Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN INTERGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

y Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk

Perpaduan (RIMUP) merupakan satu program khas untuk mengeratkan perpaduan di kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya, dan agama. y Untuk mancapai tujuan tersebut RIMUP telah diwujudkan untuk memupuk dan menyemaikan sikap bersatupadu dikalangan pelajar sejak mereka di bangku sekolah lagi. y Program ini amat penting kerana ia termasuk dalam Teras Satu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) iaitu membina Negara Bangsa.

OBJEKTIF RIMUP
y Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para

guru dan murid serta warga sekolah. y Mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong, serta suasana harmoni dikalangan semua peserta secara sedar dan terancang. y Melahirkan semangat persefahaman dan semangat toleransi dikalangan murid serta semua yang terlibat. y Berkongsi kebudayaan, kemudahan, peralayan, tenaga, dan kepakaran, kegembiraan, keseronokan dikalangan semua pelajar dan peserta yang terlibat dalam semua acara yang diikuti bersama.

RASIONAL PELAKSANAAN RIMUP


y Perpaduan adalah tunggak kekuatan dan kestabilan sesebuah negara. y Pembinaan Negara Bangsa tidak akan tercapai, jika tidak wujud persefahaman, pemuafakatan, perpaduan, serta kerjasama dikalangan semua rakyat yang ada dalam Negara Malaysia, tanpa mengira bangsa, etnik, budaya dan agama. y mewujudkan bangsa Malaysia selain daripada sikap bersatupadu tetapi juga berjiwa patriotik dan harus di pupuk dan disemai dikalangan anak-anak sejak awal lagi. y Berdasarkan itulah RIMUP dilaksanakan di peringkat sekolah, bukan sahaja melibatkan pelajar sahaja tetapi secara langsung juga melibatkan para ibubapa atau PIBG di sekolah.

MENGAPA RIMUP?
y Program dan aktiviti integrasi yang dijalankan adalah

lebih terancang dan berfokus. y Melibatkan penubuhan jawatankuasa pelaksana di peringkat KPM, JPN, PPD, PPG dan sekolah. y Perancangan dan strategi pelaksanaan berdasarkan analisis keperluan. y Melibatkan pemantauan dan laporan dari semua peringkat

RUMUSAN
Perancangan untuk melahirkan generasi yang unggul merupakan suatu tanggungjawab yang berat. Oleh itu, usaha ini harus dilakukan secara berterusan dengan pengemblengan tenaga dan komitmen jitu daripada semua pihak. Kerajaan dan rakyat harus bersamasama bertanggungjawab membangunkan modal insan dengan penuh komitmen. Malah segala bentuk pendidikan dan latihan kemahiran yang berkualiti hendaklah berterusan bagi memastikan modal insan negara ini kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa(Abdullah Ahmad Badawi, 2006) .

Anda mungkin juga menyukai