Anda di halaman 1dari 48

PISMP PEMULIHAN SEMESTER 5 2011

Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja.
Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.

Rohand Meighan (1986)


menulis bahawa kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.

Karl Marx
berpendapat kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama terhadap puncapunca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. Terdapat lima kelas sosial yang boleh dibezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bahawan, pekerja dan bawah.

Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid.


murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan.

Guru harus bijak dalam mengendalikan kelas sosial murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat.
Berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai sikap, tingkah laku yang sesuai.

Murid harus dibantu untuk memahami kekuatan dan dan kelemahan yang ada pada diri mereka; setiap kelemahan perlulah diatasi dan kekuatan yang ada boleh digunakan untuk membantu murid lain yang memerlukannya.

Guru perlu membantu murid membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi murid yang lemah melalui kem motivasi dan sebagainya.
Mengunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid.

Kata-kata motivasi dan penuh senyuman dan jenaka, pujian supaya suasana sentiasa ceria, di samping teguran berupa nasihat dan bukan leteran.

Guru perlu menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil kepada semua murid, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan
menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat untuk meneruskan pembelajaran.

Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio-budaya.

Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman di kalangan murid. Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan murid-murid mereka.
Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan.

Guru harus mengurangkan bahasa dialek dan menggunakan bahasa yang standard untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid mereka.
Aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid, tanpa mengira jantina.

Isu yang mempunyai unsur bias kepada manamana jantina mesti dielakkan untuk memberi peluang yang sama pada setiap murid menerokai aktiviti pembelajaran.
Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.

Guru mesti merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui pelbagai kaedah yang menarik.
Rumusan boleh dibuat seperti susunan dalam bait-bait puisi, sajak, pantun, soal jawab dan main peranan.

Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mencari peluang pengubahsuaian bagi menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna.

Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang;
fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh di capai, realisitik dan bijak dalam pengurusan masa.

Guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dan bersungguhsungguh melaksanakan tugas.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan perkerjaan dengan tekun . (Riwayat Baihaqi).

Guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan mentadbir, kemahiran mengaplikasikan peralatan terkini seperti komputer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memilik wawasan yang jelas. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada murid telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan pembelajaran, ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid.

Dalam usaha menghasilkan guru yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia, permulaan latihan guru untuk guru pelatih yang berminat dalam profesion keguruan dibuat dengan teliti. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak dan patut menjadi guru.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA Terhadap Murid

MAKSUD SOSIO-BUDAYA
Maksud sosio-budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan merangsang pembangunan hidup masyarakat itu.

IMPLIKASI TERHADAP MURID


Sebagai pendedahan awal kepada murid mengenai budaya yang pelbagai yang wujud di negara ini. Murid mampu mengenal ciri-ciri yang terdapat dalam sesuatu budaya tertentu Murid boleh membezakan dan mengenali budaya sendiri dan juga budaya yang lain.

Murid dapat mengetahui seni-seni daripada budaya lain. Murid mengetahui adat resam budaya lain dengan lebih terperinci. Murid-murid jua dapat mengetahui dan mempelajari ciri-ciri agama daripada budaya lain. Murid boleh mengetahui tatasusila budaya lain.

Selain itu, dengan adanya pelbagai kaum di dalam sebuah sekolah, pemupukan nilai nilai murni dalam kalangan murid-murid akan wujud secara semulajadi. Sekolah adalah tempat bermula segalanya dan ia harus dijaga dengan baik dan sempurna.

Ini juga menggalakkan murid-murid supaya boleh berfikir dan berani mengeluarkan pendapat. Murid-murid yang berlainan etnik didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, toleransi, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. .

Apabila generasi kecil kita yang berbangsa Melayu, Cina dan India ini dapat berinteraksi sejak awal persekolahan lagi sudah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Hal ini secara tidak lansung akan memberi peluang orang Melayu menguasai budaya bangsa lain dan begitu juga sebaliknya. Semangat kekitaan akan terhapus dan curang perkauman akan mulai rapat dan utuh.

Dengan adanya bahasa kebangsaan sebagai bahasa penyatu dan pembina identiti negara bangsa Malaysia, interaksi dua hala lebih teratur dan berkesan. Implikasinya, murid-murid akan lebih memahami antara satu sama lain. Impak jangka masa panjangnya, mereka akan lebih menghormati dan mengenali budaya serta sensitiviti sesebuah kaum yang lain.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA SEKOLAH

PENGENALAN
Sekolah merupakan satu institusi pendidikan formal yang menempatkan semua kaum untuk mendapat pendidikan berperanan besar untuk menyatukan perbezaan individu kearah memaksimumkan tahap pencapaian. Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.

JENIS-JENIS SEKOLAH
SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) SEKOLAH PREMIER SEKOLAH 100 TAHUN SEKOLAH BESTARI SEKOLAH MODEL KHAS SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Setiap SBP mempunyai bidang keistimewaan masing-masing seperti permainan ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar, pencaragam di Sekolah Menengah Tun Fatimah, pidato di Kolej Islam Kelang. Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang mencukupi.

Sekolah menengah teknik menawarkan bidang vokasional seperti ekonomi rumah tangga, pertanian, ketukangan elektrik, mekanikal dan awam manakala dalam bidang teknikal termasuklah kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam. SMT yang cemerlang termasuklah SMT Dato Undang Hj Md Sharip (ekonomi rumah tangga), SMT Chenor (pertanian), SMT Sri Manjung (ketukangan elektrik), SMT Muazam Shah (ketukangan awam), SMT Shah Alam (ketukangan mekanikal) dan SMT Cheras (kejuruteraan)

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawarkan dan menyediakan program Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu, dalam dan luar negara. Di antara yang membanggakan ialah SMKA Maahad Haamidiah Kajang, Selangor. Ini adalah komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerapkan nilai kerohanian dan kepercayaan beragama kepada muridmurid.

Sekolah Premier ialah sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya. Sekolah ini mempunyai senibina yang bersejarah (historic institution) yang akan memperkayakan khazanah warisan negara. Sekolah ini menjadi lambang dan kebanggaan negara kerana kecemerlangannya. Sekolah ini melahirkan tokoh negara dan korporat seperti Victoria Institution (Kuala Lumpur), Sekolah Zainab (Kelantan), Maktab Sultan Ismail (Kelantan) dan Sekolah Menengah St.John (Kuala Lumpur).

Sekolah 100 tahun ialah sekolah yang dibina sebelum tahun 1905. Sekolah ini mempunyai cirri-ciri tinggalan sejarah dan sebahagiannya ialah sekolah premier. Di antara sekolah-sekolah yang tersenarai adalah Penang Free School (Pulau Pinang), Sekolah Tinggi Melaka (Melaka), Sekolah Menengah Lelaki Methodist (Kuala Lumpur) dan lain-lain lagi.

Sekolah Bestari merupakan sekolahsekolah yang terletak di Koridor Raya Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya. Sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategik berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.

Sekolah Model Khas contohnya SMK Meru Model Khas mengabungkan murid sekolah rendah pada peringkat Tahap II dan murid sekolah menengah dibawah satu bumbung. Ia merupakan konsep baru dan menyediakan kemudahan fizikal yang kondusif bagi murid yang berpontensi di kawasan luar Bandar seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis (Pahang), dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jenun (Kedah).

Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan disleksia. Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan yang berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indrapura contohnya menyediakan kemudahan pelajaran bagi ketiga-tiga kategori Pendidikan Khas.

Kepelbagaian sosio budaya juga telah mewujud sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengetasi masalah kepelbagaian sosiobudaya melalui aktiviti yang dijalankan disekolah. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum.

NAK TAHU NAK TAHU SUMBER SUMBER NYA? NYA?

SILA RUJUK LAMAN WEB : http://kheru2006.i8.com/ED U3106/3 _Implikasi_ Kepelbagaian _Sosiobudaya.htm

KURIKULUM TERSIRAT

Maksud Kurikulum
Kurikulum ialah perancangan bertulis yang sistematik. Elemen:
 Objektif  Kandungan  Strategi penyampaian  Penilaian

Dilaksanakan dalam rangka masa tertentu.

Maksud Kurikulum Tersirat


Chafel, 1997 Kurikulum tersirat ialah norma-norma, nilai dan kepercayaan yang tidak dinyatakan dalam kurikulum tetapi diajar secara tidak langsung di dalam kelas. Kurikulum tersirat merangkumi:  nilai-nilai  kepercayaan  iklim sekolah  pengalaman pembelajaran

Kurikulum tersirat dipercayai mempengaruhi pencapaian akademik murid.

Bagaimana Kurikulum Tersirat Dilaksanakan?


Adams, 2002 Pengajar merancang strategi pengajaran dan penilaian dengan menekankan aspek persekitaran untuk mewujudkan budaya akademik yang sihat. Di IPT = kurikulum tersirat lebih kompleks Di sekolah = kurikulum tersirat lebih mudah dan ringkas.

Implikasi
Membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Boleh sihat. melaksanakan pertandingan yang

Contoh aktiviti di sekolah yang menerapkan nilai budaya masyarakat:


a) aktiviti ko kurikulum b) aktiviti berpesatuan c) kegiatan panitia

boleh

Menggalakkan interaksi dalam kelas sosial. Menerapkan proses pembentukan nilai. Penerapan kepercayaan terhadap nilai-nilai murni juga boleh dilaksanakan. Murid akan mula belajar menerima serta menghormati bahasa ibunda dan dialek kaum lain melalui pelaksanaan aktiviti bahasa. Memberi kesedaran dan ingatan terhadap batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Ciri-ciri
Merangkumi pengalaman pembelajaran murid di sekolah. Boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilnya sukar diukur. Nilai-nilai yang dibentuk dan dipelajari oleh murid secara tidak langsung bersama guru. Kewujudannya adalah berbeza mengikut lokasi persekitaran dan latar belakang pelaksana. (murid/ guru)

Walaupun terdapat objektif tetapi tidak tertulis di dalam kandungan kurikulum atau penilaian. Pengkategorian adalah berbeza-beza mengikut tahap dan matlamat.

Kurikulum Tersirat Peringkat IPT


Pendidikan keguruan : a) Budaya belajar untuk belajar b) Budaya belajar untuk menjadi pengajar. c) Belajar untuk pembinaan tingkahlaku terpuji. Lebih berfokus kepada budaya kemahiran belajar.

Berlaku antara pelajar dengan pensyarah. Dicadangkan agar didokumentasikan.

Tujuan: a) Supaya ada keyakinan untuk mengajar kemahiran belajar di sekolah. b) Pembentukan tingkah laku yang baik dan kekal setelah memasuki alam pekerjaan.

SEKIAN TERIMA KASIH.