunan holistik. Selain itu, Sebuah organisasi yang menjaga kebajikan pekerja dan persekitaran komuniti tidak boleh memberi pertimbangan kepada semua permintaan yang layak diterima daripada pihak-pihak luar. Permintaan akan ditunaikan bagi inisiatif yang berjaya memenuhi dengan baik objektif Polisi Tanggungjawab Sosial Korporat. 4. Panduan Tanggungjawab Sosial Cadangan dan tujuan utama merangka panduan tanggungjawab sosial adalah untuk membantu organisasi bagi mencapai atau menyumbang pada sasaran-sasaran pembangunan lestari. Panduan ini mengutamakan tujuh prinsip bagi operasi sesebuah organisasi iaitu akauntabiliti, ketelusan, etika, kepentingan pihak berkepentingan, keluhuran undang-undang, norma-norma antarabangsa dan hak asasi manusia. Panduan ini meminta semua pengamal tanggungjawab sosial supaya menggunakan prinsip-prinsip di atas dalam semua aktiviti atau praktis tanggungjawab sosial mereka. Untuk menetapkan skop dalam aktiviti tanggungjawab sosial bagi suatu organisasi, panduan ini mengutamakan enam subjek teras iaitu pengawalan organisasi, amalan operasi yang adil, hak asasi manusia, amalan pekerja, persekitaran dan pengguna. 5. Garis Panduan Kod Etika Majikan dan pekerja saling diibaratkan seperti aur dengan tebing. Konsep etika perlu dijelaskan dengan baik agar tidak disalahtafsirkan kerana kod etika ini perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap pekerja dan majikan agar ke dua-dua pihak saling memahami antara satu sama lain serta dijadikan sebagai panduan kepada mana-mana organisasi kerana berfungsi sebagai panduan tata kelakuan kepada semua pihak. 6. Tanggungjawab Sosial dan Etika Majikan Kepada Pekerja 6.1. Faktor persekitaran - hubungan korporat yang baik adalah merupakan tanggungjawab sosial yang baik. Tanggungjawab sosial korporat masih baru dalam kontek Negara Malaysia dan masih perlu dipupuk di kalangan organisasi atau badan-badan korporat. Apabila sesebuah organisasi ditubuhkan bukan sahaja mengekploitasi faktor pengeluaran di sekelilingnya seperti buruh, tanah, modal dan keusahawanan tetapi juga perlu berperanan menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya. Cadangan tanggungjawab sosial yang perlu

10

OUMM3203

dijalankan termasuklah menitikberatkan kesihatan masyarakat, keselamatan, pendidikan, pekerjaan, alam sekitar dan pembangunan ekonomi dan masyarakat. 6.2 Penubuhan Sukarelawan CSR - secara umumnya, tanggungjawab sosial korporat membawa maksud sebarang komitmen atau pernyertaan oleh sesebuah syarikat korporat mengikut pertimbangan peniagaan dan sumbangan dari sumber korporat dalam komuniti atau masyarakat yang bertujuan ke arah meningkatkan kesejahteraan masyarakat di sekitar perniagaan atau perusahaan. Setiap organisasi disaran menubuhkan Sukarelawan CSR seperti Penubuhan Sukarelawan Bank Negara Malaysia, Briged Putera, Kumpulan Penyayang Agrobank, Komuniti 3R Pioneer Technology dan sebagainya untuk membolehkan setiap kakitangan melaksanakan aktiviti sosial yang berfaedah, secara tidak langsung mewujudkan keseimbangan antara kerja dengan kehidupan, mengembangkan kemahiran kepimpinan, meningkatkan moral dan pembinaan sahsiah kakitangan. 5.0 PENUTUP Pada masa kini, isu etika dan tanggungjawab sosial dan etika sering menjadi bahan bualan masyarakat. Tanggungjawab sosial sesebuah organisasi yang berorientasikan perniagaan dan keuntungan (for-profit business organization) menjadi sasaran utama pihak media massa dan masyarakat. Perkara ini berlaku kerana organisasi perniagaan ini mengawal sebahagian besar sumber bahan mentah yang ada untuk mengeluarkan produk dan perkhidmatan untuk masyarakat di persekitaran organisasi tersebut. Sama ada organisasi ini bertanggungjawab atau tidak bertanggungjawab kepada masyarakatnya, mereka tetap menjadi perhatian. Kewajipan pihak korporat mengurus perniagaan mereka secara tulus dan beretika, menguruskan perniagaan mengikut undang-undang serta budaya hidup tempatan, memberi keutamaan kepada kebajikan pekerja mereka, menunaikan tanggungjawab mereka menjamin kepuasan serta keselamatan pelanggan serta pengguna dan berjasa kepada masyarakat menjamin kesejahteraan hidup masyarakat. Badan korporat perlu mengambil perhatian bahawa etika dan tanggungjawab sosial bukan sekadar membantu dan berjasa kepada masyarakat sahaja tetapi meliputi segala tanggungjawab badan korporat sebagai warga dalam negara termasuk terhadap masyarakat. Tanggungjawab sosial terbukti menjadi alat yang berkuasa dalam memacu kejayaan banyak syarikat di seluruh dunia dan menjadi pemangkin untuk mengenal pasti dan mengembangkan peluang pemasaran baru, mengurangkan kos, meningkatkan daya saing dan menambahkan keuntungan. Di Malaysia, kerajaan menggalakkan syarikat menyertai program pertanggungjawaban sosial korporat dengan memberikan potongan cukai ke atas sumbangan korporat kepada pertubuhan kebajikan. 11

OUMM3203

(muka surat 1 hingga 10 : 2988 patah perkataan) APENDIKS

Kolej RISDA telah ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Malaysia

Organisasi di Malaysia turut serta dalam Program Earth Hour selama satu jam

12

OUMM3203

RUJUKAN Diah Jurini, Dr Mohamad. (2010). Profesional Ethics. Selangor:OUM Jurnal Berita Konsumer KINI (dalam talian). http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/beritaterkini/polisi-awam/663-pengenalankepada-iso-26000-tanggungjawabsosial Jurnal FOMCA (dalam talian). www.fomca.org.my/v2/index.php/penerbitan/category/20?download... Arkib Berita Utusan Malaysia-28 Februari 2011 (dalam talian). http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2011&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_23.htm Mohd Nasurdin, Aizzat, Osman, Intan., & Ahmad, Zainal Ariffin. (2006). Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur:Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Roberts, Laura Weise,. & Geppert, Cynthia. (2006). The Book of Ethics. London:Hazelden Publishing

13

Anda mungkin juga menyukai